Sunday, November 30, 2008

Yoga

Khutbah jumaat yang lalu telah menceritakan satu topik yang sangat menarik dan begitu sesuai dengan isu yang kini hangat diperkatakan di Malaysia. Siapa yang tidak tahu isu ini antara isu yang begitu banyak memberi impak dan kontroversi antara majlis agama dan sebilangan masyarakat umum terutamanya org islam di Malaysia. Sekiranya isu ini diperkatakan di dalam khutbah jumaat di mana kebanyakan muslimin yang berkumpul ternyatalah isu ini sangat penting dan mesti disampaikan kepada setiap umat islam di muka bumi ini terutamanya di Malaysia. Kita seringkali dibangkitkan dengan pelbagai isu berkaitan aqidah, syariah dan juga hukum² islam yang tidak mendapat kepastian samada shahih atau tidak. Berpandukan quran, sunnah dan hadith memberikan kita jawapan yang lengkap dan sempurna dalam pelaksanaan sesuatu hukum. Seandainya hukum yang dibincangkan tidak terdapat dimana-mana panduan ia mungkin akan berdasarkan kias atau khilaf ulamak dimana pandangan ulamak mengenai isu terbabit. Isu kini yang sedang hangat diperkatakan ialah mengenai YOGA iaitu sejenis sukan atau pergerakan yang membentuk ketenangan mental dan fizikal.

Ianya menjadi bualan didalam majlis fatwa Malaysia kerana dikhuatiri berlakunye pernyelewangan aqidah seseorang muslim. Ini kerana, Yoga datangnya dari amalan agama hindu yang juga pergerakannya menyamai dengan pergerakan tuhan² hindu (e.g Shiva). Penyelewengan aqidah boleh menyebabkan syirik dimana ialah adalah satu perlakuan yang sangat terkutuk dan dibenci oleh Allah s.w.t. Di dalam khutbah tersebut juga mengatakan sebilangan masyarakat tidak bersetuju pengharaman senaman yoga yg dikatakan meemesongkan aqidah seseorang muslim dan menjadikan syirik ke atas perlakuan senaman tersebut. Ini kerana mereka mengatakan bahawa mereka mengamalkan senaman yoga atas tujuan kesihatan fizikal dan mental bukan untuk upacara keagamaan seperti agama hindu.

Di dalam keterangan majlis fatwa Malaysia, mereka tidak mengharamkan senaman yoga selagi mereka tidak mengamalkan dengan bacaan tertentu yang dilakukan oleh agama hindu. Seperti yang dijelaskan bahawa pada asalnya senaman yoga ini adalah datangnya dari upacara agama hindu dan perlakuan oleh tuhan yoga. Mereka boleh mengamalkan senaman yoga asalkan tidak terpesong dari ajaran islam.

Tetapi….

Kenapa senaman yoga di jadikan satu isu yang sangat besar kenapa tidak sukan olimpik!?dan juga kenapa tidak adat bersanding di dalam majlis perkhawinan melayu yang masih dilakukan oleh masyarakat umum Negara ini!?

Sukan olimpik seperti yang kita tahu telah berkurun tahun lamanya dianjurkan di seluruh dunia termasuk Negara islam sendiri seperti Malaysia. Tahukah mereka asal usul sukan olimpik pada abad kurun ke berapa ntah aku pon taktau… tapi yang penting ianya bermula pada mitos Hercules, Poseidon, Zeus dan lain². Sukan olimpik adalah pertunjukan kepada tuhan Zeus pada kepercayaan Rom. Dan kini ianya menjadi satu kebanggaan dan kegemilangan kepada setiap Negara termasuk Negara islam sendiri. Tetapi mengapakah sukan olimpik tidak dijadikan sebagai isu dalam penyelewengan aqidah sedangkan ianya adalah satu pertunjukkan kepada tuhan Zeus iaitu thogut kepada masyrakat Rom!?

Begitu juga adat bersanding di dalam perkhawinan masyrakat melayu kita. Ianya berasal dari amalan hindu dan dibawa di dalam adat melayu di atas revolusi melayu pada zaman dahulu kala ketika islam tidak bertapak di tanah melayu lagi. Mengapa ianya tidak dijadikan sesuatu isu sedangkan ia adalah satu upacara di dalam masyarakat hindu?.

Mungkin isu bersanding tidak kukuh untuk diperkatakan tetapi bagaimana dengan isu olimpik yang seakan-akan isu yoga yang di propaganda kan oleh masyarakat kita sekarang? Adakah ianya berbeza sedangkan sukan olimpik bertujuan untuk dipersembahkan kepada Zeus!?

Seandainye ada tersalah kata atau kurang ilmu di dada, maaf la eh… sila la perbetulkan… terima kasih!

Read more »
Powered By Blogger