Monday, December 22, 2014

Buatlah apa yang 'engkau' mahu buat


Sesetengah dari kita suka yang berkata-kata dengan ayat yang tidak memberi maksud yang jelas atau tersirat atau berkias, dengan mengharapkan siapa yang membaca atau mendengarnya dapat berfikir lebih luas dan menterjemahkan dengan pemikiran mereka sendiri. Dan dari itu, si 'perkata' dapat menilai watak dan pemikiran si 'penterjemah' itu dengan hasil pemahaman dan pemikiran mereka sendiri. 

Antara ayat yang aku suka katakan kepada seseorang ialah 'buatlah apa yang 'engkau' mahu buat'...

Dari ayat ini sebenarnya, bila disebut 'buatlah', bermaksud ianya adalah satu kata perintah. Tetapi perintah yang dikeluarkan dari ayat ini adalah dari perintah seorang manusia bukannya dari yang Maha Esa. Bermaksud kemungkinan perintah ini bukanlah sesuatu yang baik dan mungkin juga bukanlah sesuatu yang buruk. Ini bergantung kepada situasi percakapan ketika itu, ataupun maksud yang sebenarnya dua pihak ini memahami tujuan ayat itu dikeluarkan. Bila perkataan 'buatlah' ini dikatakan kepada pihak 'pendengar', bermaksud si 'perkata' ini sebenarnya mengharapkan si 'pendengar' itu melakukan apa yang dimahukan oleh si 'perkata' itu, tetapi si 'perkata' itu tidak mahu si 'pendengar' melakukan atas dasar keterpaksaan. Sebab itulah ada sambungan ayat 'apa yang 'engkau' mahu buat'. 

'apa yang 'engkau' mahu buat' bermaksud apa yang diinginkan dalam perlakuan seseorang. Perlakuan ini tidak tergantung di atas perintah sesiapa melainkan si pelaku itu sendiri. Pelaku melakukan sesuatu perkara atas kehendaknya dan pilihannya sendiri samada ianya dilakukan atas kepentingan dirinya sendiri atau orang lain. Sebagai contoh, si Abu melihat si Aminah sedang menukar tayar keretanya. Abu mempunyai 2 pilihan samada membiarkan Aminah menukar tayarnya sendiri atau membantu Aminah untuk menukarkan tayarnya tanpa dipaksa oleh sesiapa. Di atas kepentingan orang lain, si Abu membantu Aminah untuk menukar tayar tanpa diperintah oleh sesiapa. Kelakuan ini mungkin memberi kesenangan kepada 2 pihak walaupun pada asal dan asasnya tidak memberi apa-apa kesan kepada Abu. Tetapi mungkin bila ditanya kepada Abu, kenapa dia melakukan sesuatu perkara tanpa dipaksa oleh sesiapa?, mungkin Abu akan menjawab, 'kerana aku suka melihat orang lain gembira' atau 'itu adalah tanggungjawab aku untuk melakukan kebaikan'. Ini menjelaskan kita bahawa, setiap perlakuan kita sebenarnya menunjukkan siapa kita yang sebenarnya. Manusia secara fitrahnya mempunyai akal dan mampu untuk membuat pilihan sendiri samada ianya baik atau tidak untuk mereka sendiri. Ini termasuk dengan perlakuan harian di mana manusia boleh memilih untuk melakukan sesuatu atas kepentingan dirinya sendiri atau kepentingan orang lain di mana ianya juga mampu memberi kepuasan kepada dirinya sendiri.

Bila digabungkan ayat 'buatlah apa yang 'engkau' mahu buat', mengikut pandangan aku sendiri, ianya merupakan satu kata perintah kepada si 'pendengar' untuk melakukan sesuatu yang baik bagi dirinya atau orang disekelilingnya dengan menggunakan akal dan boleh berfikir tentang kemungkinan yang akan terjadi selepasnya. Si 'perkata' mungkin tahu tanggungjawab seseorang itu dan mengharapkan si 'pendengar' dapat menilai kelakuannya berdasarkan tanggungjawabnya itu. Sebagai contoh seorang suami yang bertanggungjawab ke atas isterinya, memberi nafkah dan sebagainya, tetapi ia bergantung kepada si suami untuk melakukannya atau tidak. Ia menjadi pilihan si suami untuk melakukannya. Tetapi seandainya si suami dapat berfikir dengan baik, dia sendiri akan mengikat tanggungjawab itu tanpa dipaksa oleh sesiapa. Dan kerana inilah, aku berkata, dari ayat ini 'mungkin' aku dapat menilai seseorang itu dari perlakuannya setelah mendengar ayat ini diucapkan oleh aku sendiri, sebagai contohnya...

hahahahaha sorry laaa siapa yang tak dapat memahami ayat aku ni suma...ini cuma pandangan peribadi aku tanpa merujuk dari mana-mana kitab atau rujukan...

terima kasih
Read more »

Tuesday, December 16, 2014

Adakah Iblis itu Malaikat?


Sebilangan masyarakat Islam samada di Malaysia dan juga beberapa pandangan masyarakat lain banyak mengatakan bahawa Iblis atau namanya Azazil adalah 'bekas' ketua malaikat yang telah diturunkan ke bumi setelah menolak perintah Allah untuk bersujud kepada Nabi Adam a.s. Dan kemudiannya, Iblis berjanji untuk menyesatkan umat manusia dari kebenaran dan memesongkan dari segi aqidah dan menjerumuskan manusia ke lembah kemaksiatan dan kehinaan.

Memang menyedihkan lagi apabila sebilangan ibubapa yang telah menceritakan kisah yang tak tepat ini kepada anak-anak sehingga mereka (anak-anak) berpegang dengan kepercayaan bahawa iblis ini adalah 'bekas' ketua malaikat!. Ditambah lagi dengan cerita-cerita barat yang mengukuhkan kepercayaan bahawa Iblis atau Lucifer sebagai THE FALLEN ANGEL atau malaikat yang diturunkan atau ketua malaikat yang telah dilaknat oleh tuhan kerana sifat kesombongan dan takburnya. Sebenarnya, kepercayaan ini adalah kepercayaan yang disebut di dalam ajaran kristian walaupun sebilangan mereka juga masih ragu-ragu tentang status Iblis atau Lucifer ini sebenarnya. Lucifer yang bermaksud 'day star' atau 'son of the morning' banyak disebut di dalam bible dan merupakan makhluk yang telah memberontak setelah Adam a.s dijadikan menurut kepercayaan mereka. 

Tidak dinafikan bahawa Allah telah memerintahkan iblis dan para Malaikat untuk bersujud kepada Adam a.s setelah diciptakan dan ini telah dirakam di dalam surah Baqarah ayat 34:

'Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada Para Malaikat,"Sujudlah kamu kepada Adam!" Maka mereka pun sujud kecuali Iblis. Ia menolak dan takbur, dan ia termasuk golongan yang kafir'.

Merujuk kepada ayat ini, terdapat sebilangan pembaca yang terus meletakkan Iblis sebagai golongan para Malaikat tanpa melihat tafsir yang lebih jelas dan juga beberapa ayat quran yang lain. Secara asasnya, sebilangan terjemahan Quran telah menerangkan bahawa 'Iblis termasuk di dalam kelompok jin'. Begitu juga, di dalam ayat Quran dan hadith juga telah menerangkan secara terang bahawa Iblis itu adalah dari golongan jin yang diperbuat daripada api, dan membezakan dengan kejadian Malaikat yang dijadikan dari cahaya!.

Di dalam surah Kahfi ayat 50 telah jelas menerangkan bahawa kejadian iblis yang datangnya dari golongan jin.

'Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada Malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam!" Maka mereka pun sujud kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka dia mendurhakai perintah Tuhannya'....

Di dalam sebuah hadith dari Aisyah r.a :

'Malaikat diciptakan dari cahaya, Jin diciptakan dari api dan Adam diciptakan sebagaimana telah dijelaskan kepada kalian (dari tanah)' 
hr Muslim no 2996.

Bahkan Iblis sendiri telah mengaku tentang kejadiannya yang dijadikan dari api seperti yang disebut di dalam surah Al-A'raf ayat 12:

'(Allah) Berfirman, "Apakah yang menghalangimu (sehingga) kamu tidak bersujud (kepada Adam) ketika Aku menyuruhmu?" (iblis) menjawab,"Aku lebih baik daripada dia. Engkau menciptakan aku daripada api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah'

Ini menunjukkan sifat iblis yang sombong dan takbur sedangkan Allah telah menciptakan para Malaikat tanpa rasa sombong dan mereka takut kepada Allah dan mengerjakan perintah Allah tanpa ragu-ragu. Ini dijelaskan di dalam surah An-Nahl ayat 49-50:

'Dan segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi hanyalah bersujud kepada Allah yaitu semua makhluk bergerak (bernyawa) dan juga para malaikat, dan mereka (malaikat) tidak menyombongkan diri. Mereka takut kepada Tuhan yang (berkuasa) di atas mereka dan melaksanakan apa yang diperintahkan (kepada mereka)'

Juga di sebut di dalam surah At-Tahrim ayat 6 :

'Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan'

Merujuk kepada ayat ini, ternyata bahawa mustahil untuk mengatakan bahawa iblis adalah dari golongan malaikat kerana iblis telah menolak suruhan Allah untuk bersujud kepada Adam a.s. Sekiranya masih ada juga mengatakan bahawa iblis ini adalah dari golongan malaikat, adakah mereka tidak beriman dengan ayat-ayat quran?. Apabila disebut tentang kejadian iblis dari api, ternyata bahawa makhluk yang diciptakan dari api adalah dari golongan jin. Ini juga telah disebutkan di dalam ayat quran seperti :

Surah Rahman ayat 15 :
'Dan Dia menjadikan jin dari nyala api tanpa asap'

Surah Hijr ayat 27 :
'Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas'

Diharap dengan dalil-dalil dari Quran dan hadith ini dapat menjelaskan dengan terang kepada semua (pembaca), tentang status sebenar siapakah iblis laknaktullah ini mengikut kepercayaan Islam yang sebenar. Jauhkanlah kepercayaan kita bahawa iblis itu dari kalangan para Malaikat hinggakan ada yang percaya bahawa iblis laknatullah ini pernah menjadi ketua kepada para malaikat. Jadikanlah sumber Quran dan Hadith (shahih) untuk dijadikan panduan dan bukan hanya mendengar dari mulut orang yang kita sendiri tidak dapat pastikan keshahihannya hinggalah mereka membawa hujah-hujah dari Quran dan Hadith. Janganlah kita bersama memegang kepercayaan yang sama dengan kristian bahawa iblis atau lucifer sebagai 'bekas' malaikat. 


Read more »

Tuesday, November 25, 2014

ISTERI, GRO & .....


Assalamualaikumwarahmatullah...

Melihat pada tajuk, mungkin ada berprasangka negatif hanya kerana membaca pada tajuk. Meletakkan gelaran isteri & gro pada satu ayat seakan menyamakan kedudukan taraf dan tugas di antara gelaran ini. Bukanlah untuk menilai atau menyamakan kedudukan siapa yang lebih baik atau siapa yang lebih dipandang negatif. Ini cumalah pendapat dan pandangan aku sebagai seorang lelaki yang mungkin mewakili pandangan sebilangan lelaki lelaki lain.

Bila disebut GRO ramai yang akan terus berpandangan serong dan menganggapkan mereka 'seakan' pelacur kelas atasan, tetapi bila disebut Guest Relations Officer, mungkin ada yang mengubah persepsi mereka kepada tugasan seakan pelayan tetamu yang menghadiri sesuatu majlis atau occasion. Pada asalnya ia adalah sama dan tugasan ini kebanyakan dan sinonim hanya dilakukan oleh kaum wanita kepada kaum lelaki. GRO selalunya bertugas dipusat-pusat hiburan seperti di club, pusat karaoke dan sebagainya. Mereka berpakaian seksi yang membuatkan iman seorang lelaki goyah dan juga layanan mereka menjadikan tetamu mereka seperti raja walaupun hanya sementara. Tetapi ada juga tugasan mereka tidak tamat hanya pada satu tempat sahaja, sebilangan mereka juga memainkan peranan sebagai 'wanita simpanan' yang boleh menjadi peneman tidak kira masa dan juga tempat. Rata-rata tugas GRO bukanlah seperti pelacur yang menjadikan tubuh mereka sebagai asset di dalam perniagaan mereka, tetapi hanyalah layanan mereka yang memanjakan dan memberi perhatian disamping mencantik cantik  didepan tetamu mereka. Penulisan ini bukanlah untuk menaikkan taraf seorang GRO sehingga menjatuhkan kedudukan seorang isteri. Walaubagaimanapun, di dalam Islam, GRO ini ternyatalah HARAM kerana perbuatan ini mendekatkan kepada perbuatan zina dan tubuh mereka tetap HARAM dimata tetamu mereka selagi pernikahan tidak terjalin.

Seperti yang sedia maklum, kedudukan seorang isteri hanyalah untuk si suami. Aurat mereka hendaklah dijaga dan ditutup kecuali kepada suami seperti yang terkandung di dalam Surah Nur ayat 31. Isteri bagaikan ladang untuk si suami dan tidak dilarang untuk melakukan apa-apa ke atas mereka kecuali melalui lubang dubur. Ini selaras dengan ayat Quran di dalam surah Al-Baqarah ayat 223 :

'Isteri-isteri kalian adalah ladang bagi kalian, kerana itu datangilah ladang kalian bagaimana sahaja yang kalian kehendaki. Dan kerjakanlah (amalan yang baik) untuk diri kalian, dan bertakwalah kalian kepada Allah dan ketahuilah bahawa kelak kalian akan menjumpai-Nya. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman'

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad, Tirmidzi, An-Nasaei dan Ibnu Majah yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w :

'Janganlah kalian menyetubuhi isteri-isteri kalian dilubang dubur mereka'

Hubungan antara isteri dengan suami sememangnya HALAL dan mereka mendapat ganjaran pahala selagi mana ianya tidak melampaui batas dengan syariat Islam. Ini menunjukkan kedudukan isteri diangkat dan dimuliakan selagi mereka taat dan tidak menyakiti hati suami mereka. Kecantikan mereka hanyalah kepada suami, layanan mereka hendaklah dibezakan kepada suami dengan orang lain, kemesraan dan kecintaan hanyalah untuk si suami yang telah dinikahi dan bukan pada orang lain. Di dalam surah Ar-Rum ayat 21, Allah telah menyebutkan bahawa:

'Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya adalah Allah menciptkan dari diri kalian sendiri isteri-isteri agar kalian merasa tenteram kepadanya. Dan dijadikan-Nya rasa cinta kasih di antara kalian. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran-Nya bagi orang-orang yang berfikir'

Dengan ini, ganjaran pahala dari Allah kepada isteri yang memuliakan dan membahagiakan suami sangatlah besar. Di dalam surah Nisa' ayat 34, Allah telah memuji wanita solihah sebagai wanita telah disebutkan :

'Perempuan-perempuan yang taat dan menjaga diri ketika suaminya tidak ada, kerana Allah telah memelihara mereka'

Tujuan asal penulisan ini adalah kerana, aku sendiri telah mendengar beberapa luahan dari beberapa orang lelaki yang telah berkhawin dan kebanyakan luahan ini mempunyai permasalahan yang sama. Diharap pihak wanita terutamanya isteri-isteri yang membaca penulisan ini tidak terus menyalah anggap dan berusahalah untuk mendapat keredhaan Allah. Memang tidak dinafikan, perbuatan lelaki-lelaki ini telah melanggar hukum Allah s.w.t dan menjerumuskan diri mereka kepada kehinaan seperti zina!.

Diberi contoh, 10 orang lelaki yang telah datang kepada aku dan meluahkan perasaan mereka, ternyata mereka masih sayang dan kasih kepada isteri-isteri mereka. Tetapi, harus diingatkan bahawa, majoriti pihak lelaki, walaupun dari luaran mereka bersikap tegas atau 'macho', mereka tetap mahukan perhatian dari isteri mereka sendiri. Memang tidak disangkal lagi bahawa ego seorang laki tinggi menggunung, tetapi harapan untuk dimanjai bagaikan anak kecil yang mahukan perhatian seorang yang disayanginya.

Ada yang menceritakan kat aku, bila balik dari kerja, isteri diaorang mengabaikan tanggungjawab dengan tidak mengendahkan keletihan atau luahan kat tempat kerja. Mereka mula membandingkan dengan GRO yang sentiasa mengambil berat dan memberi kata-kata semangat walaupun sebenarnya ia tidak sesuai dengan cara kerja mereka. Lelaki sebenarnya mahukan kata-kata semangat walaupun kata-kata isteri-isteri mereka sebenarnya 'tidak masuk akal' dengan spesifikasi kerja mereka. Suami cuma mahukan perhatian, mahu luahan mereka di dengar dan disambut dengan kata kata manja dan kemesraan yang menjadikan hati mereka tenteram. Itu yang kebanyakan diabaikan oleh pihak isteri-isteri dan diambil alih dengan baik oleh GRO yang mereka bayarkan. Piahk si suami tahu GRO bersikap begini kerana bayaran yang telah dibayar oleh mereka, tetapi tentang bayaran mereka tidak hiraukan, yang mereka mahukan cumalah layanan baik, mesra dan manja agar hati mereka tenteram. Inilah fitrah sebagai seorang lelaki. Mungkin ramai pihak wanita tidak bersetuju dengan pendapat ini, tetapi cubalah lihat kembali, apa yang lelaki mahukan di dunia mahupun kehidupan selepas mati iaitu di syurga?.....hanyalah WANITA!....itulah lelaki.... Bidadari antara ganjaran yang paling banyak disebut di dalam Quran untuk lelaki...harap pihak wanita dapat membuka mata dengan kenyataan ini...

Aku sebagai seorang lelaki, dan aku sendiri berfikir.... seandainya aku diberi kekayaan yang melimpah ruah di muka bumi ini, tetapi tidak disertakan walau seorang wanita yang memahami.... aku juga akan sunyi... dan perkara ini juga aku telah bertanyakan kepada kawan-kawan sejantina aku, dan jawapan mereka turut sama... pernahkan kalian mendengar satu ungkapan, 'DISEBALIK KEJAYAAN SEORANG LELAKI, BERDIRINYA SEORANG WANITA YANG SETIA MEMAHAMINYA'.... tidak guna seandainya dibelakang seorang lelaki berdirinya wanita yang bijak tetapi tidak setia!... lelaki cuma mahukan wanita yang sentiasa ada untuknya... inilah lumrah kehidupan sebagai seorang lelaki....

Bukan aku nak mememenangkan wanita yang berstatus GRO, tetapi aku mendengar dikalangan kawan-kawan aku yang bercerita, bahkan di depan mata aku sendiri, aku melihat, layanan GRO ini sangat menenangkan hati mereka, penampilan GRO ini cantik dan kemas untuk mereka, tutur kata dan pujuk rayu GRO ini mengalahkan isteri-isteri mereka, kemesraan dan tingkahlaku GRO ini melembutkan hati mereka.... tapi dibalik ini semua, mereka berkata, 'INILAH YANG AKU HARAPKAN DARI ISTERI-ISTERI SEBENAR MEREKA'....

wahai kaum wanita yang bergelar ISTERI,

JAGALAH TINGKAHLAKU, TUTURKATA, KECANTIKAN, PARAS RUPA, KEMESRAAN
DAN BUATLAH SUAMI KALIAN SEPERTI RAJA 
AGAR MATA DAN HATI MEREKA HANYA TERTUMPU PADA KALIAN
DIAWAL PERNIKAHAN, 
MEREKA TELAH MEMILIH KALIAN SEBAGAI RATU HATI MEREKA 
DAN JADIKANLAH MEREKA SATU-SATUNYA RAJA 
YANG IKHLAS MEMBALAS KEMBALI KEBAHAGIAAN 
UNTUK KALIAN BERSAMA
BIAR MANAPUN KERAS SEORANG LELAKI
HATINYA MAMPU LEMBUT KE ATAS WANITA 
YANG BERGELAR ISTERI.... 


Read more »

Monday, November 24, 2014

Persandingan Dalam Melayu Islam Di Malaysia


Melihat kembali sejarah awal tanah melayu, tidak dinafikan bahawa Hindu merupakan agama dan kepercayaan yang dianuti oleh penduduk ketika itu. Dengan pembagunan pesat dari segi perdagangan ketika pemerintahan kerajaan Melayu Melaka, salah satu cara inilah agama Islam telah tersebar melalui pedagang asing yang datang ke Melaka pada ketika itu. 

Sistem perundangan awal di Tanah Melayu juga bersumberkan ajaran Islam. Ini termasuklah yang terkandung di dalam Undang Undang Adat yang kini dikenali sebagai Undang Undang Syariah.

Islam adalah agama yang telah Allah turunkan melalui Rasul Nya, Nabi Muhammad s.a.w, melalui wahyu yang kemudiannya dikitabkan ketika zaman pemerintahan Khalifah Uthman ibn Affan dan kini dikenali sebagai Quran atau Furqan atau Kitabullah dan sebagainya. Selain Quran, Sunnah Nabi juga merupakan satu rujukan yang penting di dalam pelaksanaan harian umat Islam. Seperti yang disebutkan dalm sebuah hadith,

Rasulullah s.a.w bersabda, 'Sesungguhnya barangsiapa hidup sesudahku niscaya dia akan melihat banyak perselisihan, maka wajib atas kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa' ar Rasyidin yang mendapat petunjuk sesudahku. Berpeganglah kalian dengannya dan gigitlah ia dengan gigi gerahammu serta jauhilah oleh kalian perkara agama yang diada-adakan kerana semua yang baru dalam agama itu adalah bidaah dan semua bidaah adalah sesat'.
(HR Ahmad, Abu Daud. Tirmidzi, Dzhabi dan Hakim. Disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih al Jami' no. 2549) 

Apakah yang dimaksudkan sebagai sunnah?

Sunnah itu berdasarkan dari 3 yang datang dari Rasulullah. 
1. Fi'lin (perbuatan)
2. Qaulin (kata-kata)
3. Takrir (persetujuan)

Selain dari Quran dan juga Sunnah Nabi Muhammad dan juga Sunnah Khulafa' ar Rasyidin yang mendapat petunjuk terus dari nabi sendiri, maka kita sendiri tidaklah boleh memandai-mandai melakukan ibadah khusus tanpa berpandukan sumber yang sahih ini. 

Islam itu adalah agama untuk semua. Tidak kira orang yang berbangsa melayu, india, cina, kadazan, dan sebagainya. Hatta, orang berbangsa yahudi juga boleh menganut agama Islam. Seperti yang kita tahu, orang yang bukan berbangsa yahudi tidak boleh menganut agama yahudi kerana itu adalah agama untuk orang yahudi sahaja. Hendak dijelaskan di sini sebenarnya, Islam tidak menghapuskan adat-adat yang terkandung dalam amalan budaya umatnya SELAGI TIDAK BERCANGGAH DENGAN HUKUM ISLAM DAN MENYERUPAI AGAMA LAIN.

ADAT BERSANDING DAN AGAMA HINDU


Isu bersanding dikalangan orang melayu Islam di Malaysia sangatlah popular. Ada yang mengatakan ianya tidak boleh dan ada yang mengatakan ianya boleh kerana ia hanyalah adat semata-mata.

Pada awalnya, persandingan yang agak 'popular' dikalangan orang melayu Islam di Malaysia bukanlah berasal dari ajaran itu sendiri. Ia sememangnya telah diketahui umum. Tetapi yang lebih memeranjatkan kita bahawa persandingan ini sebenarnya telah dimulakan oleh Dewa Rama dan Dewi Sita bersumberkan dari mitos di dalam Ramayana dan beberapa kitab hindu lain. Merujuk kepada sumber penulisan, ini melambangkan Dewa Rama yang setia dan Monogami.

Ia bermula dari peringatan kepada hari kelahiran dan perkhawinan Dewa Rama yang dikenali Rama Navami. Ia sama seperti majlis persandingan melayu Islam di Malaysia di mana pengantin direnjis dengan air mawar, beras dan sebagainya. Di dalam hinduisme ia dikenali sebagai Kalyanotsawan iaitu hari di mana patung atau berhala Dewa Rama dan Dewi Sita direnjis dengan air mawar atau mintak wangi, beras dan juga bermacam lagi.

Sebagai kesimpulannya, adakah kita sebagai seorang Islam yang berpegang dan beriman dengan Quran dan Sunnah tetap mahukan persandingan semacam ini dilangsungkan?. Sedangkan perkhawinan yang paling mudah dan menjaga keistimewaan wanita telah diajar di dalam ajaran Islam ini sendiri. Mengapakan kita tetap mahu mengikut ajaran agama lain sedangkan ini "adat bersanding" ini bukanlah adat, bahkan ianya adalah ritual di dalam agama lain iaitu Hindu!.

Bukalah mata dan tepuklah dada masing-masing...benarkah kita beriman dengan Quran dan Rasulullah?...anda sendiri punya jawapan...

wassalam!

Read more »

Friday, November 21, 2014

Aku, Islam & Rakyat


Seandainya benar.....!

"keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 sebagai tidak sah dengan alasan ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana mendiskriminasi golongan minoriti"

Hakim berkata, "Perlembagaan diwujudkan bagi melindungi minoriti dari kezaliman majoriti selain mendapati hakim Mahkamah Tinggi membuat kenyataan dan dapatan yang bertentangan dengan bukti dan dicemari prasangka peribadi yang tidak saintifik"

...............
Mereka akhirnya memfailkan semakan kehakiman untuk mengisytiharkan tidak berpelembagaan sebuah fatwa syariah yang melarang lelaki daripada 'memakai pakaian perempuan' atau 'menyamar sebagai seorang wanita' di Negeri Sembilan.

Mahkamah Tinggi pada Oktober 2012 memutuskan mereka perlu mematuhi undang-undang kerana mereka Muslim dan dilahirkan lelaki.

sumber : the malaysian insider


Nah!
Ni keputusan hakim yang buta tuli bodoh dan angkuh dengan hukum yang diaturkan oleh Allah!

Aku tau tentang hukuman menghina mahkamah, tapi 'diorang' pun tau hukuman mencabar, menghina, melanggar perintah Allah dan Rasul...
So, insyaAllah aku bersedia terima apa tindakan mahkamah seandainya diaorang merasakan aku menghina mahkamah yang penuh dengan keputusan yang tidak adil dan bodoh dan juga mengikut nafsu semata-mata!

Semakin hari semakin terang dan nyata kebodohan sebilangan masyarakat yang kononnya 'berpendidikan'!... Usahlah kata tentang hukum agama, hatta hukum manusia pun ternyata mereka bodoh dan tidak bersikap adil... Merujuk balik apa yang dikatakan oleh pihak hakim, "Perlembagaan diwujudkan bagi melindungi minoriti dari kezaliman majoriti", adakah mereka benar-benar berkata atau sekadar merujuk kepada kepentingan sendiri dan juga situasi yang boleh berubah-ubah?..sekiranya mereka benar menggelarkan diri mereka sebagai penegak keadilan, kenapa kata-kata sedemikian tidak diberikan kepada rakyat yang serba daif?...adakah mereka benar-benar buta atau membutakan mata sendiri...sedangkan mereka sendiri yang berlaku zalim!...

Jelas kita sebagai seorang Islam, dan juga hakim-hakim tersebut juga seorang Islam, yang berpegang kepada Quran dan Sunnah, dan juga insyaAllah moga mereka juga benar-benar beriman dengannya... tetapi sekiranya mereka beriman, mereka akan mengetahui bahawa Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan sebaliknya. Istilah menyerupai ini termasuklah bercakap, berpakaian, cara berjalan, dan sebagainya. 

Dengan beralasan kononnya ia adalah penyakit, inilah bencana yang paling besar bagi kehidupan manusia pabila masyarakat terkeluar dari fitrah dan menyimpang dari watak semulajadi mereka yang sebenarnya. Seperti yang dikatakan dan janji syaitan di dalam surah an-nisa ayat 119,

"dan aku (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga telinga binatang ternakan), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka mengubahnya" 

Mereka cumalah hakim di dunia dan mereka hendaklah berpegang kepada perintah Allah. Apa yang mereka cuba buktikan?...adakah puak puak transgender ni suma puak yang teraniaya?...atau puak yang minoriti?...sedangkan mereka yang memilih untuk berada dikelompok minoriti ini...

Dalam sebuah hadith qudsi Allah s.w.t berfirman,

"Dan siapakan yang lebih zalim daripada orang yang berusaha menciptakan seperti penciptaan-Ku?" Silakan mereka menciptakan  zarrah Silakan mereka menciptakan satu biji gandum."  
(hr Bukhari & Muslim)


Read more »
Powered By Blogger