Tuesday, May 12, 2015

Modus Operandi kesesatan aqidah di Malaysia...berjaya atau tidak? (bhgn 1)


Dah lama sebenarnya aku nak kupaskan isu ni cuma belum ada masa sesuai untuk aku masukkan kat dalam penulisan aku... lagipun aku tau mungkin ramai yang tidak sedar akan menolak & mengkritik penulisan aku dan mengatakan aku keyboard warrior. Sebenarnya, ini lah tujuan utama aku untuk menyampaikan penulisan ni pada semua. Alhamdulillah, ada jugak yang aku berjaya bercakap secara depan-depan dan mereka menerima dan menyedari betapa banyaknya anasir-anasir halus yang cuba merosakkan pemikiran dan pemahaman aqidah kita sebagai ahli sunnah wal jamaah!.

Sebelum aku meneruskan, nak diingatkan bahawa, syiah sememangnya terkeluar dari aqidah islam yang sebenar dan seharusnya kita menolak mereka secara terang-terangan. Dalam penulisan ini, aku tidak akan terus menunding jari kepada satu 'puak' dan lebih,  yang ada dari mereka menggelarkan diri mereka sendiri sebagai 'keturunan nabi' yang kini berjaya mengkomersialkan diri mereka dengan aktiviti nyanyian dan tarian yang ntahmana datang pon aku taktau (walaupun hakikat dpt dilihat seakan dengan puak syiah)...


Seorang ulamak syiah yang aku tak berapa ingat nama dia, tapi ada hujung nama al-kulaini atau al-qulaini, mengatakan di dalam al-ushul minal kafi (kalau tak silap) :

 "tidak ada agama bagi orang yang tidak ada taqiyyah"

apakah itu "taqiyyah"?

Taqiyyah itu adalah satu sifat pura-pura atau hipokrit untuk menyembunyikan hakikat sesuatu di dalam hati. 

Sebagai contoh:
Aku menjadi seorang yang sopan santun di hadapan sesuatu kaum sedangkan di dalam hati aku ingin menghancurkan mereka. 

Masihkah kita ingat dahulu Malaysia pernah dikejutkan dengan isu kesesatan Al-Arqam yang dibawa oleh Abuya Ashaari?.

Beliau dikecam hebat dan dikatakan sesat sesesatnya dan kerajaan ketika itu mengambil tindakan yang pantas membendung ajaran ini dari terus menular. Cerita mengenai abuya yang bertemu nabi dan sebagainya dianggap gila dan sememangnya sesat dari ajaran islam yang sebenar.

Alhamdulillah, akhirnya ajaran ini dapat dikikis sedikit demi sedikit hingga tidak didengar lagi sehingga sekarang.

Walaubagaimanapun, kini terdapat puak puak yang ntah datang dari mana, yang tidak pernah muncul sebelum ini, datang ke Malaysia dan mengatakan mereka adalah keturunan Nabi s.a.w. Mereka me'reka' salawat ke atas nabi s.a.w mengikut kehendak mereka sendiri. Mereka percaya bahawa majlis mereka dihadiri oleh Nabi s.a.w. dan mimpi bertemu dengan nabi s.a.w adalah satu sumber hujah untuk melakukan satu perkara baru di dalam ajaran islam.

apabila sudah begitu taksub hinggakan menjadi kepada penyembahan kubur
Pada mula kedatangan puak puak ni, aku yang terpinga-pinga dan cuba mengikuti pergerakan mereka. Aku menerima mereka dengan mudah, menyanyikan lagu-lagu yang didendangkan, hinggakan ada beberapa keping cd dari mereka diletakkan di dalam keta aku. Selain tu juga, aku mengikuti rancangan mereka di rancangan tv dan sebagainya. 

Sehinggalah satu hari tu...
Aku dok berjalan sorang-sorang kat Shah Alam dan singgah ke MPH @ SACC Mall... aku ternampak satu buku berkaitan dengan bidaah. Aku tak ingat tajuk penuh buku tu dan penulis buku tu adalah salah sorang dari puak puak ni yang aku dok folow kaw kaw nya... tengah seronok aku terbaca, tetiba ada satu bab ni dia menyamakan perbuatan seorang sahabat adalah bidaah dan bidaah itu adalah diterima di dalam islam. Perbuatan (ibadah) itu disampaikan kepada Rasul s.a.w dan diterima. Menurut kata penulis tu, itu adalah bidaah yang baik ataupun dipanggil sebagai bidaah hasanah. Alhamdulillah Allah menjauhkan aku dari kekeliruan dan kesesatan, aku teringat tentang hadith yang berbunyi, 

Rasulullah s.a.w bersabda, 'Sesungguhnya barangsiapa hidup sesudahku niscaya dia akan melihat banyak perselisihan, maka wajib atas kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa' ar Rasyidin yang mendapat petunjuk sesudahku. Berpeganglah kalian dengannya dan gigitlah ia dengan gigi gerahammu serta jauhilah oleh kalian perkara agama yang diada-adakan kerana semua yang baru dalam agama itu adalah bidaah dan semua bidaah adalah sesat'.
(HR Ahmad, Abu Daud. Tirmidzi, Dzhabi dan Hakim. Disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dlm Shahih al Jami' no. 2549) 

Apakah yang dimaksudkan sebagai sunnah?

Sunnah itu berdasarkan dari 3 yang datang dari Rasulullah. 
1. Fi'lin (perbuatan)
2. Qaulin (kata-kata)
3. Takrir (persetujuan)

Selain dari Quran dan juga Sunnah Nabi Muhammad dan juga Sunnah Khulafa' ar Rasyidin yang mendapat petunjuk terus dari nabi sendiri, maka kita sendiri tidaklah boleh memandai-mandai melakukan ibadah khusus tanpa berpandukan sumber yang sahih ini. Dirumuskan kat sini, penulisan tersebut sememangnya jauh tersasar pengertian sunnah dan bidaah. Sesungguhnya sunnah itu sememangnya jadi rujukan kita sebagai ahli sunnah wal jamaah dan bidaah itu sememangnya sesat dan kesesatan itu tempatnya di neraka. 

Terkejut dengan kenyataan di dalam penulisan tu, aku mula mencari kebenaran tentang puak puak yang kononnya ahlul bait yang cuba memujuk pemikiran masyarakat Malaysia supaya menerima mereka. Memang agak susah untuk aku mencari kebenaran kerana mereka bagaikan ditatang oleh pihak-pihak yang kuat pengaruh di Malaysia.

Dari segi sikap dan perwatakan mereka, sememangya mereka harus dipuji kerana sikap lemah lembut mereka berjaya menambat hati masyarakat yang berjumpa atau melihat mereka sendiri. Ini memang tidak boleh dinafikan, tetapi pernah aku bercakap dengan pengikut mereka, ternyata pengikut mereka begitu taksub sehingga mengatakan aku lah yang sesat dan terpesong aqidah. Sedangkan aku bercakap menggunakan quran n hadith dan 'dia' hanya menggunakan logik akal. Bila aku dok cakap, seandainya katakan aku ni sesat, so sesatlah ayat quran dan hadith yang disebut oleh nabi s.a.w. Dan jawapan 'dia' yang sampai harini aku takkan lupa ialah,"aku dok tgk langit ada tulis alif lam lam ha...so aku tau aku tak sesat"...dengan kata-kata tersebut akhirnya aku mendiamkan diri dan berharap satu hari nnt dia akan kembali kepada ajaran quran dan sunnah Rasulullah s.a.w, insyaAllah...

(sambungan sbb takut panjang sangat)

Read more »

Modus Operandi kesesatan aqidah di Malaysia...berjaya atau tidak? (bhgn 2)



Berbalik kepada isu ini (sambungan), aku melihat mereka terlalu taksub kepada Nabi s.a.w hinggakan meminta perlindungan dari Nabi s.a.w lebih dari Tuhan sekalian alam, Allah azza wa jalla. Sedangkan disebut dalam sebuah hadith yang disebut :

Dari Ibnu Abbas, dia mendengar Umar berkata di atas mimbar,"aku mendengar Nabi s.a,w bersabda," janganlah kalian terlalu berlebih lebihan kepadaku sebagaimana orang-orang Nasrani terlalu berlebih-lebihan kepada Isa bin Maryam, sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba Allah maka katakanlah hamba Allah dan RasulNya"
(HR Bukhari no 3445,6830)


Jawapan untuk kegiatan ibadah syiah dan rangkaian-rangkaiannya.


Bukan hanya taksub kepada Nabi s.a.w sehingga berlebihan, bahkan mereka juga menggunakan kubur untuk bertawassul dan berdoa kepada wali-wali Allah sehingga menjadikan mereka kepada kesyirikan yang nyata. Ini seakan sama dengan kepercayaan kristian yang meminta-minta kepada Jesus dan hindu yang menjadikan kubur atau orang mati sebagai tempat mereka menagih sesuatu. Sebagai perumpamaan, bila dikaitkan dengan perkara ini, perlulah mereka malu dengan kristian yang meminta kepada Jesus (Isa a.s) iaitu seorang nabi diutuskan oleh Allah azza wa jalla dibandingkan dengan wali Allah yang cuma seorang manusia biasa sahaja. Hakikatnya hanya kepada Allah kita memohon perlindungan dan pertolongan. Bukankah setiap hari kita melafazkan di dalam surah al fatihah ayat 5 :

"hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan"

Walaubagaimanapun, ada dari puak ini yang bersolat dan berlebih lebihan di atas kuburan. Aku sekali lagi terkejut dan terus mencari dari mana sumber yang membenarkan perlakuan di atas kuburan ini. Ternyata, tidak ada sebuah hadith atau hujah dari mana mana imam mazhab yang muktabar membenarkan berlebih lebihan di atas kuburan. Bahkan di dalam al-umm (page 246) Imam Syafie ada menyebut, 

"aku memakruhkan perbuatan menginjakkan kuburan, duduk, bersandar kepadanya kecuali seseorang tidak menemukan jalan lain selain harus menginjak kuburan untuk sampai kepada kubur keluarganya yang meninggal. Maka hal itu hukumnya darurat. Dalam kitab yang sama (page 1/146) disbutkan, "aku memakruhkan bagunan masjid di atas kuburan dan agar diratakan, atau solat di atasnya, padahal ia tidak diratakan, atau solat menghadap kepadanya. Bila seseorang solat hadap ke kuburan, solatnya sah, namun dia telah melakukan keburukan"

Sebagai seorang yang 'bijak' dan mengetahui tentang hukum hakam di dalam islam, adakah perkara yang asas ini dilupakan atau mereka hanya melakukan mengikut cita rasa hati mereka tanpa mempedulikan larangan yang disebut?.

Menilai perilaku mereka, aku menemui satu hujah dari seorang ulama yang bergelar Dr. yang mengkaji asal usul dan modus operandi pemahaman syiah ini. Disebutkan peringkat penyebaran fahaman ini adalah seperti berikut:

1. Mengangkat ahlul bait 
Mereka yang menggelarkan diri mereka sendiri sebagai ahlul bait telah membawa satu ajaran salawat yang baru dan kononnya ia mendekatkan lagi kepada Rasulullah s.a.w. Majlis salawat mereka ini tidak ubah seperti majlis tari menari dengan disertakan tarian yang ada diantara mereka bercampur antara lelaki dan perempuan. Ada juga yang cuba meng'khusyuk'kan lagi majlis salawat mereka dengan menutup lampu dan beramai ramai 'menyanyikan' salawat. Sedangkan di dalam Al-Quran telah disebut :

"Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai"
(Surah Aaraf ayat 205)

Kini, mereka akan/sedang/telah menganjurkan satu majlis baru iaitu Malam Cinta Ahlul Bait. Jangan terkejut sekiranya akan diadakan Malam Cinta Hassan & Hussien. Biarpun mereka menjadikan kubur Hassan dan Hussien mahupun kubur Nabi s.a.w sebagai tempat bermunajat, ianya adalah perbuatan syirik.

"Kalau kamu memohon kepada mereka (yang kamu sembah itu), mereka tidak mendengar permohonan kamu, dan kalaulah mereka mendengar pun, mereka tidak dapat memberikan apa yang kamu pohonkan itu. Dan ingatlah tidak ada yang dapat memberi tahu kepadamu (wahai Muhammad, akan hakikat yang sebenarnya) seperti yang diberikan Allah yang Maha Mendalam PengetahuanNya"
(Surah Fatir ayat 14)

2. Menimbulkan keraguan atau was was di dalam sumber agama iaitu Quran, Sunnah dan kitab-kitab seperti Shahih Bukhari, Shahih Muslim dan sebagainya.
Seperti yang dijelaskan tadi. Tidak ada dalam mana-mana hujah mazhab apatah lagi Quran dan Sunnah mengatakan boleh berlebih lebihan di atas kubur. Tetapi perlakuan mereka ini menimbulkan tanda tanya kepada masyarakat dan kepada yang telah dipengaruhi sekaligus akan menjadikan perlakuan mereka sebagai hujah, atas alasan, merekalah keturunan nabi s.a.w dan mereka lebih mengetahui dari sesiapapun. Dijelaskan perbuatan ini sememangnya perbuatan yang mempersekutukan Allah azza wa jalla.

"Dan mereka menyembah sesuatu selain Allah, yang tidak mendatangkan mudarat dan tidak pula mendatangkan manfaat kepada mereka, dan mereka berkata,"Mereka (yang mereka sembahkan itu) adalah pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah."Katakanlah,"Adakah kamu mahu memberitahu kepada Allah sesuatu yang Dia (Allah) tidak mengetahuinya di langit dan tidak pula di bumi?."Maha suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan itu"
(Surah Yunus ayat 18)


Janganlah kita mengatakan hanya mereka (ahlul bait) sahaja yang mengetahui maksud di dalam Al Quran dan mengetahui segalanya. Sedangkan Nabi s.a.w pernah mengatakan bahawa sekiranya Fatimah r.a itu sendiri mencuri, maka potong tangannya. Ini menjelaskan bahawa ahlul bait juga tidak terlepas dari kesilapan dan dosa. Mereka hanyalah keturunan dan bukanlah berstatuskan nabi yang maksum yang suci dari dosa!. Bacalah surah Jin. Ada disebutkan bahawa Jin juga memahami maksud di dalam Al-Quran. Sedangkan Jin itu sudah tentu bukan dari kalangan ahlul bait.

3. Memfitnah dan menyesatkan bahkan mengkafirkan para sahabat.
Baru-baru ni, salah seorang dari mereka telah menyebarkan fitnah tentang seorang sahabat yang juga pejuang di dalam peperangan badar. Mengatakan sahabat itu, Tha'labah seorang yang lupa diri dan tidak menunaikan zakat setelah kekayaan telah datang kepada beliau. Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari disebut bahawa:

"Janganlah mencerca/mengeji sahabat-sahabatku. Demi Tuhan yang jiwa raga Muhammad berada dalam TanganNya, jika seorang manusia yang bukan sahabat mendermakan emas sebanyak bukit uhud, dia tidak menyamai derma secupak sahabatku. Bahkan tidak akan menyamai walau setengah cupak pun dari derma mereka"

Di dalam hadith Qudsi, Allah telah bersabda dan ini telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Tirmizi yang berbunyi:

"Buatlah apa yang kamu sukai (wahai ahli Badar) , sesungguhnya Aku telah mengampunkan segala dosa kamu"

Sebenarnya banyak lagi yang boleh dikupaskan. Allah azza wa jalla dah menurunkan Quran dan menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai satu contoh kepada umat manusia. Kenapa perlu lagi menggunakan orang lain untuk dijadikan sumber ibadah yang hanya untuk Allah dan tiada siapa yang boleh mencipta ibadah dan meletakkan hukum dosa dan pahala melainkan Allah yang Maha adil sahaja!?.

Janganlah kita terlalu taksub dan cepat membodohkan diri dengan mempercayai ntah mana manusia yang datang dengan membawa sesebuah title. Adakah kalian akan menjadikan aku contoh seandainya aku meletakkan title Habib atau Maulana di awal nama aku?... Berjaga-jagalah dengan tipu daya manusia dan berbaliklah hanya kepada Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

p/s : aku tak pernah dengar Hassan r.a dan Hussein r.a mendapat gelaran habib sedangkan merekalah yang keturunan Rasulullah s.a.w yang paling dekat. 

Read more »
Powered By Blogger