Tuesday, September 14, 2010

Aku Melayu!

Sekarang ni kita seringkali terdengar laungan 1 Bangsa,1 Malaysia!
Adakah laungan ini betul-betul berkesan dalam menangani isu perkauman di Negara kita?...

Dalam meniti arus globalisasi, Malaysia kini mara ke hadapan dalam membentuk sebuah negara yang maju dari segi teknologi dan pelaburan. Disamping membentuk sebuah negara yang harmoni, terdapat satu isu yang dari dulu menjadikan satu permasalahan besar dari pendekatan komuniti masyarakat Malaysia, iaitu perbezaan kaum...

Kini, Malaysia menjadikan 1 Bangsa, 1 Malaysia sebagai panduan di dalam pembentukkan keharmonian di masyarakat majmuk di negara kita sendiri. Tetapi terdapat satu laungan yang tidak boleh diterima pakai kerana ianya bercanggah dari identiti sebagai sesuatu kaum itu sendiri...

Tidaklah aku mengatakan diri ku 'racist' yang membenci dan memandang rendah kepada kaum yang lain tetapi setiap manusia yang lahir dimuka bumi ini mempunyai identitinya sendiri...laungan 1 Malaysia akan ku laungkan bersama tetapi tidak 1 bangsa!...

Untuk pembaca semua, sekali lagi aku ingatkan bahawa bukan lah aku pembenci kepada kaum yang lain tetapi maksud 1 Bangsa merujuk bahawa tiada lagi identiti bangsa melayu,bangsa cina mahupun bangsa india... Cukuplah sekadar 1 Malaysia yang menunjukkan kita sebagai 3 bangsa yang berbeza berkongsi 1 kewarganegaraan iaitu Malaysia di tanah melayu ini...

Aku melayu, Aku Iban, Aku Kadazan, Aku cina, dan Aku india....dan sebagainya...

tidak bermaksud aku melayu seharusnya membenci cina dan india dan sebaliknya kepada bangsa cina mahupun india... kita mempunyai identiti yang berbeza, warna kulit yang berbeza dan bahasa ibunda yang berbeza, tetapi biarlah kita kongsi semangat perjuangan dan cinta kepada Malaysia yang satu...

Perlukah kita pupuskan bangsa kita, sejarah nenek moyang kerana 1 Bangsa yang tidak merujuk identiti kita sendiri... biarlah bangsa membezakan kita tetapi semangat kasih sayang sesama Malaysia harus kita jaga... tidak salah untuk berkawan mahupun bercinta berlainan bangsa malah seharusnya digalakkan sesama kita... harusnya kita bekerjasama dan tolong menolong sesama kita sndiri dan ianya sendiri diajar dalam kitab agama kita sndiri...

ingatlah,tanpa mengira siapa kita, peganglah kata-kata Rasul kita, 'sesiapa yang tidak mengasihani dia tidak akan dikasihani'.... tidak bermaksud kita harus berkasihani hanya kepada melayu.hanya kepada cina dan hanya kepada india..tetapi biarlah kepada semua mahupun ianya seekor kucing yang kelaparan....

maaf kepada sesape yang tersalah dalam memahami ape yg aku tulis...yang penting....

aku sayang melayu tak bermaksud aku benci cina dan india...
aku sayang melayu tak bermaksud aku memerangi cina dan india...
aku sayang melayu kerana itu lah aku....

No comments:

Powered By Blogger