Monday, November 24, 2014

Persandingan Dalam Melayu Islam Di Malaysia


Melihat kembali sejarah awal tanah melayu, tidak dinafikan bahawa Hindu merupakan agama dan kepercayaan yang dianuti oleh penduduk ketika itu. Dengan pembagunan pesat dari segi perdagangan ketika pemerintahan kerajaan Melayu Melaka, salah satu cara inilah agama Islam telah tersebar melalui pedagang asing yang datang ke Melaka pada ketika itu. 

Sistem perundangan awal di Tanah Melayu juga bersumberkan ajaran Islam. Ini termasuklah yang terkandung di dalam Undang Undang Adat yang kini dikenali sebagai Undang Undang Syariah.

Islam adalah agama yang telah Allah turunkan melalui Rasul Nya, Nabi Muhammad s.a.w, melalui wahyu yang kemudiannya dikitabkan ketika zaman pemerintahan Khalifah Uthman ibn Affan dan kini dikenali sebagai Quran atau Furqan atau Kitabullah dan sebagainya. Selain Quran, Sunnah Nabi juga merupakan satu rujukan yang penting di dalam pelaksanaan harian umat Islam. Seperti yang disebutkan dalm sebuah hadith,

Rasulullah s.a.w bersabda, 'Sesungguhnya barangsiapa hidup sesudahku niscaya dia akan melihat banyak perselisihan, maka wajib atas kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa' ar Rasyidin yang mendapat petunjuk sesudahku. Berpeganglah kalian dengannya dan gigitlah ia dengan gigi gerahammu serta jauhilah oleh kalian perkara agama yang diada-adakan kerana semua yang baru dalam agama itu adalah bidaah dan semua bidaah adalah sesat'.
(HR Ahmad, Abu Daud. Tirmidzi, Dzhabi dan Hakim. Disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih al Jami' no. 2549) 

Apakah yang dimaksudkan sebagai sunnah?

Sunnah itu berdasarkan dari 3 yang datang dari Rasulullah. 
1. Fi'lin (perbuatan)
2. Qaulin (kata-kata)
3. Takrir (persetujuan)

Selain dari Quran dan juga Sunnah Nabi Muhammad dan juga Sunnah Khulafa' ar Rasyidin yang mendapat petunjuk terus dari nabi sendiri, maka kita sendiri tidaklah boleh memandai-mandai melakukan ibadah khusus tanpa berpandukan sumber yang sahih ini. 

Islam itu adalah agama untuk semua. Tidak kira orang yang berbangsa melayu, india, cina, kadazan, dan sebagainya. Hatta, orang berbangsa yahudi juga boleh menganut agama Islam. Seperti yang kita tahu, orang yang bukan berbangsa yahudi tidak boleh menganut agama yahudi kerana itu adalah agama untuk orang yahudi sahaja. Hendak dijelaskan di sini sebenarnya, Islam tidak menghapuskan adat-adat yang terkandung dalam amalan budaya umatnya SELAGI TIDAK BERCANGGAH DENGAN HUKUM ISLAM DAN MENYERUPAI AGAMA LAIN.

ADAT BERSANDING DAN AGAMA HINDU


Isu bersanding dikalangan orang melayu Islam di Malaysia sangatlah popular. Ada yang mengatakan ianya tidak boleh dan ada yang mengatakan ianya boleh kerana ia hanyalah adat semata-mata.

Pada awalnya, persandingan yang agak 'popular' dikalangan orang melayu Islam di Malaysia bukanlah berasal dari ajaran itu sendiri. Ia sememangnya telah diketahui umum. Tetapi yang lebih memeranjatkan kita bahawa persandingan ini sebenarnya telah dimulakan oleh Dewa Rama dan Dewi Sita bersumberkan dari mitos di dalam Ramayana dan beberapa kitab hindu lain. Merujuk kepada sumber penulisan, ini melambangkan Dewa Rama yang setia dan Monogami.

Ia bermula dari peringatan kepada hari kelahiran dan perkhawinan Dewa Rama yang dikenali Rama Navami. Ia sama seperti majlis persandingan melayu Islam di Malaysia di mana pengantin direnjis dengan air mawar, beras dan sebagainya. Di dalam hinduisme ia dikenali sebagai Kalyanotsawan iaitu hari di mana patung atau berhala Dewa Rama dan Dewi Sita direnjis dengan air mawar atau mintak wangi, beras dan juga bermacam lagi.

Sebagai kesimpulannya, adakah kita sebagai seorang Islam yang berpegang dan beriman dengan Quran dan Sunnah tetap mahukan persandingan semacam ini dilangsungkan?. Sedangkan perkhawinan yang paling mudah dan menjaga keistimewaan wanita telah diajar di dalam ajaran Islam ini sendiri. Mengapakan kita tetap mahu mengikut ajaran agama lain sedangkan ini "adat bersanding" ini bukanlah adat, bahkan ianya adalah ritual di dalam agama lain iaitu Hindu!.

Bukalah mata dan tepuklah dada masing-masing...benarkah kita beriman dengan Quran dan Rasulullah?...anda sendiri punya jawapan...

wassalam!

No comments:

Powered By Blogger