Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat,"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata:"Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?"Tuhan berfirman:"Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
Baqarah ayat 30
Manusia...
Ada masa kita mengeluh dengan apa yang dah berlaku pada diri kita. Tak kira la datangnya dari saudara, sahabat, keadaan sekeliling atau diri sendiri, setiap masalah akan disertai dengan keluhan. Cuma yang beza, panjang atau pendek keluhan, dan juga kuat atau cuma keluhan dalam bisikan.
Nak dijadikan cerita, kita sebenarnya hamba Allah yang paling tinggi diletakkan darjatnya. Dalam surah Baqarah ada menyebut, pabila Malaikat yang walaupun dijadikan taat setia kepada Allah diperintahkan untuk sujud kepada Nabi Adam, manusia pertama yang diciptakan oleh Allah.
Bezanya antara kita dengan makhluk ciptaanNya, seperti binatang dan malaikat, iaitu akal dan nafsu.
Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah sememangnya mempunyai tugas utama di dunia ini. Allah meletakkan kita di atas muka bumi, dan kita mampu berpijak dan berdiri di atas tanah, seharusnya menjadikan tempat untuk beribadah kepadaNya. Kemudahan yang Allah telah berikan, disia-siakan oleh manusia sendiri. Kita bukan sahaja menjadikan tapak untuk kita beribadah kepadaNya, sebaliknya kita membuat kerosakan dan kemusnahan di muka bumi.
Adakah kita benar benar angkuh dengan kemewahan dan kesenangan di dunia dengan melupakan apa yang Allah telah sediakan untuk kita?.
Adakah kita pasti segala kemewahan dan kesenangan ini datangnya dari kebijaksanaan kita?
Adakah kita tau apa yang telah Allah tunjukkan pada kita dengan balasan ke atas Karun?
atau adakah kita mengaku sahaja dengan lisan tetapi tidak di dalam hati tentang beriman kepada Quran?
No comments:
Post a Comment