Friday, February 27, 2009

Revolusi Minda di Kalangan Masyarakat U.S

Dunia sekarang berubah mengikut zaman... tak kira la dari segi budaya, agama mahupun pemikiran manusia yang membentuk pelbagai ideologi... Kejutan perubahan zaman yang didorong oleh pelbagai pengaruh contohnya ideologi ataupun kepercayaan yang direka-reka oleh manusia menjadikan sebuah revolusi dunia ke arah lebih ekstrimis...
Kini revolusi era baru tidaklah seperti revolusi pada zaman dulu dimana kesannya kian pudar ditelan zaman... Ideologi yang dulunya dijadikan sebagai pegangan sesebuah negara ataupun masyarakat mahupun individual juga kini dikikis oleh ideologi yang terbaru... Diterbangkan ke seluruh dunia bagaikan angin oleh teknologi komunikasi, revolusi ini begitu mudah menyerap masuk ke minda umat manusia di muka bumi ini....
Kini, dan dahulunya lagi, teknologi komunikasi ini kian berkembang sehingga adanya pelbagai jenis cabang bagaimana untuk disampaika oleh seluruh umat manusia... rancangan television yang disampaikan kepada para penonton diselitkan dengan pelbagai message yang kadang-kalanya tidak tepat dan memesongkan pemikiran manusia.... Antara yang paling hangat kita ketahui, terutamanya rancangan barat yang disampaikan kepada penonton di mana menjadikan isu terrorist 'islam' sebagai musuh dan penjahat dalam watak rancangan tersebut... di sini dengan mudahnya kita dapat lihat mereka cuba menjadikan persepsi umat manusia kepada agama 'islam' sebagai agama yang ganas dan tidak sebolehnya dijadikan pegangan dalam hidup mereka!...
Bagaimanapun, tidaklah isu ini yang ingin aku jelaskan kepada semua... tapi........

Bagaimanakah rakyat Amerika Syarikat boleh memilih seorang ahli politik dari kulit hitam sebagai Pemimpin negara mereka?.

tidaklah ingin jadikan nye sebagai satu isu yang besar kerana sesetengah pembaca boleh menganggapkan ianya satu statement yang sensitif 'racist'....

seperti yang dijelaskan sebelum ini, rancangan television yang kuat mempengaruhi minda dan persepsi manusia memberi kesan kepada isu ini... ini kerana, jika dilihat rancangan yang kebanyakkannya diterbitkan dari barat itu selalunya menjadikan watak utama dalam rancangan itu berpasangan, kulit putih dan kulit hitam... watak mereka yang akrab, berkasih sayang, sehati sejiwa dan semacamnya lagi melahirkan persepsi yang baru kepada hidup mereka sendiri...

watak yang dilakonkan oleh pelakon professionalmenjadikan penonton tersedr dari lamunan dimana tiada penghalang untuk berkasih sayang dan menjalinkan perhubungan akrab diantara kaum kulit hitam dan kulit putih ini... pemikiran positif ini begitu menjadi hinggakan mereka tidak lagi memilih pemimpin yang semata-mata dilihat dari warna kulit mereka sendiri.... kesan dari rancangan television ini, masyarakat U.S tidak lagi begitu mendiskriminasikan kaum di antara mereka dan menjadikannya satu tanggapan positif untuk dilaksanakan dalam kehidupan seharian mereka...

tidak perlulah dipanjang lebarkan lagi blog ini... kepada semua yang tidak agak faham dengan apa yang aku cuba sampaikan, boleh lah nilai sendiri dengan menonton antara cerita-cerita disini... sape yang taktau mana nak tgk boleh bgtau la ehh...aku ada je citer ni suma...



The Green Mile

Forrest Gump

Pulp Finction

Ocean's 13

Swanshank Redemption

Four Brothers

harap kita warga malaysia bolehlah memikirkan dengan cara yang lebih terbuka dimana isu perkauman boleh dibendung dengan sikap dan pemikiran yang positif bukan lagi primitif....

terima kasih :)

No comments:

Powered By Blogger