Tuesday, October 22, 2013

cerita korang!




Ingatkah kalian,
Sebuah bagunan baru yang kininya usang
Yang dulunya tersergam tapi kininya suram
Menjadi sejarah pertemuan sahabat
 Tidak mengejar dunia mahupun cita
Yang ada cumalah bahagia tanpa mengenal derita
Galak ketawa tidak ada akhirnya
Apartment Bukit Beruang Lot 223

Ingatkah kalian,
Kononnya perjuangan yang cuba dibawa
Akhirnya ntah ke mana, ke laut juga
Erti sahabat disahut semua
Ceria si Iban disambut bahagia
Tidak terikat dek jalur tiga
Janji sahabat setia bersama
Kekal dahulu kini dan selamanya

Ingatlah kalian,
Masa dan rupa berubah jua
Yang dulu satu menjadi dua
Kekal bahagia bersama keluarga
Dahulunya gila kini bercinta
Menjadi 'serius' bila berkata
Tapi bersahabatlah hingga ke syurga

Ingatlah kalian,
Tak kira madu mahupun cuka
Kebaikan tetap ada bersama
Tak kira suka mahupun duka
Kenangan kita tidak dilupa
Biar berpijak landasan berbeza
Tetapi bumi tetapkan rata
Biar miskin mahupun kaya
Kita sahabat tetap bersama



Read more »

Monday, October 21, 2013

sampaikan walau sepatah kata


"kubur masing-masing...pandailah aku nak jawab nanti!"...
"pandai kau cakap...kau tu pon sama je!!!"...
"lek ahh...dosa ko,dosa kau ahh...dosa aku,aku punya pasal laaa!!!"...

Ni aku nak bagi salam ni korang nak jawab, jawab ahh...taknak jawab korang punya pasal laa...aku dah dapat pahala bagi salammm...pandai pandai ko laaa pikir nak jawab ke tak!

ASSALAMUALAIKUM!

HAHAHAHA....
Itu cuma sekadar contoh dan bukan contoh yang dibuat buat, ini adalah contoh yang memang pernah terjadi...

Macam-macam ayat yang orang lain lemparkan bila kita cuba menegur ke arah kebaikan... sama jugak dengan penulisan aku... ada jugak orang pernah cakap aku ni pandai bercakap je tapi sama je... ehehe.... pedulik apa orang nak cakap, janji kita tau apa yg kita buat tak salah... sampaikanlah kebaikan walaupun kecil dari tiada....

Tak kira la siapa yang menegur...
Jangan pandang siapa yang berkata tapi pandang apa yang dikata...

Pernah aku terdengar satu khutbah yang disampaikan oleh seorang khatib yang penuh bersemangat menyampaikan peringatan dan teguran. Tanpa teks di depan, dia menyampaikan memang dari hati dan pandangan dia sendiri... dengan nada yang tinggi, antara ucapan yang kekal dalam otak aku,

kita umat Muhammad dan satu-satunya umat yang terus diberi kepercayaan untuk berdakwah!
mana dakwah kita!?
mana dakwah seorang suami kepada isteri
mana dakwah seorang ayah kepada anak
mana dakwah seorang abang kepada adik
mana dakwah seorang pemimpin kepada rakyat
mana dakwah seorang sahabat kepada sahabat yang lain
mana dakwah seorang saudara kepada saudara yang lain
mana dakwah seorang muslim kepada orang yang bukan muslim!?

Kepada semua sahabat, saudara, musuh, jin yang baca online dan sesape je laa...
Pedulik apa orang cakap, kita sampaikanlah teguran dan nasihat walau secebis ayat sekalipun. Yang tua janganlah terlalu angkuh untuk terima teguran seorang yang lebih muda, dan yang muda janganlah terlalu malu untuk menegur sesama manusia mahupun jin.

Jangan terlalu mementingkan diri sendiri, jangan fikir tempat kat syurga tu limited. Bukan kalau sejuta orang masuk syurga, syurga dah full... 

Dan kepada yang takleh menerima teguran, renung-renungkanlah... Bak kata mak aku, sebab kubur asing asing la kita kene tegur menegur sementara kita dan kawan kita hidup. Nanti bila dah dalam kubur, kita dah takleh nak slow talk ngan malaikat supaya kurangkan azab member kita... beringat-ingatlah eh...

Ikutkan aku sendiri tau semua penulisan aku ni bukannya sejuta orang yang baca, tapi at least insyaAllah bila aku dah mati nanti, mungkin ada sorang dua yang baca dan mungkin sedikit tersedar dan mendapat kebaikan dari apa yang aku sampaikan, insyaAllah ada gak yang membantu aku nanti...

Bila kita mati, cuma 3 perkara yang menjadi bekalan kita berterusan...
1. Doa anak yang soleh
2. Sedekah jariah 
3. Ilmu yang baik dan berguna

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.




Read more »

Friday, October 18, 2013

adakah kita beriman?


Soalan : Ko ni bebetul ke beriman dengan Allah?
Jawapan : Betul la aku beriman

Soalan : Ko percaya isra' mikraj
Jawapan : Percaya laa...

Soalan : Ko percaya Allah boleh tenggelamkan manusia dengan harta harta dia dalam bumi? (kisah karun dan hartanya dalam surah kahfi)
Jawapan : Ye la aku caya laa, dalam Quran kan...

Soalan : Maksudnya ko bebetul beriman dengan Quran
Jawapan : Mestilah aku beriman dengan Quran...baru la islam

Soalan : Ko tau apa yang terkandung dalam Quran?...dan ko tau apa maksud iman???

Iman dari segi lugha (bahasa) bermaksud, percaya atau membenarkan.
Definisi iman pula adalah membenarkan dalam hati, menyatakan dan membenarkan dengan lisan dan mengerjakan dengan anggota tubuh badan.

Memang berat bila kita nak berhujah tentang iman. So kat sini aku just nak terangkan dengan ringkas apakah itu iman dan benarkah kita mengaplikasikan iman dalam diri kita?. 

Dalam Surah Al-Hujarat ayat 15 :

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah mereka yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu ragu, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang orang yang benar (pengakuan imannya)

Disebut dalam ayat suci ini, "TIDAK RAGU RAGU" bermaksud kita menerima dengan sepenuh hati dan membenarkan tanpa sedikit pun menidakkan apa yang disebut oleh Allah dan setiap perlakuan oleh RasulNya. 

Seperti yang kita lihat betapa agungnya iman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang sedikit pun tak ragu ragu dalam menunaikan perintah Allah untuk menyembelih anaknya sendiri. Sesungguhnya mereka tergolong dari orang yang sabar. Dan balasannya Allah telah menukarkan dengan binatang korban yang besar dan sihat...

Dalam situasi kita skang ni, banyak perkara kita membelakangkan kata-kata Allah dan suruhanNya atas alasan mengikut kehendak manusia dan sebagainya. Sedar atau tidak, siapakan kita kalau bukan kerana kuasa Allah s.w.t....?

Kita mengaku dan berkeras mengatakan yang kita beriman dengan rukun-rukun iman yang semua orang tau. Tapi betul ke kita beriman???

Aku akan mengelak dan menyuruh semua mengelak bercakap tentang poligami. Terutama pada kaum wanita. Mereka kata mereka beriman, mereka kata mereka percaya dengan kata-kata Allah dan RasulNya, tetapi kenapa mereka menolak hukum poligami?...ini sebagai contoh... tetapi kaum lelaki, cermin semula apakah sebab kaum wanita menolak poligami ni?... adakah kaum lelaki benar benar menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami... jangan cepat menyalahkan wanita, dan wanita jangan pula menolak hukum yang Allah telah menetapkan sebagai perkara yang halal...

Kepada kaum lelaki, poligami ni bukanlah perkara yang sewenang-wenangnya untuk kita lakukan. Aku sebagai lelaki jugak kekadang sedih dengan lelaki yang melaksanakan hukum poligami tapi mengabaikan tanggungjawab yang sebenarnya. Takyah kata poligami, monogami atau beristeri satu pun ada kaum lelaki yang masih tidak sepenuhnya menunaikan tanggungjawab mereka sebagai suami. Lihat dan nilai betapa besarnya tanggungjawab sebagai seorang suami. Mahu berkhawin lebih, tetapi isteri yang satu sudahkah kalian mendidik mereka, menjaga aurat mereka dan memenuhi keperluan mereka?...

Ini cuma sekadar contoh...

Antara contoh yang lain besar, masih ada dikalangan kita yang masih ragu-ragu dengan hukum yang Allah telah tetapkan. Undang-undang yang Allah tetapkan ditolak tepi, dan menjalankan hukum manusia yang banyak 'lub hole' dan boleh dipusing oleh manusia sendiri. Ingin menjalankan hukum Allah tapi takut dengan penerimaan masyarakat, tetapi tidak takut dengan balasan Allah diakhirat...

Yang halal diharamkan
Yang haram dihalalkan

Banyak perkara yang kita sendiri boleh fikir, cerminkan diri kita dan tepuk dada tanyalah diri sendiri...

adakah kita betul betul beriman???
adakah kita faham pengertian iman???

hidup ni kejap je beb...esok lusa kita mati...

amin...





Read more »

Tuesday, October 15, 2013

Harta ; Hanya di dunia atau...

kisah kesabaran Nabi Allah
tidak berpaling iman diuji
salam mulia aidiladha
bersyukur kita ke hadrat Ilahi

Assalamualaikum dan salam aidiladha...

Dalam kesibukan kita dok tengok atau menolong orang lain sembelih binatang korban, aku tengok dan aku bangga dengan keikhlasan sesetengah umat Islam. Tapi mengikut kebiasaan zaman kita sekarang, dalam keikhlasan yang mengerjakan ibadah korban dan juga yg membantu dalam proses menyembelih binatang korban, ada juga ura ura yang tidak sedap di dengar. Dan ura ura ini berdasarkan sumber yang sahih. 

Bukan aku nak menyebut tentang perkara yang tidak sedap untuk didengar ni. Tapi perkara yang menyeluruh. Seperti biasa, aku ni manusia yang jenis, secara automatik akan berfikir hingga ke pucuk pangkal tentang perkara yang aku perhatikan. Dalam perayaan aidiladha ni, bercampur dengan ura ura yang tidak sedap didengar ni, aku terfikir...

tentang harta......

Pada tahun 2003, aku bermula dengan mengutip kotak di malam hari dan menjual kuih dan nasi lemak di pagi hari. Bermula dengan kesusahan, yang sebenarnya tidaklah sesusah mana jika dibandingkan dengan orang lain, hinggalah kedudukan yang aku agak selesa sekarang, alhamdulillah. Dan aku percaya satu hari nanti, Allah sekali lagi akan memberi aku satu ujian yang mungkin akan membuatkan aku dalam keadaan yang mungkin lebih berat dari sebelum sebelum ni. Dan sebelum tiba ujian tu, aku yang sekarang memerhatikan keikhlasan dan kesungguhan insan lain dalam menjayakan pengorbanan aidiladha telah terfikir tentang beberapa soalan yang kita sendiri akan lalui....

KEMANAKAH HARTA KITA TELAH DIBELANJAKAN?
Aku yang kini masih bujang (2013), terfikir tentang harta dan rezeki yang telah Allah mudahkan untuk sampai kat aku. Harta dan rezeki yang sebelum dan sehingga kini, secara jujurnya telah aku habiskan ditempat-tempat yang sikit pon tak beri manfaat kat aku samada kat dunia atau akhirat. Dan ada yang aku belanjakan bukan untuk kebaikan aku, tapi untuk kemusnahan diri sendiri. Apa yang patut aku jawab bila ditanya oleh Allah nanti?...

DARI MANA SUMBER HARTA YANG AKU DAPAT?
Bila ditanya soalan camni, sememangnya hanya aku dan Allah saja yg tau. Nak dipandang dari segi halal dan haram, aku sendiri kadang-kadang taktau jawapan sebenarnya. Memang nak kata, kita semua ada yang kerja dipejabat, ada yang kerja di site dan ada jugak yang kerja sendiri. Tapi pasti ke setiap rezeki kita sikit pon tak bercampur dengan perkara yang menjerumuskan kepada perkara yang haram. Setahu aku, tidak ada dalam islam yang mengatakan,"ni haram sikit je" atau "ni haram  boleh terima lagi"...apa yang aku tau, seandainya ianya haram, maka sepenuhnya ianya jatuh haram. Kita pasti ke setiap rezeki yang kita terima takde bercampur dengan unsur riba', penipuan, rasuah dan sebagainya?....

HARTA YANG DIAMANAHAKAN?
Bila disebut perkara yang diamanahkan, mungkin ada yang tersalah faham. Bukan aku nak 'attack' mana mana individu atau organisasi. Secara jujurnya, aku menulis sebab aku terfikir time aku tgk orang dok sembelih binatang korban. Biar aku jelaskan tentang ura ura yang kurang sedap didengar. Ianya berkaitan tentang daging sembelihan korban. Mak ayah aku salah seorang AJK masjid dikawasan perumahan aku dan diaorg suruh aku tolong orang masjid untuk menyempurnakan ibadah korban ni. Alasan mereka sebab ada pihak yang tak bertanggungjawab 'mencuri' daging daging korban ni untuk kepentingan sendiri. Dan perkara ini melahirkan penulisan ni. Harta atau rezeki yang diamanahkan, tak kira harta zakat, anak yatim, rakyat, sedekah mahupun daging korban ni, sebenarnya tidak boleh digunakan untuk kepentingan sendiri. Apakah sebenarnya tujuan harta ni suma?...adakah ianya sememangnya untuk kita membelanjakan atau menggunakan sesuka hati?... apa yang akan kita jawab bila ditanya oleh Allah nanti?...sebagai contoh, bolehkah kita keluarkan report audit dan tunjukkan depan Allah di akhirat nanti?...ingatlah, Allah maha mengetahui....

APAKAH SEBENARNYA TUJUAN KITA BERSEDEKAH?
Banyak kali aku ingatkan sabahat sahabat aku, bersedekahlah dengan tangan kanan hingga tangan kiri taktau yang tangan kanan kita bersedekah. Janganlah kita bersedekah atas tujuan menunjuk-nunjuk dan riak. Teringat aku satu hadith time aku sekolah dulu, 

"Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa kalian adalah syirik kecil", Sahabat bertanya,"Apakah syirik kecil itu ya Rasulullah?". Rasulullah menjawab."Riak".
 (Hadith riwayat Imam Ahmad)

Apakah sebenarnya kita mahukan dalam bersedekah?...adakah ianya ikhlas atau hanya untuk menunjukkan yang kita mempunyai harta yang banyak ataupun mengharapkan pujian orang lain?. Ingatlah, pujian manusia tu cuma sekejap je...dan dalam pujian itu mungkin akan menyebabkan kita bangga dengan perbuatan kita sendiri hingga jatuh kepada hukum riak...nauzubillah...
Cuba korang bersedekah dan diamkan perkara ni...insyaAllah korang mungkin akan rasa keredhaanNya...

Sebenarnya banyak lagi persoalan yang dok main dalam otak aku ni... kekadang sampai aku sendiri pening dengan apa yang aku fikirkan. Tapi bila fikir balik, sepatutnya kita kene bersyukur jugak sebab kenikmatan untuk berfikir itu masih lagi aku rasai... Allah tu mampu melakukan apa apa yang Dia mahukan dan Dia mampu untuk menarik segala kenikmatan termasuk berfikir... pada aku personally, berfikir jugak merupakan satu nikmat...insyaAllah...

Papepun selamat menyambut aidiladha dan bila cukup kemampuan, sama sama la kita mengikut jejak saudara kita yang lain untuk mengorbankan binatang korban yang sihat dan cantik...aminnn...

Read more »
Powered By Blogger