Sebagai seorang islam yang menetap di sebuah negara islam, dikelilingi oleh masyarakat seagama, dididik berpandukan Quran & Sunnah, dibesarkan oleh sebuah keluarga beragama islam, dan juga sedikit sebanyak menjadikan kehidupan seharian berdasarkan pengaruh Rasulullah Muhammad, menjadikan aku lebih berani dan bersemangat untuk menceritakan ape yang telah terjadi dan pandangan masyarakat seluruh dunia terhadap agama islam yang kini dipandang remeh akan kesuciannya...
Dengan kemajuan teknologi dan pendidikan era baru, kita sedikit sebanyak mempelajari pelbagai perkara yang tidak terkandung atau di pelajari di sekolah mahupun peringkat universiti... Berbagai cara ataupun model yang mempengaruhi mentaliti masyarakat dan dilakonkan di dalam layar kehidupan seharian... Seperti yang dijelaskan, dengan kemajuan teknologi, ilmu ataupun pengetahuan boleh disebarkan melalui pelbagai cara samada tv, radio, internet mahupun majalah² semasa... Namun begitu, pengaruh yang tidak elok dan juga ideologi songsang juga diterapkan disebalik pengetahuan umum kepada masyarakat...
Sebagai contoh, movie terbaru yang baru diterbitkan di panggung wayang yang bertajuk 'Angels & Demons' cukup membuatkan kita keliru mengenai hal² agama walaupun dikhususkan kepada agama katholik... selain itu juga, terdapat movie² yang menjadikan islam sebagai boneka ataupun karekter komedi dan ada juga sebagai pengganas atau penjahat yang harus dihapuskan... malangnya, gambaran negatif terhadap agama islam menjadikan movie tersebut sebagai satu movie yang 'laku' di merata dunia... Sedarkah masyarakat terutamanya umat Muhammad bahawa ape yang terjadi semuanya adalah sindiran dan hina kepada agama islam sndiri? karekter islam diperlekehkan, digelak tawakan, dihina dan dianggap rendah tarafnya berbanding yang lain?.. atau hanya sekadar menganggap ianya sebagai satu lakonan dan tidak memberikan ape² kesan?...
Fikirkan lah wahai umat islam, generasi baru yang menonton bukan hanya sekadar menonton... mereka menerapkannya di dalam pemikiran mereka dan juga kelakuan seharian mereka... bayangkan sekiranya generasi baru ini dewasa dan mereka sndiri malu dengan agama mereka sndiri kerana takut di perlekehkan dan dipandang rendah oleh agama lain... seandainya ayah mereka mengikut sunnah Rasulullah dengan membela jambang, dan generasi baru akan menganggap ayah mereka sndiri seorang pengganas... sedangkan perlakuan itu adalah sunnah Rasulullah kita yang sepatotnya dijadikan contoh sebagai umatnya... mahukah kita melihat sunnah Rasulullah hilang bagaikan debu yang berterbangan?...
Tidak mahu dipanjang lebarkan lagi isu nih, sama² lah kita fikirkan kesan dan ape yang akan terjadi kepada generasi kita yang semakin leka ini... sama² lah kite menentang yang salah dan menegakkan kebenaran islam... sucikan agama kita dengan perlakuan kita sebagai seorang islam yang mengamalkan cara hidup seorang islam... islam bukanlah ketinggalan zaman, tetapi islam adalah keunggulan di setiap zaman...

No comments:
Post a Comment