Tuesday, July 31, 2018

Nasihat


Nasihat itu teguran
Teguran itu sapaan
Sapaan itu tandanya mesra
Mesra itu tandanya kasih
Dari kasih maka wujudnya sayang
Dari sayang maka lahirnya cinta

Adakala nasihat itu manis
Adakala nasihat itu tegas
Adakala nasihat itu sindiran
Adakala nasihat itu keras

Kita bukanlah Tuhan
Indah kelembutan ada ketegasan
Keras ketegasan ada sindiran
Pedih sindiran penuh kemurkaan
Pabila dimurka harus berjaga
Jangan istidraj pula yang datang menimpa

Nasihat Tuhan itu penuh bermakna
Nasihat itu dibalas dengan keindahan
Nasihat itu dibalas dengan kenikmatan
Nasihat manusia cumalah kata
Tidak hanya sebarang kata
Hanyalah cuma untuk dikongsi bersama
Kerana kasih aku terus bersuara

No comments:

Powered By Blogger