Seorang ahli sufi telah menceritakan sebuah kisah yang berbunyi :
Seorang pendakwah telah datang kepada seekor anjing dan berkata,' aku dicerca,dihina, dibaling batu dan diperlekehkan hanyalah kerana aku mengajar mereka tentang islam'... kemudian dijawab pula oleh anjing tersebut,' kau dihina, dicerca dan diperlakukan sedemikian kerana mempunyai sebab dan aku diperlakukan sedemikian tanpa sebab'...
Terdapat sebuah kisah seorang rasul yang telah berjumpa dengan seorang nabi yang sedang memandikan seekor babi jantan dan betina yang sangat besar, ditanya oleh rasul tersebut kepada nabi itu,'mengapa kau memandikan binatang yang haram disentuh?'... nabi tersebut menjawab,'binatang ini adalah ibu bapa ku yang di sumpah oleh Allah kerana mengingkari perintah dan memperlekehkan aku ketika aku sedang berdakwah kepada mereka'...
Pernah suatu ketika, seorang pelacur memberi air kepada seekor anjing yang sangat kehausan dan pelacur itu ditempatkan di dalam syurga hanya kerana memberi air dengan penuh keikhlasan dan perikemanusiaan kepada seekor anjing yang sangat kehausan....
Di dalam Quran ada mengisahkan tentang sekumpulan pemuda yang tertidur di dalam gua bersama seekor anjing yang lari dari kezaliman seorang raja pada zamn dahulu...
Di dalam ilmu Fiqh, anjing yang dilatih dibenarkan untuk memburu dan halal memakan makanan yang dibawa oleh anjing ketika memburu...
Kesimpulan kisah-kisah di atas adalah kerana aku terbaca di keratan akhbar mengenai seorang pemuda islam yang membela 55 ekor anjing dan dipandang serong oleh sebilangan masyarakat islam di Malaysia...
Hendaklah ditekankan di sini bahawa anjing dan babi hanyalah najis dan harus disamak sekiranya tersentuh atau dengan sengaja menyentuhnya...
Tetapi mengikut kenyataan akhbar di mana pemuda tersebut menyatakan beliau seorang yang berpegang dengan mazhab maliki yang hukumnya tidak seberat mazhab syafiee yang banyak digunakan oleh majoriti masyrakat islam di Malaysia...
Ingat bahawa anjing dan babi hanyalah NAJIS dan HARAM DI MAKAN dan DI SAMAK SEKIRANYA TERSENTUH DENGAN SENGAJA ATAU TIDAK... berbeza dengan zina, arak, riba' dan dosa-dosa besar yang diterangkan oleh ajaran islam di mana banyak dilakukan oleh MAJORITI masyrakat islam di Malaysia... Dosa-dosa tersebut membawa seorang islam itu kelembah kehinaan dan seterusnya ditempatkan di neraka-neraka yang disediakan oleh Allah...
Oleh itu kepada mereka yang terlalu dogma dengan informasi tanpa melakukan sebarang penyelidikan dengan lebih terperinci dan mendalam, lebih baik diam dan jangan terus sembur je... boleh mendatangkan fitnah yang hukumnya adalah sangat berat...