Sunday, September 14, 2014

Hari terakhir



biarpun kita mendongak ke langit
terkadang melihat kebiruan indah
cukup menenangkan hati yang kusut
terkadang juga melihat awan hitam yang berkumpul
cukup membuatkan hati yang tenang bergetar dengan kekuasaanNya

biarpun jauh mata memandang
terbentang luas lautan yang bagai tiada penghujung
terkadang rasa tenang dengan keindahan lautan yang biru
terkadang juga gerun melihat ombak yang tinggi menggunung
tiada tempat untuk berlari 
tiada terkecuali untuk bersembunyi
kekuasaanNya yang tiada tandingan

biarpun menghijau bukit dan gunung dipacak
terasa ingin hidup dibalik kehijauan
terkadang melihat api yang terpacul
di puncak gunung tersergam megah
bertempiaran lari meninggalkan dunia
gusar resah diri menjadi abu
takut ditimbus bagaikan penjara
yang tiada teman mahupun lawan
cuma sendirian yang mampu berdoa
mengharapkan belas dari seksaanNya

biarpun senang kehidupan di dunia
ia hanyalah sementara
bertepuk dada menguji iman
janji Allah tentang hariNya
dihitung segala dosa dan pahala
hanya amalan menjadi hitungan
harta dan pangkat tidak dikira
mungkin di neraka
mungkin di syurga
maka kekal kita di dalam nya
hari terakhir usia di dunia
langit lautan bumi binasa
itulah hari yang dinantikan

Read more »

Sunday, September 7, 2014

Keinginan dan Nafsu


Terkadang
apa yang kita inginkan
sememangnya tidak kesampaian

apa yang kita impikan
sememangnya tidak menjadi kenyataan

kita mengharapkan "insan" atau "perkara"
tapi mungkin ia tidak mengharapkan kita

boleh tentu itu baik untuk kita
atau mungkin itu cuma babak dalam kehidupan

ada ketika kita cuba melupakan
ada ketika kita sentiasa mengangankan
ada ketika kita cuba membenci
ada ketika kita terus mencari

itulah realiti
tidak mengharapkan fantasi
atau mungkin bermain sendiri
dalam fikiran dan mimpi

biarkan ia pergi
bergembira ketawa
mungkin di lubuk hati kita sepi
tapi melihat dia bahagia
berselimutlah segala mimpi
dan terus bersyukur kepada ilahi...


Read more »

Wednesday, August 20, 2014

Ketaksuban


mereka mereka bergaduh mengatakan mereka lah benar
mereka mereka berbalah mengatakan mereka lah berilmu
mereka mereka taksub hingga menyesatkan yang lain
mereka mereka seakan mengetahui segalanya hingga menerakakan orang lain
mereka mereka seakan tidak mengendahkan apa yang telah disebut
mereka mereka berhujah atas nafsu dan akal semata mata
mereka mereka sebenarnya telah menolak yang ditetapkan
mereka mereka membenarkan ilmu yang tiada asasnya

mereka mereka berkata mereka lah mengikut Quran & Sunnah 
berpusu pusu berlumba lumba untuk menggigit sunnah itu
tapi kenapa perlu ada tambahan yang dibuat oleh diri mereka sendiri?
adakah tidak sempurna petunjuk Allah dan ajaran Nabi?

p/s : sedih melihat mereka mereka yang kononnya berpegang pada quran & sunnah tapi hakikatnya menyesatkan dan menerakakan orang lain dengan senang lenang...adakah ini yang diajar kepada kita?

Read more »

Monday, August 11, 2014

Kemanisan Iman


Dalam masyarakat islam di Malaysia, bila kita menyebut tentang iman, mereka akan mengaitkan dengan rukun iman dan ada juga mengaitkan dengan kesabaran dan kebersihan. Disebut 2 perkara itu kerana kedua-duanya adalah sebahagian dari iman itu sendiri. Begitu juga tentang perkhawinan. Ada yang mengatakan apabila seorang lelaki itu berkhawin, maka lengkaplah separuh dari iman dalam diri mereka. Tapi bagaimana pula lelaki yang berkhawin tetapi tidak melakukan suruhan agama, atau lelaki yang tidak berkhawin tetapi melakukan perkara dan meninggalkan sesuatu atas sebab suruhan ajaran islam?.

Apakah maksud iman sebenarnya?.

Iman dari segi lugha (bahasa) bermaksud, percaya atau membenarkan.
Definisi iman pula adalah membenarkan dalam hati, menyatakan dengan lisan dan mengerjakan dengan anggota tubuh badan.

Seperti yg aku bgtau sebelum ni, sebahagian penulisan ini adalah dari cadangan kawan-kawan dan juga sesiapa yang ingin aku ceritakan. Tajuk kemanisan iman ini telah diminta oleh seorang rakan sejak bulan atau 2 bulan lepas lagi (20 November 2013). Tetapi aku masih tidak dapat menghuraikan apakah itu kemanisan iman. Ini kerana, aku sendiri tidak merasai kemanisan iman itu sendiri. Kemanisan iman itu datangnya dari seorang hamba yang betul-betul meletakkan segalanya di dalam perjalanan kehidupan berdasarkan cinta dan kasihnya kepada Allah dan Rasulullah dan agama islam sendiri. Dan aku terdengar dan terbaca tentang kemanisan iman ini, ianya berbunyi :

 iman itu ada manisnya, tidaklah dapat di fahami manisnya iman melainkan orang yang merasai iman

Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Nabi ada menyebut 3 perkara yang dilakukan untuk merasai manisnya iman.

1) Hendaklah Allah dan Rasul itu lebih disayanginya dari perkara yang lain
2) Hendaklah menyayangi sesorang itu hanyalah kerana Allah, bukan kerana harta atau dunia tetapi mengenangkan agama,pegangan dan taqwa
3) Hendaklah dia benci kepada kembali kekufuran seperti dia benci bila dia dicampak ke neraka

Penulisan tentang kemanisan iman ini adalah sangat sukar kerana aku tidak merasainya sendiri. Tetapi kerana janji untuk menulis tentangnya, aku cuba untuk menjelaskan berdasarkan dari sumber zahir sendiri iaitu aku tidak dapat menulis dari pengalaman dan perasaan aku.

Terdapat juga satu hadith berbunyi :

tidak sempurna iman salah seorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri - Riwayat Al-Bukhari

Ayuh kita berusaha untuk melakukan 3 perkara yang disebut ini agar kita sendiri merasai kemanisan iman ini. Aku yakin, bila kita mengecapi kemanisan iman ini, kita akan menyedari bahawa segala yang terdampar di dunia ini hanyalah mainan semata. InsyaAllah kita akan kembali semula kepada jalan Allah dengan hati yang tenang dan bahagia.



Read more »

Manusia


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat,"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata:"Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?"Tuhan berfirman:"Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
Baqarah ayat 30

Manusia...

Ada masa kita mengeluh dengan apa yang dah berlaku pada diri kita. Tak kira la datangnya dari saudara, sahabat, keadaan sekeliling atau diri sendiri, setiap masalah akan disertai dengan keluhan. Cuma yang beza, panjang atau pendek keluhan, dan juga kuat atau cuma keluhan dalam bisikan.

Nak dijadikan cerita, kita sebenarnya hamba Allah yang paling tinggi diletakkan darjatnya. Dalam surah Baqarah ada menyebut, pabila Malaikat yang walaupun dijadikan taat setia kepada Allah diperintahkan  untuk sujud kepada Nabi Adam, manusia pertama yang diciptakan oleh Allah.

Bezanya antara kita dengan makhluk ciptaanNya, seperti binatang dan malaikat, iaitu akal dan nafsu.

Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah sememangnya mempunyai tugas utama di dunia ini. Allah meletakkan kita di atas muka bumi, dan kita mampu berpijak dan berdiri di atas tanah, seharusnya menjadikan tempat untuk beribadah kepadaNya. Kemudahan yang Allah telah berikan, disia-siakan oleh manusia sendiri. Kita bukan sahaja menjadikan tapak untuk kita beribadah kepadaNya, sebaliknya kita membuat kerosakan dan kemusnahan di muka bumi.

Adakah kita benar benar angkuh dengan kemewahan dan kesenangan di dunia dengan melupakan apa yang Allah telah sediakan untuk kita?.

Adakah kita pasti segala kemewahan dan kesenangan ini datangnya dari kebijaksanaan kita?

Adakah kita tau apa yang telah Allah tunjukkan pada kita dengan balasan ke atas Karun?

atau adakah kita mengaku sahaja dengan lisan tetapi tidak di dalam hati tentang beriman kepada Quran?



Read more »
Powered By Blogger