Thursday, May 28, 2009

Di Sini aku Bermula (Bahagian 2)

Setelah aku diterima untuk belajar di Multimedia University, aku masih berfikir untuk menjalankan ape jenis perniagaan yang mendatangkan hasil... setelah penat memikirkan perniagaan ape yang hendak diceburi, aku mula berjinak-jinak untuk memulakan perniagaan 'shisha' di apartment sewa ku di Melaka... hasil sangat menguntungkan dan aku mengupah dua pekerja untuk menjadikan perniagaan ku lebih efficient dan effective... tidak berapa lama kemudian, sedang leka aku dengan hasil yang sangat memberangsangkan, aku ditipu oleh pekerja ku sndiri hingga menyebabkan kerugian sebanyak RM900... aku tidak berputus asa dan terus pandang ke hadapan ntuk terus berkecimpung di dalam bidang perniagaan...

Ketika bercuti panjang, pada bulan puasa, aku sekali lagi memulakan langkah ku untuk berniaga di sebuah bazaar ramadhan di Kelana Jaya... meniaga nasi tomato, nasi beriayani, serunding, kuih muih dan popia membuatkan aku terus bersemangat dan mengaut keuntungan sndiri dari hasil titik peluhku.. tidak lupa juga 'sahabat' lama yang turut membantu ketika itu menjadikan aku lebih berani untuk mencuba mempelbagaikan lagi aneka kuih di bazaar ramadhan ketika itu... pada sebelah malam pula, aku meniaga baju perempuan di tepi-tepi jalan di Petaling Jaya... di sini la kenangan yang tidak dapat ku lupa kan sehingga sekarang kerana baju² yang ingin ku jual hampir di rampas oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang ketika itu MPPJ (Sekarang MBPJ)... aku berjaya mengelak dari di rampas oleh pihak berkuasa dan aku juga telah berhenti dari mejual baju² tersebut kerana tidak mendapat sambutan... tidak lama kemudian, dalam bulan puasa yang sama juga, aku memulakan perniagaan ku pada sebelah malam dengan meniaga kasut di sebuah kawasan yang sangat 'traffic' di Petaling Jaya... sehinggalah 3 malam sebelum raya, aku berehat dari sebarang perniagaan dan menghabiskan masa bersama keluarga...

Setelah habis dari bercuti, aku memulakan hidup baru sebagai pelajar degree sepenuh masa (sebelum ni Alpha) ... dengan result ku yang tak brape baik, aku sedar minat ku hanyalah berniaga... tetapi meniaga juga memerlukan sedikit sebanyak knowledge yang di ajar di University dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk memilih pengurusan pemasaran (Marketing Management) sebagai major di University... dengan berbekalkan sedikit tunjuk ajar dari ayah aku, aku membuka sebuah syarikat hartanah (property) sebagai langkah permulaan untuk berniaga di peringkat yang lebih tinggi... tidak lama kemudian, aku terus berfikir ntuk mencari lebih pengalaman di dalam arena perniagaan... akhirnya aku membuat keputusan untuk meniaga makanan dengan peringkat yang lebih professional jika dibandingkan suatu ketika dulu... Muffin menjadi pilihan ku ntuk menjadi 'core' product di dalam industri makanan yang ku pilih.. alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan kini impian ku untuk membuka sebuah cafe di Petaling Jaya ingin ku capai dan aku akan terus berusaha...

Walaupun agak sukar untuk mencapai sesebuah impian, usaha dan semangat akan menjadikan nya lebih mudah... insyallah.... walaupon ape yang aku dah lalui, ni suma baru permulaan... banyak lagi aku nak kene belajar dan banyak lagi yang akan aku tempuhi... harap suma jangan cepat putus asa ntuk cari duit... ehehe

p/s aku tulis ni khas ntuk sorang kawan aku nih... harap dia faham..
Read more »

Di Sini aku Bermula (Bahagian 1)

Tahun 1999, ketika aku berada di tingkatan dua, bermulalah aku berjinak-jinak mencari bakat dalam mencari rezeki sendiri dengan meniaga burger di sekolah ku di Bangi.. aku meniaga burger di sekolah asrama ku di sebelah tapak koperasi berhadapan dengan court sepak takraw... kawan² lain yang sedang berseronok beriadah selepas waktu asar, aku pula sibuk dengan memasak burger yang di'order' oleh kawan² lain... pada mulanya agak janggal sehinggalah aku merasakan keseronokan walaupon hanya berkerja dengan abg khairul... pada bahagian malam minggu pula aku membantu cikgu ku meniaga burger yang telah di siap masak dirumahnya.. upah yang diambil ketika itu sebanyak RM2 cukup membuatkan aku berpuas hati... tapi tidak lama bertahan, setelah abg khairul meninggalkan sekolah, aku hanya seperti kawan² lain yg hanya berseronok dengan duit saku yang diberi oleh org tua ku setiap minggu...

Setelah tamat persekolahan, sambil menunggu result SPM keluar, aku mula mencari kerja dan berkerja di AMCORP mall sebagai pembuat pop corn di sebuah panggung wayang yang tidak berapa terkenal... tapi aku sangat berpuas hati kerana pertama kali aku memegang hasil titik peluh aku yang bernilai RM700 ringgit sebulan... kerana rajin berkerja, aku berjaya mencuri hati manager aku dan gaji aku mencecah RM1000+ sebulan walaupun hanya pembuat pop corn yang sangat punctual dan tidak pernah mengeluh dengan setiap arahan yang diberikan...

Setelah beberapa bulan bekerja di situ, aku telah diterima untuk menyambung pelajaran ku di KYPM (sekarang KPTM), Bangi... hanya mampu bertahan selama setahun, aku ditendang dan aku mula menganggur untuk beberapa bulan... tidak minat belajar dan hanya berfikir untuk mencari wang sendiri, aku mulakan langkahku dengan mengutip kotak dan surat khabar di belakang² bagunan shopping kompleks... dengan bermodalkan sedikit tunai, aku mula berniaga kuih pada sebelah pagi di tepi kilang di Petaling Jaya.. keuntungan yang sangat memberangsangkan membuatkan aku lebih bersemangat untuk meniaga... dalam masa yang sama, aku bekerja di Toys'r'us di Mid Valley... Sekali lagi geligat aku diperhatikan oleh seorang manager di situ dan menjadi seorang pekerja kesayangan beliau... dengan gaji ku yang mencecah RM800-RM1000 sebulan, aku tidak meninggalkan pekerjaan ku sebagai pengutip kotak dan penjual kuih di kilang²... aku mengatur masaku dengan menjual kuih pada waktu pagi, bekerja di toys'r'us pada tengahari dan mengutip kotak pada waktu malam... walaupun agak penat dan letih, aku sangat berpuas hati dengan hasil titik peluhku sndiri... sekiranya aku bercuti di toys'r'us aku akan kembali meniaga kuih pada tengahari sehingga petang.... hampir terlupa yang aku jugak pernah menjadi salesman untuk astro selama 2minggu... tapi yg agak menyakitkan hati, dalam masa 2minggu aku sebagai salesman astro, aku berjaya mendapat customer berbelas org ramainya tapi tak di appreciate dan tidak dibayar hinggakan aku dibuang atas alasan aku masih student... huh... perkara yang amat menyakitkan hati dan masih menyebabkan aku benci untuk menggunakan astro... malangnya sampai sekarang aku tak reti guna astro!

pada tahun 2004 aku di panggil untuk menyambung pelajaran ku di Multimedia University, Melaka.....


Read more »

Wednesday, May 20, 2009

Manusia Terkaya Di Malaysia 2009

Berikut ialah senarai 10 manusia terkaya di Malaysia

1) Tan Sri Robert Kuok - (RM26.6 billion)

- Raja Gula







2) T. Ananda Krishnan - (RM20.1 billion)

- Founder Maxis Telecommunication Company










3) Tan Sri Teh Hong Piow - (RM8.15 billion)


- Chairman of Public Bank









4) Tan Sri Lee Shin Cheng - (RM7.4 billion)

- Heads of IOI Group







5) Tan Sri Quek Leng Chan - (RM4.5 billion)


- Founder of Hong Leong Group






6) Puan Sri Lee Kim Hua - (RM3.5 billion)


- Balu Tan Sri Lim Goh Tong









7) Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary - (RM3.2 billion)



- Transportation & Logistic, Plantations, Property Dev, Engineering Businesses





8) Tan Sri Vincent Tan - (RM1.8 billion)


- Chairman of Berjaya Group






9) Tan Sri Tiong Hiew King - (RM1.6 billion)


- Founder and Chairman of Rimbunan Hijau Group






10) Tan Sri Azman Hashim - (RM1.4 billion)


- Chairman of Amcorp Group & Ambank Group & AMDB Berhad









Sebenarnya ada seorang businessman dari Malaysia yg paling kaya diantara mereka... Dan kekayaan beliau tidak ada tolok bandingannya walaupon dicampur dengan 3 org terkaya di atas... Beliau bergelar jutawan seawal umur 34tahun dan beliau telah membantu MALAYSIA dengan memberikan sedikit harta beliau sendiri bagi menyelesaikan masalah kemorosotan ekonomi pada tahun 1998... beliau kini memiliki beberapa buah bank di seluruh dunia... Beliau yang bertubuh kecil dan tidak sukakan publisiti, hingga beliau pernah dikenali sebagai ‘Daim Yang Diam’... Itulah Tun Daim Zainuddin...
Read more »

Who Moved My Cheese?


Who moved my cheese?... Cerita pendek yang memberi 1001 maksud dan pengajaran di dalam kehidupan seharian kita... Mengisahkan 4 watak di mana 2 ekor tikus dan 2 manusia yang berlainan watak dan pemikiran... mengajar kita erti kehidupan sebenar dan kesan disetiap perlakuan kita... Jalan cerita yg 'simple' dan kaya dengan motivasi di mana terdapat perubahan yang sentiasa berlaku disepanjang perjalanan kehidupan... Diberikan contoh kepada watak yang tidak menerima perubahan, tidak berganjak dari sesuatu tempat walaupun berlaku perubahan yang harus ditempuh... dan ada watak yang mahukan perubahan dan menganggap setiap perjalanan yg ditempuh akan mengajar menjadi lebih berani... ketakutan kepada kegagalan adalah sesuatu yg baik supaya diri akan terus dan lebih berusaha mencari jawapan dan jalan unutk menyelesaikannya.... dua watak tikus pula memberi gambaran kepada kita supaya hidup berkerjasama dan tidak mudah putus asa akan mencapai kejayaan yg cemerlang... di samping bersedia menghadapi perubahan yang akan terus berlaku sepanjang perjalanan kehidupan... selain itu juga, buku ini mengajar kita terutamanya kepada RAKYAT MALAYSIA di mana janganlah kita terlalu cepat merasakan keselesaan dalam kehidupan kerana akan adanya perubahan dan ujian yg bakal ditempuh suatu hari kelak...
Read more »

Tuesday, May 19, 2009

Virus dan Larangan Tuhan

Bermacam-macam isu yg terjadi kat muka bumi nih... lepas dari selsema burung, datang lak recession... pas recession datang lagi influenza H1N1 atau nama kampongnye selsema babi atau lebih sopan selsema khinzir... mana datangnye masalah ni suma? kita atau tuhan?

Dalam Quran ternyata dan lebih nyata pasal najisnya babi... kenapa tak sedar² lagi antara kalangan masyarakat kita yang masih lagi setia memakan menatang yang diharamkan oleh Allah... bukan kita tujukan pada agama lain yang mungkin membenarkan atau halal pada mereka untuk dijadikan makanan.. ada gak dikalangan umat islam yg jugak menjadikan babi sebagai hidangan ketika lapa... bukan jugak kite tujukan di Malaysia tapi di seluruh negara yang ada nye spesis manusia nih...

Dulu dan kini, kecoh lagi pasal HIV yang masih merebak di setiap pelusuk negara... Sebabkan aku bukan dokter, so aku cakap ape yg aku tau je la eh... HIV yang berpunca dari hubungan seks bebas dan juga jarum dadah yang diorg dok cocok bagi stim tuh... memende tu dah kompem-kompem dilarang dalam agama kita... merebak gak dari susu badan, darah dan lain². HIV menyebabkan immune system sesorg fail, so susah lah untuk untuk sehat dan jugak senang untuk mengidap pelbagai penyakit mahupun luka yang kecil...

Walaupon sekarang selsema babi ni dipanggil influenza H1N1, aku tetap nak panggil nama kampongnye... supaya masyarakt sedar mana datangnye virus nih... janganlah terlalu mementingkan diri sndiri mahupun perut sendiri ntuk makan menatang nih, pk lah org lain.... banyak lagi makanan kat luar tu... takpon makan la muffin yang sekarang ni aku buat meniaga... ehehehe...

apepon, yg tertulis dalam Quran sememangnya benar dan takde salahnya... itulah antara satu-satunye peninggalan yang kita boleh nampak dan sentuh dari Rasulullah.....

Read more »

Generasi Baru...Bijak atau Sebaliknya!?

Dalam kekusutan menghadapi exam yg agak menyakitkan hati, sempat gak aku nak mencoretkan sedikit cerita yang mungkin boleh dijadikan sebagai ingatan kepada semua especially mak bapak kat luar tu yg tau buat anak tapi tak reti nak jaga! Mungkin agak kuang ajar gak la ayat aku ni tapi cuba kita tgk sekarang keadaan kita kat Malaysia nih... apa yg terjadi dan apa yg bakal terjadi!?...

Mungkin org kata, dalam meniti arus globalisasi ni kita seringkali dikejutkan dengan isu pelajar pukul cikgu, bakar kereta cikgu, tunggu kat luar sekolah dengan geng² nak lauk cikgu la ape laa... memacam lagi laaa... bagi kita yang dengar ni memang sakit hati, tapi bagi mak bapak yang tak reti nak jaga anak tapi dok manjakan lebih tuh...!? camne lak? dah buat anak, besar skit antar sekolah kasi cikgu jaga, bile cikgu marah tau lak melenting... anak jadi bodoh, salahkan cikgu, anak jadi penyamun nak salahkan sape?.... memang aku takde anak lagi, tapi aku ada adik² yg masih sekolah rendah... diaorg degil kita marah laaa tapi dengan cara yang elok laaa... tapi jangan lembut sangat, ada masa kita kene gak tegas... tapi tu suma kalo kat umah, kalo kat sekolah camne? cikgu marah sikit repot mak bapak, pastu mak bapak datang serang tanpa selidik ape²....

Baru-baru ni aku ada balik pj, sempat la berbual ngan family aku... akak aku yg no dua tu pun mula la bercerita yang dia baru lepas jumpa kawan sekolah lama dia... sekarang dah jadi cikgu SEKOLAH RENDAH.... memacam cerita laa angah citer, ada yang lawak ada yg sakit n ada yang menyedihkan... dari ape yg angah citer tuh, aku terpikir balik time aku sekolah dulu... kene rotan ngan cikgu taknak bgtau mak bapak sbb takut kene marah balik... tapi sekarang kene marah je, dah repot kat mak bapak... mak bapak lak manjakan anak sangat hinggakan sanggup serang balik org yang mendidik anak dia untuk jadi MANUSIA satu ari nanti...

Ada yang angah citerkan, banyak pelajar ni datang ngan mak je... bile tanye ayah takde... bukan sbb dah meninggal dunia, tapi mak diaorg ni sendiri berstatuskan bujang... sendiri tau la kan ape maksudnye... bukan itu aje, ada yg mak bapak sanggup menipu pihak sekolah katanya tidak berkerja bagi mendapatkan rancangan makanan tambahan (RMT) bagi anak diaorg... tak ke diaorg pk ape yg diaorg buat ni salah... tak rasa bersalah kat anak sndiri ke??... yang paling menyedihkan, seorang ibu pelajar masuk kat bilik guru sambil berkata dengan suara yang agak lantang, "hari ni saya takde duit, cikgu-cikgu boleh la bagi anak saya duit belanja"... ape sebenarnya terjadi pada para mak bapak sebegini spesis yang mungkin taktau ape itu erti tanggungjawab... org kata kalo kite nak melentur buluh tu biarlah dari rebungnye!... tapi kalo org yang nak melenturkan dari rebungnye tuh pon dah tak betol camne lak dengan buluh tu... kite sesama pikir laa... nak salah kan anak-anak pon takleh gak...

So kite nak salahkan sape?... sesama fikir laaa... tapi kalo boleh biar lah pihak kerajaan benarkan balik pengunaan rotan kat sekolah... anak sekarang ngan anak dulu suma sama spesis cuma cara kita bentuk je.... bukan kata rotan tak dibenarkan, marah atau membesarkan mata ketika marah pon tak boleh pada pelajar... camne kita nak didik generasi baru kite...? takkan dengan cara berlembut je??? takkan kita nak tgk masa depan nanti pihak tentera pon suma dah takleh nak menjerit, nnt boleh dikenakan tindakan? janganlah kita manjakan generasi baru kita dengan kebahagiaan dan kesenangan yang ada... biar diaorg rasa kesusahan yang mungkin kite pernah alami suatu ketika dulu...

Ingatlah, siapa yang akan memimpin negara kita masa hadapan... kita bukan kekal selama-lamanya sambil memegang jawatan yg kita jawat sekarang... sumanya akan diwarisi kepada generasi baru nanti..

p/s: Seorang cikgu yang bergelar ustaz sanggup membayar RM80,000 ntuk menghentikan kontrak mengajar di sebuah sekolah kerana tak tahan dengan sikap generasi baru yang tidak mempunyai sikap yang baik dan akhlak yang pekerti...
Read more »
Powered By Blogger