Sunday, June 21, 2009

Giegiel - Cahaya

Akhirku temui sinar menerangi
Umpama datangnya bidadari
Terasa bagaikan mimpi-mimpi suci
Hadirnya ada rahsia tersendiri

Biar arah mengelirukan diri
Biar rebah ke bumi

Tersesat bagaikan tiada bertepi
Terdampar agar doa mengiringi
Kabus yang berlari ditinggal begitu
Takkan kudakap seperti dulu

Di sepi malam hanya bertemankan bintang
Hatiku merayu pada-Mu Tuhan Yang Satu
Moga diberikan satu petunjuk dan jalan menemui-Mu
Hanya ku berserah padamu Tuhan ku

Hanya pada nama
Hanya satu pintaku
Hanya pada kasih
Kan kuserahkan jiwaku

Hanya pada cinta
Hanya itu janjiku
Hanya pada Satu
Aku imankan jiwaku

Aku merayu pada-Mu Yang Satu
Moga ditempatkan ku bersama cahaya
Seperti mereka
Setia dengan Mu

- Lirik yang mendalam dan sebuah lagu yang sangat 'best' untuk dilayan!
**Untuk mendengar lagu sila click di sini!
Read more »

Tuesday, June 16, 2009

Bangunlah Anak Bangsa Ku!

Malaysia sebuah negara yang kian pesat membangun walaupun agak ketinggalan dari segi teknologi jika dibandingkan dengan negara yang maju... bukan lah satu penghinaan, tetapi adalah satu dorongan untuk kita terus lebih maju dan mengejar 'standard' supaya berada setaraf dengan negara lain... walaubagaimanapun, terdapat satu kelemahan yang sangat serius di kalangan masyarakat kita terutamanya bangsa MELAYU!....

Biarpun pada zahirnya, masyarakat melayu telah menjadi lebih moden dan matang dengan 'trend' terkini tetapi pada batin iaitu permikiran masyarakat melayu masih lagi ketinggalan dan alpa dengan ancaman dari masyarakat luar atau asing... dengan sikap melayu yang terkenal dengan 'lupa diri' dan 'malas' bukannya tidak boleh dirawati ataupun dibendung tetapi sendiri yang tidak mahu berubah untuk menjadi lebih baik... walaupun kita melihat dari segi ekonomi masyarakat melayu meningkat, tetapi masih ketinggalan sekiranya dibandingkan dengan masyarakat lain... 'melayu' tidak sedar bahawa terdapat segilintir masyarakat luar atau asing yang berada di peringkat bawahan sedang meluru naik mengalahkan mereka sedikit demi sedikit...

Untuk menerangkan lagi masyarakat ini, kita boleh melihat dari warga asing yang dahulunya menjadi pekerja bawahan ataupun 'balaci' melayu sndiri... dahulunya, mereka dipandang hina oleh masyarakat melayu kerana membawa pelbagai masalah di negara ini... kegiatan jenayah meningkat dengan adanya masyarakat asing yang kian bercambah dari masa ke semasa... jenayah seperti pecah rumah, rogol, merompak, meragut, memeras ugut, menculik, mengugut, dan ada yang memukau mangsa dengan ilmu sihir bagi mendapatkan wang ataupun barang kemas dari mangsa diperlakukan oleh warga asing yang datang dari negara jiran... kini masyarakat asing ini berubah dan tidak lagi kesemuanya menjadi penjenayah mahupun pekerja bawahan atau 'balaci' melayu sendiri... masyarakat asing yang sedang diperkatakan ialah warga indonesia yang datang dari negara jiran untuk mencari rezeki di tanah melayu kita!...

Pada asalnya, mereka hanyalah pendatang asing samada secara halal ataupun tidak... mereka bekerja keras dan tidak memilih pekerjaan yang diberi oleh pihak majikan dan sekiranya dibandingkan dengan melayu kita yang terlalu ego dan menjaga taraf untuk memilih pekerjaan menjadikan melayu alpa dan ketinggalan dari segi kemahiran dan pengetahuan.... kini, mereka kaya dengan ilmu kemahiran dan pengetahuan mengalahkan masyarakat melayu kita sndiri... tidak boleh dipersalahkan pada mana² pihak tetapi melayu sndiri yang tidak mahu berubah sikap untuk menjadi lebih maju dan mencapai kejayaan seperti masyarakat yang telah berjaya...

Kini, kita boleh mengambil contoh dengan melihat di merata tempat di mana telah dibina rumah² besar yang dimiliki oleh warga asing yang dahulunya datang dengan berenang ditengah lautan bagi mencari rezeki di tanah melayu ini.. mereka yang mempunyai keazaman dan kesungguhan mencari rezeki dan peluang pekerjaan di malaysia telah mencapai kejayaan sehinggakan lebih berjaya dari masyarakat melayu sndiri... ada juga dikalangan mereka telah membuat pelbagai perniagaan dan mengambil pekerja dari masyarakat tempatan iaitu orang malaysia sndiri... contohnya di Shah Alam, di mana aku pernah 'lepak' minum di situ dan melihat beberapa pekerja melayu yang bekerja di bawah perniagaan 'masyarakat indon' sndiri...

Tujuan utama aku menulis isu ini kerana aku terbaca satu 'statement' oleh warga asing di mana mereka menyebut, mereka menetap di malaysia bagi mencari rezeki dan merampas peluang yang dilepaskan oleh masyarakat kita sndiri... di samping itu, di satu forum mengenai 'JANGAN SEBARANG KUTUK MALAYSIA' terdapat satu statement yang membuatkan diriku sungguh tercabar dan ingin kan masyarakat kita sedar sebelum terlambat iaitu,

Malaysia : Kenapa kutuk Malaysia sedangkan orang indon bersepah cari kerja kat malaysia!!!
Indonesia: sebagai persiapan ,menduduki mlaysia untuk mewujudkan republik melayu raya....

Harap masyarakat kita sedar dan bangunlah dari tidur bagi mengejar kemajuan disamping merebut peluang yang diberikan kepada kita!...

Read more »

Monday, June 1, 2009

Islam Sebagai Boneka?

Sebagai seorang islam yang menetap di sebuah negara islam, dikelilingi oleh masyarakat seagama, dididik berpandukan Quran & Sunnah, dibesarkan oleh sebuah keluarga beragama islam, dan juga sedikit sebanyak menjadikan kehidupan seharian berdasarkan pengaruh Rasulullah Muhammad, menjadikan aku lebih berani dan bersemangat untuk menceritakan ape yang telah terjadi dan pandangan masyarakat seluruh dunia terhadap agama islam yang kini dipandang remeh akan kesuciannya...

Dengan kemajuan teknologi dan pendidikan era baru, kita sedikit sebanyak mempelajari pelbagai perkara yang tidak terkandung atau di pelajari di sekolah mahupun peringkat universiti... Berbagai cara ataupun model yang mempengaruhi mentaliti masyarakat dan dilakonkan di dalam layar kehidupan seharian... Seperti yang dijelaskan, dengan kemajuan teknologi, ilmu ataupun pengetahuan boleh disebarkan melalui pelbagai cara samada tv, radio, internet mahupun majalah² semasa... Namun begitu, pengaruh yang tidak elok dan juga ideologi songsang juga diterapkan disebalik pengetahuan umum kepada masyarakat...

Sebagai contoh, movie terbaru yang baru diterbitkan di panggung wayang yang bertajuk 'Angels & Demons' cukup membuatkan kita keliru mengenai hal² agama walaupun dikhususkan kepada agama katholik... selain itu juga, terdapat movie² yang menjadikan islam sebagai boneka ataupun karekter komedi dan ada juga sebagai pengganas atau penjahat yang harus dihapuskan... malangnya, gambaran negatif terhadap agama islam menjadikan movie tersebut sebagai satu movie yang 'laku' di merata dunia... Sedarkah masyarakat terutamanya umat Muhammad bahawa ape yang terjadi semuanya adalah sindiran dan hina kepada agama islam sndiri? karekter islam diperlekehkan, digelak tawakan, dihina dan dianggap rendah tarafnya berbanding yang lain?.. atau hanya sekadar menganggap ianya sebagai satu lakonan dan tidak memberikan ape² kesan?...

Fikirkan lah wahai umat islam, generasi baru yang menonton bukan hanya sekadar menonton... mereka menerapkannya di dalam pemikiran mereka dan juga kelakuan seharian mereka... bayangkan sekiranya generasi baru ini dewasa dan mereka sndiri malu dengan agama mereka sndiri kerana takut di perlekehkan dan dipandang rendah oleh agama lain... seandainya ayah mereka mengikut sunnah Rasulullah dengan membela jambang, dan generasi baru akan menganggap ayah mereka sndiri seorang pengganas... sedangkan perlakuan itu adalah sunnah Rasulullah kita yang sepatotnya dijadikan contoh sebagai umatnya... mahukah kita melihat sunnah Rasulullah hilang bagaikan debu yang berterbangan?...

Tidak mahu dipanjang lebarkan lagi isu nih, sama² lah kita fikirkan kesan dan ape yang akan terjadi kepada generasi kita yang semakin leka ini... sama² lah kite menentang yang salah dan menegakkan kebenaran islam... sucikan agama kita dengan perlakuan kita sebagai seorang islam yang mengamalkan cara hidup seorang islam... islam bukanlah ketinggalan zaman, tetapi islam adalah keunggulan di setiap zaman...
Read more »

Thursday, May 28, 2009

Di Sini aku Bermula (Bahagian 2)

Setelah aku diterima untuk belajar di Multimedia University, aku masih berfikir untuk menjalankan ape jenis perniagaan yang mendatangkan hasil... setelah penat memikirkan perniagaan ape yang hendak diceburi, aku mula berjinak-jinak untuk memulakan perniagaan 'shisha' di apartment sewa ku di Melaka... hasil sangat menguntungkan dan aku mengupah dua pekerja untuk menjadikan perniagaan ku lebih efficient dan effective... tidak berapa lama kemudian, sedang leka aku dengan hasil yang sangat memberangsangkan, aku ditipu oleh pekerja ku sndiri hingga menyebabkan kerugian sebanyak RM900... aku tidak berputus asa dan terus pandang ke hadapan ntuk terus berkecimpung di dalam bidang perniagaan...

Ketika bercuti panjang, pada bulan puasa, aku sekali lagi memulakan langkah ku untuk berniaga di sebuah bazaar ramadhan di Kelana Jaya... meniaga nasi tomato, nasi beriayani, serunding, kuih muih dan popia membuatkan aku terus bersemangat dan mengaut keuntungan sndiri dari hasil titik peluhku.. tidak lupa juga 'sahabat' lama yang turut membantu ketika itu menjadikan aku lebih berani untuk mencuba mempelbagaikan lagi aneka kuih di bazaar ramadhan ketika itu... pada sebelah malam pula, aku meniaga baju perempuan di tepi-tepi jalan di Petaling Jaya... di sini la kenangan yang tidak dapat ku lupa kan sehingga sekarang kerana baju² yang ingin ku jual hampir di rampas oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang ketika itu MPPJ (Sekarang MBPJ)... aku berjaya mengelak dari di rampas oleh pihak berkuasa dan aku juga telah berhenti dari mejual baju² tersebut kerana tidak mendapat sambutan... tidak lama kemudian, dalam bulan puasa yang sama juga, aku memulakan perniagaan ku pada sebelah malam dengan meniaga kasut di sebuah kawasan yang sangat 'traffic' di Petaling Jaya... sehinggalah 3 malam sebelum raya, aku berehat dari sebarang perniagaan dan menghabiskan masa bersama keluarga...

Setelah habis dari bercuti, aku memulakan hidup baru sebagai pelajar degree sepenuh masa (sebelum ni Alpha) ... dengan result ku yang tak brape baik, aku sedar minat ku hanyalah berniaga... tetapi meniaga juga memerlukan sedikit sebanyak knowledge yang di ajar di University dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk memilih pengurusan pemasaran (Marketing Management) sebagai major di University... dengan berbekalkan sedikit tunjuk ajar dari ayah aku, aku membuka sebuah syarikat hartanah (property) sebagai langkah permulaan untuk berniaga di peringkat yang lebih tinggi... tidak lama kemudian, aku terus berfikir ntuk mencari lebih pengalaman di dalam arena perniagaan... akhirnya aku membuat keputusan untuk meniaga makanan dengan peringkat yang lebih professional jika dibandingkan suatu ketika dulu... Muffin menjadi pilihan ku ntuk menjadi 'core' product di dalam industri makanan yang ku pilih.. alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan kini impian ku untuk membuka sebuah cafe di Petaling Jaya ingin ku capai dan aku akan terus berusaha...

Walaupun agak sukar untuk mencapai sesebuah impian, usaha dan semangat akan menjadikan nya lebih mudah... insyallah.... walaupon ape yang aku dah lalui, ni suma baru permulaan... banyak lagi aku nak kene belajar dan banyak lagi yang akan aku tempuhi... harap suma jangan cepat putus asa ntuk cari duit... ehehe

p/s aku tulis ni khas ntuk sorang kawan aku nih... harap dia faham..
Read more »

Di Sini aku Bermula (Bahagian 1)

Tahun 1999, ketika aku berada di tingkatan dua, bermulalah aku berjinak-jinak mencari bakat dalam mencari rezeki sendiri dengan meniaga burger di sekolah ku di Bangi.. aku meniaga burger di sekolah asrama ku di sebelah tapak koperasi berhadapan dengan court sepak takraw... kawan² lain yang sedang berseronok beriadah selepas waktu asar, aku pula sibuk dengan memasak burger yang di'order' oleh kawan² lain... pada mulanya agak janggal sehinggalah aku merasakan keseronokan walaupon hanya berkerja dengan abg khairul... pada bahagian malam minggu pula aku membantu cikgu ku meniaga burger yang telah di siap masak dirumahnya.. upah yang diambil ketika itu sebanyak RM2 cukup membuatkan aku berpuas hati... tapi tidak lama bertahan, setelah abg khairul meninggalkan sekolah, aku hanya seperti kawan² lain yg hanya berseronok dengan duit saku yang diberi oleh org tua ku setiap minggu...

Setelah tamat persekolahan, sambil menunggu result SPM keluar, aku mula mencari kerja dan berkerja di AMCORP mall sebagai pembuat pop corn di sebuah panggung wayang yang tidak berapa terkenal... tapi aku sangat berpuas hati kerana pertama kali aku memegang hasil titik peluh aku yang bernilai RM700 ringgit sebulan... kerana rajin berkerja, aku berjaya mencuri hati manager aku dan gaji aku mencecah RM1000+ sebulan walaupun hanya pembuat pop corn yang sangat punctual dan tidak pernah mengeluh dengan setiap arahan yang diberikan...

Setelah beberapa bulan bekerja di situ, aku telah diterima untuk menyambung pelajaran ku di KYPM (sekarang KPTM), Bangi... hanya mampu bertahan selama setahun, aku ditendang dan aku mula menganggur untuk beberapa bulan... tidak minat belajar dan hanya berfikir untuk mencari wang sendiri, aku mulakan langkahku dengan mengutip kotak dan surat khabar di belakang² bagunan shopping kompleks... dengan bermodalkan sedikit tunai, aku mula berniaga kuih pada sebelah pagi di tepi kilang di Petaling Jaya.. keuntungan yang sangat memberangsangkan membuatkan aku lebih bersemangat untuk meniaga... dalam masa yang sama, aku bekerja di Toys'r'us di Mid Valley... Sekali lagi geligat aku diperhatikan oleh seorang manager di situ dan menjadi seorang pekerja kesayangan beliau... dengan gaji ku yang mencecah RM800-RM1000 sebulan, aku tidak meninggalkan pekerjaan ku sebagai pengutip kotak dan penjual kuih di kilang²... aku mengatur masaku dengan menjual kuih pada waktu pagi, bekerja di toys'r'us pada tengahari dan mengutip kotak pada waktu malam... walaupun agak penat dan letih, aku sangat berpuas hati dengan hasil titik peluhku sndiri... sekiranya aku bercuti di toys'r'us aku akan kembali meniaga kuih pada tengahari sehingga petang.... hampir terlupa yang aku jugak pernah menjadi salesman untuk astro selama 2minggu... tapi yg agak menyakitkan hati, dalam masa 2minggu aku sebagai salesman astro, aku berjaya mendapat customer berbelas org ramainya tapi tak di appreciate dan tidak dibayar hinggakan aku dibuang atas alasan aku masih student... huh... perkara yang amat menyakitkan hati dan masih menyebabkan aku benci untuk menggunakan astro... malangnya sampai sekarang aku tak reti guna astro!

pada tahun 2004 aku di panggil untuk menyambung pelajaran ku di Multimedia University, Melaka.....


Read more »
Powered By Blogger