Wednesday, May 4, 2011

Syahid atau Sia-Sia?

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kematian seorang insan yang sangat popular di dunia. Bukanlah seorang penyanyi dan bukanlah seorang pelakon, bukan juga seorang pencipta lagu mahupun penyair dan juga seorang ahli sains yang berjaya menempa nama di seluruh dunia... tidak pernah mendapat mana-mana anugerah dimata dunia tetapi sebaliknya mendapat tomahan dan cacian dimulut manusia di muka bumi ini.

Beliau la Osama Bin Laden.

Sebilangan manusia ataupun masyarakat memandang beliau sebagai seorang pejuang yang kejam dan ada juga yang memandang sebagai pejuang yang berani menegakkan kebenaran. Hampir majoriti bukan islam memandang beliau sebagai seorang pengganas dan SEBILANGAN islam sendiri turut bersetuju dengan pandangan yang sama.

Lebih memedihkan apabila terdapat beberapa PEMIMPIN NEGARA ISLAM yang turut sama 'meraikan' kematian beliau yang pernah berjuang menegakkan kemegahan agama islam. Memanglah tidak dinafikan terdapat sebahagian perlakuan beliau yang tidak boleh diterima oleh masyarakat dunia tetapi adakah ianya benar ataupun hanya mainan media yang dikuasai oleh musuh ketat islam iaitu 'Yahudi'?.

Seperti yang kita tahu, krisis 11 Sept dikaitkan dengan serangan para mujahidin islam. Tetapi tahukah anda bahawa krisis tersebut merupakan salah satu mainan kuasa jahat yahudi? Sebilangan masyarakat tidak kira individu mahupun kelompok politik dunia tahu bahawa krisis tersebut terdapat banyak kemusykilan dan tidak semua yang tahu bahawa penyiasatan krisis tersebut tidak sebaik penyiasatan kes skandal clinton. Kos penyiasatan untuk krisis 11 Sept tidak semahal kos penyiasatan kes skandal Clinton...

Pada malam berita krisis 11 Sept (waktu Malaysia), pertama kali disiarkan di media di seluruh dunia, umat islam atau pejuang islam dipersalahkan. Penyiasatan belum dijalankan lagi tetapi pejuang islam terus dipersalahkan. Dan wajah pertama yang disiarkan di media atas kerosakan tersebut ialah Osama Bin Laden.

Bermula di situlah nama beliau terus diperkatakan di seluruh dunia tidak kira dunia kafir ataupun dunia islam. Beliau terus diburu dan setiap kesalahan atau kekejaman dunia hanya ditunding ke muka beliau.

Kenapa tidak kepada israel?

Yang mulanya ditempatkan di hujung Palestin atas kehendak PBB. Parasit tersebut terus memerangi umat islam, dan menakluk sedikit demi sedikit bumi Palestin. Kenapa tidak disiarkan di media. Meskipun disiarkan, kenapa tidak digelar sebagai pengganas mahupun perampas?. Adakah kerana takut dengan Parasit yang sedikit demi sedikit memakan bumi islam?ataupun dibiarkan saja agar negara islam terus dijajah dan pupus di bumi sendiri?

Siapa yang berani berjuang untuk memerangi kezaliman tersebut?Pemimpin Malaysia?Pemimpin Brunei?Pemimpin Arab ataupun mana-mana Pemimpin Negara Islam yang lain?

Kenapa kecut?Kenapa takut?sedangkan mereka mempunyai kuasa untuk mengerahkan tentera-tentera mereka...hanya yang berani cumalah seorang individu yang mewujudkan tentera beliau sendiri. Tentera yang penuh dengan semangat perjuangan islam yang bersatu dihati...

Mungkin ada yang mengomel, ko tau cakap kenapa ko tak berjuang!?

Aku hidup di Bumi Malaysia, yang pernah dkategorikan sebagai Negara Islam yang paling terbilang. Tetapi pejuang islam di Tanah Melayu ini sendiri ditindas dan dicop sebagai pengganas. Bukan hanya diri terseksa, kaum keluarga, saudara dan sahabat handai terkena tempias. Pernah dengar kisah Memali...???

Sama-sama kita fikirkan...

No comments:

Powered By Blogger