Wednesday, May 4, 2011

Syaitan dan Sekutunya...

Sememangnya manusia kini begitu terdedah dengan media dan teknologi yang begitu canggih sehingga ada yang mampu melayari internet 24 jam 7 hari seminggu... tidak seperti dulu yang harus menghadap di depan komputer di rumah tetapi kini ketika berjalan, makan mahupun di dalam jamban pun masih mampu berbuat demikian sekiranya mahu...

Sebagaimana kita tahu setiap penemuan manusia ada yang mendatangkan kebaikan dan juga ada juga mendatangkan keburukan... dengan informasi yang begitu meluas dengan penggunaan internet di mana saja, masyarakat dunia mampu untuk mengetahui keadaan semasa setiap masa tidak kira di mana jua mereka berada...

Itulah kebaikan yang ada dengan kecanggihan ini... dan apa pula keburukan?

Seperti yang kita tahu, kini masyarakat kita begitu terdedah dengan propaganda pelbagai cerita, berita mahupun fitnah yang kadangkala mendatangkan impak positif dan negatif terus kepada kita. Hendak percaya atau tidak dengan berita ini hanya berserah kepada pembaca tetapi dengan kecanggihan teknologi yang mampu menjadikan sebuah 'gambar' atau 'video' yang palsu kepada asli menjadikan kesahihan sebuah berita atau cerita menjadi lebih kukuh kebenarannya. Tetapi seperti yang dijelaskan di dalam Quran mahupun hadith, fitnah itu buruk kesannya kepada pemangsa dan lebih teruk kepada keluarga dan keturunan mereka.

Tidak boleh kita salahkan kepada teknologi buatan manusia kerana ianya bukanlah bernyawa seperti kita yang telah dijadikan oleh Tuhan Pencipta Alam Semesta yang sejak dari azali dijadikan dengan lengkap akal fikiran dan perasaan baik mahupun buruk. Dengan akal fikiran, kebijaksanaan manusia boleh disalahguna dengan menjadikan seorang manusia yang suci dari dosa dipandang hina oleh masyarakat akibat berita palsu yang memberi maklumat kepada masyarakat dengan perbuatan dosa palsunya.

Bukan itu saja tetapi kemusnahan rumah tangga juga kini meningkat akibat kecanggihan teknologi seperti internet yang boleh dilayari setiap masa dan di mana juga. Seperti yang dijelaskan sebelum ini ada baik dan ada buruknya kesan kecanggihan teknologi internet ini.

Dalam meniti arus globalisasi, bukan sahaja Malaysia tetapi diseluruh dunia, impak penggunaan internet banyak memberi kesan kepada masyarakat di seluruh dunia. Keruntuhan akhlak dan rumahtangga begitu meluas akibat kecurangan, fitnah yang begitu pantas tersebar sepantas peningkatan kemajuan teknologi kini.

Penah suatu ketika dahulu, syaitan diarah oleh Allah melalui utusannya,Jibril untuk menemui Rasulullah dan menjawab dengan tepat segala soalan Rasulullah dan sekiranya syaitan menipu,Allah akan membakarnya sehingga menjadi abu dan lenyap dimuka bumi. Dengan ketakutan syaitan menemui Rasulullah dengan menjadi seorang tua yang bongkok dan buta sebelah mata disamping janggutnya panjang bagaikan ekor lembu. Ada kenyataan syaitan kepada Rasulullah yang berbunyi,"Akan aku gegarkan paha wanita hingga bergetarnya iman seorang lelaki dan SAMPAI SATU MASA AKAN AKU GEGARKAN PAHA ISTERI-ISTERI KEPADA BUKAN MUHRIMNYA SEHINGGA BERGETARNYA IMAN LELAKI".

Di sini kita dapat lihat bahawa antara punca kecurangan dan keruntuhan akhlak dan rumahtangga BANYAK datangnya dari kecanggihan teknologi internet atau lebih spesifiknya 'social network' yang dicipta melalui kecanggihan ini. Mengikut peratusan punca keretakan rumahtangga adalah dari laman 'social network' ini.

Ada yang mengatakan laman ini begitu berguna untuk bertemu semula rakan-rakan lama yang sudah terpisah dan disebaliknya juga ada yang berhubung semula dengan kekasih lama melalui laman ini. Dengan begitu mudah untuk melayari laman ini, manusia semakin alpa dengan tanggungjawab sebagai seorang khalifah yang Allah ciptakan sebagai tujuan utama di muka bumi ini.

Tidak dinafikan adalah sebilangan pendakwah menggunakan laman ini untuk menyebarkan kebenaran tetapi harus diingatkan juga bahawa manusia yang begitu cilik dapat mengubah ape yang cuba disampaikan disebalik kebenaran yang sememangnya benar.

Ayuhlah masyarakat islam kita, janganlah kita begitu terpedaya hingga terlupa tujuan utama kita dijadikan oleh Allah dimuka bumi ini. Bersama kita sangkalkan tujuan Syaitan dan Iblis untuk merosakkan akidah kita yang sebenarnya harmoni sekiranya kita menggunakan sebaikkan jalan Islam yang Allah sentiasa sediakan untuk kita.

Jaga lah kita kesucian agama dan keturunan kita agar tidak busuk dan kotor dengan permainan syaitan dan sekutu manusianya. Fikirkan generasi dan keturunan kita agar tidak ditempatkan dineraka yang begitu seksa azabnya....

No comments:

Powered By Blogger