Thursday, May 28, 2009

Di Sini aku Bermula (Bahagian 1)

Tahun 1999, ketika aku berada di tingkatan dua, bermulalah aku berjinak-jinak mencari bakat dalam mencari rezeki sendiri dengan meniaga burger di sekolah ku di Bangi.. aku meniaga burger di sekolah asrama ku di sebelah tapak koperasi berhadapan dengan court sepak takraw... kawan² lain yang sedang berseronok beriadah selepas waktu asar, aku pula sibuk dengan memasak burger yang di'order' oleh kawan² lain... pada mulanya agak janggal sehinggalah aku merasakan keseronokan walaupon hanya berkerja dengan abg khairul... pada bahagian malam minggu pula aku membantu cikgu ku meniaga burger yang telah di siap masak dirumahnya.. upah yang diambil ketika itu sebanyak RM2 cukup membuatkan aku berpuas hati... tapi tidak lama bertahan, setelah abg khairul meninggalkan sekolah, aku hanya seperti kawan² lain yg hanya berseronok dengan duit saku yang diberi oleh org tua ku setiap minggu...

Setelah tamat persekolahan, sambil menunggu result SPM keluar, aku mula mencari kerja dan berkerja di AMCORP mall sebagai pembuat pop corn di sebuah panggung wayang yang tidak berapa terkenal... tapi aku sangat berpuas hati kerana pertama kali aku memegang hasil titik peluh aku yang bernilai RM700 ringgit sebulan... kerana rajin berkerja, aku berjaya mencuri hati manager aku dan gaji aku mencecah RM1000+ sebulan walaupun hanya pembuat pop corn yang sangat punctual dan tidak pernah mengeluh dengan setiap arahan yang diberikan...

Setelah beberapa bulan bekerja di situ, aku telah diterima untuk menyambung pelajaran ku di KYPM (sekarang KPTM), Bangi... hanya mampu bertahan selama setahun, aku ditendang dan aku mula menganggur untuk beberapa bulan... tidak minat belajar dan hanya berfikir untuk mencari wang sendiri, aku mulakan langkahku dengan mengutip kotak dan surat khabar di belakang² bagunan shopping kompleks... dengan bermodalkan sedikit tunai, aku mula berniaga kuih pada sebelah pagi di tepi kilang di Petaling Jaya.. keuntungan yang sangat memberangsangkan membuatkan aku lebih bersemangat untuk meniaga... dalam masa yang sama, aku bekerja di Toys'r'us di Mid Valley... Sekali lagi geligat aku diperhatikan oleh seorang manager di situ dan menjadi seorang pekerja kesayangan beliau... dengan gaji ku yang mencecah RM800-RM1000 sebulan, aku tidak meninggalkan pekerjaan ku sebagai pengutip kotak dan penjual kuih di kilang²... aku mengatur masaku dengan menjual kuih pada waktu pagi, bekerja di toys'r'us pada tengahari dan mengutip kotak pada waktu malam... walaupun agak penat dan letih, aku sangat berpuas hati dengan hasil titik peluhku sndiri... sekiranya aku bercuti di toys'r'us aku akan kembali meniaga kuih pada tengahari sehingga petang.... hampir terlupa yang aku jugak pernah menjadi salesman untuk astro selama 2minggu... tapi yg agak menyakitkan hati, dalam masa 2minggu aku sebagai salesman astro, aku berjaya mendapat customer berbelas org ramainya tapi tak di appreciate dan tidak dibayar hinggakan aku dibuang atas alasan aku masih student... huh... perkara yang amat menyakitkan hati dan masih menyebabkan aku benci untuk menggunakan astro... malangnya sampai sekarang aku tak reti guna astro!

pada tahun 2004 aku di panggil untuk menyambung pelajaran ku di Multimedia University, Melaka.....


1 comment:

apenzz tensai said...

weyyy... ko lupe ek, kan masa form 1 ko aku ngn Dollah pernah ambik upah cuci dobi baju bebudak RM0.20 sehelai... ada la dlm 2 minggu kita buat kerja, kesudahannya kita stop sebab mase tu senior marah (diorang kan amik upah RM 0.50 sehelai, kita silang bisnes gile2 hahahaha)

Powered By Blogger