Tuesday, June 9, 2015

Sejarah Berhala & Pemujaan Kubur


Surah Nuh ayat 21- 23 :

21. Nuh berkata : 'Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka telah mendurhakaiku dan telah mengikut orang-orang yang harta dan anak anaknya tidak menyembah kepadanya melainkan kerugian belaka,

22. dan melakukan tipu daya yang amat besar'.

23. Dan mereka berkata: 'Janganlah sekali kali kamu meninggalkan penyembahahan tuhan tuhan kamu dan jangan pula sekali kali kamu meninggalkan penyembahan Wadd, dan jangan pula Suwwa', Yaghuts, Ya'uq dan Nasr".

Dibuka penulisan kali ni dengan Surah Nuh ayat 21-23 yang menceritakan kejadian syirik yang pertama dilakukan dikalangan umat manusia. Ayat Quran ini telah menyebut 5 nama iaitu Wadd, Suwwa', Yaghuts, Ya'uq dan Nasr yang dijadikan sembahan dan pujaan oleh umat Nabi Nuh a.s. 

Cuba kita perhatikan apakah persamaan yang terjadi ketika di zaman Nabi Nuh a.s dengan zaman kita sekarang yang segelintir mengangkat tok syeikh dan pak habub si pemuja kubur.

Sebelum tu sekali lagi aku nak menyambungkan ayat di dalam surah yang sama di atas iaitu bermula dengan ayat 24-25.

24. Dan sesudahnya mereka menyesatkan kebanyakan (manusia) dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kesesatan.

25. Disebabkan kesalahan kesalahan mereka, MEREKA DITENGGELAMKAN LALU DIMASUKKAN KE NERAKA, MAKA MEREKA TIDAK MENDAPAT PENOLONG-PENOLONG BAGI MEREKA SELAIN DARI ALLAH.

Saje aku nak highlight kan beberapa ayat bagi pembaca sedar betapa besarnya balasan bagi orang yang melakukan perkara-perkara yang aku akan jelaskan sekejap lagi...

Menurut majoriti para ulama tafsir, Wadd, Suwwa', Yaghuts, Ya'uq dan Nasr adalah nama-nama berhala yang terbesar pada kabilah-kabilah umat Nabi Nuh a.s dan pasa asalnya mereka itu semua adalah orang-orang yang soleh. Ketika hidup mereka, kelima-lima ini mengajak kepada kebaikan, menasihati, dan memberikan impak yang positif kepada umat ketika itu. 

Walaubagaimanapun, dengan kuasa Allah azza wa jal yang hidup dan mati hambaNya di atas kekuasaanNya, telah menarik nyawa kelima-lima orang soleh ini. Dan umat ketika itu dapat merasakan kehilangan yang besar sehinggakan syaitan membisikkan kepada mereka agar dibina patung-patung bukan untuk disembah tetapi hanya untuk memperingati jasa-jasa orang-orang soleh ini.

Silih berganti generasi ke generasi yang lain, syaitan sekali lagi datang kepada anak cucu cicit mereka dan menghasut agar dilakukan sedikit penghormatan ke atas patung-patung tersebut dan bukan untuk disembah. Diadakan 'maulud' atau bak kata zaman skang ni sambutan hari lahir dengan sedikit upacara ke atas patung-patung tersebut. Kalau dalam tradisi melayu seakan memberi pulut kuning atau sebagainya.

Selepas bertukar ke generasi yang lain, syaitan sekali lagi datang dan membisikkan kepada umat baru ketika itu untuk menghias dan menyembah patung-patung orang soleh sehinggalah lengkap proses mensyirikkan Allah azza wa jal. Bak kata kuang ajar, dengan berkat kesabaran syaitan dan kecetekan aqidah umat ketika itu, syaitan berjaya dalam misi menyesatkan umat manusia sehinggalah sedar atau tak, terbawa-bawa sehingga kini!.

Larangan duduk di atas kuburan memang
telah disebutkan oleh Rasulullah s.a.w
Sedar atau tidak wahai manusia zaman sekarang!

Segolongan manusia yang mengaku tok syeikh, alim ulamak, ahlul bait dan sebagainya telah meng'agong'kan kubur-kubur terutamanya kubur orang-orang soleh sehingga mengadakan majlis di atas kuburan tersebut. Bukankan telah disebut di dalam hadith shahih dari Imam Muslim mengenai larangan solat hatta duduk di atas kuburan!. Adakah mereka benar ahlul bait keturunan Nabi Muhammad s.a.w tetapi melakukan larangan Baginda?.


Mungkin ada yang mengatakan mereka cuma mengadakan majlis tetapi tidak sehingga menyembah...

Bro!
cuba baca balik hadith yang shahih tersebut. Terdapat larangan kan...apa yang nak degil sangat...apakah kita sedar yang ini semua adalah bisikan syaitan?. Lihat semula tafsir surah Nuh di atas. Adakah pada mulanya mereka menyembah?....TIDAK!

Cuba kita tengok balik apa yang tok syeikh skang ni buat...
Mereka meng'agong'kan orang-orang yang soleh sehingga melakukan ketaksuban ke atas kuburan mereka. Mereka bukan sahaja berzanji, berzikir di atas kubur bahkan mempercayai bahawa tanah kuburan atau kain yang diletakkan di atas kuburan orang soleh itu mampu memberi keberkatan dan manfaat ke atas mereka!....

Ketaksuban terhadap orang-orang yang soleh
boleh membawa kepada kesyirikan yang nyata
Sungguh cantik pendekatan mereka kepada masyarakat kita... mereka memasukkan unsur unsur adab yang indah dan aku sendiri mengakui peradaban mereka tetapi juga mereka memasukkan dan membacakan hadith-hadith palsu kepada masyarakat. Aku sendiri mengikuti mereka dulu, tapi berbaliklah semula kepada Quran & Sunnah kerana itu lah menjamin kita selamat di dunia dan akhirat kelak. 

Jauhkanlah perkara yang taksub di dalam agama. Cukuplah berpandukan kepada Quran & Sunnah yang ditinggalkan Rasulullah s.a.w kepada kita. Kita mengaku kita beriman kepada Rasul, tetapi kenapa kita sendiri menolak perintah dan larangan yang disebutkan oleh Nabi Muhammad s.a.w sendiri?...

Pemujaan Kubur Nabi Hud a.s di Hadramaut,Yaman
 yang dipimpin oleh Habib Umar
Adakah kita mengikut ajaran tok syeikh dan pak habub lebih dari ajaran Allah azza wa jal di dalam Quran dan Rasulullah s.a.w. di dalam Sunnah beliau?...ingatlah, mereka cuma manusia biasa yang tidak maksum dan mempunyai cacat cela tidak boleh sama sekali disamakan dengan Rasulullah s.a.w. dan ibadah cumalah hanya untuk Allah s.w.t dan perintah itu disampaikan dari-Nya melalui Rasulullah s.a.w bukannya tok syeikh mahupun pak habub habab ni suma...mereka tidak mampu dan tidak layak memerintahkan ajaran ibadah yang tidak diajar oleh Penghulu sekalian umat, Rasulullah s.a.w!...

Read more »
Powered By Blogger