Thursday, March 28, 2013

Air Mata


Allah telah menjadikan manusia dengan pelbagai nikmat dan Alhamdulillah sekiranya kita masih dapat membaca penulisan ini bermaksud kita mempunyai kenikmatan untuk melihat dan punyai fikiran yang waras untuk berfikir dan mentelaah. Antara kenikmatan yang aku sendiri rasakan adalah apabila aku dapat mengalirkan air mata untuk menterjemahkan perasaan aku samada sedih mahupun gembira. Terkadang aku terfikir, mengapakan ada sebilangan dari kita, terutamanya lelaki malu untuk mengalirkan air mata sedangkan air mata itu adalah pakej di dalam ciptaan yang maha esa. 

Air mata yang mengalir bukanlah menunjukkan bahawa kita adalah manusia yang lemah. Menangislah sekiranya kita rasa ianya perlu untuk kita lakukan, dan aku masih teringat bahawa aku pernah berkali menyatakan kepada seseorang supaya menangislah sehingga kamu puas dan setelah selesai menangis, belajarlah dari kesilapan yang lalu supaya diri kita menjadi lebih kuat.

Sekiranya kita masih menganggapkan tangisan air mata itu hanya untuk orang yang lemah, adakah seorang sahabat Rasul yang sangat tinggi darjatnya juga seorang yang lemah?. Beliau merupakan salah seorang insan yang diberi kepercayaan Nabi untuk melaungkan azan dan menyeru umat islam untuk berkumpul dan melakukan ibadah kepada Allah. Bilal yang pernah menangis sehinggakan isterinya terjaga dari tidur setelah beliau bermimpi bertemu Rasulullah. Ini antara merupakan salah satu kisah yang akan aku ingat dan mampu membuatkan air mata aku berlinang hinggakan membasahi baju dan tanganku....

 (kemungkinan kisah ini tidak sesempurna seperti yang digambarkan...aku bercerita dari memori aku bukan dari copy dari mana mana bahan bacaan)

Setelah kewafatan Nabi, Bilal berpindah ke negeri Syam kerana beliau tidak sanggup menempuh hari-hari biasa tanpa Rasulullah dan akan mengingatkan beliau bersama Baginda di kota suci itu...Syam sebuah negeri yang pernah Rasulullah doakan negeri yang penuh dengan keberkatan..dan pada suatu malam,Bilal bermimpi Rasulullah datang kepadanya dan bertanyakan,'Mengapa kamu seperti mengasingkan diri dan tidak kamu menziarahi aku'...terbangunnya Bilal dari tidur dengan tangisan dan mengejutkan isterinya...lalu isterinya bertanya kenapa beliau menangis..diceritakan kepada isterinya tentang mimpinya dan Bilal pun pulang ke Madinah...

Sesudah tibanya di Madinah, Bilal menangis tidak terhingga kerana merindukan hari-harinya ketika bersama Rasulullah. Datang kepadanya Abu Bakar As-siddiq dan menyuruh Bilal melaungkan azan seperti mana yang beliau laungkan ketika Rasulullah masih hidup. Permintaan itu ditolak kerana Bilal berkata :

'Maafkan aku Abu Bakar, aku tak mampu untuk melaungkan azan di kota madinah ini kerana ketika Rasulullah masih hidup, selepas aku melaungkan azan, aku akan pergi ke bilik Rasulullah dan mengajaknya untuk melakukan solat'


Kemudian didatangi kepada Bilal, Saidian Husan dan Husin dan mereka bersalam dan berpelukan. Bau wangian mereka sama seperti bau atuk mereka, Rasulullah. Sekali lagi Bilal dijemput oleh mereka untuk melaungkan azan. Lantas Bilal naik ke tempat di mana beliau sering melaungkan azan ketika Rasulullah masih hidup. Dan mulalah laungan azan....

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR!
terkejut seluruh penduduk di kota madinah ketika mendengar laungan itu


ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR!
penduduk madinah sekali lagi berteriak bertanyakan adakah ini laungan yang diutuskan oleh Rasulullah kerana ianya bagaikan berbalik ketika Rasulullah masih hidup

ASHADU AN LA ILAH ILLA ALLAH!
penduduk madinah semua keluar dari rumah dan kedai kedai mereka

ASHADU AN LA ILAH ILLA ALLAH!
kesemua penduduk mula keluar dan berteriak "ADAKAH INI DIUTUSKAN OLEH RASULULLAH!"

ASHADU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH!
kesedihan dan kesayuan mula terpancar hinggakan Bilal tidak mampu untuk meneruskan lagi laugan azan dan lantas turun dari tempat itu..

dan ketika itu terdapat hadith yg dirawi kan mengatakan :

'tidak ada peristiwa yang sedih selepas kewafatan Nabi di kota madinah sehinggalah laungan azan dari Bilal Bin Rabah...'

Subhanallah...
Aku sedar akan kelemahan dalam keimanan aku, dan jauh sekiranya mahu dibandingkan dengan alim ulama' yang lain. Tetapi secara jujurnya ini adalah antara kisah yang mampu membuatkan aku menangis dengan kekuatan cinta Bilal kepada penghulu sekalian manusia, Rasulullah.. Juga tidak lupa aku akan kisah sebelum kewafatan nabi...kisah yang aku akan ceritakan suatu hari nnt, insyaAllah... 

Berbalik kepada tajuk utama, kawan kawan dan musuh musuh sekalian.... 
Janganlah korang malu untuk mengalirkan air mata kerana teringat juga aku satu hadith yang menyebut tentang perpisahan sahabat dijalan Allah dengan linangan air mata. Adakah satu kesalahan untuk kita mengalirkan air mata?. Dan jangan jadikan air mata itu tanda kita putus asa dan mengakhiri perjalanan hidup kita dengan perkara yang tidak baik di jalan Allah. Air mata juga merupakan kurniaan yang Allah ciptakan sepertimana kenikmatan yang lain. Kita harus berjuang dan meneruskan kehidupan kita dengan lebih baik dan juga menjadikan linangan air mata sebagai satu check point untuk kita mengakhiri perkara yang lepas disamping memperbaiki di masa hadapan, insyaAllah....

Powered By Blogger