Wednesday, February 25, 2009

Kedaulatan Melayu!?

Lama dah rasanya aku tak update menatang nih... mungkin sbb bz mungkin gak sbb takde mende crita... sbenarnye banyak mende nak citer... kat draft aku ada 3 yg still pending, yg still aku tak siapkan lagi... hurmmm... memang aku nak menceritakan banyak mende tapi ada je yg mengganggu...

hurmm....

so skang ni kite citerkan la eh isu yg hangat diperkatakan disekeliling kita... nak citer politik sbenarnye aku dah malas... dah meluat rasanye... tapi ni aku nak sentuh ada satu isu yang membuatkan semangat untuk aku update blog ni membuak-buak... ada kaitan dengan politik skit laaa...

sbenarnya kite ni kat Malaysia, kaya dengan adat istiadat dan kebudayaan yang tiada tolok bandingannye... cuma ada beberapa perkara yang membuatkan menda ni jadi pudar dan kian pupus dari ingatan dan pegangan masyarakat kite sndiri especially MELAYU!

Contohnya Kedaulatan Sultan, salah satu contoh asas pegangan kaum kita, MELAYU!... Pembentukan Perlembagaan negara kita gak salah satunye tertulis mengenai kedaulatan Raja-raja... Antara perlembagaan yang dirujuk ialah Hak keistimewaan dan bahasa melayu bahasa kebangsaan, Islam agama rasmi dan jugak, KEDAULATAN SULTAN TIDAK BOLEH DIPERTIKAIKAN!... so kat sini terang² camne skalipon perlembagaan Malaysia telah ditetapkan dan dipersetujui oleh setiap kaum di Malaysia...

Meskipon setiap parti politik di Malaysia kini mempunyai berbilang kaum sebagai ahlinya, tetapi hendak dijelaskan bahawa Raja dan Sultan adalah satu simbol kekuatan MELAYU kita... walaupon terdapat mainan politik mahupun kotor atau tidak, kenapa hendak diperdagangkan kekuatan MELAYU dan kedaulatan Sultan...

Kemungkinan besar kesilapan ahli politik yang mencabar kedaulatan ini membuatkan reputasi dan kepercayaan beliau jatuh dan tidak diterima pakai lagi... seperti yang kita tau, Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum dan isu ini terlalu sensitif bagi satiap masyarakat... kenapa perlu di bangkitkan atau dikaitkan kedaulatan ini dengan politik yang kian kotor dan jijik bagi sesetengah manusia di Malaysia...

Tak perlu lah dipanjangkan lagi isu ini dan harap setiap masyarakat tak kire la bangsa,agama dan taraf dalam arena politik di Malaysia, jangan lah menyentuh perkara yang melibatkan isu perkauman ataupun perkara yang sensitif dikalangan masyarakat kite....

terima kasih n sorry pada yg terasa!
ahaks!

No comments:

Powered By Blogger