Terkejut dengan kezaliman diorg?
Tak perlulah kita nak terkejut dengan kezaliman diorg yang membunuh anak kecil hatta bayi sekalipun. Orang awam, kucing, orang tua mahupun orang yang dirawat dihospital pon tanpa sedikit belas dibantai dengan keganasan diorg.
Bahkan sebelum ni, para nabi juga dibunuh oleh diorg. Pernah satu ketika/hari, 70 orang nabi mereka seksa dan bunuh. Kisah Nabi Yahya a.s yang dipenggal kepala hanya kerana menolak perkhawinan diantara seorang bapa dengan anak kandung isterinya sendiri kemudiannya dipersembahkan sebagai hantaran perkhawinan. Bapa Nabi Yahya a.s, Nabi Zakaria a.s yang juga sedih dengan pembunuhan anaknya tu, juga dibunuh dengan digergaji hidup hidup oleh diorg.
Bukan ratusan, tetapi boleh kata ribuan nabi yang telah dibunuh oleh diorg. Nabi itu adalah utusan Allah azza wa jal, sedangkan dihadapan mereka telah dilihatkan kebesaran Allah dan mukjizat para nabi yang sepatutnya menguatkan keimanan diorg. Sebaliknya sikap kedegilan, dungu dan sombong diorg tu mengatasi kebenaran. Sebab itulah ayat di dalam Surah Fatihah Allah menyebut mereka itu dimurka kerana mereka tahu dengan kebenaran tetapi tetap juga menolaknya.
Kedegilan diorg ni tak perlulah kita sangkal lagi, tidak dinafikan terdapat beberapa kelebihan yang Allah tetapkan pada diorg, tapi tidak dinafikan juga kemurkaan Allah terhadap diorg. Katakanlah kita dengar dan kita beriman dengan kebenaran Al Quran. Jangan sampai nanti kita juga tergolong dengan sikap diorg yang menolak kebenaran.
Diorang tahu masa diorang akan sampai penghujungnya tak lama lagi dan kebangkitan umat Islam semakin memuncak. Cukuplah kita bertelagah sesama sendiri, perkukuhkan hubungan kita semua dan jauhkan dari berpecah belah. Orang kafir perhatikan kita, selagi kita kuat, tidak akan berjaya mereka memisahkan kita semua, insyaAllah.