Thursday, February 19, 2009

It May Be True or False Bout Me

You are friendly, humorous and full of energy.

You are open-minded and do not care for minor details.

Your weak point is your hot temper.

Your Love, You are willing to start off in one-sided love affairs because you strongly believe that you will eventually win his/her heart.

On the other hand, once you are together, you always want to do things your way, which is often the fire starter.

You usually run in and out of love quickly.
Read more »

Saturday, January 31, 2009

Spekulasi

Sebuah kerajaan di Malaysia kini sedang berhadapan dengan beribu spekulasi yang dibangkitkan oleh pihak lawan ataupun boleh dispesifikasikan sebagai pembangkang dan sebuah parti gerakan NGO ataupun GERAK meskipun kerajaan tersebut dijaga dengan baik jika dibandingkan dengan kerajaan sebelumnya. Terasa seakan kebudak-budakan pabila spekulasi yang dibuat oleh Ketua Pembangkang tersebut memalukan dirinya sendiri. Aku memang tak suka sentuh pasal politik tapi disebabkan kebodohan bekas ketua menteri yang juga ketua pembangkang, memalukan dirinya yang juga pernah menjawat pegawai tertinggi di dalam sebuah kerajaan ataupun organisasi. Terasa meluat dan menyampah dengan spekulasi yang dibangkitkan. Bodoh atau tak pabila beliau membangkitkan isu belian kereta yang berharga hampir satu juta ringgit oleh seorang ketua menteri yang dulunya seorang pegawai tertinggi di dalam sebuah syarikat gergasi di Malaysia mahupun Asia Tenggara.

Tidak terasa bodoh dan malu ke kita seandainya diingatkan kembali kisah zaman kanak-kanak kita di mana merengek di hadapan ibu untuk mendapatkan mainan yang dimiliki oleh jiran atau kawan. Mungkin tidak SEKIRANYA kita masih diperingkat kanak-kanak. Tetapi seandainya di zaman dewasa mahupun bergelar professional, adakah tidak terasa bodoh dan malu!?. Kita sama-sama fikirkanlah….

Pada 25hb Januari 2009, aku berkunjung di sebuah shopping kompleks terkemuka di Kuala Lumpur untuk menghadiri sebuah pameran ekonomi islam. Di sana terdapat sebuah syarikat GLC yang mengendalikan pengurusan hartanah yang beribu pejabat di Petaling Jaya. Di sana aku sempat berbual untuk belajar sedikit sebanyak mengenai selok belok perniagaan yang dijalankan oleh syarikat tersebut.Cuba mendapatkan beberapa kenalan bagi memudahkan perniagaan yang sedang aku ceburi. Malangnya kerajaan yang dipimpin sekarang tidak sekotor dulu yang begitu mudah untuk mendapatkan projek sekiranya disuap ataupun mempunyai kenalan di dalam syarikat ataupun pihak kerajaan. Sedang rancak berbual dan berkongsi pendapat, diceritakannya sejarah hitam yang pernah merosakkan dan menghantui kesucian syarikat tersebut diwaktu pemerintahan lama di kerajaan yang sedang kita bincangkan. Walaupun ada yang aku dah tau, tapi aku dengarkan bagi mengesahkan lagi sejarah hitam itu. Memang tidak dapat disangkal lagi betapa busuknya pemerintahan yang dipimpin oleh bekas ketua menteri ini. Umpat punye umpat, berbakul dosa aku kumpul akhirnya aku dapat mengesahkan segalanya. Segala sumber yang aku dapat ni bukan dari calang-calang orang tetapi semuanya dari pegawai tertinggi mahupun sedara bekas ketua menteri tersebut.

Sekiranya kita sentuh mengenai isu lembu yang digembar gemburkan oleh sebuah kerajaan negeri di sebuah Negara Asia Tenggara, ia memang sangat menjelikkan. Bukan kerana ape, lembu tersebut bukan untuk buat lumba haram mahupun matador ke hape ke!. Tapi lembu tersebut disedekahkan dan diagihkan kepada rakyat jelata di negeri tersebut. Bukan kerana bersedekah ini yang menjelikkan tetapi isu yang dibangkitkan oleh bekas pemimpin yang kuat jeles dan cuba merampas kembali kerusi yang dirampas dari beliau. Lembu tersebut disedekahkan oleh beberapa syarikat yang bertapak dan juga milik negeri tersebut. Salah ke diaorang nak kasi lembu dari hasil diaorg kepada rakyat jelata.

Aku memang tak puas hati sangat-sangat dengan pelakuan bekas ketua menteri a.k.a ketua pembangkang ni! Pemimpin sekarang sangat bagus menjalankan tugas dan tidak melakukan perkara kotor yang pernah dilakukan oleh bekas ketua menteri. Satu lagi, GERAK! Jangan la bersikap seperti dubuk yang berkejaran untuk mendapatkan bangkai yang ditinggalkan. Tak payah la bersusah susah pergi jumpa ‘Sultan’ untuk merehatkan ketua menteri ni, korang ni suma kotor dan buncit menghirup kopi basi. Tak layak bagi korang untuk menghadap insan yang bersih dari kekotoran ni suma! Hentikan lah aktivti yang membuatkan orang lain benci kepada anda.

Terima kasih…

Maaf kepada sape yang terasa!

Read more »

Sunday, November 30, 2008

Yoga

Khutbah jumaat yang lalu telah menceritakan satu topik yang sangat menarik dan begitu sesuai dengan isu yang kini hangat diperkatakan di Malaysia. Siapa yang tidak tahu isu ini antara isu yang begitu banyak memberi impak dan kontroversi antara majlis agama dan sebilangan masyarakat umum terutamanya org islam di Malaysia. Sekiranya isu ini diperkatakan di dalam khutbah jumaat di mana kebanyakan muslimin yang berkumpul ternyatalah isu ini sangat penting dan mesti disampaikan kepada setiap umat islam di muka bumi ini terutamanya di Malaysia. Kita seringkali dibangkitkan dengan pelbagai isu berkaitan aqidah, syariah dan juga hukum² islam yang tidak mendapat kepastian samada shahih atau tidak. Berpandukan quran, sunnah dan hadith memberikan kita jawapan yang lengkap dan sempurna dalam pelaksanaan sesuatu hukum. Seandainya hukum yang dibincangkan tidak terdapat dimana-mana panduan ia mungkin akan berdasarkan kias atau khilaf ulamak dimana pandangan ulamak mengenai isu terbabit. Isu kini yang sedang hangat diperkatakan ialah mengenai YOGA iaitu sejenis sukan atau pergerakan yang membentuk ketenangan mental dan fizikal.

Ianya menjadi bualan didalam majlis fatwa Malaysia kerana dikhuatiri berlakunye pernyelewangan aqidah seseorang muslim. Ini kerana, Yoga datangnya dari amalan agama hindu yang juga pergerakannya menyamai dengan pergerakan tuhan² hindu (e.g Shiva). Penyelewengan aqidah boleh menyebabkan syirik dimana ialah adalah satu perlakuan yang sangat terkutuk dan dibenci oleh Allah s.w.t. Di dalam khutbah tersebut juga mengatakan sebilangan masyarakat tidak bersetuju pengharaman senaman yoga yg dikatakan meemesongkan aqidah seseorang muslim dan menjadikan syirik ke atas perlakuan senaman tersebut. Ini kerana mereka mengatakan bahawa mereka mengamalkan senaman yoga atas tujuan kesihatan fizikal dan mental bukan untuk upacara keagamaan seperti agama hindu.

Di dalam keterangan majlis fatwa Malaysia, mereka tidak mengharamkan senaman yoga selagi mereka tidak mengamalkan dengan bacaan tertentu yang dilakukan oleh agama hindu. Seperti yang dijelaskan bahawa pada asalnya senaman yoga ini adalah datangnya dari upacara agama hindu dan perlakuan oleh tuhan yoga. Mereka boleh mengamalkan senaman yoga asalkan tidak terpesong dari ajaran islam.

Tetapi….

Kenapa senaman yoga di jadikan satu isu yang sangat besar kenapa tidak sukan olimpik!?dan juga kenapa tidak adat bersanding di dalam majlis perkhawinan melayu yang masih dilakukan oleh masyarakat umum Negara ini!?

Sukan olimpik seperti yang kita tahu telah berkurun tahun lamanya dianjurkan di seluruh dunia termasuk Negara islam sendiri seperti Malaysia. Tahukah mereka asal usul sukan olimpik pada abad kurun ke berapa ntah aku pon taktau… tapi yang penting ianya bermula pada mitos Hercules, Poseidon, Zeus dan lain². Sukan olimpik adalah pertunjukan kepada tuhan Zeus pada kepercayaan Rom. Dan kini ianya menjadi satu kebanggaan dan kegemilangan kepada setiap Negara termasuk Negara islam sendiri. Tetapi mengapakah sukan olimpik tidak dijadikan sebagai isu dalam penyelewengan aqidah sedangkan ianya adalah satu pertunjukkan kepada tuhan Zeus iaitu thogut kepada masyrakat Rom!?

Begitu juga adat bersanding di dalam perkhawinan masyrakat melayu kita. Ianya berasal dari amalan hindu dan dibawa di dalam adat melayu di atas revolusi melayu pada zaman dahulu kala ketika islam tidak bertapak di tanah melayu lagi. Mengapa ianya tidak dijadikan sesuatu isu sedangkan ia adalah satu upacara di dalam masyarakat hindu?.

Mungkin isu bersanding tidak kukuh untuk diperkatakan tetapi bagaimana dengan isu olimpik yang seakan-akan isu yoga yang di propaganda kan oleh masyarakat kita sekarang? Adakah ianya berbeza sedangkan sukan olimpik bertujuan untuk dipersembahkan kepada Zeus!?

Seandainye ada tersalah kata atau kurang ilmu di dada, maaf la eh… sila la perbetulkan… terima kasih!

Read more »

Saturday, October 11, 2008

Sitcom

Seperti yang aku luahkan dalam blog kat bawah nih, sitcom adalah salah satu rancangan berbentuk video hiburan yang begitu menyerlah dalam menyerikan kehidupan seharian kite semua... memang tak boleh disangkal lagi ianya adalah satu hiburan yang diminati oleh setiap umat manusia bukan sahaja di Malaysia mahupon Asia tetapi seluruh dunia... ape yg kite lihat, sitcom kebanyakan menceritakan atau memperlihatkan sebuah kehidupan individu, keluarga dan juga keadaan sekeliling... di sini jugak lah salah satu tempat dimana budaya luar dapat diterapkan dalam budaya kite di Malaysia... Kita, seakan-akan depengaruhi oleh budaya luar dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian kite semua... sekiranye ia memberi kesan positif, adalah sangat baik ntuk kite memperbaiki kehidupan kite sendiri tetapi sekiranye ia memberi kesan sebaliknye, adakah ia dapat membantu ntuk kite terus maju dan kekal di jalan yang lurus!?.

mungkin kite sndiri sedar tak sedar yang keadaan kite smua dipengaruhi oleh budaya luar yang diterapkan dalam sitcom² tersebut.... bukan perkara asing lagi kisah² curang antara suma isteri, hasat dengki, cium dan berpelukan antara kekasih ditempat awam, kehidupan bebas remaja di tempat liar dan sebagainye... mungkin ada mengatakan itu adalah perkara yg remeh dan ada juga mengatakan tak open minded skirenye diceritakan isu ini sebagai bende yg negatif... cuba bayangkan sekiranye korang ni suma ditempat yg dicurangi, ditipu, dan mangsa keadaan dalam perkara yg disebut tadi.... mana datangnye budaya yang negatif ni suma kalo bukan dari sitcom yang menceritakan kehidupan budaya barat...

Grey's anatomy... sitcom yang menceritakan kehidupan sekumpulan doktor yang masing² mempunyai kisah hidup tersendiri... kisah cinta, kuasa dan segala-galanye cukup membuatkan para penonton begitu terhibur dan ada yang menjadikan sebagai contoh ntuk dipraktik dalam real life diaorg.... sitcom ni jugak diterapkan dengan adegan² yang boleh merosakkan budaya melayu kite... mungkin ada yang mengatakan aku kolot dengan memikirkan perkara camni tapi fikirkan lah bersama... cinta, seks dan segala²nye adalah perkara remeh bagi diaorg... tapi pada kite?? budaya kite??? adakah ni suma boleh di pandang remeh pada kite semua?? kehidupan mereka di tempat berkerja adalah kehidupan social mereka... pada kite, pada asalanye hanyalah tempat mencari rezeki dengan harapan diberkati tuhan ntuk kite dan mungkin kaum keluarga dirumah.... jangan jadikan budaya mereka sebagai contoh ntuk dipraktik dalam kehidupan seharian kite....

Gossip Girl... seperti ditempat kerja, tempat menimba ilmu juga dijadikan hiburan oleh budaya luar ntuk ditonton oleh masyarakat kite... sitcom ini menceritakan kehidupan sekumpulan pelajar ditempat elit di Manhattan... juga terdapat kisah adegan cinta, seks, kuasa dan hasat dengki yang mampu mempengaruhi dan mengubah kehidupan kite di sini... berciuman dan melakukan perkara yang kurang sedap dipandang oleh masyarakat kite di tempat awam adalah perkara biasa bagi kisah pelajar di dalam sitcom ini... memang benar sitcom ini adalah antara sitcom kegemaran aku tapi ape yg sedihnye, ada yang terikut-ikut dan dijadikan contoh dalam kehidupan kumpulan manusia yang sedang belajar ntuk mengenali dunia.... aku tak nafikan sedikit sebanyak ianya mempengaruhi dalam kehidupan social aku, tapi mungkin aku telah sedar dengan ape yg pernah aku lakukan dan aku berharap aku dapat terus berubah dan mengubah diri sndiri dan juga org lain dari terus terjebak dengan perkara yang negative ni suma...

Desperate housewives... hurmmm... sitcom yang aku sndiri tak pernah tgk dan aku tak nak tengok sbb kan aku terdengar desas desus mengatakan ia menceritakan kehidupan para isteri yang berlaku curang dan tidak melakukan tanggungjawab yang sepatut mereka lakukan... adakah perkara sebegini diimpikan dalah sesebuah keluarga!?... janganlah jadikan keluarga mahupon kehidupan kite sebagai mangsa dalam pertarungan hiburan sebegini... jadikan nye sebagai hiburan semata-mata bukan sebagai contoh ntuk dipraktikkan di dunia realiti kite...

terdapat banyak lagi sitcom² yang mampu mempengaruhi dan mengubah budaya kite disampaing mengabaikan tanggungjawab sbagai org yang bertanggungjawab ntuk melakukannye... ingatlah, ianya hanyalah hiburan bukan contoh atau sumber pengetahuan kite semua... amik perkara yang positif ntuk dicontohi dan abaikan perkara yang negative ntuk kebahagiaan kehidupan sndiri....

salam........!!!
Read more »

Kita...

Assalamualaikum!!!

lama rasanye dah tak update blog... antara reasons aku tak update :
- takde isu yang menarik ntuk di kongsi bersama
- busy ngan assignment n exam =P
- internet kat umah lembap gile!
- kalo ada isu pon takut menyinggung memane pihak
- hurmmm....
takpe la.. so aku rasa skang ni aku akan meng-update blog ni dengan menceritakan satu isu yang aku rasa dari dlu aku nak ceritakan kat org yg sudi membaca blog aku yang tak seberapa nih... isu ni sebenarnye dah lama menusuk dalam jiwa raga manusia skang especially remaja dan org muda yg mudah sangat terpengaruh... ikutkan bukan kata org muda atau remaja, pakcik makcik, bapak ibu suma laa... ape yg aku nak citer kan ni mungkin perkara remeh bagi sesetengah org tapi besar dan sangat serius kesimpulannye yang telah tejadi mahupon bakal terjadi dalam budaya dan kehidupan kite smua... aku harap ape yang aku nak ceritakan ni boleh dijadikan renungan ntuk kite dan masa depan kite suma...
sedar tak sedar kite dah melangkau ke arah teknologi siber yang sangat maju dan memberi ransangan hebat dalam kehidupan seharian kite... mana kte pergi, ape kite buat suma dipengaruhi oleh media yang memberikan kite sedikit sebanyak pengetahuan, perkembangan dan jugak isu semasa... dalam masa yang sama, hiburan juga diterapkan dalam perkembangan teknologi yang kian meluas...
ape yang aku cuba sampaikan skang ni adalah hiburan yang diterapkan oleh teknologi skang ke dalam kehidupan kite semua... hiburan sekiranye dipandang dalam scope pengetahuan islam, memang tak salah tapi seandainye berlebihan mampu memberi kesan negative pada kite suma terutama di Malaysia yang kaya dengan adat istiadat dan budaya yang sungguh murni dan lemah lembut... walaupon kite di Malaysia, hiburan dari luar negara begitu mudah tersebar sebagai sumber hiburan dalam kehidupan kite... ape yang kite lihat, banyak drama dan cerita² yang ditayangkan di Malaysia... memang begitu menarik sekirenye dibandingkan dengan cerita tempatan TETAPI selaraskah budaya yang mereka sampaikan melalui hiburan tersebut kepada kite semua!?...
mungkin ada pembaca akan mengatakan pemikiran aku agak kolot sekiranye aku teruskan isu ni dan mungkin akan tersedar ape yang telah "diaorg" serapkan dalam budaya kite suma... mungkin ada gak yang akan kata aku ni tak open minded... tapi sekiranye merosakkan budaya dan hukum hakam yang ditetapkan dalam agama, adakah tu suma tak open minded gak?... aku sedar, banyak gak dosa yang aku dah buat dan mungkin ramai gak yang kata, aku pon ada buat tu buat ni gak... tapi aku cuba ingatkan pada korang suma instead mengingatkan diri aku sndiri... so, pandang la pada kata aku jangan pandang pada aku... aku bukanlah manusia yang perfect!
aku harap korang suma paham la ape yang aku cuba sampaikan kat blog nih... FOR ME AND YOU! ntuk kite bersama selamanya...

Read more »
Powered By Blogger