Monday, July 23, 2018

InsyaAllah


Sekian lama aku tak menulis...
kali terakhir penulisan aku kat dalam blog ni adalah pada tahun 2015. Tahun yang mungkin aku rasa semuanya dah selesai... tapi, itu mungkin cuma permulaan....

hari ni, 23 Julai 2018, aku menulis kembali di dalam sebuah bilik yang pemandangannya mengingatkan kembali zaman persekolahan aku kat bangi dulu, Sekolah Kiblah... aku boleh nampak pokok pokok liar, bukit dan jugak cerun yang agak tinggi... ditambah dengan bunyi burung yang berkicau dan bising mesin rumput yang menggangu sedikit ketenteraman alam di pagi jam 9.53 ni..

tapi...aku sedikit tenang..tenang dari segala keserabutan kota dan dunia

bertahun aku tak menulis di dalam blog ni...mungkin aku ada menulis di FB atau sedikit coretan di kertas kertas atau buku usang yang sentiasa ada pada aku...itu yang membuatkan aku tak menulis kat blog ni... mungkin kerana masa dan mungkin juga kerana 'mood' penulisan aku....pada aku, fb, kertas dan buku buku usang yang aku coret kan hanyalah sebuah luahan singkat yang aku rasakan...tapi, di dalam blog ni, penulisan yang aku sampaikan bukanlah hanya satu luahan, tp juga luahan yang aku selitkan sekali emosi bagi pembaca turut rasakan apa yang aku rasa...hahaha tidaklah aku mengharapkan blog ni dilawati oleh ramai pembaca tetapi mungkin juga satu hari nanti, akan ada orang yang rindukan aku dan membaca semula apa yang aku karang dan cuba sampaikan hehehe

aku tau, sekian lama aku tak menulis, pembaca setia blog aku pon dah lama meninggalkan aku...dan aku tau penulisan aku kali ni juga mungkin tak lagi dibaca atau dilawati oleh mereka...sekiranya kamu yang membaca penulisan ni, mungkin kamu seorang sahaja yang membaca...tiada yang lain, melainkan sampai masa aku dah takde nnt dan ada yang rindu dan cuba mengingatkan aku kembali, mereka akan singgah dan terbaca penulisan ni....dan ucapan aku pada mereka, ' selamat kembali dan terima kasih kerana teringatkan aku...moga Allah temukan kita nanti di tempat yang kekal dan pasti, kamu juga akan mengikut aku di sini'....

bertahun aku tak menulis, hingga ke saat ni... bermacam yang sudah berubah...hati dan perasaan aku juga sedikit berubah...mungkin bukan sedikit..tp banyak....kali terakhir aku menulis, aku dah berkhawin...kini, alhamdulillah Allah mengurniakan aku seorang anak lelaki yang sempurna sifatnya, bahkan lebih sihat dan aku terlalu bersyukur atas kurniannya... Bilal Akbar yang lahir 13 Januari 2018, dengan berat 4.02kg lahir secara normal dan tidak ada apa apa masalah, alhamdulillah ala kulli hal... 5 hari selepas kelahiran Bilal, aku dapat tau ayah aku dimasukkan ke dalam hospital kerana kanser kulit dan dia cuma mempunyai masa selama 6 bulan... hanya bertahan 4 bulan, 10 April ayah meninggal kat rumah ketika kami semua tengah solat maghrib...Moga Allah jauhkan ayah dari azab kubur dan api neraka dan moga Allah mengampuni dosa dosa yang ayah dan kita semua pernah lakukan...

bukan hanya perubahan besar yang berlaku dalam hidup aku, Malaysia juga turut berubah. Setelah berdekad dekad Malaysia diterajui oleh Barisan Nasional, kini juga dah berubah dan diganti oleh sebuah parti politik baru, Pakatan Harapan yang dipimpin oleh bekas perdana menteri Malaysia, tun mahathir... dan ini memang mengejutkan negara bahkan dunia dan perubahan ini telah mengukir sejarah baru di bumi Malaysia. 

sedap aku menulis...
keliling aku cuma ditemani dengan bunyi burung burung dan suara suara binatang yang datang dari hutan di hadapan aku...aku tenang dari segala hal yang berlaku sekarang...

memikirkan kembali apa yang jadi disekeliling aku, memang cukup untuk menyerabutkan fikiran dan emosi aku...itu yang aku katakan pada awal penulisan aku...aku juga berubah...berubah kerana sikap manusia yang masih terlena dan tidak sedar dunia ini hanyalah sementara...

setiap hari pasti ada kelahiran baru dan juga pasti ada kematian...itu lah lumrah dunia...kita tidak lagi sampai di hari yang kekal...kita masih hidup di hari yang sentiasa berubah...mereka sedar ini semua tetapi mereka seakan tidak mengendahkan segalanya....
hanyakan kerana politik, mereka tidak sebulu...biarpun diikat dengan pertalian darah dan saudara, itu bukanlah lagi jaminan untuk terus bersama...
sikap taksub pada manusia sendiri menyebabkan kita semua berpecah...itu yang menyerabutkan aku!

berkali aku cuba menenangkan hati dan perasaan aku dan memujuk supaya aku tidak sibuk dengan hal mereka semua...mengharapkan aku memejamkan mata, memekakkan telinga dan membisu dari kata kata dan cacat tingkah laku dari bersama mereka yang berjuang perkara yang hanyalah sementara...bukan sahaja mereka yang mengejar dunia, tapi juga dari kalangan ilmuan agama turut bersengketa!

seakan perihal agama itu direhatkan seketika, diangkat perihal dunia, diletakkan di atas panji dan bersuara, terpekik dan terlolong konon pertahankan segalanya!
anak kecil ditanamkan ideologi hina, diambil cebisan dalil dan nas agama kemudian diselitkan di mana mana yang mereka rasakan baik untuk mereka, asalkan perjuangan mereka dipandang suci dan pihak lawan terus berdosa...dosa yang mereka sendiri tetapkan!
fitnah dan cerita cerita palsu dijadikan sumber...baik rakyat biasa mahupun ilmuan agama...tiada lagi beza..mereka suma sama...berjanji berdusta, itu semua perkara biasa...asalkan darjat mereka diangkat dan kata kata mereka dijulang biarpun mereka tau itu berdosa...cukuplah, itu sahaja membuatkan aku kecewa....

luahan manusia kini pasti dipetah..biarpun yang berakal mahupun bodoh dan jahil...seakan berpetah ketika mabuk, mempertahankan perkara yang karut...lelaki menjadi perempuan, perempuan berjuang mahukan hak samarata seperti lelaki...mahukan tugas yang hanya untuk lelaki seperti menjadi imam, yang si lelaki menutup aurat dengan memakai tudung! Allahuakbar! apakah jenis fitnah di dunia ini....

itu yang aku katakan, ketenangan yang aku dapat cumalah ketika aku duduk di dalam kawasan yang jauh dari manusia... tapi sampai bila?

ini semua kita kena hadapi...mahu atau tidak, itu tugas manusia...menjadi pemimpin, kalau bukan pada negara tapi pada keluarga...moga Allah melindungan keturunan aku dari fitnah dan sengeketa...
satu hari nanti, aku dan kita akan lepaskan segalanya, tiba masa kita dengan yang Maha Esa..Pemilik Segalanya... perihal dunia dilepaskan pada keturunan dan generasi kita, moga mereka menjaganya dengan adil dan saksama, dan tidak menjadikan dalil agama sebagai batu loncatan untuk menguasai segalanya.

melihat semula pada sirah, fitnah ini pasti akan datang...mungkin di zaman kita ini hanyalah permulaan...biarpun baru bermula, aku dah rasa keserabutannya...entah macamana generasi yang akan datang..semoga Allah melindungi kita semua dan mereka yang betul betul inginkan kebenaran dari segala macam fitnah dan tipu daya... dan aku berharap, anak anak aku, akan menjadi pemimpin yang disebut sebut di dalam quran dan hadith biarpun tiba masa di akhir dunia....aminnnn....

No comments:

Powered By Blogger