Sebuah kerajaan di Malaysia kini sedang berhadapan dengan beribu spekulasi yang dibangkitkan oleh pihak lawan ataupun boleh dispesifikasikan sebagai pembangkang dan sebuah parti gerakan NGO ataupun GERAK meskipun kerajaan tersebut dijaga dengan baik jika dibandingkan dengan kerajaan sebelumnya. Terasa seakan kebudak-budakan pabila spekulasi yang dibuat oleh Ketua Pembangkang tersebut memalukan dirinya sendiri. Aku memang tak suka sentuh pasal politik tapi disebabkan kebodohan bekas ketua menteri yang juga ketua pembangkang, memalukan dirinya yang juga pernah menjawat pegawai tertinggi di dalam sebuah kerajaan ataupun organisasi. Terasa meluat dan menyampah dengan spekulasi yang dibangkitkan. Bodoh atau tak pabila beliau membangkitkan isu belian kereta yang berharga hampir satu juta ringgit oleh seorang ketua menteri yang dulunya seorang pegawai tertinggi di dalam sebuah syarikat gergasi di Malaysia mahupun Asia Tenggara.
Tidak terasa bodoh dan malu ke kita seandainya diingatkan kembali kisah zaman kanak-kanak kita di mana merengek di hadapan ibu untuk mendapatkan mainan yang dimiliki oleh jiran atau kawan. Mungkin tidak SEKIRANYA kita masih diperingkat kanak-kanak. Tetapi seandainya di zaman dewasa mahupun bergelar professional, adakah tidak terasa bodoh dan malu!?. Kita sama-sama fikirkanlah….
Pada 25hb Januari 2009, aku berkunjung di sebuah shopping kompleks terkemuka di Kuala Lumpur untuk menghadiri sebuah pameran ekonomi islam. Di sana terdapat sebuah syarikat GLC yang mengendalikan pengurusan hartanah yang beribu pejabat di Petaling Jaya. Di sana aku sempat berbual untuk belajar sedikit sebanyak mengenai selok belok perniagaan yang dijalankan oleh syarikat tersebut.Cuba mendapatkan beberapa kenalan bagi memudahkan perniagaan yang sedang aku ceburi. Malangnya kerajaan yang dipimpin sekarang tidak sekotor dulu yang begitu mudah untuk mendapatkan projek sekiranya disuap ataupun mempunyai kenalan di dalam syarikat ataupun pihak kerajaan. Sedang rancak berbual dan berkongsi pendapat, diceritakannya sejarah hitam yang pernah merosakkan dan menghantui kesucian syarikat tersebut diwaktu pemerintahan lama di kerajaan yang sedang kita bincangkan. Walaupun ada yang aku dah tau, tapi aku dengarkan bagi mengesahkan lagi sejarah hitam itu. Memang tidak dapat disangkal lagi betapa busuknya pemerintahan yang dipimpin oleh bekas ketua menteri ini. Umpat punye umpat, berbakul dosa aku kumpul akhirnya aku dapat mengesahkan segalanya. Segala sumber yang aku dapat ni bukan dari calang-calang orang tetapi semuanya dari pegawai tertinggi mahupun sedara bekas ketua menteri tersebut.
Sekiranya kita sentuh mengenai isu lembu yang digembar gemburkan oleh sebuah kerajaan negeri di sebuah Negara Asia Tenggara, ia memang sangat menjelikkan. Bukan kerana ape, lembu tersebut bukan untuk buat lumba haram mahupun matador ke hape ke!. Tapi lembu tersebut disedekahkan dan diagihkan kepada rakyat jelata di negeri tersebut. Bukan kerana bersedekah ini yang menjelikkan tetapi isu yang dibangkitkan oleh bekas pemimpin yang kuat jeles dan cuba merampas kembali kerusi yang dirampas dari beliau. Lembu tersebut disedekahkan oleh beberapa syarikat yang bertapak dan juga milik negeri tersebut. Salah ke diaorang nak kasi lembu dari hasil diaorg kepada rakyat jelata.
Aku memang tak puas hati sangat-sangat dengan pelakuan bekas ketua menteri a.k.a ketua pembangkang ni! Pemimpin sekarang sangat bagus menjalankan tugas dan tidak melakukan perkara kotor yang pernah dilakukan oleh bekas ketua menteri. Satu lagi, GERAK! Jangan la bersikap seperti dubuk yang berkejaran untuk mendapatkan bangkai yang ditinggalkan. Tak payah la bersusah susah pergi jumpa ‘Sultan’ untuk merehatkan ketua menteri ni, korang ni suma kotor dan buncit menghirup kopi basi. Tak layak bagi korang untuk menghadap insan yang bersih dari kekotoran ni suma! Hentikan lah aktivti yang membuatkan orang lain benci kepada anda.
Terima kasih…
Maaf kepada sape yang terasa!
No comments:
Post a Comment