Dalam masyarakat islam di Malaysia, bila kita menyebut tentang iman, mereka akan mengaitkan dengan rukun iman dan ada juga mengaitkan dengan kesabaran dan kebersihan. Disebut 2 perkara itu kerana kedua-duanya adalah sebahagian dari iman itu sendiri. Begitu juga tentang perkhawinan. Ada yang mengatakan apabila seorang lelaki itu berkhawin, maka lengkaplah separuh dari iman dalam diri mereka. Tapi bagaimana pula lelaki yang berkhawin tetapi tidak melakukan suruhan agama, atau lelaki yang tidak berkhawin tetapi melakukan perkara dan meninggalkan sesuatu atas sebab suruhan ajaran islam?.
Apakah maksud iman sebenarnya?.
Iman dari segi lugha (bahasa) bermaksud, percaya atau membenarkan.
Definisi iman pula adalah membenarkan dalam hati, menyatakan dengan lisan dan mengerjakan dengan anggota tubuh badan.
Seperti yg aku bgtau sebelum ni, sebahagian penulisan ini adalah dari cadangan kawan-kawan dan juga sesiapa yang ingin aku ceritakan. Tajuk kemanisan iman ini telah diminta oleh seorang rakan sejak bulan atau 2 bulan lepas lagi (20 November 2013). Tetapi aku masih tidak dapat menghuraikan apakah itu kemanisan iman. Ini kerana, aku sendiri tidak merasai kemanisan iman itu sendiri. Kemanisan iman itu datangnya dari seorang hamba yang betul-betul meletakkan segalanya di dalam perjalanan kehidupan berdasarkan cinta dan kasihnya kepada Allah dan Rasulullah dan agama islam sendiri. Dan aku terdengar dan terbaca tentang kemanisan iman ini, ianya berbunyi :
iman itu ada manisnya, tidaklah dapat di fahami manisnya iman melainkan orang yang merasai iman
Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Nabi ada menyebut 3 perkara yang dilakukan untuk merasai manisnya iman.
1) Hendaklah Allah dan Rasul itu lebih disayanginya dari perkara yang lain
2) Hendaklah menyayangi sesorang itu hanyalah kerana Allah, bukan kerana harta atau dunia tetapi mengenangkan agama,pegangan dan taqwa
3) Hendaklah dia benci kepada kembali kekufuran seperti dia benci bila dia dicampak ke neraka
Penulisan tentang kemanisan iman ini adalah sangat sukar kerana aku tidak merasainya sendiri. Tetapi kerana janji untuk menulis tentangnya, aku cuba untuk menjelaskan berdasarkan dari sumber zahir sendiri iaitu aku tidak dapat menulis dari pengalaman dan perasaan aku.
Terdapat juga satu hadith berbunyi :
tidak sempurna iman salah seorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri - Riwayat Al-Bukhari
Ayuh kita berusaha untuk melakukan 3 perkara yang disebut ini agar kita sendiri merasai kemanisan iman ini. Aku yakin, bila kita mengecapi kemanisan iman ini, kita akan menyedari bahawa segala yang terdampar di dunia ini hanyalah mainan semata. InsyaAllah kita akan kembali semula kepada jalan Allah dengan hati yang tenang dan bahagia.
No comments:
Post a Comment