Monday, August 11, 2014

Cuma kata dalam renungan


Terfikir aku sejenak...

Sesetengah dari kalangan kita yakin tanpa ragu tentang kemenangan islam diakhir zaman
Walaupun telah dan sedang diuji dengan pelbagai kemusnahan yang terjadi disebilangan negara negara islam
Juga, kesemua umat islam bila ditanya tentang perkara diluar "logik" akal manusia, seperti peristiwa isra' mikraj ataupun peristiwa laut merah yang terbelah dua...pasti mereka mengiyakan dan percaya...
Ini adalah kerana IMAN...
iaitu percaya dengan seyakinnya dan tidak menolak mahupun ragu dengan kata-kata Allah yang tertulis di dalam Al-Quran...

Tapi adapun iman itu...
adakah cuma dikhususkan pada ayat atau peristiwa tertentu sahaja?
kenapa bila disebut tentang aurat, mereka menolak?
bukan sahaja pada si isteri tetapi juga pada suami yang dayus membiarkan aurat mereka dijamah oleh bukan mahram mereka...
adakah janji mereka "cinta hingga ke syurga" itu cuma omong kosong belaka?
adakah jawapan "belum tiba seru" atau "nanti isteri aku berubah laa" cuma gurauan semata?
bukankah telah disebut tentang aurat di dalam kitab yang sama mereka beriman iaitu Al-Quran?
janganlah hanya mengambil sepotong kata untuk beriman...

Read more »

Thursday, May 8, 2014

Fitnah & Kentut


Masyarakat kita memang cukup dikenali dengan 'peradaban' yang tinggi. Dengan gaya dan cara kita yang dipengaruhi adat, sedikit sebanyak membentuk masyarakat yang dipandang tinggi kelakuan dan budaya yang penuh dengan kesopan dan kesusilaan. Sesetengah masyarakat Eropah memandang negara Asia penuh dengan budaya yang tinggi antaranya Jepun dan Malaysia. Namun, adakah itu masih berkekalan sehingga kini...........???

"Mungkin" sesetengah dari kita tidak begitu remeh dengan kelakuan kentut dikhalayak ramai. Dan bila disebut sesetengah, bermaksud ada sesetengah lagi yang terlalu memandang remeh dengan isu kentut dikhalayak ramai. Apa yang akan kita lakukan sekiranya terdapat seorang wanita yang cantik atau lelaki yang bergaya macho kentut tanpa segan silu dihadapan kita. Selain menggelakkan mereka, akan berbisik jugak dalam hati kita mengatakan "tak senonohnya manusia"...dan mungkin terus hilang kecantikan atau kemachoan individu tersebut dari pandangan atau imaginasi kita...

Namun, kentut cumalah kentut; yang mengeluarkan gas dari dalam perut dan berbau busuk dan tidak pernah sesekali aku mendengar atau berpengalaman berbau kentut yang harum semerbak Semua manusia tidak terkecuali samadaa Perdana Menteri, Model mahupun artis untuk kentut. Mungkin mereka menyorokkan kentut mereka gara gara takut dihidu oleh orang lain. Ada juga sanggup menahan kentut mereka dan terus "menelan" kentut mereka sedalam dalamnya di dalam perut mereka. hahahahahaha sorry laa aku pon tergelak bile pikirkan balik, cuma nak jadikan perumpamaan supaya semua jelas betapa jijiknya kentut yang bakal dihidu di depan awek cun atau pun lelaki macho...hahahaha

Tapi adakah satu kentut individu itu mampu memecah belahkan masyarakat, menjadikan masyarakat benci membenci sehingga sanggup berdendam dan menumpahkan darah?..TERSANGATLAH MELAMPAU SEKIRANYA KENTUT MAMPU MENJADIKAN PERKARA SEDEMIKIAN BERLAKU!.

Bila kita melihat masyarakat sekarang, mereka memandang kentut lebih hina dari mulut busuk yang suka menyebarkan berita yang tidak benar atau tidak pasti kebenarannya. Sedar atau tidak, kita sekarang ni menyokong penyebaran berita palsu atau fitnah ini berleluasa. Di televisyen, facebook, twitter, instagram dan bermacam macam lagi. Malah kita juga menjadi agen untuk menyebarkan berita berita palsu ni. Adakah kita memandang berat dalam isu penyebaran fitnah ini lebih dari penyebaran kentut yang cumalah busuk seketika?. 

Jom kita tengok terjemahan surah Nur ayat 11:

Sesungguhnya orang orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongon kamu juga. Janganlah kamu menyangka (berita bohong) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh balasan dari dosa yang dikerjakan. Dan siapa diantara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. 

Mungkin kita ni kata, 'alaaaa orang yang citer, aku just sampaikan je...lagipun bukannya teruk sangat pon citer ni'....

Surah Nur ayat 15: 

Ingatlah diwaktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar.

dah terang dan jelas ayat terjemahan kat atas tu mengingatkan kita siapa je yang mengambil bahagian dalam penyiaran.....baginya azab yang besar....

Kembali pulak dalam isu kentut tadi, apa pandangan korang seandainya ada 2 orang sahabat yang berlawan lawan kentut dikhalayak ramai (dalam LRT yang sarat dengan penumpang). Si A kentut panjang, dan si B pun balas dengan kentut yang lebih panjang dan kuat bunyinya. Si A membalas dengan kentut yang lebih 'kaw' baunya...apa pandangan korang???...tentunya korang terus menganggap kelakuan mereka seperti manusia yang tak pandai menghormati orang lain dan tidak senonoh. Sebolehnya kalian rasa nak lempang je mereka seandainya bau kentut mereka memenuhi kabinLRT tersebut (sebagai contoh). 

Tapi apa pulak pandangan kita pada si pembuat fitnah dan si pembantu penyiaran fitnah ni?. Biarpun muka mereka cantik atau hensem, dengan menggunakan kata-kata yang sopan tetapi isi ayatnya penuh dengan kedustaan, apa pandangan kita?. Kita mungkin akan meragui si fulan yang telah dituduh tanpa usul periksa. Bahkan kita mengiyakan kata-kata pendusta tersebut. Kita turut bersenkongkol dengan mereka dan menyalahkan dan menghentam si fulan yang dituduh hinggakan keluarga si fulan berpecah belah, bercerai berai, dan apa perasaan korang bila si fulan yang rendah imannya dan membunuh diri sedangkan hakikatnya cerita atau berita itu semua adalah dusta. Adakah kalian nak pergi ke kubur dia dan meminta maaf?. Sedangkan kalian bakal melakukan perkara lain yang ditegah dalam islam. Nauzubillah. 

Di dalam surah Nur ayat 12 ada juga disebut:

Mengapa diwaktu kamu mendengar berita bohong itu orang orang mu'minin dan mu'minat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri dan (mengapa tidak) berkata : "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata".

Tidakkah kita sedar, kentut ini tidaklah memberi kesan buruk yang besar kepada sesuatu masyarakat walaupun dipandang hina oleh sesetengah masyarakat?. Tetapi fitnah yang dianggap remeh ini memberi kesan yang tersangat buruk kepada masyarakat, mahupun negara mahupun dunia dan seluruh alam semesta termasuk jin. Masyarakat kita ni, kepala bentan sikit, dah kata jin yang buat. Menuduh tanpa usul periksa. Ditambah lagi dengan cerita mengatakan jin ni dibela oleh si fulan si fulan dan sekian sekian. hahahaha tak ke memberi impak yang besar kepada nama seseorang?. Sehinggalah si fulan tersebut di cop syirik bela hantu raya dan sebagainya, di pulau oleh penduduk kampung...jauhkanlah...

Hentikanlah berita yang palsu
Hentikanlah sokongan korang terhadap penyiaran berita palsu
Hentikanlah mengadu domba
Hentikanlah menggunakan nama agama untuk kepentingan sendiri
Ini semua mampu mengelirukan umat manusia dan mampu juga merosakkan nama agama yang suci lagi bersih. 

Apa kata, lepas ni bila kita mendengar berita palsu, kita sebutkan, "ini adalah berita bohong yang nyata" (sambil kentut sekali). Kita tengok reaksi si pembawa berita. Seandainya dia mengatakan kita tak senonoh, katakan balik pada mereka, perbuatan mereka lebih hina lagi keji disisi islam dan masyarakat yang bertamadun.


Read more »

Monday, April 14, 2014

Jawapan ada pada kita


Alhamdulillah...
Syarikat Perkhidmatan umrah kami telah berjalan dengan lancar dan berjaya membawa jemaah pertama pada 3 bulan selepas ditubuhkan. Dengan feedback yang sangat memuaskan, kami akan terus berusaha dan lebih bersemangat untuk memperkuatkan lagi perkhidmatan kami bagi menyediakan perjalanan ibadah umrah mereka terus selesa. InsyaAllah.... papehal cek laa kat fb kiteorg eh... Akbar Mega Travel Sdn Bhd

Dalam kesibukan menguruskan perniagaan baru ini, perasaan untuk menulis sememangnya membuak buak hinggakan aku menulis di dalam kertas-kertas kecil dan juga di notepad telefon aku. Tapi sayangnya, telefon aku ter'reset' dan semua hasil penulisan aku terpadam dan hilang begitu saja... Lebih malang lagi, satu-satunya laptop yang aku ada rosak dan tidak berfungsi menyebabkan aku langsung tidak mampu untuk mencoret hatta sedikit perkataan di dalam blog ni. Mungkin ada kemudahan lain, tapi aku lebih selesa menggunakan laptop aku sendiri.

Alhamdulillah, harini, segalanya seperti satu keajaiban yang terjadi setelah semuanya menjadi baik dan memudahkan aku untuk mencoret. Dan aku akan mencoret sesuatu yang acap kali aku katakan pada orang yang berada disekeliling aku. Ianya berkaitan dengan kehidupan kita sebagai seorang yang kononnya berpegang teguh dengan pegangan dan kononnya beriman dengan kata-kata Allah.

Hari bersilih ganti, hampir setiap yang ada semuanya berubah. Beberapa orang sahabat yang dahulunya bujang, alhamdulillah kini telah bergelar suami. Ada juga yang telah bergelar ayah atau ibu, dan ada juga yang dahulunya penggemar dosa kini meninggalkannya. Tetapi ada juga yang masih sama dan sepatutnya, inilah yang seharusnya diubah dari awal...iaitu pemikiran manusia yang masih lagi menidakkan dan meragui kebenaran Quran dan Sunnah.

Bila ditanya tentang keimanan, rata-rata semuanya memahami dan mengaku beriman dengan Allah dan kata-kataNya. Ada yang berkeras dan marah bila dikatakan mereka sebenarnya tidak beriman. Tetapi, sejauh mana kekuatan iman mereka?.

Untuk menjadikan coretan ini lebih difahami, kita amik satu konteks mudah, iaitu "PERKHAWINAN".

Mungkin akan ada yang sibuk memerli atau berkata bukan-bukan kerana aku sendiri belum berkhawin. Bagaimana aku nak memahami erti perkhawinan yang sebenar?. Then kalau camtu, tegurlah aku sekiranya aku tersilap. Aku juga manusia, dan kesilapan itu tidak akan hilang dari diri aku sendiri.

Di dalam surah Nur ayat 32 telah disebut :
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (laki & ppuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan ppuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmat dan limpah kurniaNya) lagi Maha mengetahui.

Masyarakat melayu di Malaysia terutamanya, terlalu paranoid dengan duit bila disebut hal yang berkaitan dengan perkhawinan. Bila berbual tentang perkhawinan, ada yang terus terpancul dari mulut dengan berkata,

"ko ni nak kawen dah ada duit ke?,nak bagi anak orang makan...takkan nak bagi makan pasir". 

Memang tak dinafikan, zaman sekarang ni nak berak pun pakai duit. Tapi berak itu memanglah harus kita selesaikan. Kalau tak memudaratkan diri sendiri. Bila kita bincang duit dalam perkhawinan ni, masyarakat kita lebih merujuk pada perbelanjaan sewaktu majlis perkhawinan tu sendiri. Dok sebok dengan pelamin, khemah, baju, makeup, catering, photographer dan sebagainya. Kalau takde memende ni suma bukannya memudaratkan kita. Cukuplah sekadar mana yang kita mampu. Ni suma atas alasan, takut orang kampung cakap apa sekian sekian sekian bla bla bla. Jauhkanlah kita dari sifat riak. Korang sendiri faham apa yang aku maksudkan. Cuba korang dok fikir balik bebetul, tak terlintas ke walaupun sikit perasaan riak untuk korang yang dok menunjuk-nunjuk atau berlawan-lawan majlis perkhawinan!?. Sedangkan perbualan awal tadi dok sebok cakap pasal nak bagi anak orang makan apa!?. Bila kita tengok balik orang-orang yang sudah berkhawin, alhamdulillah rezeki Allah permudahkan. Ini semua alasan yang bodoh dan bangang yang berlegar-legar dalam sesetengah masyarakat kita sendiri.

Bila kita menggunakan alasan sedemikian untuk menjadikan penangguhan dalam perkhawinan yang sememangnya telah dianjurkan sendiri di dalam Quran, tak ke terasa, kita berada dalam keadaan ragu ragu dengan ayat quran?. 

Memang disebut dalam surah nur ayat 33 :
'Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkhawin, hendak mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya'

Wahai pembaca yang terasa nak baca, dan yang belum berkhawin, cuba korang cermin diri korang. Adakah korang tegolong dari kalangan yang mampu atau tak?. Kalau nak kata korang dok baca blog ni, bermaksud korang ada kemudahan yang sepatutnya dan kemampuan yang insyaAllah secukupnya dan aku yakin semua mampu sgt sebenarnya. Unless ada diantara pembaca yang takde rumah, duduk bawah jambatan, makan pun kutip dari tong sampah, takde selipar dan baju pun kutip dari longkang atau pusat buangan sampah. 

Apa lagi alasan sebenarnya kita menidakkan atau meragui kebenaran Quran. Bila orang yang belum islam dok caci atau memperlekehkan Quran, aku tgk ramai yang lantang bersuara. Ada yang sanggup bergaduh berdarah berparang dan sebagainya. Tapi bila ditanya tentang Quran, adakah kita benar-benar mengikut peraturan yang disebut dalam Quran dan memahami isi kandungan Quran?. Ini baru aku sebutkan dalam satu konteks mudah, iaitu perkhawinan. Tak masuk lagi konteks hudud dan sebagainya. Apepun jawapannya ada pada korang sendiri. 

Fikirkanlah bebetul...

wassalam!

Read more »

Thursday, February 13, 2014

Kealpaan manusia Malaysia!


Bersilih ganti, hari ke hari, isu demi isu, cerita dan gossip tersebar luas, fitnah dan fakta bercampur aduk, manusia semakin keliru, yang halal dan haram tidak lagi dibezakan, wanita yang dulunya malu kini dengan 'selamber berbogel' dikhalayak ramai, si bapak tidak lagi berkuasa bahkan kagum dengan tubuh anaknya yang diratah pandangan oleh serigala-serigala jadian. Ada juga si bapak yang berkeras dan tegas, tapi anak tidak lagi mengenangkan pengorbanan si bapak dengan memaki hamun dan ada juga berkasar dengan fizikal.

Kadar jenayah meningkat!
Keruntuhan akhlak dan moral!
Rasuah berleluasa!
Fitnah dan syirik menjadi kebiasaan!
Hukum agama diperlekehkan!

Astaghfirullah...

Siapa yang perlu dipersalahkan!?

Harini (13.02.2014), sempat aku berbual dengan ayah serba sedikit tentang ilmu undang-undang mengenai isu murtad di Malaysia. Diceritakan satu kes yang pernah berlaku di Malaysia, ianya berkait dengan seorang anak 'datuk' yang inginkan penceraian tetapi tidak diluluskan oleh pihak mahkamah. Akhirnya sebagai jalan penyelesaian, anak 'datuk' tersebut keluar dari Islam agar perkhawinan itu terbatal dengan sendirinya. 

Kelmarin pula, aku terbaca dikeratan akhbar mengenai isu sumpah dengan al-Quran kerana terdapat salah faham mengenai perlawanan 'bola sepak'. Dan sebelum sebelumnya pula, aku terbaca di akhbar, di facebook, dan terdengar dalam perbualan mengenai pelbagai isu antaranya tentang kes ragut, kes bapak membuat laporan polis kerana anak dirotan oleh cikgu, kes rogol dan maksiat, kes rasuah dan macam-macam lagi. Tetapi hampir setiap cerita atau kes ini berlaku, di pengakhirannya disusuli dengan 'Syukurlah, Malaysia masih aman'.

Mungkin agak terlalu kasar untuk aku lafazkan, tetapi selepas aku tergelak sinis pasti akan aku berbisik sendiri mengatakan ini semua tersangatlah bodoh dan bangang!.

Apakah kita (termasuk aku), lupa apa sebenarnya tujuan kita dijadikan yang disebut dalam Quran!?
Tak cukup lagi ke azab yang Allah pernah turunkan pada umat terdahulu yang disebut dalam Quran!?
Tak cukup lagi ke seksa neraka yang disebut Allah dalam Quran!?
Tak teringin ke kita dengan nikmat kat syurga yang Allah sebut dalam Quran!?

Aku pun sedar, seandainya aku terus mengeji perbuatan ni semua, tapi aku sendiri tak berbuat apa-apa pun tak guna gak. Tapi ada juga sebilangan yang bila ditegur, terlalu angkuh dengan ilmu sendiri, ilmu yang takda dalil dan nas dari Quran & hadith. Bila menegur, dan tak sebulu dengan pendapat mereka, terus dicop sebagai sesat dan bermazhab baru!...aduhhhhh! sedangkan kita yang berdalilkan Quran & Hadith yang shahih, dicop begitu, bagaimanapula dengan ilmu mereka sendiri yang sememangnya tidak berlandaskan mana-mana dalil dan nas.

Al-Quran yang seharusnya dijadikan sebagai panduan di dunia dan persiapan untuk di akhirat, tidak lagi dimuliakan. Dijadikan sebagai boneka oleh manusia yang bodoh dan jahil, yang menjadikan Quran sebagai tempat menunjukkan kesucian mereka sedangkan mereka sendiri menolak apa yang tertulis dan disebut di dalam Quran. Jujurnya, TAK TAKUT KE AZAB YANG ALLAH SEBUT DALAM QURAN TU SENDIRI!?.

Yang diperintahkan di dalam Quran ditolak mentah-mentah!
Kalau dibaca dan difahamkan apa yang tertulis, dengan kisah-kisah umat yang terdahulu, sepatutnya manusia yang beriman akan merasa GERUN TAKUT DAN BERKEJAR-KEJAR MENINGGALKAN YANG DILARANG. Tapi aku memang pelik, diaorang memang takda perasaan tu. Takkan nak tunggu sampai Allah dah tunjuk depan mata baru nak sedar!. 

Sedar atau tak, Allah dah tunjuk cuma kita menidakkan lagi kuasa Allah. Bacalah Quran tu, tengoklah azab yang Allah turunkan pada umat terdahulu. 

Banjir besar dah berlaku kat Malaysia
Penyakit berjangkit dah lama berlaku kat Malaysia
Kemiskinan dah lama kat Malaysia
Kemarau dah Allah jadikan kat Malaysia
Keruntuhan  moral bagaikan kembali pada zaman jahiliyyah dah berlaku kat Malaysia

Kita nak tunggu apa lagi?. Nak tunggu gempa bumi dan sebagainya kat Malaysia?. Yang menyedihkan, kawan aku sendiri, (kampung dia antara yang terkena dengan banjir besar) bila disebut inilah azab dari Allah di dunia, dia boleh jawab,

"alaaaa sikit sikit azab Allah...sedangkan hujan yang tak berhenti"

Dia seorang muslim dan tidak gila. Tak sangka dia sanggup kata camtu...sedangkan dia sendiri tau siapa yang menurunkan hujan.
Banyak lagi yang berlaku, tapi kita tutup mata dan teruskan hidup. 

Aman dan damai ke kita?
Tepuk dada Tepuk kepala Tanya diri sendiri
Jangan menipu diri sendiri dan buka mata
Jangan jadikan diri sendiri bodoh dan alpa

maaf!



Read more »

Wednesday, January 1, 2014

2013 ke 2014


Alhamdulillah berakhirnya dengan sempurna
Walau pergi dengan berduka
Terselit juga perkara gembira
Cerita kita tentang manusia
Hidup bahagia dan ada kecewa
Benua asia bumi Malaysia

Bismillahirahmanirahim pembuka bicara
Tahun baru dunia merdeka
Walau ada yang masih derita
Ideologi sesat terus berleluasa
Hasutan syaitan tetap berjaya
Kerana BODOH! manusia durhaka

Anak Malaysia yang masih terleka
Rancak bergoyang pinggul dan dada
Bergaul bersama jantan betina
Tiada batasan bergaul dan mesra
Terus pekak, tuli dan buta
Bagai mencabar diberikan bala!

Tidak lupa ketua negara
Cemerlang gemilang terbilang 1Malaysia
Mengangkat nama di mata dunia
Terima kasih diucap bersama
Dari rakyat yang aman merdeka

Jangan dilupa pada yang sengsara
Fakir miskin tetap manusia
Anak yatim tanggungjawab bersama
Jangan diabai terus dihina
Mereka amanah dari yang esa
Takutlah seksaan api neraka
Jangan leka kemewahan dunia
Kelak ditimbus tanah dunia...

Selamat menyambut tahun 2014... Semoga terus menjadi insan yang bijak dan berakal... InsyaAllah!
Read more »
Powered By Blogger