Tuesday, May 12, 2015

Modus Operandi kesesatan aqidah di Malaysia...berjaya atau tidak? (bhgn 1)


Dah lama sebenarnya aku nak kupaskan isu ni cuma belum ada masa sesuai untuk aku masukkan kat dalam penulisan aku... lagipun aku tau mungkin ramai yang tidak sedar akan menolak & mengkritik penulisan aku dan mengatakan aku keyboard warrior. Sebenarnya, ini lah tujuan utama aku untuk menyampaikan penulisan ni pada semua. Alhamdulillah, ada jugak yang aku berjaya bercakap secara depan-depan dan mereka menerima dan menyedari betapa banyaknya anasir-anasir halus yang cuba merosakkan pemikiran dan pemahaman aqidah kita sebagai ahli sunnah wal jamaah!.

Sebelum aku meneruskan, nak diingatkan bahawa, syiah sememangnya terkeluar dari aqidah islam yang sebenar dan seharusnya kita menolak mereka secara terang-terangan. Dalam penulisan ini, aku tidak akan terus menunding jari kepada satu 'puak' dan lebih,  yang ada dari mereka menggelarkan diri mereka sendiri sebagai 'keturunan nabi' yang kini berjaya mengkomersialkan diri mereka dengan aktiviti nyanyian dan tarian yang ntahmana datang pon aku taktau (walaupun hakikat dpt dilihat seakan dengan puak syiah)...


Seorang ulamak syiah yang aku tak berapa ingat nama dia, tapi ada hujung nama al-kulaini atau al-qulaini, mengatakan di dalam al-ushul minal kafi (kalau tak silap) :

 "tidak ada agama bagi orang yang tidak ada taqiyyah"

apakah itu "taqiyyah"?

Taqiyyah itu adalah satu sifat pura-pura atau hipokrit untuk menyembunyikan hakikat sesuatu di dalam hati. 

Sebagai contoh:
Aku menjadi seorang yang sopan santun di hadapan sesuatu kaum sedangkan di dalam hati aku ingin menghancurkan mereka. 

Masihkah kita ingat dahulu Malaysia pernah dikejutkan dengan isu kesesatan Al-Arqam yang dibawa oleh Abuya Ashaari?.

Beliau dikecam hebat dan dikatakan sesat sesesatnya dan kerajaan ketika itu mengambil tindakan yang pantas membendung ajaran ini dari terus menular. Cerita mengenai abuya yang bertemu nabi dan sebagainya dianggap gila dan sememangnya sesat dari ajaran islam yang sebenar.

Alhamdulillah, akhirnya ajaran ini dapat dikikis sedikit demi sedikit hingga tidak didengar lagi sehingga sekarang.

Walaubagaimanapun, kini terdapat puak puak yang ntah datang dari mana, yang tidak pernah muncul sebelum ini, datang ke Malaysia dan mengatakan mereka adalah keturunan Nabi s.a.w. Mereka me'reka' salawat ke atas nabi s.a.w mengikut kehendak mereka sendiri. Mereka percaya bahawa majlis mereka dihadiri oleh Nabi s.a.w. dan mimpi bertemu dengan nabi s.a.w adalah satu sumber hujah untuk melakukan satu perkara baru di dalam ajaran islam.

apabila sudah begitu taksub hinggakan menjadi kepada penyembahan kubur
Pada mula kedatangan puak puak ni, aku yang terpinga-pinga dan cuba mengikuti pergerakan mereka. Aku menerima mereka dengan mudah, menyanyikan lagu-lagu yang didendangkan, hinggakan ada beberapa keping cd dari mereka diletakkan di dalam keta aku. Selain tu juga, aku mengikuti rancangan mereka di rancangan tv dan sebagainya. 

Sehinggalah satu hari tu...
Aku dok berjalan sorang-sorang kat Shah Alam dan singgah ke MPH @ SACC Mall... aku ternampak satu buku berkaitan dengan bidaah. Aku tak ingat tajuk penuh buku tu dan penulis buku tu adalah salah sorang dari puak puak ni yang aku dok folow kaw kaw nya... tengah seronok aku terbaca, tetiba ada satu bab ni dia menyamakan perbuatan seorang sahabat adalah bidaah dan bidaah itu adalah diterima di dalam islam. Perbuatan (ibadah) itu disampaikan kepada Rasul s.a.w dan diterima. Menurut kata penulis tu, itu adalah bidaah yang baik ataupun dipanggil sebagai bidaah hasanah. Alhamdulillah Allah menjauhkan aku dari kekeliruan dan kesesatan, aku teringat tentang hadith yang berbunyi, 

Rasulullah s.a.w bersabda, 'Sesungguhnya barangsiapa hidup sesudahku niscaya dia akan melihat banyak perselisihan, maka wajib atas kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa' ar Rasyidin yang mendapat petunjuk sesudahku. Berpeganglah kalian dengannya dan gigitlah ia dengan gigi gerahammu serta jauhilah oleh kalian perkara agama yang diada-adakan kerana semua yang baru dalam agama itu adalah bidaah dan semua bidaah adalah sesat'.
(HR Ahmad, Abu Daud. Tirmidzi, Dzhabi dan Hakim. Disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dlm Shahih al Jami' no. 2549) 

Apakah yang dimaksudkan sebagai sunnah?

Sunnah itu berdasarkan dari 3 yang datang dari Rasulullah. 
1. Fi'lin (perbuatan)
2. Qaulin (kata-kata)
3. Takrir (persetujuan)

Selain dari Quran dan juga Sunnah Nabi Muhammad dan juga Sunnah Khulafa' ar Rasyidin yang mendapat petunjuk terus dari nabi sendiri, maka kita sendiri tidaklah boleh memandai-mandai melakukan ibadah khusus tanpa berpandukan sumber yang sahih ini. Dirumuskan kat sini, penulisan tersebut sememangnya jauh tersasar pengertian sunnah dan bidaah. Sesungguhnya sunnah itu sememangnya jadi rujukan kita sebagai ahli sunnah wal jamaah dan bidaah itu sememangnya sesat dan kesesatan itu tempatnya di neraka. 

Terkejut dengan kenyataan di dalam penulisan tu, aku mula mencari kebenaran tentang puak puak yang kononnya ahlul bait yang cuba memujuk pemikiran masyarakat Malaysia supaya menerima mereka. Memang agak susah untuk aku mencari kebenaran kerana mereka bagaikan ditatang oleh pihak-pihak yang kuat pengaruh di Malaysia.

Dari segi sikap dan perwatakan mereka, sememangya mereka harus dipuji kerana sikap lemah lembut mereka berjaya menambat hati masyarakat yang berjumpa atau melihat mereka sendiri. Ini memang tidak boleh dinafikan, tetapi pernah aku bercakap dengan pengikut mereka, ternyata pengikut mereka begitu taksub sehingga mengatakan aku lah yang sesat dan terpesong aqidah. Sedangkan aku bercakap menggunakan quran n hadith dan 'dia' hanya menggunakan logik akal. Bila aku dok cakap, seandainya katakan aku ni sesat, so sesatlah ayat quran dan hadith yang disebut oleh nabi s.a.w. Dan jawapan 'dia' yang sampai harini aku takkan lupa ialah,"aku dok tgk langit ada tulis alif lam lam ha...so aku tau aku tak sesat"...dengan kata-kata tersebut akhirnya aku mendiamkan diri dan berharap satu hari nnt dia akan kembali kepada ajaran quran dan sunnah Rasulullah s.a.w, insyaAllah...

(sambungan sbb takut panjang sangat)

No comments:

Powered By Blogger