Tuesday, June 16, 2009

Bangunlah Anak Bangsa Ku!

Malaysia sebuah negara yang kian pesat membangun walaupun agak ketinggalan dari segi teknologi jika dibandingkan dengan negara yang maju... bukan lah satu penghinaan, tetapi adalah satu dorongan untuk kita terus lebih maju dan mengejar 'standard' supaya berada setaraf dengan negara lain... walaubagaimanapun, terdapat satu kelemahan yang sangat serius di kalangan masyarakat kita terutamanya bangsa MELAYU!....

Biarpun pada zahirnya, masyarakat melayu telah menjadi lebih moden dan matang dengan 'trend' terkini tetapi pada batin iaitu permikiran masyarakat melayu masih lagi ketinggalan dan alpa dengan ancaman dari masyarakat luar atau asing... dengan sikap melayu yang terkenal dengan 'lupa diri' dan 'malas' bukannya tidak boleh dirawati ataupun dibendung tetapi sendiri yang tidak mahu berubah untuk menjadi lebih baik... walaupun kita melihat dari segi ekonomi masyarakat melayu meningkat, tetapi masih ketinggalan sekiranya dibandingkan dengan masyarakat lain... 'melayu' tidak sedar bahawa terdapat segilintir masyarakat luar atau asing yang berada di peringkat bawahan sedang meluru naik mengalahkan mereka sedikit demi sedikit...

Untuk menerangkan lagi masyarakat ini, kita boleh melihat dari warga asing yang dahulunya menjadi pekerja bawahan ataupun 'balaci' melayu sndiri... dahulunya, mereka dipandang hina oleh masyarakat melayu kerana membawa pelbagai masalah di negara ini... kegiatan jenayah meningkat dengan adanya masyarakat asing yang kian bercambah dari masa ke semasa... jenayah seperti pecah rumah, rogol, merompak, meragut, memeras ugut, menculik, mengugut, dan ada yang memukau mangsa dengan ilmu sihir bagi mendapatkan wang ataupun barang kemas dari mangsa diperlakukan oleh warga asing yang datang dari negara jiran... kini masyarakat asing ini berubah dan tidak lagi kesemuanya menjadi penjenayah mahupun pekerja bawahan atau 'balaci' melayu sendiri... masyarakat asing yang sedang diperkatakan ialah warga indonesia yang datang dari negara jiran untuk mencari rezeki di tanah melayu kita!...

Pada asalnya, mereka hanyalah pendatang asing samada secara halal ataupun tidak... mereka bekerja keras dan tidak memilih pekerjaan yang diberi oleh pihak majikan dan sekiranya dibandingkan dengan melayu kita yang terlalu ego dan menjaga taraf untuk memilih pekerjaan menjadikan melayu alpa dan ketinggalan dari segi kemahiran dan pengetahuan.... kini, mereka kaya dengan ilmu kemahiran dan pengetahuan mengalahkan masyarakat melayu kita sndiri... tidak boleh dipersalahkan pada mana² pihak tetapi melayu sndiri yang tidak mahu berubah sikap untuk menjadi lebih maju dan mencapai kejayaan seperti masyarakat yang telah berjaya...

Kini, kita boleh mengambil contoh dengan melihat di merata tempat di mana telah dibina rumah² besar yang dimiliki oleh warga asing yang dahulunya datang dengan berenang ditengah lautan bagi mencari rezeki di tanah melayu ini.. mereka yang mempunyai keazaman dan kesungguhan mencari rezeki dan peluang pekerjaan di malaysia telah mencapai kejayaan sehinggakan lebih berjaya dari masyarakat melayu sndiri... ada juga dikalangan mereka telah membuat pelbagai perniagaan dan mengambil pekerja dari masyarakat tempatan iaitu orang malaysia sndiri... contohnya di Shah Alam, di mana aku pernah 'lepak' minum di situ dan melihat beberapa pekerja melayu yang bekerja di bawah perniagaan 'masyarakat indon' sndiri...

Tujuan utama aku menulis isu ini kerana aku terbaca satu 'statement' oleh warga asing di mana mereka menyebut, mereka menetap di malaysia bagi mencari rezeki dan merampas peluang yang dilepaskan oleh masyarakat kita sndiri... di samping itu, di satu forum mengenai 'JANGAN SEBARANG KUTUK MALAYSIA' terdapat satu statement yang membuatkan diriku sungguh tercabar dan ingin kan masyarakat kita sedar sebelum terlambat iaitu,

Malaysia : Kenapa kutuk Malaysia sedangkan orang indon bersepah cari kerja kat malaysia!!!
Indonesia: sebagai persiapan ,menduduki mlaysia untuk mewujudkan republik melayu raya....

Harap masyarakat kita sedar dan bangunlah dari tidur bagi mengejar kemajuan disamping merebut peluang yang diberikan kepada kita!...

No comments:

Powered By Blogger