Wednesday, May 20, 2009

Who Moved My Cheese?


Who moved my cheese?... Cerita pendek yang memberi 1001 maksud dan pengajaran di dalam kehidupan seharian kita... Mengisahkan 4 watak di mana 2 ekor tikus dan 2 manusia yang berlainan watak dan pemikiran... mengajar kita erti kehidupan sebenar dan kesan disetiap perlakuan kita... Jalan cerita yg 'simple' dan kaya dengan motivasi di mana terdapat perubahan yang sentiasa berlaku disepanjang perjalanan kehidupan... Diberikan contoh kepada watak yang tidak menerima perubahan, tidak berganjak dari sesuatu tempat walaupun berlaku perubahan yang harus ditempuh... dan ada watak yang mahukan perubahan dan menganggap setiap perjalanan yg ditempuh akan mengajar menjadi lebih berani... ketakutan kepada kegagalan adalah sesuatu yg baik supaya diri akan terus dan lebih berusaha mencari jawapan dan jalan unutk menyelesaikannya.... dua watak tikus pula memberi gambaran kepada kita supaya hidup berkerjasama dan tidak mudah putus asa akan mencapai kejayaan yg cemerlang... di samping bersedia menghadapi perubahan yang akan terus berlaku sepanjang perjalanan kehidupan... selain itu juga, buku ini mengajar kita terutamanya kepada RAKYAT MALAYSIA di mana janganlah kita terlalu cepat merasakan keselesaan dalam kehidupan kerana akan adanya perubahan dan ujian yg bakal ditempuh suatu hari kelak...

No comments:

Powered By Blogger