Monday, June 10, 2013

Lelaki & Fitrah kehidupan


Sebelum aku memulakan penulisan ni, aku nak mengucapkan alhamdulillah, bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi kat aku selama ni... Penulisan ni bukan nak menunjukkan tanda tidak bersyukur, tapi nak menunjukkan fitrah yang Allah bagi untuk setiap hamba Dia yang waras dan siuman.

Diingat kembali kisah Nabi Adam setelah dicipta oleh Allah, diceritakan mengenai segala kelengkapan dan kesempurnaan yang disediakan oleh Allah kepada Nabi Adam di syurga. Diberi tempat yang indah, buah-buahan yang enak, air sungai yang cantik mengalir dan sebagainya. Tetapi dilihat, Nabi Adam masih lagi tidak dilengkapi oleh sesuatu yang memenuhi hatinya, iaitu perempuan...

Lalu Allah menjadikan kepada Nabi Adam seorang perempuan iaitu ibu kepada semua umat manusia hingga sekarang, dialah Hawa, perempuan pertama yang dicipta oleh Allah dari tulang rusuk Nabi Adam sendiri. Setelah dijadikan Hawa, melihat Nabi Adam telah lengkap segalanya dan hatinya tidak lagi kosong seperti sebelum ini.

Berbalik kepada dunia skarang, aku yang dahulunya selalu terpengaruh dengan kehidupan di dalam drama-drama yang menceritakan seorang lelaki bujang yang sudah punyai kerjaya dan tidak mempunyai masalah kewangan yang teruk. Mudah untuk ke mana saja, mampu untuk beli apa yang aku impikan, makan apa yang aku idamkan, pendek kata segala kemahuan dapat aku penuhi, sekali lagi aku ucapkan alhamdulillah....

Sekiranya dilihat, ada sesetengah rakan-rakan dan musuh-musuh yang mungkin ingin berada ditempatku. Bukan untuk mengatakan aku ada segalanya, tapi aku punya masa yang terluang dan sumber kewangan yang sedikit kukuh, alhamdulillah... tapi apakah benar seandainya mereka ditempatku dan mereka akan merasa bahagia?...

Seperti kisah Nabi Adam yang aku ceritakan dipermulaan tadi, biarpun disediakan segalanya, tempat yang cantik, lengkap dengan pelbagai kemudahan tetapi ianya tetap menjadi sunyi untuk sesetengah lelaki, maaf bukan sesetengah tetapi kebanyakan. Kebanyakan lelaki yang sudah penuhi segalanya di dunia, tetap tidak akan merasa puas selagi tidak menemui pasangan yang betul-betul akan melengkapi separuh dirinya lagi. Tanyalah semua lelaki di dunia ini (kecuali lelaki songsang), sekiranya dia punya segalanya tetapi tidak seorang perempuan, apakah perasaannya?...adakah dia sudah puas dengan apa yang ada?..atau masih terasa ada yang tertinggal?...hahahahaha

Memang tidak dinafikan, ada lelaki yang menjawab, 

'bila kita punya segalanya, perempuan akan mudah datang kepada kita'....

tapi apakah jenis perempuan yang datang itu?adakah perempuan itu datang kerana harta atau benar untuk penuhi kekosongan hidup lelaki itu?...

Di awal penulisan ini, aku menegaskan bahawa ianya hanya untuk manusia yang waras dan siuman. Bila kita tidak punya pegangan agama atau kepercayaan yang kukuh, kita akan meletakkan harta dan pangkat di atas segalanya. Biarpun mereka masih berasa sunyi, dan kotor dengan dosa, mereka akan masih lagi menidakkan kesalahan yang mereka lakukan. Mereka akan terus berpegang dengan kata dan pegangan yang penuh dengan keangkuhan dan egois. Mereka masih beranggapan duit adalah segalanya, perkhawinan akan menyekat untuk bertukar-tukar pasangan dan terus melakukan dosa tanpa memikirkan masa depan yang sebenarnya tidak akan kekal melainkan di akhirat. Percayalah, satu hari nanti mereka akan menyesal dengan setiap ungkapan yang mereka lafazkan ini....

Merujuk kepada cycle of life, kita tidak akan terlepas untuk menjadi lebih dewasa, tua dan akhirnya mati. Dan di dalam setiap perubahan dalam kehidupan, terdapat juga stage yang membentuk diri kita dan juga keluarga dari benih kita sendiri. Stage ini hanya terhenti pabila kematian menemui kita. Biarpun diberi segala kesenangan, harta, pangkat mahupun wajah yang kacak atau penampilan yang macho, ianya masih lagi tidak bererti apa-apa sehinggalah kalian bertemu dengan pasangan hidup. Ini adalah kata dan pandangan dari seorang lelaki, jujurnya aku taktau apa pulak pandangan kaum perempuan. Adakah mereka tidak kisah dengan pasangan selagi mereka dapat memenuhi keinginan yang lain.

Tetapi sebagai seorang lelaki yang beragama Islam dan berpegang kepada sunnah dan hadith, aku berani mengatakan, lelaki yang waras dan siuman, dan mempunyai fitrah semulajadi yang tidak kotor dengan anasir-anasir jahat, hahahahaha akan merasa tidak lengkap kehidupan selagi tidak berpasangan dengan kaum Hawa. Sedangkan disebut di dalam hadith :

Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkhawin, maka berkhawinlah kerana dengan berkhawin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri
H.R Bukhari & Muslim

Aku juga manusia yang tak terkecuali dari melakukan dosa, jujurnya siapa yg kenali aku, betul kenali aku, maka diorg tau apa yang aku lakukan, walaupun disaat aku menulis penulisan ini. Aku sedar dan tau, segelintir musuh-musuh yang membaca penulisan aku mungkin merasa jelik dengan kata-kata aku. Tapi biarlah aku menulis, mungkin sedikit sebanyak dapat membuka pemikiran yang sebenarnya kolot dengan ikutan pengaruh yang melanggar hukum Islam. dan mungkin juga, sedikit sebanyak ilmu dan peringatan ini menjadi bekalan aku yang tak seberapa di akhirat nanti, insyaallah.....


No comments:

Powered By Blogger