Wednesday, June 2, 2010

Revolusi Politik Amerika Dan Malaysia

Seperti yang diketahui umum, Amerika telah mencapai satu revolusi yang sangat mengejutkan apabila kali pertama di dalam sejarah Amerika negara berkuasa besar ini dipimpin oleh seorang warga kulit hitam, Barrack Obama.
Bagaimana ianya boleh terjadi dan mengapa tidak di Malaysia?.
Persoalan ini dibangkitkan dengan mainan politik terutamanya di Malaysia yang mempunyai berbilang kaum di mana setiapnya mempunyai kuasa untuk 'bermain' dengan politik. Ada di antara dua bangsa di Malaysia ini cuba mempertikaikan persoalan ini untuk dijadikan alasan kukuh supaya kuasa pimpinan besar boleh berubah ke tangan mereka.
Sedar atau tidak, perbezaan ini bukanlah sekadar dari berlainan bangsa tetapi kepercayaan atau lebih tepat lagi pegangan agama yg dianuti setiap bangsa itu sendiri.
Meskipun di Amerika, secara terang dan nyata, sudah terang lagi bersuluh, kepimpinan Barrack Obama yang datangnya dari warna kulit yang berbeza bukanlah isu yang patut di pertikaikan. Ini kerana kedua-dua bangsa kulit putih dan hitam berpegang kepada satu kepercayaan iaitu agama kristian.
Seandainya ianya menjadi tanda tanya kepada pembaca, bayangkan sekiranya Barrack Obama secara rasmi mengishtiharkan beliaun memeluk agama islam. Adakah mampu beliaun berjaya meraih undi untuk selection seterusnya?. Logikkan beliau bakal digugurkan dari memegang kuasa terbesar di dalam negara yang sangat berpengaruh itu?.
Apa yang terjadi di Malaysia pula adalah berbeza. Meskipun tidak suma bangsa Melayu adalah islam, bangsa cina berpegang kepada ajaran budha dan bangsa india berpegang kepada ajaran hindu tetapi mentaliti masyarakat Malaysia yang menganggapkan bangsa itu menunjukkan pegangan sesebuah agama. Ini sudah nyata menunjukkan bahawa kepimpinan kuasa politik bukanlah berdasarkan kepada bangsa tetapi adalah agama.
Secara lisannya Malaysia adalah sebuah negara islam yang berajakan seorang muslim dan terbentuknya perlembagaan dan undang-undang yang sedikit sebanyaknya berpandukan ajaran islam itu sendiri. Tidak begitu mudah untuk bukan islam menerajui pemerintahan di negara ini tetapi sekiranya 'islam' itu sendiri tidak bersatu, tidak mustahil juga pemerintahan ini jatuh ke tangan yang kita sendiri tidak mahukan. Masakan mudah segenggam lidi dipatahkan begitu sahaja...
Tonggaknya ialah penyatuan umat islam di dunia terutamanya di Malaysia yang kian goyah ditelan kemajuan yang memudarkan budaya bangsa melayu dan ajaran islam kita sendiri. Terasa berat untuk diperkatakan tetapi biarpun hilang adat resam melayu kita, semangat perjuangan biarlah tertanam dihati mahupun sekecil biji sawi....

No comments:

Powered By Blogger