Thursday, March 5, 2009

Tanggungjawab, Masalah & Kehidupan

Sebenarnya aku banyak nak meluahkan ape yang dok main kat fikiran aku nih... tapi disebabkan aku taknak menjadikan blog ni sebagai 'diari', so aku just jelaskan kenapa perkara camni slalu jadi kat kita semua...
So.....

Sepanjang kehidupan kita sebagai seorang manusia yang mempunyai pegangan, adat dan kepercayaan, disamping memiliki pemikiran yang waras, kita takkan lari dan sesekali mengelak dari pelbagai masalah dan juga rintangan yang mendatang dari hari ke hari... mungkin kita ingin kembali ke zaman kanak² di mana tiada masalah yang bermain difikiran kita... yang ada hanya lah keseronokan dan kegembiraan dilengkapi kesedihan yang tidak berpanjangan sebagaimana zaman remaja mahupun dewasa ini...

Kita semua pernah dan mungkin juga sedang melalui zaman remaja yang inginkan sesuatu baru dalam kehidupan seperti alam percintaan... mungkin keseronokan dan kebahagiaan bercinta di zaman remaja bagaikan milik kita 'berdua' sahaja... itulah tanggapan anak muda yang baru mengenali dan menyelami alam percintaan remaja yang mungkin berpanjangan ke jinjang pelamin atau pun sekerat jalan sahaja... di zaman ini juga lah, pemikiran kita menjadi lebih matang dan belajar mengenai erti kehidupan... ada yang menganggap zaman percintaan ini mengajar kita erti tanggungjawab ataupun sekadar suka² sahaja.... tapi alam percintaan ini juga memberi kita seribu satu maksud di mana lahirkan pelbagai masalah yang boleh merosakkan jiwa remaja dan akhlak dimana sesetengahnya berterusan hingga ke peringkat dewasa....

Masalah tidak berhenti di zaman remaja sahaja, tetapi ianya berterusan sehingga ke peringkat yang lebih matang di mana displin seharusnya dipraktikkan di dalam kehidupan seharian... Mungkin ada yang meneruskan peringkat pembelajaran ke tahap yang lebih tinggi dan ada juga yang terus masuk ke alam pekerjaan... kedua-duanya mempunyai beban yang tidak dapat dielakkan bagi kita manusia yang waras.... ada yang tertekan dengan masalah di Universiti ataupun di tempat kerja sendiri... Mahupun ada yang mempunyai bidang tersendiri, takkan lari masalah yang bakal menimpa di setiap sudut kehidupan... Masalah yang dihadapi pada zaman ini lebih ekstrimis dari zaman remaja di mana ianyanya bukan sahaja di fokuskan pada masalah percintaan bahkan ditambah dengan tekanan kerja dan belajar... Memang bercinta ini melambangkan kasih sayang, kebahagiaan dan kegembiraan tetapi takkan lengkap sekiranya tidak terdapat perselisihan faham diantara pasangan 'merpati'.... Ini bakal menjadikan kita manusia yang waras dalam keadaan yang lebih tertekan.... Ada yang cuba menyembunyikan perasaan tetapi tidak dapat disembunyikan dari hati dan akal sendiri.. Bak kata perpatah melayu, 'Berat mata memandang, Berat lagi bahu memikul'.... mungkin ada yang tidak dapat memastikan apa yang dapat dikaitkan dengan perpatah ini.... tetapi sekiranya korang yang pernah mengalami masalah ni mungkin faham ape yang boleh dikaitkan dengan perpatah ni =)

Walaubagaimanapun rintangan dan masalah yang kerap menghantui diri kita, kehidupan hendaklah diteruskan... Segala rintangan dan masalah ini adalah pengajaran dan bonus untuk kita menjalani kehidupan seterusnya... Tidak akan lengkap diri kita sekiranya tidak lahir masalah yang sebenarnya menjadi jalan atau pengajaran di dalam kehidupan kita... Malas dah sebenarnya nak memanjangkan lagi isu ni sbb banyak lagi nak buat... lagipun rasanya kita manusia semua pernah melalui zaman ni suma.... apepon ingatlah, "Allah takkan bagi hamba Dia masalah yang hamba Dia sendiri takleh selesaikan".... apepon masalah dan rintangan, gunakanlah akal dan fikiran yang paling istimewa Allah sediakan pada kita untuk selesaikannya... aku pernah mengabaikan apa yang Allah telah berikan, lastly aku menyesal sampai sekarang... Apepon, life goes on!!!...

*kepada org yang sayang dan paling aku cintai, chewahhh dan gak pada kengkawan dan para pembaca..... gunakan akal dan fikiran bukannya nafsu dan perasaan untuk menyelesaikan masalah dan janganlah putus asa dengan kekalahan yang pernah kita tempuhi... Jangan masukkan kita ke lembah kehinaan di mana akan dijadikan satu penyesalan yang sukar ntuk kita lupakan!!!

ahaks!
FOR ME & YOU...




No comments:

Powered By Blogger