Thursday, May 21, 2009

Siapa Gerangan Wanita Berkebaya Merah?


Belum sempat reda dari kekalutan cerita-cerita hantu yang dikejutkan oleh pengarah muda kita, kini sekali lagi kita dikejutkan dengan misteri wanita berkebaya merah yang bezanya tidak dipaparkan di mana-mana layar perak di seluruh negara... kenapa dan mengapa? adakah bosan jalan ceritanya atau pilihan pelakon yang tidak profesional?....

jawapannya satu.....

kerana ia adalah suatu kenyataan dan bukan lakonan semata-mata... segala tragedi adalah 'real' dan tidak menggunakan kos atau modal seperti pengarah muda kita sekarang... tragedi yang hampir mengakibatkan maut bukanlah sesuatu perkara yang boleh dibawa main... bukan seperti cerita yg direka-reka, kematian hanya di dalam lakonan dan rasukan hanyalah gimik bagi menyempurnakan lagi karakter sesuatu watak... misteri wanita berkebaya merah memang sudah lapok ditelan hari kisahnya, akan tetapi tragedi baru mengungkitkan semula misteri ini....

Akhbar kosmo hari ni memaparkan semula tragedi terbaru mengenai misteri ini.. kejadian yang berlaku di utara semenanjung malaysia mengejutkan para pemandu yang melalui kawasan tertentu... kesemua mangsa menjelaskan perkara yang sama iaitu diganggu oleh seorang wanita berkebaya merah sedang melintas dihadapan kenderaan yang dipandu laju... tragedi yg dipaparkan di akhbar kosmo harini agak berlainan kerana 'ia'nya muncul ketika bergambar disebuah stesen minyak di utara... perjalanan mereka menjadi lebih menyeramkan pabila kereta yang dipandu menjadi lebih berat sehinggakan kos minyak menjadi lebih mahal... tidak berakhir di situ, anak saudaranya, berusia dua tahun yang menaiki kereta Proton Wira dipandunya berperangai aneh apabila asyik menangis tanpa sebarang sebab...

Tragedi ini bukan bermula di situ sahaja, seorang lelaki, chan pernah duduk termenung memikirkan 'wanita kebaya merah' yang menyebabkan keretanya terbabas di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara. Gara-gara terkejut ternampak kelibat 'wanita berkebaya merah' melintas jalan, chani nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas dan terbalik di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara dekat Sungai Lalang. Walaupun bernasib baik tidak kehilangan nyawa selepas kereta Perodua Kancil miliknya remuk teruk, pemandu kereta yang berumur 51 itu, kebingungan memikirkan tragedi itu.

Kejadian ini juga pernah terjadi kepada seorang pemandu lori yang masih tertanye-tanye siapa kah gerangan wanita berkebaya merah yang melintas jalan hingga menyebabkan beliau parah manakala kelindannya cedera ringan apabila lori yang dipandu terbabas sebelum menjunam jatuh di kawasan berhampiran dengan tragedi yang sama..



adakah misteri ini hanyalah rekaan semata-mata atau adalah satu kenyataan?.. seandainya rekaan, sanggupkan mangsa² ini menawarkan diri menjadi pelakon tambahan yang hampir meragut nyawa mereka sndiri... dan, sekiranya ia adalah satu kenyataan, Siapakah gerangan wanita berkebaya merah tersebut???

akhbar kosmo harini...sila tekan disini

*baru² ni aku ada dok berbual ngan member aku, then citer pasal wanita kebaya merah... dia pon agak terkejut dan diam bile aku sebut pasal kisah nih... nampak kegelisahan dari air mukanya dan meremang bulu roma... dia yang berasal dari Penang, memberitahu yang kes ni pernah terjadi pada kawan mak dia... wanita berkebaya merah ni berdiri di pertengahan divider highway di utara ketika kawan mak dia tgh memandu... dalam keadaan pelik dan tertanya-tanya, dilihat wanita tersebut masih memandang kawan mak dia yg melihatnya dari cermin sisi kereta... selepas tragedi itu, kawan mak dia demam buat seketika kerana tidak dapat melupakan tragedi yang berlaku ke atas dirinya sndiri... ini bukan rekaan atau cobaan... ni member aku sndiri citer... kalo dia tipu aku, so korang pon kene tipu la ek =)

1 comments:

Sha Lew Lew on May 21, 2009 4:20 PM said...

cobaan ke betol betol ni?

 

For Me & You... Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template