Sunday, November 30, 2008

Yoga

Khutbah jumaat yang lalu telah menceritakan satu topik yang sangat menarik dan begitu sesuai dengan isu yang kini hangat diperkatakan di Malaysia. Siapa yang tidak tahu isu ini antara isu yang begitu banyak memberi impak dan kontroversi antara majlis agama dan sebilangan masyarakat umum terutamanya org islam di Malaysia. Sekiranya isu ini diperkatakan di dalam khutbah jumaat di mana kebanyakan muslimin yang berkumpul ternyatalah isu ini sangat penting dan mesti disampaikan kepada setiap umat islam di muka bumi ini terutamanya di Malaysia. Kita seringkali dibangkitkan dengan pelbagai isu berkaitan aqidah, syariah dan juga hukum² islam yang tidak mendapat kepastian samada shahih atau tidak. Berpandukan quran, sunnah dan hadith memberikan kita jawapan yang lengkap dan sempurna dalam pelaksanaan sesuatu hukum. Seandainya hukum yang dibincangkan tidak terdapat dimana-mana panduan ia mungkin akan berdasarkan kias atau khilaf ulamak dimana pandangan ulamak mengenai isu terbabit. Isu kini yang sedang hangat diperkatakan ialah mengenai YOGA iaitu sejenis sukan atau pergerakan yang membentuk ketenangan mental dan fizikal.

Ianya menjadi bualan didalam majlis fatwa Malaysia kerana dikhuatiri berlakunye pernyelewangan aqidah seseorang muslim. Ini kerana, Yoga datangnya dari amalan agama hindu yang juga pergerakannya menyamai dengan pergerakan tuhan² hindu (e.g Shiva). Penyelewengan aqidah boleh menyebabkan syirik dimana ialah adalah satu perlakuan yang sangat terkutuk dan dibenci oleh Allah s.w.t. Di dalam khutbah tersebut juga mengatakan sebilangan masyarakat tidak bersetuju pengharaman senaman yoga yg dikatakan meemesongkan aqidah seseorang muslim dan menjadikan syirik ke atas perlakuan senaman tersebut. Ini kerana mereka mengatakan bahawa mereka mengamalkan senaman yoga atas tujuan kesihatan fizikal dan mental bukan untuk upacara keagamaan seperti agama hindu.

Di dalam keterangan majlis fatwa Malaysia, mereka tidak mengharamkan senaman yoga selagi mereka tidak mengamalkan dengan bacaan tertentu yang dilakukan oleh agama hindu. Seperti yang dijelaskan bahawa pada asalnya senaman yoga ini adalah datangnya dari upacara agama hindu dan perlakuan oleh tuhan yoga. Mereka boleh mengamalkan senaman yoga asalkan tidak terpesong dari ajaran islam.

Tetapi….

Kenapa senaman yoga di jadikan satu isu yang sangat besar kenapa tidak sukan olimpik!?dan juga kenapa tidak adat bersanding di dalam majlis perkhawinan melayu yang masih dilakukan oleh masyarakat umum Negara ini!?

Sukan olimpik seperti yang kita tahu telah berkurun tahun lamanya dianjurkan di seluruh dunia termasuk Negara islam sendiri seperti Malaysia. Tahukah mereka asal usul sukan olimpik pada abad kurun ke berapa ntah aku pon taktau… tapi yang penting ianya bermula pada mitos Hercules, Poseidon, Zeus dan lain². Sukan olimpik adalah pertunjukan kepada tuhan Zeus pada kepercayaan Rom. Dan kini ianya menjadi satu kebanggaan dan kegemilangan kepada setiap Negara termasuk Negara islam sendiri. Tetapi mengapakah sukan olimpik tidak dijadikan sebagai isu dalam penyelewengan aqidah sedangkan ianya adalah satu pertunjukkan kepada tuhan Zeus iaitu thogut kepada masyrakat Rom!?

Begitu juga adat bersanding di dalam perkhawinan masyrakat melayu kita. Ianya berasal dari amalan hindu dan dibawa di dalam adat melayu di atas revolusi melayu pada zaman dahulu kala ketika islam tidak bertapak di tanah melayu lagi. Mengapa ianya tidak dijadikan sesuatu isu sedangkan ia adalah satu upacara di dalam masyarakat hindu?.

Mungkin isu bersanding tidak kukuh untuk diperkatakan tetapi bagaimana dengan isu olimpik yang seakan-akan isu yoga yang di propaganda kan oleh masyarakat kita sekarang? Adakah ianya berbeza sedangkan sukan olimpik bertujuan untuk dipersembahkan kepada Zeus!?

Seandainye ada tersalah kata atau kurang ilmu di dada, maaf la eh… sila la perbetulkan… terima kasih!

Read more »

Saturday, October 11, 2008

Sitcom

Seperti yang aku luahkan dalam blog kat bawah nih, sitcom adalah salah satu rancangan berbentuk video hiburan yang begitu menyerlah dalam menyerikan kehidupan seharian kite semua... memang tak boleh disangkal lagi ianya adalah satu hiburan yang diminati oleh setiap umat manusia bukan sahaja di Malaysia mahupon Asia tetapi seluruh dunia... ape yg kite lihat, sitcom kebanyakan menceritakan atau memperlihatkan sebuah kehidupan individu, keluarga dan juga keadaan sekeliling... di sini jugak lah salah satu tempat dimana budaya luar dapat diterapkan dalam budaya kite di Malaysia... Kita, seakan-akan depengaruhi oleh budaya luar dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian kite semua... sekiranye ia memberi kesan positif, adalah sangat baik ntuk kite memperbaiki kehidupan kite sendiri tetapi sekiranye ia memberi kesan sebaliknye, adakah ia dapat membantu ntuk kite terus maju dan kekal di jalan yang lurus!?.

mungkin kite sndiri sedar tak sedar yang keadaan kite smua dipengaruhi oleh budaya luar yang diterapkan dalam sitcom² tersebut.... bukan perkara asing lagi kisah² curang antara suma isteri, hasat dengki, cium dan berpelukan antara kekasih ditempat awam, kehidupan bebas remaja di tempat liar dan sebagainye... mungkin ada mengatakan itu adalah perkara yg remeh dan ada juga mengatakan tak open minded skirenye diceritakan isu ini sebagai bende yg negatif... cuba bayangkan sekiranye korang ni suma ditempat yg dicurangi, ditipu, dan mangsa keadaan dalam perkara yg disebut tadi.... mana datangnye budaya yang negatif ni suma kalo bukan dari sitcom yang menceritakan kehidupan budaya barat...

Grey's anatomy... sitcom yang menceritakan kehidupan sekumpulan doktor yang masing² mempunyai kisah hidup tersendiri... kisah cinta, kuasa dan segala-galanye cukup membuatkan para penonton begitu terhibur dan ada yang menjadikan sebagai contoh ntuk dipraktik dalam real life diaorg.... sitcom ni jugak diterapkan dengan adegan² yang boleh merosakkan budaya melayu kite... mungkin ada yang mengatakan aku kolot dengan memikirkan perkara camni tapi fikirkan lah bersama... cinta, seks dan segala²nye adalah perkara remeh bagi diaorg... tapi pada kite?? budaya kite??? adakah ni suma boleh di pandang remeh pada kite semua?? kehidupan mereka di tempat berkerja adalah kehidupan social mereka... pada kite, pada asalanye hanyalah tempat mencari rezeki dengan harapan diberkati tuhan ntuk kite dan mungkin kaum keluarga dirumah.... jangan jadikan budaya mereka sebagai contoh ntuk dipraktik dalam kehidupan seharian kite....

Gossip Girl... seperti ditempat kerja, tempat menimba ilmu juga dijadikan hiburan oleh budaya luar ntuk ditonton oleh masyarakat kite... sitcom ini menceritakan kehidupan sekumpulan pelajar ditempat elit di Manhattan... juga terdapat kisah adegan cinta, seks, kuasa dan hasat dengki yang mampu mempengaruhi dan mengubah kehidupan kite di sini... berciuman dan melakukan perkara yang kurang sedap dipandang oleh masyarakat kite di tempat awam adalah perkara biasa bagi kisah pelajar di dalam sitcom ini... memang benar sitcom ini adalah antara sitcom kegemaran aku tapi ape yg sedihnye, ada yang terikut-ikut dan dijadikan contoh dalam kehidupan kumpulan manusia yang sedang belajar ntuk mengenali dunia.... aku tak nafikan sedikit sebanyak ianya mempengaruhi dalam kehidupan social aku, tapi mungkin aku telah sedar dengan ape yg pernah aku lakukan dan aku berharap aku dapat terus berubah dan mengubah diri sndiri dan juga org lain dari terus terjebak dengan perkara yang negative ni suma...

Desperate housewives... hurmmm... sitcom yang aku sndiri tak pernah tgk dan aku tak nak tengok sbb kan aku terdengar desas desus mengatakan ia menceritakan kehidupan para isteri yang berlaku curang dan tidak melakukan tanggungjawab yang sepatut mereka lakukan... adakah perkara sebegini diimpikan dalah sesebuah keluarga!?... janganlah jadikan keluarga mahupon kehidupan kite sebagai mangsa dalam pertarungan hiburan sebegini... jadikan nye sebagai hiburan semata-mata bukan sebagai contoh ntuk dipraktikkan di dunia realiti kite...

terdapat banyak lagi sitcom² yang mampu mempengaruhi dan mengubah budaya kite disampaing mengabaikan tanggungjawab sbagai org yang bertanggungjawab ntuk melakukannye... ingatlah, ianya hanyalah hiburan bukan contoh atau sumber pengetahuan kite semua... amik perkara yang positif ntuk dicontohi dan abaikan perkara yang negative ntuk kebahagiaan kehidupan sndiri....

salam........!!!
Read more »

Kita...

Assalamualaikum!!!

lama rasanye dah tak update blog... antara reasons aku tak update :
- takde isu yang menarik ntuk di kongsi bersama
- busy ngan assignment n exam =P
- internet kat umah lembap gile!
- kalo ada isu pon takut menyinggung memane pihak
- hurmmm....
takpe la.. so aku rasa skang ni aku akan meng-update blog ni dengan menceritakan satu isu yang aku rasa dari dlu aku nak ceritakan kat org yg sudi membaca blog aku yang tak seberapa nih... isu ni sebenarnye dah lama menusuk dalam jiwa raga manusia skang especially remaja dan org muda yg mudah sangat terpengaruh... ikutkan bukan kata org muda atau remaja, pakcik makcik, bapak ibu suma laa... ape yg aku nak citer kan ni mungkin perkara remeh bagi sesetengah org tapi besar dan sangat serius kesimpulannye yang telah tejadi mahupon bakal terjadi dalam budaya dan kehidupan kite smua... aku harap ape yang aku nak ceritakan ni boleh dijadikan renungan ntuk kite dan masa depan kite suma...
sedar tak sedar kite dah melangkau ke arah teknologi siber yang sangat maju dan memberi ransangan hebat dalam kehidupan seharian kite... mana kte pergi, ape kite buat suma dipengaruhi oleh media yang memberikan kite sedikit sebanyak pengetahuan, perkembangan dan jugak isu semasa... dalam masa yang sama, hiburan juga diterapkan dalam perkembangan teknologi yang kian meluas...
ape yang aku cuba sampaikan skang ni adalah hiburan yang diterapkan oleh teknologi skang ke dalam kehidupan kite semua... hiburan sekiranye dipandang dalam scope pengetahuan islam, memang tak salah tapi seandainye berlebihan mampu memberi kesan negative pada kite suma terutama di Malaysia yang kaya dengan adat istiadat dan budaya yang sungguh murni dan lemah lembut... walaupon kite di Malaysia, hiburan dari luar negara begitu mudah tersebar sebagai sumber hiburan dalam kehidupan kite... ape yang kite lihat, banyak drama dan cerita² yang ditayangkan di Malaysia... memang begitu menarik sekirenye dibandingkan dengan cerita tempatan TETAPI selaraskah budaya yang mereka sampaikan melalui hiburan tersebut kepada kite semua!?...
mungkin ada pembaca akan mengatakan pemikiran aku agak kolot sekiranye aku teruskan isu ni dan mungkin akan tersedar ape yang telah "diaorg" serapkan dalam budaya kite suma... mungkin ada gak yang akan kata aku ni tak open minded... tapi sekiranye merosakkan budaya dan hukum hakam yang ditetapkan dalam agama, adakah tu suma tak open minded gak?... aku sedar, banyak gak dosa yang aku dah buat dan mungkin ramai gak yang kata, aku pon ada buat tu buat ni gak... tapi aku cuba ingatkan pada korang suma instead mengingatkan diri aku sndiri... so, pandang la pada kata aku jangan pandang pada aku... aku bukanlah manusia yang perfect!
aku harap korang suma paham la ape yang aku cuba sampaikan kat blog nih... FOR ME AND YOU! ntuk kite bersama selamanya...

Read more »

Saturday, September 13, 2008

Semalam Yang Hangat


Sebelum engkau ke mari
Tiada resah
Tiada khuatir

Menjelang kemesraanku
Yang di rindu
Hanya syahdu

Mengapa itu
Mahu jadi teman
Mahu jadi kekasih
Selamanya

Aku bukan lagi mainan dulu
Telah ku campakkan kau ke mana
Ke lautan hitam yang ku tahu
Pasti kita tak jumpa

Semalam
Itu semalam
Hari ini aku hidup
Dalam dunia yang aman
Kenangan
Kita lucutkan
Kita bakar sama-sama
Pengalaman hidup
Seksa....

-Wings-

* Tujuan aku postkan lirik ni supaya mengingatkan kita bahawa jangan dibiarkan kenangan yg lalu menjadi mainan dalam kehidupan kita...Jadikan sebagai pengajaran atau tauladan dalam kehidupan bukannya titik akhir dalam perjuangan...Hidup diteruskan bagai mati seribu tahun lagi dan beringatlah bagai mati sesaat nanti...Kita manusia dikurniakan akal dan nafsu tidak seperti malaikat yg hanya berakal tidak bernafsu,binatang yang bernafsu tidak berakal...Kita dikurniakan kenikmatan dan kesenangan oleh Allah dan ingatlah bukan manusia segala-galanya punca kehidupan dunia ini berjaya...
- fir -
(Saturday, 13th Sept 2008 6.28am)
Read more »

Monday, August 25, 2008

Inilah Tajuk & Isu Kita!

Assalamualaikum suma!

Ni tetibe lak rasanye aku nak menceritakan mengenai isu politik kat negara kite yg tercinta nih. Dengan beribu-ribu isu kite ditempekkan mengenai politik Malaysia! Mintak maaf awal² kepada yg terasa dan aku pon mengharapkan komen atau pandangan dari korang ataupon pembetulan dengan isu ape yang aku nak ceritakan nih.

OK! sekarang ni kite terlalu luas didedahkan dengan sumpah menyumpah nih... ape yg aku tau, org yg bersumpah kat negara kite skang ni suma pepandai... pandai kot! nak kata keje kilang ke keje am ke tak pon... bukan aku nak perlekehkan pekerja kilang atau pekerja am tapi masalahnye diaorg ni terdiri dari golongon bijak pandai taktau la dari segi menipu atau mentadbir tapi takkan taktau kot... dalam satu hadith yg aku penah blaja dlu la kan, Sesiapa yg bersumpah selain nama Allah maka jatuh KAFIR ataupon SYIRIK! so dari hadith ni kite tau isu bersumpah ni bukan perkara yg remeh tapi melibatkan akidah sesorg... memang la diaorg ni bersumpah atas nama Allah tapi kenapa dengan cara yg hampir sama dengan agama lain bersumpah cthnye meletakkan tangan di atas bible... sesikit nak bersumpah! memang kite taktau sape yg btol atau tak tapi ingatlah sumpah ni bukan perkara yg remeh... jangan jadikan sumpah ni salah satu jalan penyelesaian dalam satu perkara... Allah takkan bagi hamba dia masalah yg hamba dia takleh settle kan... maksudnye kite ada cara lain ntuk slesaikan satu masalah... dan ada cara lain ntuk membuktikan kebenaran... kepada yg terasa, "korang tu menteri,tolonglah guna otak kalo nak tunjukkan kebenaran...mende ni takleh bawak main".

OK! kite sentuh lak isu UITM yg di propagandakan oleh menteri besar selangor kalo tak silap laa... ntuk menaikkan taraf melayu, aku memang menyokong isu ni... memberi peluang kepada kaum lain dalam UITM nih... sbbnye pada aku sangat kukuh dan aku rasa boleh dikaitkan dengan isu MRSM yg penah dibentangkan oleh Tun Mahathir iaitu menteri sebelum kejatuhan moral pada politik Malaysia nih.... ape yg kite tahu skang nih, suma org boleh masuk university... tak terkecuali kaum lain.. zaman mak bapak aku dlu time university, dapat masuk ITM skang UITM memang kecoh... kecoh sensangat... bangga anak dapat masuk ITM... tapi kalo dibandingkan skang nih!? dapat masuk UITM? hurmm... ok la tuh... camtu je jawapan org skang... kalo dapat masuk UIA!? hulamak, hebat gak dapat masuk UIA... UNITEN!?MMU!? dan lain lain university yg pelajarnye terdiri dari pelbagai bangsa dan ethnic... suma org pandang... bukan aku nak mengutuk UITM tapi skang cam sekolah menengah je... kenapa aku cakap camtuh? sumanye sbb pelajar dia terdiri dari satu bangsa iaitu MELAYU... kalo kite nak menaikkan taraf pelajar melayu bukannye kite nak compete kan diaorg bersama tapi kite kene compete kan dengan yg lain... baru lah minda kite ni terbuka ngan lebih luas.... takyah kata pelajar asing, bangsa lain pon takde... so nak bersaing pon takleh la dengan skop yg lebih tinggi... nak jadikan UITM ni dengan berbilang kaum sama gak cam MRSM yg Tun Mahathir buat dlu... ntuk org melyu ni terbukak minda dia supaya membolehkan persaingan jadi lebih hebat... nanti jadi katak bawak tempurung je... bestu kalo dah jadi camtuh, sape kite sebagai generasi muda ntuk memajukan negara kite kelak! btol atau tak!? cam aku blaja kat MMU ni, bukan kata cina india je ada... hampir dari seluruh negara pelajar yg belajar kat MMU ni... so persaingan akan jadi lebih hebat.. abes blaja nanti time dah keje kite bukan keje ngan MELAYU je tapi ngan suma... kata PakLah time memula naik dlu, kerja ngan saya ntah mende ntah dia cakap malas aku nak amik tuh takkan laaa melayu je nak keje!? bangsa lain pon nak gak... nak kata Sammy Vellu dlu tuh melayu tak gak... so biarlah kite ni di didik dari persekitaran yg membolehkan pemikiran kite terbuka ngan lebih luas... biar kite bersaing demi menjadikan kite lebih cemerlang...

OK! isu lagi satu ni pasal transport... baru² kite dikejutkan dengan "ketidakpuashatiaan" dengan servis KTM dan LRT! fuhhh! cantek je dia komen... dia cakap lambat la tak ikut jadual la ape la itu la... dia baru sedar ke ape? konon nak tunjukkan yg dia pon naik menatang tuh laaa.... cuba aku bagi dia kancil Ex 850 samada manual atau auto, aku payung duit minyak n aku siap servis skali keta... kalo dia nak aku ovehol keta pon tadahal laa... janji dia sndiri bawak keta tuh kat FEDERAL HIGHWAY takpon DAMANSARA jam 7 petang...korang rasa² laa ape komen dia!? aku payung sumanye...minyak servis n kalo ada tol dengan slamber nye aku bayar tol tuh...siap kasik rebat lagi RM600 lebih...tadahal.... korang rasa ape komen dia!? kalo dia nak up skit aku kasi dia keta nasional kite, Proton Saga baru tuh...
kalo dia komen sama gak, aku nak kasi ape lagi!? nak kasi dia naik bas!? hurmmm.... bayang kan ahh sndiri...
bebaru ni gak harga minyak kat Malaysia di turun kan sebanyak RM0.15.... korang hepi tak? agak hepi gak ahh tapi korang rasa org yg baru pasang NGV tu hepi tak!? kos diaorg pasang mencecah RM6000 dan diaorg pasang disebabkan kenaikan harga minyak yg baru tak sampai 5 bulan... tetiba harga minyak turun tak seberapa tuh... korang rasa berbaloi tak dengan kos yg diaorg pasang suma tuh!?
ada menteri cakap, "kite boleh turunkan lagi harga minyak dengan cara memansuhkan rebat.... tapi saya tak terfikir nak mansuhkan rebat sbb kesian kat ORANG MISKIN!".... hurmmm.... gile baiknye menteri nih... tapi kalo dia tak terpikir macamane dia boleh cakap camtuh!? ape pandangan korang!? dalam masa yg sama gak ada menteri cakap "saya kecewa ngan rakyat Malaysia sbb duit rebat yg KERAJAAN kasi diaorg tak gunakan ntuk isi minyak!".... duit rebat yg KERAJAAN kasi tuh RM600 lebih...ntuk SETAHUN!!! aku rasa nak bayar bil air setahun pon cecukup makan je.... nak kata tak pandai, MENTERI!... haihhh... ape dah jadi nih!?
Diaorg sedar tak majority pemilik petrol station adalah MELAYU! kata nak TOLONG melayu!... camni ke cara nye? turun minyak camtuh jee... bestu kos yg diaorg beli ni camne nak kaver!? WAHAI MENTERI YG BIJAKSANA, TOLONGLAH FIKIRKAN JALAN YG MEMUDAHKAN RAKYAT JELATA BUKAN MEMUDARATKAN! terima kasih!

OK! isu memutar belit kan kenyataan... ada org kata sorang aktivis ni memutar belitkan kenyataan polis... btol ke? tapi camne lak kalo memutar belitkan kenyataan di MAHKAMAH!? memula si saiful (bukan nama sebenar) kata diliwat secara paksa, dan siap bersumpah.... dan dan ramadhan lak tetibe cakap secara sukarela... kemudiannye aktivis ni pon cakap laa, kalo suka sma suka tangkap saya dan tangkap si saiful nih... sbb suka sama suka... tetibe lak ntah camne ada sorang menteri ni cakap takleh tangkap si saiful ni sbb dia yg buat repot... hurmm... kalo camtu la kan, aku gi rogol sorang minah nih then aku PAKSA member aku sorang ni kaver line... pastu polis tangkap kiteorg then member aku cakap dia di PAKSA!.... korang rasa la kan, polis atau undang² MALAYSIA ni lepaskan tak member aku yg di PAKSA nih!? hurmm.. korang pk la sndiri ehh...
hurmmm... seorg lelaki yg lebih muda mempunyai tenaga yg lebih banyak dari lelaki yg lebih tua... btol tau tak!?
kalo btol la kan, seandainye diliwat secara paksa... si aktivis yg lebih tua dari si saiful nih kompem lebam bijik mata takpon ada la lebam memane bahagian n kemungkinan besar mesti ada kesan pergelutan antara diaorg... ye ahh kan, kata diliwat secara paksa... kompem la melawan takkan menerima je... tu dah jadi lain...huh, KALAU aku la kan, ada peluang aku melawan n bunuh mamat yg nak liwat aku tuh bunuh je... tapi masalahnye si saiful dan juga si aktivis nih takde kesan pergelutan langsung... so kesimpulan dia...hurmmm... kite pk la sesama... jangan disebabkan takde jawapan terus kata suka sama suka... kite pk sesama k janji jangan MENIPU eh takpon jangan amik RASUAH eh.... hahahaha... opss sory tergelak... nak MENIPU tu biar ahh LOGIK skit...

Read more »
Powered By Blogger