Monday, February 18, 2013

ketegasan dalam kepimpinan


Di dalam kesibukan kota yang sesak dengan manusia yang terlalu cepat berlari mengejar keduniaan dan ada juga dari kalangan mereka sibuk menyebarkan dan berkongsi pandangan tentang kepercayaan masing-masing, kita terlupa seketika untuk menoleh ke arah satu bukit tinggi yang dihuni oleh sekumpulan manusia yang sedang memerhatikan dan memerintah kehidupan seharian kita. Bukit yang tinggi ini bukanlah satu tempat yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan kedudukan manusia dengan Pencipta sekalian alam dan juga kekasihNya, Rasulullah s.a.w. Hanyalah satu kiasan menunjukkan kedudukan seseorang mahupun organisasi yang memimpin sesuatu masyarakat. 

Benar, sejak dari beberibu tahun dahulu juga terdapat sesebuah kumpulan, mahupun negeri atau negara atau juga benua yang dipimpin oleh seorang ketua samada dilaksanakan dengan seadilnya atau sebaliknya. Bila kita mengimbau kembali zaman kegemilangan islam bermula dari kepimpinan Rasulullah sehingga wafat, disambung dengan 4 khalifah dan selepasnya tabi tabien, begitu gah dan kuatnya kita ketika itu. Pemerintahan yang sememangnya berlandaskan Al-Quran dan hadith dan juga sunnah Rasulullah, dan juga hukum yang dikeluarkan oleh ijma' ulamak sangat membantu dalam pembentukan sesebuah negara yang sangat kuat dari segi ketenteraan, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. 

Ketegasan dalam kepimpinan juga memainkan peranan yang sangat penting untuk menjadikan masyarakat yang berdisplin dan hormat kepada ketua disamping kesetiaan bersama untuk berjuang dan menyalurkan bakti bagi membantu untuk memajukan negeri atau negara itu sendiri. Seperti yang kita tahu, Khalifah islam kedua selepas kewafatan Nabi Muhammad, Umar al-Khattab, yang sangat dikenali dengan ketegasannya begitu mementingkan displin dan tidak berganjak dengan pendiriannya yang berlandaskan hukum islam. Ketegasannya hinggakan masyarakat ketika itu gerun, takut dan sangat peka dengan perintah Allah yang seringkali dijadikan oleh Umar sebagai ingatan di dalam kepimpinannya. Bukan sahaja manusia, tetapi juga sungai nil yang mengalir semula airnya adalah kerana surat Saidina Umar kepada sungai itu sendiri untuk mengelakkan syirik yang dilakukan oleh masyarakat sebelum ini. Kisah yang berlaku pabila masyarakat dikawasan itu mengorbankan anak dara untuk dicampak ke sungai nil supaya tidak berhenti mengalir airnya. Raja yang ketika itu lantas menghantar surat kepada Saidina Umar dan menceritakan permasalahan tersebut. Saidina Umar menjawab surat itu dengan mengatakan kepada sungai nil itu sendiri, 'Sekiranya engkau mahu mengalir, teruskan mengalir dan sekiranya tidak, berhentilah dari terus mengalir'. Mendapat balasan dari surat itu, Raja tersebut mencampakkan surat itu ke dalam sungai nil dan airnya kembali meningkat setinggi 16 hasta dalam satu malam. Itulah kuasa seorang pemimpin dan wali Allah yang begitu tegas hinggakan alam dan manusia begitu hormat dengan kata-katanya.

Selain ketegasan itu juga, sifat adil juga seharusnya dilaksanakan oleh setiap pemimpin. Kisah ini juga berlaku ketika Saidina Umar yang ketika itu berjalan melihat kehidupan harian masyarakatnya. Dilihat pasangan lelaki dan perempuan yang sedang berbual, Saidina Umar terus datang ke arah lelaki tersebut dan merotannya dengan kayu yang sentiasa ada ditangannya. Lelaki tersebut lantas bertanyakan salahnya dan dijelaskan bahawa wanita itu adalah isterinya dan mereka berada dalam keadaan musafir. Saidina Umar lantas menghulurkan kayunya dan meminta lelaki itu merotannya kembali. Kisah ini menunjukkan Saidina Umar tidak berpaling dengan kesalahannya dan sedia menerima hukuman sekiranya dia berlaku salah. 

Melihat kembali ketegasan seorang pemimpin, dia juga harus dihormati dan dijadikan sebagai panduan di dalam kehidupan sesebuah masyarakat. Janganlah kita terlalu berkejar-kejar untuk memegang pangkat atau jawatan sebagai pemimpin sekiranya kita tidak bersedia untuk menjawab soalan-soalan Allah di hari akhirat kelak. Tanggungjawab sebagai seorang pemimpin, bukan sahaja sebagai ketua negara mahupun negeri, tetapi juga di dalam keluarga, kita seharusnya menjadikan Al-Quran dan hadith dan juga sunnah sebagai panduan untuk membimbing isteri dan anak-anak supaya mereka membesar dengan sempurna dan menjadi  seorang pejuang islam yang berlaku adil dan berbakti kepada agama islam sendiri, insyaAllah.
Read more »

Friday, February 15, 2013

Perkhawinan...suci atau sebaliknya?


Assalamualaikum dan salam 1dunia...
Sekian lama aku tak menjadikan luahan mahupun peringatan dalam bentuk bacaan, kini sekali lagi aku memulakan gerakan jariku di atas keyboard ini untuk menulis sebuah artikel mengenai PERKHAWINAN...

Setelah hampir 2 tahun juga, pelbagai perkara telah terjadi dalam hidup aku dan sekelilingku. Sebilangan ataupun dengan lebih tepat lagi majoriti kawanku telah memulakan kehidupan berkeluarga bersama pasangan masing-masing. Tahniah diucapkan kepada mereka. Tetapi ada juga yang tidak bernasib baik, situasi mereka adalah disebaliknya. Terdapat beberapa isu yang mereka bangkitkan di dalam setiap permasalahan dalam berumah tangga. Mereka seperti manusia biasa yang sering dan kerap menyalahkan pasangan mahupun orang lain di dalam permasalahan rumah tangga mereka. Ini berkemungkinan kerana mereka telah lupa dengan maksud sebenar perkhawinan itu sendiri.

Bila ditanya kepada semua, apakah sebab utama mereka berkhawin?. Ada yang menjawab untuk menghalalkan perhubungan dan ada juga menjawab mengikut sunnah Rasulullah. Adakah mereka betul-betul bermaksudkan sedemikian?

Sunnah dan wajib adalah perkara yang berbeza. Wajib adalah perkara yang seharusnya dan mesti kita sebagai umat Islam melaksanakan dan ianya memberikan impak dalam soal dosa dan pahala. Sunnah pula merujuk kepada fi'lin,qaulin dan taqrir iaitu perbuatan, kata-kata dan persetujuan yang datangnya dari Rasulullah. Dan kita mendapat pahala sekiranya melakukan perkara yang pernah dilakukan oleh Rasulullah. Bermaksud menjadikan Rasulullah sebagai idola ataupun contoh dalam kehidupan seharian kita. 

Berbalik kepada soal perkhawinan yang disebut tadi, ianya dijawab oleh kawan-kawan melaksanakan perkhawinan adalah kerana mengikut sunnah Rasulullah.
Jawapan yang sangat baik.

Tetapi, perkara sunnah itu hendaklah diteruskan dengan tidak memburukkan majlis ketika perkhawinan dilangsungkan mahupun kehidupan selepas perkhawinan. Terdapat beberapa perkara yang menjadi satu kemestian ataupun kewajipan selepas melakukan perkara sunnah ini.

Antara yang akan di highlight tentang perkara ini ialah, soal melaksanakan upacara majlis. Islam melarang umatnya melakukan pembaziran dan bermegah-megah dengan apa sahaja yang dilakukan. Terdapat satu hadith yang pernah aku ingat seketika dahulu (tolong tegur sekiranya ada yang tersilap) :


"Sesungguhnya aku paling takut menimpa kalian dengan syirik kecil".Sahabat bertanya, "Apakah syirik kecil itu Ya Rasulullah". Kemudian Rasulullah menjawab,"RIAK". (HR Imam Ahmad).

Ada sebilangan masyarakat kita terlalu bermegah-megah melaksanakan majlis kenduri khawin dan sebagainya. Ada juga yang menunjuk-nunjuk dengan meletakkan hantaran mahupun mas khawin dengan harga yang tinggi hinggakan membebankan pengantin itu sendiri.Ingatlah, Saidina Ali cuma memberi cincin besi sahaja kepada isterinya, Fatimah yang merupakan anak kepada Rasulullah. Siapakah kita sekiranya ingin dibandingkan oleh ahli-ahli syurga ini.

Ada juga yang membiarkan tubuh isteri mereka diratah penglihatan oleh orang lain dengan mengenakan pakaian yang mendedahkan aurat. Setelah terjadinya akad di dalam pernikahan, dosa seorang isteri ditanggung oleh suaminya sendiri. Bermaksud dari mula status sebagai seorang isteri, mereka telah membebankan suami dengan meletakkan dosa yang terang terangan berlaku. 

Terdapat banyak lagi permasalah yang sering berlaku di dalam perkhawinan sebenarnya. Isteri, ingatlah kalian, syurga kamu semua terletak di mana dan kewajipan kamu selepas bergelar isteri adalah kepada siapa. Dan suami, ingatlah kalian, tanggungjawab selepas menyempurnakan perkara sunnah adalah wajib. Jaga aurat isteri-isteri kamu dan anak-anak. Jagalah keharmonian rumahtangga dan jagalah maruah kamu sebagai seorang lelaki yang bergelar IMAM KELUARGA.

Banyak lagi yang boleh diingatkan, aku cuma manusia biasa hanya mampu menegur apa yang termampu dan selebihnya marilah kita berbalik dengan Quran dan Hadith. Perkhawinan adalah perkara yang indah dan jangan mengotorkan perkara yang indah ini dengan nafsu dunia. 

Ingatlah, Allah mencipta bumi yang tidak akan kekal selamnya, begitu juga isi kandungan di dalam perut bumi. Tetapi Allah menjadikan roh manusia dan diletakkan kembali ke jasad di hari akhirat untuk kekal disyurga. Dibawa bersama ke syurga dengan kasih sayang seorang suami dan isteri untuk terus kekal seperti yang diminta oleh kita sendiri. Hargai ikatan halal di bumi dan biarkan ianya kukuh dan utuh supaya tidak terjadinya perpisahan dari hasutan syaitan. Kekuasaan Allah mengatasi segalanya.

Wassalam. 


Read more »

Tuesday, October 4, 2011

Gaya dan Sengsara!

Sekali lagi aku nak berkongsi cerita dengan pembaca sekalian... Perasan atau tak zaman skang ni setiap masa tak kira kat mana mahupun siapa mahukan imej yang menarik perhatian org lain... Dibandingkan zaman 'Baby Boomers',generasi kita skang ni menjadikan gaya itu sebagai menu utama dalam kehidupan... Persoalannya,adakah gaya generasi kini tidak membebankan hidup mereka sendiri?...

Setelah aku melihat hampir 'kesemua' kengkawan aku mahupun org sekililing, kebanyakan mereka yang berada dikalangan generasi aku lebih menurapkan imej yang kemas setiap masa tak kira di mana je...especially perempuan... Dr gaya aku tgk, memang dr hujung rambut ke hujung kuku kaki semuanya berjenama dan boleh kata agak mahal... Bile ditanye suma nye beli dr hasil titik peluh diorg sndiri... Bagus la cmtu.. Tapi bile ditanye lg kebanyakan diorg tggal berkongsi bersama kengkawan di apartment dan kondo yang sewanya agak mahal seperti yang kita jangka harga di ibukota...

Kita semua tahu average gaji fresh graduate atau gaji kengkawan kita yang baru 2 hgga 3 tahun kerja... Kenapa perlu mengabeskan perbelanjaan mereka sampai cmtu? Berapa yang disalurkan kepada org tua dikampung? Berapa harga sewa rumah sebulan? Bershopping hanya di tempat yang ekslusif, bertukar-tukar gadget baru hampir setiap 3 bulan... Akhirnya? Bagaimana hutang ketika belajar dlu? Hutang kereta dan bil telefon? Bil air n letrik? Maintenance kereta dan gadget2 tu suma?

Bukanlah nak bz body tp bile tgk dan pikirkan balik, untuk ape semua tu? Hanya kepuasan? Janganlah hanya kerana ingin berlawan2 atau berlagak dengan org lain.. Ingatlah mak bapak dan adik beradik kat kampung tu... Dulu time belaja bising kata abang akak keje taknak bg duit belanja.. Skang dah kene kat batang idung sndiri... Janganlah menambah beban hutang keliling pinggang hanya kerana ingin bergaya.. Apa salahnya sekali sekala cuma bershopping kt Reject Shop ke F.O.S ke, Uptown je ke.. Ingatlah masa depan yang kemungkinan kita sangat memerlukan duit untuk mende yang lebih penting..

Kasilah duit belanja kat org tua kita tu lebih, paling tidak pon settlekan bil air n letrik kat kampung,telepon n astro ke... At least kurang beban org tua kita... Dulu time kekecik diaorg dah tanggung kita kan.. Balas la balik walaupon tak seberapa ni...

Aku just nak ingatkan je... Semua terpulanglah pada kalian... Yang baik kita kongsi bersama, yg buruk kite jadikan pengajaran...

Salam...
Read more »

Berpijak Pada Bumi Yang Nyata

Assalamualaikum...

Lama gak tak update blog ni... slalunye aku akan update blog bile bebetul aku nak menceritakan atau meluahkan ape yg aku rasa.. bukan diari, hahaha sbb aku menceritakan keadaan sekililing dari ape yg aku tengok...

Bila dah umur camni, rengrakan aku suma dah berkarier, dah ada pangkat mahupun perniagaan yang sudah mendatangkan keuntungan.. dulu berniaga nak kaver balik capital suma tapi insyallah skang suma dah sampai masa untuk kaut keuntungan lak...

Dulu time tgh susah, dok kaut duit nak kaver, time tu akan rasa susah dan memcam dugaan.. tapi tu suma ujian beb... kalau tak rasa camtu takkan jadi best perjalanan meniga ni...

Tapi yang kureng best nye bile dah ada keuntungan mula lupa diri.. dulu ada duit sikit bayar zakat perniagaan, bila dah ada untung lebih dok kata rilek dulu rilek dlu... Ingatlah, Allah nak uji suma tu.. dan aku pernah jadi camni dlu.. ehehehe...

Kita bile dah senang cepat lupa asal usul kita... mana kita datang dan mana tapak kita yg dlu kita pernah berpijak.. Manusia yang mudah lupa diri akan pulih dari 'penyakit' ni bile Allah dah tarik balik kesenangan atau kemewahan yang ada...

Bila dah ada pangkat memasing lupa diri, anggap diri paling hebat dan memandang rendah pada yang lain.. rengrakan aku, hurmm atau bekas rengrakan aku yang dah berpangkat bile aku TERjumpa balik ada yang meninggi diri.. aku sedar yang aku ni berniaga kecil kecilan aje... haishh terguris aku... hahahaha...

Tapi bile aku tgk balik, aku sedih bukan geram.. kenapa dia jadi camtu? sedangkan dlu aku ngan dia agak baik, senang susah sesama dlu... bila dah ada pangkat, dia mewujudkan barrier antara aku si peniaga kecil dan dia si pangkat besar... untuk ape suma tu?

Terkenang balik dlu, hingga skang... aku taktau nak cakap camne... kang aku cakap aku ni sape je... tapi harap sedar lah, kesenangan atau kemewahan suma datang dr Allah.. seandainya Allah nak tarik segalanya, habis lah segalanya.. seandainya Allah nak meletakkan rezeki yang banyak mahupun kepada pengemis, senang dan mewahlah pengemis... Ingat, yang baik suma datang dari Allah dan yang buruknya datang dari kita...

Rengrakan,Sanak Saudara, Memusuh dan semua yang membaca blog ni, janganlah terlalu meninggi diri, janganlah menghabiskan kemewahan kat tempat yang tak elok... bukan nak kata aku dah berjuta pengalaman tapi aku pernah lalui mende ni suma... Allah nak tarik sekejap je Allah tarik... aku menceritakan untuk jadikan iktibar pada suma... yang senang kita kongsi kan bersama, yang susah kita tempuh bersama..

Kita manusia beb, tak rugi kalau nak berkongsi pengalaman, bukan aku cakap senang dok kongsi tu, kongsi kemewahan... tu hasil titik usaha.. jangan dok bagi org makan ikan, tapi ajar camne untuk tangkap ikan... harap korang paham laaa...

Maaf nak cakap ni, kalau korang ni Pegawai Kerajaan, PTD, DPP, Pegawai GLC atau Swasta, Akauntan ke lawyer ke, Businessman or woman ke, aku tak pandang korang suma.. aku pandang korang sebagai kawan aku...

Macam mana aku dulu, cmtu la aku skang... harap korang suma pon camtu...
Read more »

Wednesday, May 4, 2011

Syaitan dan Sekutunya...

Sememangnya manusia kini begitu terdedah dengan media dan teknologi yang begitu canggih sehingga ada yang mampu melayari internet 24 jam 7 hari seminggu... tidak seperti dulu yang harus menghadap di depan komputer di rumah tetapi kini ketika berjalan, makan mahupun di dalam jamban pun masih mampu berbuat demikian sekiranya mahu...

Sebagaimana kita tahu setiap penemuan manusia ada yang mendatangkan kebaikan dan juga ada juga mendatangkan keburukan... dengan informasi yang begitu meluas dengan penggunaan internet di mana saja, masyarakat dunia mampu untuk mengetahui keadaan semasa setiap masa tidak kira di mana jua mereka berada...

Itulah kebaikan yang ada dengan kecanggihan ini... dan apa pula keburukan?

Seperti yang kita tahu, kini masyarakat kita begitu terdedah dengan propaganda pelbagai cerita, berita mahupun fitnah yang kadangkala mendatangkan impak positif dan negatif terus kepada kita. Hendak percaya atau tidak dengan berita ini hanya berserah kepada pembaca tetapi dengan kecanggihan teknologi yang mampu menjadikan sebuah 'gambar' atau 'video' yang palsu kepada asli menjadikan kesahihan sebuah berita atau cerita menjadi lebih kukuh kebenarannya. Tetapi seperti yang dijelaskan di dalam Quran mahupun hadith, fitnah itu buruk kesannya kepada pemangsa dan lebih teruk kepada keluarga dan keturunan mereka.

Tidak boleh kita salahkan kepada teknologi buatan manusia kerana ianya bukanlah bernyawa seperti kita yang telah dijadikan oleh Tuhan Pencipta Alam Semesta yang sejak dari azali dijadikan dengan lengkap akal fikiran dan perasaan baik mahupun buruk. Dengan akal fikiran, kebijaksanaan manusia boleh disalahguna dengan menjadikan seorang manusia yang suci dari dosa dipandang hina oleh masyarakat akibat berita palsu yang memberi maklumat kepada masyarakat dengan perbuatan dosa palsunya.

Bukan itu saja tetapi kemusnahan rumah tangga juga kini meningkat akibat kecanggihan teknologi seperti internet yang boleh dilayari setiap masa dan di mana juga. Seperti yang dijelaskan sebelum ini ada baik dan ada buruknya kesan kecanggihan teknologi internet ini.

Dalam meniti arus globalisasi, bukan sahaja Malaysia tetapi diseluruh dunia, impak penggunaan internet banyak memberi kesan kepada masyarakat di seluruh dunia. Keruntuhan akhlak dan rumahtangga begitu meluas akibat kecurangan, fitnah yang begitu pantas tersebar sepantas peningkatan kemajuan teknologi kini.

Penah suatu ketika dahulu, syaitan diarah oleh Allah melalui utusannya,Jibril untuk menemui Rasulullah dan menjawab dengan tepat segala soalan Rasulullah dan sekiranya syaitan menipu,Allah akan membakarnya sehingga menjadi abu dan lenyap dimuka bumi. Dengan ketakutan syaitan menemui Rasulullah dengan menjadi seorang tua yang bongkok dan buta sebelah mata disamping janggutnya panjang bagaikan ekor lembu. Ada kenyataan syaitan kepada Rasulullah yang berbunyi,"Akan aku gegarkan paha wanita hingga bergetarnya iman seorang lelaki dan SAMPAI SATU MASA AKAN AKU GEGARKAN PAHA ISTERI-ISTERI KEPADA BUKAN MUHRIMNYA SEHINGGA BERGETARNYA IMAN LELAKI".

Di sini kita dapat lihat bahawa antara punca kecurangan dan keruntuhan akhlak dan rumahtangga BANYAK datangnya dari kecanggihan teknologi internet atau lebih spesifiknya 'social network' yang dicipta melalui kecanggihan ini. Mengikut peratusan punca keretakan rumahtangga adalah dari laman 'social network' ini.

Ada yang mengatakan laman ini begitu berguna untuk bertemu semula rakan-rakan lama yang sudah terpisah dan disebaliknya juga ada yang berhubung semula dengan kekasih lama melalui laman ini. Dengan begitu mudah untuk melayari laman ini, manusia semakin alpa dengan tanggungjawab sebagai seorang khalifah yang Allah ciptakan sebagai tujuan utama di muka bumi ini.

Tidak dinafikan adalah sebilangan pendakwah menggunakan laman ini untuk menyebarkan kebenaran tetapi harus diingatkan juga bahawa manusia yang begitu cilik dapat mengubah ape yang cuba disampaikan disebalik kebenaran yang sememangnya benar.

Ayuhlah masyarakat islam kita, janganlah kita begitu terpedaya hingga terlupa tujuan utama kita dijadikan oleh Allah dimuka bumi ini. Bersama kita sangkalkan tujuan Syaitan dan Iblis untuk merosakkan akidah kita yang sebenarnya harmoni sekiranya kita menggunakan sebaikkan jalan Islam yang Allah sentiasa sediakan untuk kita.

Jaga lah kita kesucian agama dan keturunan kita agar tidak busuk dan kotor dengan permainan syaitan dan sekutu manusianya. Fikirkan generasi dan keturunan kita agar tidak ditempatkan dineraka yang begitu seksa azabnya....
Read more »
Powered By Blogger