Wednesday, April 17, 2013

Harimau Malaya!


si biru mengangkat panji
si hijau melaung takbir
jeritan kuat seakan guruh
entah dari mana ianya hadir
melihat kelibat yang sama
menjulang jalur gemilang
tapi berperang bagaikan tiada haluan
seperti dirasuk, amok dan sawan
mereka tidak lagi menghiraukan 
warna darah dan kulit yang sama

bila pak belang mengaum!
semua tersentak
mereka bertempik
tangan digenggam erat
berpelukan dan mengejar
satu cita cita
berteriak kuat
dengan nada yang sama
sehaluan dan seiringan

kuning hitam tiada tandingan
wajah pak belang tersergam
dibalik panji gergasi
dijulang dikibar
penuh bangga
tidak lagi berperang
pak belang menyatukan
di bawah nama harimau malaya!




Read more »

Saturday, April 6, 2013

kisah terakhir aku dengan kau!


Pandanganku terhenti setelah melihat tajuk akhbar yg diselit dengan sebuah gambar berukuran pasport..ianya milik kawanku..disebelahnya kelihatan sebuah lori yang remuk teruk dan melihat beberapa anggota bomba yang seperti sedang berusaha untuk mengeluarkan sesuatu dari kepala lori tersebut...melihat tajuk,'mak..adik pergi dulu' (link keratan akhbar 5hb April 2013) membuatkan dunia aku terhenti seketika...


Fikiranku seperti video yang sedang mengulang kembali beberapa peristiwa termasuk perbualan aku dengan seorang sahabatku..Ya,sahabat yang wajahnya terpampang dimuka akhbar dihadapanku...
Tanpa mempedulikan fikiranku yang sedang berpusing laju,aku berlari kebilik dan mencapai tuala dan terus menuju ke tandas...setelah selesai mandi,aku meminta izin sekali lagi selepas emakku sendiri menyuruh aku ke Melaka untuk memastikan kenyataan akhbar itu benar...aku yang masih cuba menidakkan kenyataan akhbar terus menuju ke kereta dan menghala ke sebuah negeri yang penuh dengan kenangan aku selama hampir 5 tahun...

Di dalam perjalanan,air mataku seperti diluar kawalan mencurah curah diikuti dengan raungan yang masih tidak menerima kenyataan..

Setiba aku di Durian Tunggal,Melaka aku melihat kelibat beberapa orang yang seperti sedang menunggu sesuatu..aku yang terus berjalan menuju ke arah mereka dijeritkan dengan suara perempuan yang memanggil manggil namaku...

"Fir!...Fir ke tu!?..."

Aku terus mengiyakan pertanyaan perempuan itu..dia lantas bangkit dari tempat duduknya dan terus meluru ke arahku..aku di genggam erat oleh perempuan tersebut dan mendengar teriakan yang aku tahu perasaan tersembunyi disebaliknya..

"Acit dah takde fir!..anak aku dah takde fir!..."

Aku yang pada mulanya cuba menenangkan perasaan perempuan yang bergelar ibu itu turut menangis dan memujuknya untuk bersabar...Tidak lama selepas itu,datang 2 lelaki dah terus meluru ke arahku..abang dan ayah kepada sahabatku!...
Ayahnya yang tidak berkata apa-apa dan tidak mempedulikan salam ku terus memeluk erat dan aku dapat merasakan bahu aku yang basah dengan air mata..sekali lagi aku cuba memujuk mereka dengan kata-kata semangat...

Setelah semuanya menjadi suram..ayahnya membuka bicara...

"Pakcik dengan makcik cari nombor telefon fir..tp telefon acit hilang..juga dompetnya...yang tinggal cuma IC nya sahaja..."

"Makcik taktau mcm mane nak bgtau kamu fir..sampaikan kami cuba mencari dari sim kad lama acit tapi nombor tu tak dpt call"...sambung ibunya...

Aku yang cuba memberikan senyuman,hanya tersorok dengan kesedihan yang tersimpan dengan air mata...aku difahamkan acit telah kembali ke rahmatullah pada hari rabu petang di tempat kejadian..

Ayahnya menyambung bicara,

"Acit berkali-kali cakap nak pergi bercuti dengan kamu..dia bagaikan tidak sabar hinggakan tidur kami diganggu dengan telatah jenaka yang dia mahu tidur hotel dan berjalan-jalan dengan kamu..."

"Dia seronok sangat hinggakan susun jadualnya sebelum meminta cuti"..sambung ibunya...

Aku yang sebak mendengar cerita ibubapanya cuba menggagahkan diri untuk bersuara..

"Acit dgn sy hampir setiap minggu akan berbual...minggu lepas dia ada call dan tulah panggilan paling lama yang dibuat...kami berbual dan bercadang nak pergi bercuti..dan itu kali pertama dia jugak semangat berjanji untuk bercuti dengan sy..sy tak sangka perkara ni terjadi dan terkilan sbb tak dpt jumpa dengan dia lepas hampir setahun..."

Abangnya yang dari tadi hanya tunduk memandang ke lantai terus mendongak ke arahku..aku melihat mimik mukanya yang penuh dengan penyesalan..

"Kiteorg pelik dengan dia (acit)..selalunya dia suka bergurau..tapi seminggu sebelum kejadian ni,dia langsung tak berbual dengan aku"...sampuk abangnya yang dari tadi hanya membisu..

"Dengan pakcik ngan makcik dah tiga hari dia diam je...kami pelik dengan perangai dia tapi kami cuma diamkan je"..ayahnya menyambung bicara...

"Ya Allah fir,dia seronok sangat sampaikan ulang banyak kali dia kata nak bercuti dengan kamu!"...kata emaknya dengan nada yang penuh dengan kekecewaan...

Aku yang dari tadi cuba menahan air mata teresak esak hinggakan membasahi tanganku..aku seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku terasa hatiku dicucuk dengan sembilu penyesalan...aku kecewa dan kesal kerana tidak dapat mengangkat jenazahnya dan mengebumikan tubuhnya ke dalam bumi...

Setelah hampir dua jam aku bersama keluarganya,aku meminta izin untuk pulang...
Masih sempat juga aku melihat kawasan perumahannya,dan ternampak aku sebuah bilik yang baru dibina dibahagian tepi rumah..ibunya mengatakan inilah permintaan anaknya yg terakhir untuk menyiapkan bilik ini dan katanya ingin meletakkan penghawa dingin...sambung ibunya lagi,acit sempat bergurau mengatakan seandainya semuanya panas,semua sumbat dalam bilik tu dan disejukkan dengan penghawa dingin dibilik baru itu..

Tetapi akhirnya...

bilik itu dirasmikan dengan meletakkan jenazah sahabatku sebelum dikebumikan..

Aku terus melangkah dan meninggalkan laman yang penuh dengan kenangan bersama sahabatku...dengan suara yang terketar,aku menggagahkan diriku dengan memberi salam kepada keluarga sahabatku...dan sepanjang perjalanan pulang ke kota,aku ditemani setia dengan tangisan dan kenanganku bersamanya...

gambar tahun 2008

gambar terakhir aku jumpa kau cit!
hahahahaha!

"Ya Allah...ampunkanlah dosa sahabatku,dan kurangkan azab ke atasnya..tempatkanlah sahabatku dikalangan orang yg Kau sukai...aku bermohon kepada Mu Ya Tuhan ku..sesungguhnya Engkau maha pengasih dan penyayang..."
Read more »
Powered By Blogger