Friday, June 11, 2010

Terima Kasih!

Kita dilahirkan dengan sifat yang sempurna
Berakal dan Berfikiran waras
Dapat membezakan baik dan buruk
Cantik dan Hodoh
Realiti dan Fantasi

Inilah nikmat yang Allah berikan
Pernahkah kita sedar?
Apatah lagi bersyukur kepada Nya

Engkau dan aku sama
Dijadikan oleh Tuhan yang maha esa
Pernahkah kau bersyukur?

Malukah engkau menjadi hamba yang berlarian sendirian?
Malukah engkau menjadi hamba yang bertutur tanpa mengenal perenggan?
Malukah engkau menjadi hamba yang tidak berpakaian di khalyak ramai?
Malukah engkau menjadi hamba yang digelar tidak siuman?

Tetapi mengapa kita tidak bersyukur dengan pemberian Tuhan?
Mengapa kita tidak menadah tangan untuk berdoa kepada Nya?
Mengapa kita menggunakan akal dan fikiran ke jalan yang ditetapkan Nya?
Adakah kita menunggu di saat akhir di mana ianya akan berakhir?
Adakah kita tahu rancangan Nya?

Biarpun bijak si Yahudi pengganas dunia
Tidak akan tahu rahsia Allah dan Malaikat Nya
Bersyukurlah kerana kita dilahirkan sebagai seorang yang mendapat hidayah dari Nya
Bersyukurlah kita kepada Nya
Sesungguhnya Allah suka kepada hamba yang berterima kasih kepada Nya
Biarlah kita tergolong dari hamba yang dipelihara oleh Tuhan yang maha esa
Read more »

Wednesday, June 2, 2010

Revolusi Politik Amerika Dan Malaysia

Seperti yang diketahui umum, Amerika telah mencapai satu revolusi yang sangat mengejutkan apabila kali pertama di dalam sejarah Amerika negara berkuasa besar ini dipimpin oleh seorang warga kulit hitam, Barrack Obama.
Bagaimana ianya boleh terjadi dan mengapa tidak di Malaysia?.
Persoalan ini dibangkitkan dengan mainan politik terutamanya di Malaysia yang mempunyai berbilang kaum di mana setiapnya mempunyai kuasa untuk 'bermain' dengan politik. Ada di antara dua bangsa di Malaysia ini cuba mempertikaikan persoalan ini untuk dijadikan alasan kukuh supaya kuasa pimpinan besar boleh berubah ke tangan mereka.
Sedar atau tidak, perbezaan ini bukanlah sekadar dari berlainan bangsa tetapi kepercayaan atau lebih tepat lagi pegangan agama yg dianuti setiap bangsa itu sendiri.
Meskipun di Amerika, secara terang dan nyata, sudah terang lagi bersuluh, kepimpinan Barrack Obama yang datangnya dari warna kulit yang berbeza bukanlah isu yang patut di pertikaikan. Ini kerana kedua-dua bangsa kulit putih dan hitam berpegang kepada satu kepercayaan iaitu agama kristian.
Seandainya ianya menjadi tanda tanya kepada pembaca, bayangkan sekiranya Barrack Obama secara rasmi mengishtiharkan beliaun memeluk agama islam. Adakah mampu beliaun berjaya meraih undi untuk selection seterusnya?. Logikkan beliau bakal digugurkan dari memegang kuasa terbesar di dalam negara yang sangat berpengaruh itu?.
Apa yang terjadi di Malaysia pula adalah berbeza. Meskipun tidak suma bangsa Melayu adalah islam, bangsa cina berpegang kepada ajaran budha dan bangsa india berpegang kepada ajaran hindu tetapi mentaliti masyarakat Malaysia yang menganggapkan bangsa itu menunjukkan pegangan sesebuah agama. Ini sudah nyata menunjukkan bahawa kepimpinan kuasa politik bukanlah berdasarkan kepada bangsa tetapi adalah agama.
Secara lisannya Malaysia adalah sebuah negara islam yang berajakan seorang muslim dan terbentuknya perlembagaan dan undang-undang yang sedikit sebanyaknya berpandukan ajaran islam itu sendiri. Tidak begitu mudah untuk bukan islam menerajui pemerintahan di negara ini tetapi sekiranya 'islam' itu sendiri tidak bersatu, tidak mustahil juga pemerintahan ini jatuh ke tangan yang kita sendiri tidak mahukan. Masakan mudah segenggam lidi dipatahkan begitu sahaja...
Tonggaknya ialah penyatuan umat islam di dunia terutamanya di Malaysia yang kian goyah ditelan kemajuan yang memudarkan budaya bangsa melayu dan ajaran islam kita sendiri. Terasa berat untuk diperkatakan tetapi biarpun hilang adat resam melayu kita, semangat perjuangan biarlah tertanam dihati mahupun sekecil biji sawi....
Read more »

Saturday, January 23, 2010

Dulu dan selamanya

Aku masih teringat kisah-kisah silam
Tak berapa lama ku tinggalkan
Dan tidak terlalu sekejap ianya berlalu

Tetapi hari ini kurasakan ianya bagaikan semalam terjadi

Aku bersama sahabat-sahabat ku
Yang pernah gelak tawa dan sakit bersama
Kenangan yang disaksi dan kongsi bersama 'kuda merah'ku
Hampir 4 tahun 'kuda merah' tidak bersamaku
Bertuankan baru dan menjadi putih ditubuhnya
Yang hampir sama dengan hatiku
Yang berubah hanya kerana masa

Sahabatku kini bersama teman lain
Yang diikat kerana jodoh ditetapkan Allah
Tapi kenangan bersama mereka masih hangat terasa

Aku masih teringat kenangan manis dan sakit bersama temanku
Mereka sedih dan susah aku tetap bersama
Walau ianya berlalu,aku masih gembira
Melihat mereka gembira bersama teman baru yang diikat sehidup semati bersama

Dikenang semula saat bersama sahabatku
Berlari dan duduk bersama
Senang dan susah bersama
Ku temani dan ditemani bersama
Mereka gelak aku tersenyum bersama
Mereka menangis aku sedih bersama
Mereka terluka aku sakit bersama

Akan aku temani mereka hingga ke akhir hayatku
Itulah janji yang ku pegang bersama genggaman jari jemariku
yang tak akan putus dari urat tubuhku

Aku masih teringat sahabatku
Melakukan dosa hanyalah keranaku

Aku masih teringat sahabatku
Penat hanyalah keranaku

Akan ku ingat dan semadikan setiap masa bersama
Sahabatku...

p/s : Salam akhir kepada zaman bujang Mohd Rasyid & Abdul Rafiq
Read more »

Bangunlah Aku

Buat apa aku terus termenung
Buat apa aku harus mengenang kisah silam ku
Aku harus terus berdiri dan mengejar cita-citaku
termenung dan mengenang kisah peritku tidak akan mengubah nasibku
Yang dapat mengubah hanyalah usaha dan doaku

Seperti yang pernahku pegang dan ku genggam
Tiada masalah yang Allah berikan tanpa jawapan
Aku harus terus berdiri dan mencari
Bergerak dan Berlari
Mencari erti setiap hikmah yang ku lalui

Aku boleh berjaya tanpa perlukan sesiapa
Hanyalah doa yang ku bawa bersama
Disisiku usaha yang harus ku genggam
tidakku lepaskan
Kejayaan bersama orang yang berusaha
Setiap insan dijadikan Allah adalah juara

Tidak mengenal erti putus asa dan kekalahan
adalah kunci utama
Yang penting aku harus terus berdiri
Dan mengejar apa yang dinanti


Read more »

Aku Hanyalah Aku

Biarpun hebatnya api,air juga dikalahi
Biarpun kuatnya Sang Harimau, matinya juga ditangan insan
Biarpun bijak seorang insan,akan mati ditangan tuhan...

Jauh manapun negara China
Tinggi mana langit dan bumi
akanku terus perjuangan ini

Walau tiada insan mengenali diriku
aku sendiri akan sedar kehebatan ku
Biarpun keluargaku tidak memandang diriku
Aku sendiri akan memandang diriku

Walau insan lain dijulang
akan ku julang diriku sendiri
Aku akan terus berdiri mengejar cita-citaku
Tanpa bantuan sesiapa, akan aku harungi liku liku hidup

Akan aku tunjuk di mata dunia
Kewujudan Ku!

Satu hari nanti,
Biar mereka membeliakkan mata memandangku
Biar mereka menggigil mendengar namaku
Biar mereka kagum dengan kehebatanku
Biar mereka jadikan contoh perjalananku

Kerana aku tahu siapalah aku!
Read more »
Powered By Blogger