Saje je nak menggantungkan ayat supaya insan bergelar isteri atau suami atau ibu atau jugak si ayah atau jugak bakal isteri dan juga bakal suami... tapi sememangnya warkah ni khas untuk isteri, Nur Sabiha Md Azli yang sangat menerima apa yang ada pada aku...hakhakhakhak (korek idung sambil buat bulat bulat lalu mencampakkan di merata tempat)
Hakikatnya, kehidupan selepas berkeluarga sememangnya lain dibandingkan dengan kehidupan bujang...itu suma orang tau...hahahaha...
Jika diambil dari perspektif umum seorang lelaki, kehidupan selepas berkhawin mungkin merujuk kepada perbelanjaan yang ditanggung bagi memastikan segala keperluan cukup untuk si isteri. Gambaran ini mungkin menyebabkan lahirnya sikap resah untuk berkhawin dan menyebabkan ramai lelaki yang tidak berani mengambil risiko untuk berkhawin selagi mereka tidak memampukan keperluan di dunia yang sementara. Merujuk kepada kisah Asma' r.a iaitu anak kepada Abu Bakr As Siddiq r.a, beliau berkhawin dengan seorang lelaki yang bernama Zubair bin Awwam r.a yang tidak mempunyai apa apa melainkan cuma seekor kuda. Melihat kisah-kisah para sahabat dan yang terdahulu, harta bukanlah pengikat segalanya, kerana mereka pasti bahawa kemewahan di dunia ini hanyalah sementara. Adakah kita begitu pasti kekayaan yang ada pada seseorang itu kekal, dan seandainya ia kekal, adakah ia menjamin kebahagiaan rumah tangga yang ikhlas?...
Tak perlulah kita menjengah kisah kisah sahabat ini seandainya terlalu banyak alasan yang akan dilemparkan, kita akan mengambil kisah kisah nenek moyang kita atau kisah melayu lama yang mereka ini semua kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Kita yang hidup di akhir zaman ini, boleh melihat contoh-contoh di sekeliling kita. Samada kawan, saudara mahupun keluarga kita sendiri, nauzubillah...mereka yang meletakkan kemewahan itu sebagai tanda cinta mereka selalunya diakhiri dengan perpisahan. Perpisahan sehingga mewujudkan kebencian, hina menghina dan sebagainya. So, apakah yang sebenarnya diperlukan dalam mewujudkan kebahagiaan di dalam rumahtangga?...
Ilmu...?
Sebagai seorang lelaki, didikan kepada keluarga tersangatlah penting. Didikan yang bukan sahaja membimbing isteri, anak dan keluarga agar tidak tersesat di dunia tetapi juga di akhirat yang kekal selama-lamanya. Didikan agama penting bagi melahirkan sikap toleransi, sabar, adil dan bersyukur dengan segala yang telah diberikan oleh Allah s.w.t. Apabila kita membayar sesuatu barang dengan wang ringgit, pastinya ianya akan berakhir bila tiba masanya tetapi apabila kita membayar dengan ilmu yang ikhlas, insyaAllah ianya pasti akan diingat sampai bila-bila dan mungkin menjadi saham di akhirat nanti. Adakah perlu kita membayar dengan wang ringgit kepada isteri agar mereka taat dengan kita atau hanya cukup dengan ilmu untuk memastikan ketaatan si isteri adalah datang dari hatinya yang ikhlas?...
Dengan didikan ilmu, si isteri akan mendapat manfaat dan menjadi antara orang orang yang berfikir. Ilmu yang diterapkan akan digunakan kembali bagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada si suami. Si suami bukan sahaja mendapat balasan dalam mendidik isteri dan keluarga bahkan mendapat manfaat dari ilmu yang telah diajar kepada si isteri.
Ternyata, kebahagiaan sesebuah keluarga bukan lahir dari wang ringgit tetapi dari ilmu yang diajar oleh ketua keluarga. Mungkin akan ada yang bertanya, bagaimana untuk hidup sekiranya tidak ada kemewahan?...
"sekiranya mereka fakir (miskin), Allah akan memampukan mereka dengan kurniaan-Nya. Sesungguhnya Allah maha luas pemberiannya"
surah Nur ayat 32
Then untuk apa kita takut dengan kemewahan di dunia sedangkan Allah s.w.t telah berjanji akan memampukan kita. Cuma yang ditakutkan apabila kita sendiri tidak mensyukuri nikmat Allah s.w.t tanpa kita sedari. Rezeki bukanlah hanya wang ringgit semata, tetapi kesihatan, kebahagiaan dan isteri itu sendiri juga merupakan rezeki yang kita tidak sedar. Usahlah risau kepada yang bakal bergelar isteri atau suami, atau sesiapa sahaja yang menginginkan perkhawinan, tak pernah lagi aku tengok atau dengar pasangan suami isteri mati kerana kelaparan atau kemiskinan yang melampau. Sekiranya ada yang terasa kemiskinan itu membebankan diorg, then anggaplah itu semua ujian dan yakinlah bahawa dunia ini cumalah sementara dan akhirat yang pasti itu kekal selamanya. Dan di situlah syurga bagi orang orang yang bersabar, insyaAllah...