Friday, November 21, 2014

Aku, Islam & Rakyat


Seandainya benar.....!

"keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 sebagai tidak sah dengan alasan ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana mendiskriminasi golongan minoriti"

Hakim berkata, "Perlembagaan diwujudkan bagi melindungi minoriti dari kezaliman majoriti selain mendapati hakim Mahkamah Tinggi membuat kenyataan dan dapatan yang bertentangan dengan bukti dan dicemari prasangka peribadi yang tidak saintifik"

...............
Mereka akhirnya memfailkan semakan kehakiman untuk mengisytiharkan tidak berpelembagaan sebuah fatwa syariah yang melarang lelaki daripada 'memakai pakaian perempuan' atau 'menyamar sebagai seorang wanita' di Negeri Sembilan.

Mahkamah Tinggi pada Oktober 2012 memutuskan mereka perlu mematuhi undang-undang kerana mereka Muslim dan dilahirkan lelaki.

sumber : the malaysian insider


Nah!
Ni keputusan hakim yang buta tuli bodoh dan angkuh dengan hukum yang diaturkan oleh Allah!

Aku tau tentang hukuman menghina mahkamah, tapi 'diorang' pun tau hukuman mencabar, menghina, melanggar perintah Allah dan Rasul...
So, insyaAllah aku bersedia terima apa tindakan mahkamah seandainya diaorang merasakan aku menghina mahkamah yang penuh dengan keputusan yang tidak adil dan bodoh dan juga mengikut nafsu semata-mata!

Semakin hari semakin terang dan nyata kebodohan sebilangan masyarakat yang kononnya 'berpendidikan'!... Usahlah kata tentang hukum agama, hatta hukum manusia pun ternyata mereka bodoh dan tidak bersikap adil... Merujuk balik apa yang dikatakan oleh pihak hakim, "Perlembagaan diwujudkan bagi melindungi minoriti dari kezaliman majoriti", adakah mereka benar-benar berkata atau sekadar merujuk kepada kepentingan sendiri dan juga situasi yang boleh berubah-ubah?..sekiranya mereka benar menggelarkan diri mereka sebagai penegak keadilan, kenapa kata-kata sedemikian tidak diberikan kepada rakyat yang serba daif?...adakah mereka benar-benar buta atau membutakan mata sendiri...sedangkan mereka sendiri yang berlaku zalim!...

Jelas kita sebagai seorang Islam, dan juga hakim-hakim tersebut juga seorang Islam, yang berpegang kepada Quran dan Sunnah, dan juga insyaAllah moga mereka juga benar-benar beriman dengannya... tetapi sekiranya mereka beriman, mereka akan mengetahui bahawa Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan sebaliknya. Istilah menyerupai ini termasuklah bercakap, berpakaian, cara berjalan, dan sebagainya. 

Dengan beralasan kononnya ia adalah penyakit, inilah bencana yang paling besar bagi kehidupan manusia pabila masyarakat terkeluar dari fitrah dan menyimpang dari watak semulajadi mereka yang sebenarnya. Seperti yang dikatakan dan janji syaitan di dalam surah an-nisa ayat 119,

"dan aku (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga telinga binatang ternakan), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka mengubahnya" 

Mereka cumalah hakim di dunia dan mereka hendaklah berpegang kepada perintah Allah. Apa yang mereka cuba buktikan?...adakah puak puak transgender ni suma puak yang teraniaya?...atau puak yang minoriti?...sedangkan mereka yang memilih untuk berada dikelompok minoriti ini...

Dalam sebuah hadith qudsi Allah s.w.t berfirman,

"Dan siapakan yang lebih zalim daripada orang yang berusaha menciptakan seperti penciptaan-Ku?" Silakan mereka menciptakan  zarrah Silakan mereka menciptakan satu biji gandum."  
(hr Bukhari & Muslim)


Read more »

Sunday, September 14, 2014

Hari terakhir



biarpun kita mendongak ke langit
terkadang melihat kebiruan indah
cukup menenangkan hati yang kusut
terkadang juga melihat awan hitam yang berkumpul
cukup membuatkan hati yang tenang bergetar dengan kekuasaanNya

biarpun jauh mata memandang
terbentang luas lautan yang bagai tiada penghujung
terkadang rasa tenang dengan keindahan lautan yang biru
terkadang juga gerun melihat ombak yang tinggi menggunung
tiada tempat untuk berlari 
tiada terkecuali untuk bersembunyi
kekuasaanNya yang tiada tandingan

biarpun menghijau bukit dan gunung dipacak
terasa ingin hidup dibalik kehijauan
terkadang melihat api yang terpacul
di puncak gunung tersergam megah
bertempiaran lari meninggalkan dunia
gusar resah diri menjadi abu
takut ditimbus bagaikan penjara
yang tiada teman mahupun lawan
cuma sendirian yang mampu berdoa
mengharapkan belas dari seksaanNya

biarpun senang kehidupan di dunia
ia hanyalah sementara
bertepuk dada menguji iman
janji Allah tentang hariNya
dihitung segala dosa dan pahala
hanya amalan menjadi hitungan
harta dan pangkat tidak dikira
mungkin di neraka
mungkin di syurga
maka kekal kita di dalam nya
hari terakhir usia di dunia
langit lautan bumi binasa
itulah hari yang dinantikan

Read more »

Sunday, September 7, 2014

Keinginan dan Nafsu


Terkadang
apa yang kita inginkan
sememangnya tidak kesampaian

apa yang kita impikan
sememangnya tidak menjadi kenyataan

kita mengharapkan "insan" atau "perkara"
tapi mungkin ia tidak mengharapkan kita

boleh tentu itu baik untuk kita
atau mungkin itu cuma babak dalam kehidupan

ada ketika kita cuba melupakan
ada ketika kita sentiasa mengangankan
ada ketika kita cuba membenci
ada ketika kita terus mencari

itulah realiti
tidak mengharapkan fantasi
atau mungkin bermain sendiri
dalam fikiran dan mimpi

biarkan ia pergi
bergembira ketawa
mungkin di lubuk hati kita sepi
tapi melihat dia bahagia
berselimutlah segala mimpi
dan terus bersyukur kepada ilahi...


Read more »

Wednesday, August 20, 2014

Ketaksuban


mereka mereka bergaduh mengatakan mereka lah benar
mereka mereka berbalah mengatakan mereka lah berilmu
mereka mereka taksub hingga menyesatkan yang lain
mereka mereka seakan mengetahui segalanya hingga menerakakan orang lain
mereka mereka seakan tidak mengendahkan apa yang telah disebut
mereka mereka berhujah atas nafsu dan akal semata mata
mereka mereka sebenarnya telah menolak yang ditetapkan
mereka mereka membenarkan ilmu yang tiada asasnya

mereka mereka berkata mereka lah mengikut Quran & Sunnah 
berpusu pusu berlumba lumba untuk menggigit sunnah itu
tapi kenapa perlu ada tambahan yang dibuat oleh diri mereka sendiri?
adakah tidak sempurna petunjuk Allah dan ajaran Nabi?

p/s : sedih melihat mereka mereka yang kononnya berpegang pada quran & sunnah tapi hakikatnya menyesatkan dan menerakakan orang lain dengan senang lenang...adakah ini yang diajar kepada kita?

Read more »

Monday, August 11, 2014

Kemanisan Iman


Dalam masyarakat islam di Malaysia, bila kita menyebut tentang iman, mereka akan mengaitkan dengan rukun iman dan ada juga mengaitkan dengan kesabaran dan kebersihan. Disebut 2 perkara itu kerana kedua-duanya adalah sebahagian dari iman itu sendiri. Begitu juga tentang perkhawinan. Ada yang mengatakan apabila seorang lelaki itu berkhawin, maka lengkaplah separuh dari iman dalam diri mereka. Tapi bagaimana pula lelaki yang berkhawin tetapi tidak melakukan suruhan agama, atau lelaki yang tidak berkhawin tetapi melakukan perkara dan meninggalkan sesuatu atas sebab suruhan ajaran islam?.

Apakah maksud iman sebenarnya?.

Iman dari segi lugha (bahasa) bermaksud, percaya atau membenarkan.
Definisi iman pula adalah membenarkan dalam hati, menyatakan dengan lisan dan mengerjakan dengan anggota tubuh badan.

Seperti yg aku bgtau sebelum ni, sebahagian penulisan ini adalah dari cadangan kawan-kawan dan juga sesiapa yang ingin aku ceritakan. Tajuk kemanisan iman ini telah diminta oleh seorang rakan sejak bulan atau 2 bulan lepas lagi (20 November 2013). Tetapi aku masih tidak dapat menghuraikan apakah itu kemanisan iman. Ini kerana, aku sendiri tidak merasai kemanisan iman itu sendiri. Kemanisan iman itu datangnya dari seorang hamba yang betul-betul meletakkan segalanya di dalam perjalanan kehidupan berdasarkan cinta dan kasihnya kepada Allah dan Rasulullah dan agama islam sendiri. Dan aku terdengar dan terbaca tentang kemanisan iman ini, ianya berbunyi :

 iman itu ada manisnya, tidaklah dapat di fahami manisnya iman melainkan orang yang merasai iman

Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Nabi ada menyebut 3 perkara yang dilakukan untuk merasai manisnya iman.

1) Hendaklah Allah dan Rasul itu lebih disayanginya dari perkara yang lain
2) Hendaklah menyayangi sesorang itu hanyalah kerana Allah, bukan kerana harta atau dunia tetapi mengenangkan agama,pegangan dan taqwa
3) Hendaklah dia benci kepada kembali kekufuran seperti dia benci bila dia dicampak ke neraka

Penulisan tentang kemanisan iman ini adalah sangat sukar kerana aku tidak merasainya sendiri. Tetapi kerana janji untuk menulis tentangnya, aku cuba untuk menjelaskan berdasarkan dari sumber zahir sendiri iaitu aku tidak dapat menulis dari pengalaman dan perasaan aku.

Terdapat juga satu hadith berbunyi :

tidak sempurna iman salah seorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri - Riwayat Al-Bukhari

Ayuh kita berusaha untuk melakukan 3 perkara yang disebut ini agar kita sendiri merasai kemanisan iman ini. Aku yakin, bila kita mengecapi kemanisan iman ini, kita akan menyedari bahawa segala yang terdampar di dunia ini hanyalah mainan semata. InsyaAllah kita akan kembali semula kepada jalan Allah dengan hati yang tenang dan bahagia.



Read more »
Powered By Blogger