Monday, April 14, 2014

Jawapan ada pada kita


Alhamdulillah...
Syarikat Perkhidmatan umrah kami telah berjalan dengan lancar dan berjaya membawa jemaah pertama pada 3 bulan selepas ditubuhkan. Dengan feedback yang sangat memuaskan, kami akan terus berusaha dan lebih bersemangat untuk memperkuatkan lagi perkhidmatan kami bagi menyediakan perjalanan ibadah umrah mereka terus selesa. InsyaAllah.... papehal cek laa kat fb kiteorg eh... Akbar Mega Travel Sdn Bhd

Dalam kesibukan menguruskan perniagaan baru ini, perasaan untuk menulis sememangnya membuak buak hinggakan aku menulis di dalam kertas-kertas kecil dan juga di notepad telefon aku. Tapi sayangnya, telefon aku ter'reset' dan semua hasil penulisan aku terpadam dan hilang begitu saja... Lebih malang lagi, satu-satunya laptop yang aku ada rosak dan tidak berfungsi menyebabkan aku langsung tidak mampu untuk mencoret hatta sedikit perkataan di dalam blog ni. Mungkin ada kemudahan lain, tapi aku lebih selesa menggunakan laptop aku sendiri.

Alhamdulillah, harini, segalanya seperti satu keajaiban yang terjadi setelah semuanya menjadi baik dan memudahkan aku untuk mencoret. Dan aku akan mencoret sesuatu yang acap kali aku katakan pada orang yang berada disekeliling aku. Ianya berkaitan dengan kehidupan kita sebagai seorang yang kononnya berpegang teguh dengan pegangan dan kononnya beriman dengan kata-kata Allah.

Hari bersilih ganti, hampir setiap yang ada semuanya berubah. Beberapa orang sahabat yang dahulunya bujang, alhamdulillah kini telah bergelar suami. Ada juga yang telah bergelar ayah atau ibu, dan ada juga yang dahulunya penggemar dosa kini meninggalkannya. Tetapi ada juga yang masih sama dan sepatutnya, inilah yang seharusnya diubah dari awal...iaitu pemikiran manusia yang masih lagi menidakkan dan meragui kebenaran Quran dan Sunnah.

Bila ditanya tentang keimanan, rata-rata semuanya memahami dan mengaku beriman dengan Allah dan kata-kataNya. Ada yang berkeras dan marah bila dikatakan mereka sebenarnya tidak beriman. Tetapi, sejauh mana kekuatan iman mereka?.

Untuk menjadikan coretan ini lebih difahami, kita amik satu konteks mudah, iaitu "PERKHAWINAN".

Mungkin akan ada yang sibuk memerli atau berkata bukan-bukan kerana aku sendiri belum berkhawin. Bagaimana aku nak memahami erti perkhawinan yang sebenar?. Then kalau camtu, tegurlah aku sekiranya aku tersilap. Aku juga manusia, dan kesilapan itu tidak akan hilang dari diri aku sendiri.

Di dalam surah Nur ayat 32 telah disebut :
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (laki & ppuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan ppuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmat dan limpah kurniaNya) lagi Maha mengetahui.

Masyarakat melayu di Malaysia terutamanya, terlalu paranoid dengan duit bila disebut hal yang berkaitan dengan perkhawinan. Bila berbual tentang perkhawinan, ada yang terus terpancul dari mulut dengan berkata,

"ko ni nak kawen dah ada duit ke?,nak bagi anak orang makan...takkan nak bagi makan pasir". 

Memang tak dinafikan, zaman sekarang ni nak berak pun pakai duit. Tapi berak itu memanglah harus kita selesaikan. Kalau tak memudaratkan diri sendiri. Bila kita bincang duit dalam perkhawinan ni, masyarakat kita lebih merujuk pada perbelanjaan sewaktu majlis perkhawinan tu sendiri. Dok sebok dengan pelamin, khemah, baju, makeup, catering, photographer dan sebagainya. Kalau takde memende ni suma bukannya memudaratkan kita. Cukuplah sekadar mana yang kita mampu. Ni suma atas alasan, takut orang kampung cakap apa sekian sekian sekian bla bla bla. Jauhkanlah kita dari sifat riak. Korang sendiri faham apa yang aku maksudkan. Cuba korang dok fikir balik bebetul, tak terlintas ke walaupun sikit perasaan riak untuk korang yang dok menunjuk-nunjuk atau berlawan-lawan majlis perkhawinan!?. Sedangkan perbualan awal tadi dok sebok cakap pasal nak bagi anak orang makan apa!?. Bila kita tengok balik orang-orang yang sudah berkhawin, alhamdulillah rezeki Allah permudahkan. Ini semua alasan yang bodoh dan bangang yang berlegar-legar dalam sesetengah masyarakat kita sendiri.

Bila kita menggunakan alasan sedemikian untuk menjadikan penangguhan dalam perkhawinan yang sememangnya telah dianjurkan sendiri di dalam Quran, tak ke terasa, kita berada dalam keadaan ragu ragu dengan ayat quran?. 

Memang disebut dalam surah nur ayat 33 :
'Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkhawin, hendak mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya'

Wahai pembaca yang terasa nak baca, dan yang belum berkhawin, cuba korang cermin diri korang. Adakah korang tegolong dari kalangan yang mampu atau tak?. Kalau nak kata korang dok baca blog ni, bermaksud korang ada kemudahan yang sepatutnya dan kemampuan yang insyaAllah secukupnya dan aku yakin semua mampu sgt sebenarnya. Unless ada diantara pembaca yang takde rumah, duduk bawah jambatan, makan pun kutip dari tong sampah, takde selipar dan baju pun kutip dari longkang atau pusat buangan sampah. 

Apa lagi alasan sebenarnya kita menidakkan atau meragui kebenaran Quran. Bila orang yang belum islam dok caci atau memperlekehkan Quran, aku tgk ramai yang lantang bersuara. Ada yang sanggup bergaduh berdarah berparang dan sebagainya. Tapi bila ditanya tentang Quran, adakah kita benar-benar mengikut peraturan yang disebut dalam Quran dan memahami isi kandungan Quran?. Ini baru aku sebutkan dalam satu konteks mudah, iaitu perkhawinan. Tak masuk lagi konteks hudud dan sebagainya. Apepun jawapannya ada pada korang sendiri. 

Fikirkanlah bebetul...

wassalam!

No comments:

Powered By Blogger