Assalamualaikum dan salam 1dunia...
Sekian lama aku tak menjadikan luahan mahupun peringatan dalam bentuk bacaan, kini sekali lagi aku memulakan gerakan jariku di atas keyboard ini untuk menulis sebuah artikel mengenai PERKHAWINAN...
Setelah hampir 2 tahun juga, pelbagai perkara telah terjadi dalam hidup aku dan sekelilingku. Sebilangan ataupun dengan lebih tepat lagi majoriti kawanku telah memulakan kehidupan berkeluarga bersama pasangan masing-masing. Tahniah diucapkan kepada mereka. Tetapi ada juga yang tidak bernasib baik, situasi mereka adalah disebaliknya. Terdapat beberapa isu yang mereka bangkitkan di dalam setiap permasalahan dalam berumah tangga. Mereka seperti manusia biasa yang sering dan kerap menyalahkan pasangan mahupun orang lain di dalam permasalahan rumah tangga mereka. Ini berkemungkinan kerana mereka telah lupa dengan maksud sebenar perkhawinan itu sendiri.
Bila ditanya kepada semua, apakah sebab utama mereka berkhawin?. Ada yang menjawab untuk menghalalkan perhubungan dan ada juga menjawab mengikut sunnah Rasulullah. Adakah mereka betul-betul bermaksudkan sedemikian?
Sunnah dan wajib adalah perkara yang berbeza. Wajib adalah perkara yang seharusnya dan mesti kita sebagai umat Islam melaksanakan dan ianya memberikan impak dalam soal dosa dan pahala. Sunnah pula merujuk kepada fi'lin,qaulin dan taqrir iaitu perbuatan, kata-kata dan persetujuan yang datangnya dari Rasulullah. Dan kita mendapat pahala sekiranya melakukan perkara yang pernah dilakukan oleh Rasulullah. Bermaksud menjadikan Rasulullah sebagai idola ataupun contoh dalam kehidupan seharian kita.
Berbalik kepada soal perkhawinan yang disebut tadi, ianya dijawab oleh kawan-kawan melaksanakan perkhawinan adalah kerana mengikut sunnah Rasulullah.
Jawapan yang sangat baik.
Tetapi, perkara sunnah itu hendaklah diteruskan dengan tidak memburukkan majlis ketika perkhawinan dilangsungkan mahupun kehidupan selepas perkhawinan. Terdapat beberapa perkara yang menjadi satu kemestian ataupun kewajipan selepas melakukan perkara sunnah ini.
Antara yang akan di highlight tentang perkara ini ialah, soal melaksanakan upacara majlis. Islam melarang umatnya melakukan pembaziran dan bermegah-megah dengan apa sahaja yang dilakukan. Terdapat satu hadith yang pernah aku ingat seketika dahulu (tolong tegur sekiranya ada yang tersilap) :
"Sesungguhnya aku paling takut menimpa kalian dengan syirik kecil".Sahabat bertanya, "Apakah syirik kecil itu Ya Rasulullah". Kemudian Rasulullah menjawab,"RIAK". (HR Imam Ahmad).
Ada sebilangan masyarakat kita terlalu bermegah-megah melaksanakan majlis kenduri khawin dan sebagainya. Ada juga yang menunjuk-nunjuk dengan meletakkan hantaran mahupun mas khawin dengan harga yang tinggi hinggakan membebankan pengantin itu sendiri.Ingatlah, Saidina Ali cuma memberi cincin besi sahaja kepada isterinya, Fatimah yang merupakan anak kepada Rasulullah. Siapakah kita sekiranya ingin dibandingkan oleh ahli-ahli syurga ini.
Ada juga yang membiarkan tubuh isteri mereka diratah penglihatan oleh orang lain dengan mengenakan pakaian yang mendedahkan aurat. Setelah terjadinya akad di dalam pernikahan, dosa seorang isteri ditanggung oleh suaminya sendiri. Bermaksud dari mula status sebagai seorang isteri, mereka telah membebankan suami dengan meletakkan dosa yang terang terangan berlaku.
Terdapat banyak lagi permasalah yang sering berlaku di dalam perkhawinan sebenarnya. Isteri, ingatlah kalian, syurga kamu semua terletak di mana dan kewajipan kamu selepas bergelar isteri adalah kepada siapa. Dan suami, ingatlah kalian, tanggungjawab selepas menyempurnakan perkara sunnah adalah wajib. Jaga aurat isteri-isteri kamu dan anak-anak. Jagalah keharmonian rumahtangga dan jagalah maruah kamu sebagai seorang lelaki yang bergelar IMAM KELUARGA.
Banyak lagi yang boleh diingatkan, aku cuma manusia biasa hanya mampu menegur apa yang termampu dan selebihnya marilah kita berbalik dengan Quran dan Hadith. Perkhawinan adalah perkara yang indah dan jangan mengotorkan perkara yang indah ini dengan nafsu dunia.
Ingatlah, Allah mencipta bumi yang tidak akan kekal selamnya, begitu juga isi kandungan di dalam perut bumi. Tetapi Allah menjadikan roh manusia dan diletakkan kembali ke jasad di hari akhirat untuk kekal disyurga. Dibawa bersama ke syurga dengan kasih sayang seorang suami dan isteri untuk terus kekal seperti yang diminta oleh kita sendiri. Hargai ikatan halal di bumi dan biarkan ianya kukuh dan utuh supaya tidak terjadinya perpisahan dari hasutan syaitan. Kekuasaan Allah mengatasi segalanya.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment