Friday, May 17, 2013

Solat Jumaat


Assalamualaikumwarahamtullah... (20 pahala je...kalau nak lebih kasi lagi panjang...hahaha tak sure samada sahih atau tak,cuma aku terdengar ada yang menyebut camni)

 Setelah sekian lama asyik mengarang puisi aje, kali ni aku akan kembali menulis seperti biasa...sorry laa sejak dua menjak ni selepas 'kehilangan' seorang sahabat, ada sedikit kekacauan perasaan...hahahaha... 

 Seperti yang aku post dalam facebook, aku semacam terkilan dengan sikap beberapa jemaah jumaat yang sekarang ni seakan akan menunaikan kewajipan solat jumaat hanya untuk mencukupkan syarat di hari jumaat. Hadir ke masjid dan duduk di dalam khutbah dan kemudiaan menunaikan solat jumaat berjemaah. Hanya mengikut tanpa mendalami. 

 Solat jumaat dilengkapi dengan khutbah yang menceritakan atau menerangkan, mahupun memberi maklumat tentang ilmu yang bermanfaat. Khutbah atau ceramah yang memang disediakan untuk jemaah dan sememangnya harus didengar dan diambil berat oleh kita semua. Ketika khutbah, tidak sesiapa pun yang boleh berkata-kata, berbual mahupun menegur melainkan khatib yang sedang membaca khutbah tersebut. Terdapat satu hadith yang berbunyi :

Dari Jabir bin Abdillah r.a, dia menyatakan : Sulaik al-Ghifani pernah datang pada hari jumaat ketika Rasulullah s.a.w sedang menyampaikan khutbah lalu dia terus duduk. Rasulullah pun berkata kepadanya :

"Wahai Sulaik, berdiri dan ruku'lah dua rakaat serta pendekkanlah dalam melaksanakannya." Kemudian beliau bersabda : " Jika salah seorang diantara kamu datang pada hari jumaat ketika imam sedang berkhutbah,hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat dengan seringkasnya." (Hadith riwayat al-Bukhari)

Hadith di atas merujuk kepada solat sunat tahiyattul masjid.

 Apa yang memeranjatkan lagi, jemaah kita sekarang bukan sahaja terus duduk dan tidak menunaikan solat sunat tahiyattul masjid, tapi lebih menyedihkan mereka terus duduk bersandar dan melelapkan mata. Ada juga yang mengeluarkan handphone dan tersengih-sengih hodoh sambil melayari internet atau berbalas message tanpa menghiraukan khutbah jumaat. Solat jumaat ini seakan-akan masa rehat untuk mereka!. Kepada para wanita, seandainya ada kaum lelaki yang sedang berada di dalam khutbah jumaat dan sedang ber'message' dengan korang, tegur suruh diorg dengar khutbah dan jangan layan mereka.SILA BERI KERJASAMA!hahahahaha....

 Ketika bermulanya solat, ada yang mula mencari 'port' di bawah kipas tanpa menghiraukan sekali lagi saf saf yang kosong dihadapan mereka. Aku terdengar satu cerita dari seorang sahabat, dia menceritakan ketika dia menunaikan solat jumaat, seorang khatib/imam tidak turun dari mimbarnya sehingga semua jemaah merapatkan saf. Solat jumaat dilaksanakan selepas 10 minit selepas si khatib/imam tersebut berpuas hati dengan jemaahnya. Sangat jarang ianya berlaku di Malaysia, tapi alhamdulillah kerana masih terdapat seorang yang sangat peka betapa pentingnya saf saf ketika jemaah. Terdapat sebuah hadith yang disebut :

Al-Nu'man bin Bashir terlah berkata :
"Adalah Rasulullah s.a.w selalu membetulkan saf kami seperti membetulkan anak panah, sehingga kami benar-benar faham akan kepentingan membetul dan meluruskkannya (saf). Pada suatu hari ketika baginda keluar solat bersama kami sedang baginda hampir bertakbir terlihat seorang lelaki yang kedudukan dadanya mengereng dari saf, lantaran baginda bersabda : " Wahai hamba-hamba Allah samada kamu betul dan luruskan saf-saf kamu atau Allah s.w.t memalingkan wajah-Nya daripada wajah-wajah kamu." (Hadith riwayat Muslim, Abu Daud dan al-Tarmidzi)

Kasihanilah jemaah yang terpaksa solat diatas jalan tar yang terdedah dengan keterikan mahatahari ataupun dibasahi hujan, sedangkan masih terdapat lagi kekosongan disaf-saf hadapan. Ingatlah, Siapa yang tidak mengasihani dia tidak akan dikasihani (Hadith riwayat Bukhari & Muslim).

Read more »

Thursday, May 2, 2013

Cinta Sejati - Umar Khattab

Pada suatu hari, Umar bin Khatab bertanya kepada gurunya, " Apakah cinta sejati itu? ", dan gurunya menjawab, " Berjalanlah lurus di taman bunga yang luas, petiklah satu bunga yang terindah menurutmu dan jangan pernah berbalik ke belakang ". Kemudian Umar melaksanakannya dan kembali dengan hampa dan tangan yang kosong.

Gurunya bertanya di mana bunga yang seharusnya Umar petik di taman bunga itu. Umar menjawab, " Aku tak berjaya mendapatkannya, sebenarnya aku telah menemukannya tapi aku berfikir pasti akan ada lebih baik di depan sana. Dan pabila aku sampai dihujung taman, aku tersedar bahawa yang aku temui diawal perjalanan tadi itulah yang terbaik. Tetapi aku tidak boleh berbalik ke belakang semula, bukan?".

Gurunya berkata, " Seperti itulah cinta...semakin kita mencari yang terbaik, maka tidak akan pernah sekalipun kita menemukannya. Maka jangan pernah sia-siakan cinta yang pernah tumbuh dihati kita, kerana waktu takkan pernah kembali".


terima kasih
Read more »

Wednesday, April 17, 2013

Harimau Malaya!


si biru mengangkat panji
si hijau melaung takbir
jeritan kuat seakan guruh
entah dari mana ianya hadir
melihat kelibat yang sama
menjulang jalur gemilang
tapi berperang bagaikan tiada haluan
seperti dirasuk, amok dan sawan
mereka tidak lagi menghiraukan 
warna darah dan kulit yang sama

bila pak belang mengaum!
semua tersentak
mereka bertempik
tangan digenggam erat
berpelukan dan mengejar
satu cita cita
berteriak kuat
dengan nada yang sama
sehaluan dan seiringan

kuning hitam tiada tandingan
wajah pak belang tersergam
dibalik panji gergasi
dijulang dikibar
penuh bangga
tidak lagi berperang
pak belang menyatukan
di bawah nama harimau malaya!




Read more »

Saturday, April 6, 2013

kisah terakhir aku dengan kau!


Pandanganku terhenti setelah melihat tajuk akhbar yg diselit dengan sebuah gambar berukuran pasport..ianya milik kawanku..disebelahnya kelihatan sebuah lori yang remuk teruk dan melihat beberapa anggota bomba yang seperti sedang berusaha untuk mengeluarkan sesuatu dari kepala lori tersebut...melihat tajuk,'mak..adik pergi dulu' (link keratan akhbar 5hb April 2013) membuatkan dunia aku terhenti seketika...


Fikiranku seperti video yang sedang mengulang kembali beberapa peristiwa termasuk perbualan aku dengan seorang sahabatku..Ya,sahabat yang wajahnya terpampang dimuka akhbar dihadapanku...
Tanpa mempedulikan fikiranku yang sedang berpusing laju,aku berlari kebilik dan mencapai tuala dan terus menuju ke tandas...setelah selesai mandi,aku meminta izin sekali lagi selepas emakku sendiri menyuruh aku ke Melaka untuk memastikan kenyataan akhbar itu benar...aku yang masih cuba menidakkan kenyataan akhbar terus menuju ke kereta dan menghala ke sebuah negeri yang penuh dengan kenangan aku selama hampir 5 tahun...

Di dalam perjalanan,air mataku seperti diluar kawalan mencurah curah diikuti dengan raungan yang masih tidak menerima kenyataan..

Setiba aku di Durian Tunggal,Melaka aku melihat kelibat beberapa orang yang seperti sedang menunggu sesuatu..aku yang terus berjalan menuju ke arah mereka dijeritkan dengan suara perempuan yang memanggil manggil namaku...

"Fir!...Fir ke tu!?..."

Aku terus mengiyakan pertanyaan perempuan itu..dia lantas bangkit dari tempat duduknya dan terus meluru ke arahku..aku di genggam erat oleh perempuan tersebut dan mendengar teriakan yang aku tahu perasaan tersembunyi disebaliknya..

"Acit dah takde fir!..anak aku dah takde fir!..."

Aku yang pada mulanya cuba menenangkan perasaan perempuan yang bergelar ibu itu turut menangis dan memujuknya untuk bersabar...Tidak lama selepas itu,datang 2 lelaki dah terus meluru ke arahku..abang dan ayah kepada sahabatku!...
Ayahnya yang tidak berkata apa-apa dan tidak mempedulikan salam ku terus memeluk erat dan aku dapat merasakan bahu aku yang basah dengan air mata..sekali lagi aku cuba memujuk mereka dengan kata-kata semangat...

Setelah semuanya menjadi suram..ayahnya membuka bicara...

"Pakcik dengan makcik cari nombor telefon fir..tp telefon acit hilang..juga dompetnya...yang tinggal cuma IC nya sahaja..."

"Makcik taktau mcm mane nak bgtau kamu fir..sampaikan kami cuba mencari dari sim kad lama acit tapi nombor tu tak dpt call"...sambung ibunya...

Aku yang cuba memberikan senyuman,hanya tersorok dengan kesedihan yang tersimpan dengan air mata...aku difahamkan acit telah kembali ke rahmatullah pada hari rabu petang di tempat kejadian..

Ayahnya menyambung bicara,

"Acit berkali-kali cakap nak pergi bercuti dengan kamu..dia bagaikan tidak sabar hinggakan tidur kami diganggu dengan telatah jenaka yang dia mahu tidur hotel dan berjalan-jalan dengan kamu..."

"Dia seronok sangat hinggakan susun jadualnya sebelum meminta cuti"..sambung ibunya...

Aku yang sebak mendengar cerita ibubapanya cuba menggagahkan diri untuk bersuara..

"Acit dgn sy hampir setiap minggu akan berbual...minggu lepas dia ada call dan tulah panggilan paling lama yang dibuat...kami berbual dan bercadang nak pergi bercuti..dan itu kali pertama dia jugak semangat berjanji untuk bercuti dengan sy..sy tak sangka perkara ni terjadi dan terkilan sbb tak dpt jumpa dengan dia lepas hampir setahun..."

Abangnya yang dari tadi hanya tunduk memandang ke lantai terus mendongak ke arahku..aku melihat mimik mukanya yang penuh dengan penyesalan..

"Kiteorg pelik dengan dia (acit)..selalunya dia suka bergurau..tapi seminggu sebelum kejadian ni,dia langsung tak berbual dengan aku"...sampuk abangnya yang dari tadi hanya membisu..

"Dengan pakcik ngan makcik dah tiga hari dia diam je...kami pelik dengan perangai dia tapi kami cuma diamkan je"..ayahnya menyambung bicara...

"Ya Allah fir,dia seronok sangat sampaikan ulang banyak kali dia kata nak bercuti dengan kamu!"...kata emaknya dengan nada yang penuh dengan kekecewaan...

Aku yang dari tadi cuba menahan air mata teresak esak hinggakan membasahi tanganku..aku seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku terasa hatiku dicucuk dengan sembilu penyesalan...aku kecewa dan kesal kerana tidak dapat mengangkat jenazahnya dan mengebumikan tubuhnya ke dalam bumi...

Setelah hampir dua jam aku bersama keluarganya,aku meminta izin untuk pulang...
Masih sempat juga aku melihat kawasan perumahannya,dan ternampak aku sebuah bilik yang baru dibina dibahagian tepi rumah..ibunya mengatakan inilah permintaan anaknya yg terakhir untuk menyiapkan bilik ini dan katanya ingin meletakkan penghawa dingin...sambung ibunya lagi,acit sempat bergurau mengatakan seandainya semuanya panas,semua sumbat dalam bilik tu dan disejukkan dengan penghawa dingin dibilik baru itu..

Tetapi akhirnya...

bilik itu dirasmikan dengan meletakkan jenazah sahabatku sebelum dikebumikan..

Aku terus melangkah dan meninggalkan laman yang penuh dengan kenangan bersama sahabatku...dengan suara yang terketar,aku menggagahkan diriku dengan memberi salam kepada keluarga sahabatku...dan sepanjang perjalanan pulang ke kota,aku ditemani setia dengan tangisan dan kenanganku bersamanya...

gambar tahun 2008

gambar terakhir aku jumpa kau cit!
hahahahaha!

"Ya Allah...ampunkanlah dosa sahabatku,dan kurangkan azab ke atasnya..tempatkanlah sahabatku dikalangan orang yg Kau sukai...aku bermohon kepada Mu Ya Tuhan ku..sesungguhnya Engkau maha pengasih dan penyayang..."
Read more »

Thursday, March 28, 2013

Air Mata


Allah telah menjadikan manusia dengan pelbagai nikmat dan Alhamdulillah sekiranya kita masih dapat membaca penulisan ini bermaksud kita mempunyai kenikmatan untuk melihat dan punyai fikiran yang waras untuk berfikir dan mentelaah. Antara kenikmatan yang aku sendiri rasakan adalah apabila aku dapat mengalirkan air mata untuk menterjemahkan perasaan aku samada sedih mahupun gembira. Terkadang aku terfikir, mengapakan ada sebilangan dari kita, terutamanya lelaki malu untuk mengalirkan air mata sedangkan air mata itu adalah pakej di dalam ciptaan yang maha esa. 

Air mata yang mengalir bukanlah menunjukkan bahawa kita adalah manusia yang lemah. Menangislah sekiranya kita rasa ianya perlu untuk kita lakukan, dan aku masih teringat bahawa aku pernah berkali menyatakan kepada seseorang supaya menangislah sehingga kamu puas dan setelah selesai menangis, belajarlah dari kesilapan yang lalu supaya diri kita menjadi lebih kuat.

Sekiranya kita masih menganggapkan tangisan air mata itu hanya untuk orang yang lemah, adakah seorang sahabat Rasul yang sangat tinggi darjatnya juga seorang yang lemah?. Beliau merupakan salah seorang insan yang diberi kepercayaan Nabi untuk melaungkan azan dan menyeru umat islam untuk berkumpul dan melakukan ibadah kepada Allah. Bilal yang pernah menangis sehinggakan isterinya terjaga dari tidur setelah beliau bermimpi bertemu Rasulullah. Ini antara merupakan salah satu kisah yang akan aku ingat dan mampu membuatkan air mata aku berlinang hinggakan membasahi baju dan tanganku....

 (kemungkinan kisah ini tidak sesempurna seperti yang digambarkan...aku bercerita dari memori aku bukan dari copy dari mana mana bahan bacaan)

Setelah kewafatan Nabi, Bilal berpindah ke negeri Syam kerana beliau tidak sanggup menempuh hari-hari biasa tanpa Rasulullah dan akan mengingatkan beliau bersama Baginda di kota suci itu...Syam sebuah negeri yang pernah Rasulullah doakan negeri yang penuh dengan keberkatan..dan pada suatu malam,Bilal bermimpi Rasulullah datang kepadanya dan bertanyakan,'Mengapa kamu seperti mengasingkan diri dan tidak kamu menziarahi aku'...terbangunnya Bilal dari tidur dengan tangisan dan mengejutkan isterinya...lalu isterinya bertanya kenapa beliau menangis..diceritakan kepada isterinya tentang mimpinya dan Bilal pun pulang ke Madinah...

Sesudah tibanya di Madinah, Bilal menangis tidak terhingga kerana merindukan hari-harinya ketika bersama Rasulullah. Datang kepadanya Abu Bakar As-siddiq dan menyuruh Bilal melaungkan azan seperti mana yang beliau laungkan ketika Rasulullah masih hidup. Permintaan itu ditolak kerana Bilal berkata :

'Maafkan aku Abu Bakar, aku tak mampu untuk melaungkan azan di kota madinah ini kerana ketika Rasulullah masih hidup, selepas aku melaungkan azan, aku akan pergi ke bilik Rasulullah dan mengajaknya untuk melakukan solat'


Kemudian didatangi kepada Bilal, Saidian Husan dan Husin dan mereka bersalam dan berpelukan. Bau wangian mereka sama seperti bau atuk mereka, Rasulullah. Sekali lagi Bilal dijemput oleh mereka untuk melaungkan azan. Lantas Bilal naik ke tempat di mana beliau sering melaungkan azan ketika Rasulullah masih hidup. Dan mulalah laungan azan....

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR!
terkejut seluruh penduduk di kota madinah ketika mendengar laungan itu


ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR!
penduduk madinah sekali lagi berteriak bertanyakan adakah ini laungan yang diutuskan oleh Rasulullah kerana ianya bagaikan berbalik ketika Rasulullah masih hidup

ASHADU AN LA ILAH ILLA ALLAH!
penduduk madinah semua keluar dari rumah dan kedai kedai mereka

ASHADU AN LA ILAH ILLA ALLAH!
kesemua penduduk mula keluar dan berteriak "ADAKAH INI DIUTUSKAN OLEH RASULULLAH!"

ASHADU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH!
kesedihan dan kesayuan mula terpancar hinggakan Bilal tidak mampu untuk meneruskan lagi laugan azan dan lantas turun dari tempat itu..

dan ketika itu terdapat hadith yg dirawi kan mengatakan :

'tidak ada peristiwa yang sedih selepas kewafatan Nabi di kota madinah sehinggalah laungan azan dari Bilal Bin Rabah...'

Subhanallah...
Aku sedar akan kelemahan dalam keimanan aku, dan jauh sekiranya mahu dibandingkan dengan alim ulama' yang lain. Tetapi secara jujurnya ini adalah antara kisah yang mampu membuatkan aku menangis dengan kekuatan cinta Bilal kepada penghulu sekalian manusia, Rasulullah.. Juga tidak lupa aku akan kisah sebelum kewafatan nabi...kisah yang aku akan ceritakan suatu hari nnt, insyaAllah... 

Berbalik kepada tajuk utama, kawan kawan dan musuh musuh sekalian.... 
Janganlah korang malu untuk mengalirkan air mata kerana teringat juga aku satu hadith yang menyebut tentang perpisahan sahabat dijalan Allah dengan linangan air mata. Adakah satu kesalahan untuk kita mengalirkan air mata?. Dan jangan jadikan air mata itu tanda kita putus asa dan mengakhiri perjalanan hidup kita dengan perkara yang tidak baik di jalan Allah. Air mata juga merupakan kurniaan yang Allah ciptakan sepertimana kenikmatan yang lain. Kita harus berjuang dan meneruskan kehidupan kita dengan lebih baik dan juga menjadikan linangan air mata sebagai satu check point untuk kita mengakhiri perkara yang lepas disamping memperbaiki di masa hadapan, insyaAllah....

Read more »
Powered By Blogger