Friday, December 6, 2013

Still Got the Blues....


Mendengar petikan gitar Gibson oleh Gary Moore sememangnya menyingkap seribu kenangan terutamanya time aku masih belaja kat MMU, Melaka...

Lagu yang bertajuk Still Got the Blues mampu membawa aku teringat hampir keseluruhan cerita sepanjang aku kat Melaka. Bukan teringat aku pada kisah romantis atau cinta dan seumpamanya...ehehe tapi cerita tentang aku dengan arwah Ahmad Nur Rashid Bin Kassim...

Lagu ni sebenarnya antara lagu wajib yang akan berkumandang dalam bilik aku setiap kali arwah melepak sesama ngan aku... kebiasaanya, kami akan berbual kosong, atau kadang-kadang berbual tentang masa depan dan cita cita masing-masing... selalunya, selepas waktu maghrib, kiteorg akan bertandang ke kedai kedai snuker ataupun di pusat karoake... dan kadang-kadang cuma di kedai-kedai makan... hampir semuanya kami cuma lakukan dua kepala sahaja!

Sepanjang kami berkawan berkaseh dan bersahabat, sekalipun kiteorg tak pernah tgk wayang sesama... tak kira laa berdua atau reramai... walaupun kadang-kadang ada plan tapi kesudahannya zero. Aktiviti yang kiteorg biasa buat, snuker, karaoke, main kad, pepusing ntah ke mana n makan... memang takde mende lain...kekdang g air terjun itu pun baru berapa kali... zaman muda aku memang aku banyak habiskan masa dengan dia... even zaman sebelum aku bebetul bercinta...

Then bile dia dah takde, sekarang ni, jujurnya aku takut nak dengar lelagu yang kiteorg selalu nyanyikan atau layan sesama... even channel radio yang kiteorg selalu dengar pun, aku dah tak dengar sampai sekarang... besar gak impak dia lepas dia takde...ehehe...

Baru-baru ni aku terbayang...hahaha bayangan time aku kawen sebenarnya... sikit pun aku tak terfikir nak bayangkan arwah time aku kawen, sbb aku tau dia takkan datang...ye laa dah kata urusan dia kat dunia ni dah habis kan...tapi, bayangan aku tu, aku nampak arwah berdiri depan entrance kemah kawen aku...dia cuma berdiri perhatikan gelagat aku dengan isteri sambil dia tersenyum...aku yang time tu tengah melayan tetamu yang datang, terperasan dengan kelibat acit... tanpa aku pedulikkan orang ramai aku lari kat dia n peluk sambil aku ucapkan terima kasih sebab datang kenduri aku...hahahaha dan bila aku tersedar dari bayang, rupanya kereta aku dah hampir terhimpit kat bahu jalan.....

Ya Allah, even sampai sekarang ni, dah penghujung 2013, sekalipun aku tak pergi lagi kubur arwah...hahaha...bukan aku taknak pergi tp mungkin belum sampai masa lagi kot...mungkin kat sini aku ada silap, tp aku akan datang dengan isteri aku...dan aku akan ceritakan kat isteri aku siapa kepunyaan kubur ni dan siapa dia disebalik kisah kehidupan aku sebelum aku bergelar suami....hahahahaha

* Link Gary Moore - Still Got the Blues feveret kami... (LIVE)
Read more »

Wednesday, December 4, 2013

Bulan Disember


'Heee...pasneh jgn biaq ur bloggie empty for dec lgk yerk...:)'

Assalamualaikumwarahmatullah...

Msg kat atas tu dihantar oleh seorang sahabat dan membuatkan aku terasa nak menulis pada bulan disember 2013. Aku sendiri baru perasan sepanjang penulisan blog ni, dari tahun 2008 hinggalah 2013, sememangnya bulan disember memang kosong dengan kata-kata atau penulisan aku... "mungkin" ada beberapa perkara yang aku boleh kongsikan walaupun aku sendiri taktau ada orang baca ke tak...muahahahahaha!

Sejak dua menjak ni, alhamdulillah banyak perkara yang telah dimudahkan oleh Allah yang maha esa. Bukan mahu mengungkit tapi dijadikan sebagai pengajaran, sejak tahun 2011 hingga la tahun lepas (2012), sebelum masuk bulan disember sehinggalah tamat bulan disember, banyak perkara yang tidak sememangnya menyenangkan hati aku telah berlaku... dan kemungkinan dari tu lah alasan atau sebab aku tak menulis....kot....hahahaha

Alhamdulillah, bulan disember tahun 2013, bulan kelahiran aku dan menjadikan umur kepada 28 tahun, wlwpun time aku tulis ni belum masuk lagi 28, aku bersyukur sebanyak-banyaknya kepada Allah sebab satu persatu jalan aku dimudahkan... wlwpun tetap ada perkara yang perit berlaku, tapi niat aku untuk tidak mengeluh membuahkan hasil....

Belajar dari kesilapan sebelum ni, aku memang banyak mengeluh dengan semua masalah yang berlaku... hinggalah baru baru ni pada tahun 2013, aku berniat untuk tidak mengeluh walau apapun yg terjadi...wallahualam, mungkin aku ada mengeluh tanpa aku sendiri sedar... tapi seingat aku, aku menjauhkan diri dari mengeluh... tahun 2011 banyak perkara yang telah berlaku dan bukan kata aku mengeluh, tapi jugak aku menyalahkan takdir...astaghfirullah....yang tau citer sepenuhnya cumalah sahabat rapat dan Arwah Acit yang meninggal beberapa bulan yg lepas... Allah memberi ujian bertubi-tubi pada aku hinggakan aku menjadi tersangatlah jahil hinggakan aku menyesal bila difikirkan balik...hahahaha.... takpe perkara yang lepas dijadikan pengajaran....

So.... 
Tahun 2013 ni, bulan disember sememangnya antara bulan yang aku tunggu-tunggukan...bukan sebab bulan kelahiran aku tapi bulan yang penuh ujian untuk diri aku... tahun ni, 2013, alhamdulillah sekali lagi aku bertemu beberapa orang sahabat yang mempunyai niat yang tersangatlah bersih dan suci kerana diorg bebetul nak berubah... bermula dengan puasa penuh pada Ramadhan 2013, aku percaya, beliau adalah sahabat yang Allah telah gantikan selepas seorang sahabat aku pulang ke rahmatullah... setiap manusia yang Allah jadikan memang berbeza, tetapi perjuangan dan dakwah kepada manusia lain adalah sama dan tidak berubah... 

Banyak perkara yang kami buat sesama...dan sampailah satu masa, Allah telah berikan kami ujian...

Dengan nasihat sebagai seorang sahabat, kami saling tegur menegur... berkongsi cerita dan masalah, dan melakukan perkara bangang... hahahaha... tapi aku pernah cakap kat dia... ada 2 perkara yang aku takleh buat....

1. bila ppuan seksi lalu depan aku, susah aku nak alihkan pandangan
2. bersangka baik....

kami pun mula la cuba berubah...ternyata no 1 tu memang susah gile...dah kata nama laki kan...hahahaha... tp aku tersedar lagi satu perkara yang aku lupa nak ingatkan....iaitu mengeluh....

Aku cuba untuk tak mengeluh hinggalah pada pertengahan bulan november, alhamdulillah banyak perkara yang Allah mudahkan...tersangat dipermudahkan... aku pada mulanya memang terkejut gongjeng gak sbb terlalu mudah perjalanan ni...alhamdulillah...bila aku nak berkongsikan cerita ni, aku telah diberitahu oleh sahabat yang dia sedang mengalami satu masalah yang agak berat...masalah yang aku pernah hadapi pada tahun 2011......

Atas nasihat, dan aku memperingatkan supaya dia tidak mengeluh...apa segala ujian yang Allah berikan cumalah ujian di dunia sahaja...Allah takkan bagi hamba Dia masalah yang hamba Dia takleh selesaikan...cari jalan dan jangan mengeluh...dan percaya lah, Allah itu maha berkuasa, Dia menjadikan kita, Dia menjadikan seluruh alam, Dia menjadikan semua kehidupan dan dengan kuasa Nya dia mematikan dan menghapuskan apa yang Dia kehendaki...termasuklah semua masalah dan kekusutan dalam otak kita...lebih awal lagi Dia telah berikan kita akal untuk berfikir... dan insyaAllah, masalah ko cumalah ujian kecik dibandingkan dengan ujian-ujian orang yang lain....

Mungkin tergantung citer ni sbb perkara ni masih belum selesai dan kita sama-sama berdoalah setiap masalah kita akan diselesaikan dengan cara yang baik... dan sekiranya masalah itu kita tak jumpa jalan penyelesaiannya, Allah lebih mengetahui segalanya dan Dia telah menetapkan sesuatu yang lebih baik untuk kita... insyaAllah....apapun, jauhkan dari mengeluh, dan teruskan berusaha...dengan kekuatan iman kita sebagai seorang islam, percayalah Allah sentiasa bersama dengan kita... sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang bersabar....

Read more »

Tuesday, October 22, 2013

cerita korang!




Ingatkah kalian,
Sebuah bagunan baru yang kininya usang
Yang dulunya tersergam tapi kininya suram
Menjadi sejarah pertemuan sahabat
 Tidak mengejar dunia mahupun cita
Yang ada cumalah bahagia tanpa mengenal derita
Galak ketawa tidak ada akhirnya
Apartment Bukit Beruang Lot 223

Ingatkah kalian,
Kononnya perjuangan yang cuba dibawa
Akhirnya ntah ke mana, ke laut juga
Erti sahabat disahut semua
Ceria si Iban disambut bahagia
Tidak terikat dek jalur tiga
Janji sahabat setia bersama
Kekal dahulu kini dan selamanya

Ingatlah kalian,
Masa dan rupa berubah jua
Yang dulu satu menjadi dua
Kekal bahagia bersama keluarga
Dahulunya gila kini bercinta
Menjadi 'serius' bila berkata
Tapi bersahabatlah hingga ke syurga

Ingatlah kalian,
Tak kira madu mahupun cuka
Kebaikan tetap ada bersama
Tak kira suka mahupun duka
Kenangan kita tidak dilupa
Biar berpijak landasan berbeza
Tetapi bumi tetapkan rata
Biar miskin mahupun kaya
Kita sahabat tetap bersama



Read more »

Monday, October 21, 2013

sampaikan walau sepatah kata


"kubur masing-masing...pandailah aku nak jawab nanti!"...
"pandai kau cakap...kau tu pon sama je!!!"...
"lek ahh...dosa ko,dosa kau ahh...dosa aku,aku punya pasal laaa!!!"...

Ni aku nak bagi salam ni korang nak jawab, jawab ahh...taknak jawab korang punya pasal laa...aku dah dapat pahala bagi salammm...pandai pandai ko laaa pikir nak jawab ke tak!

ASSALAMUALAIKUM!

HAHAHAHA....
Itu cuma sekadar contoh dan bukan contoh yang dibuat buat, ini adalah contoh yang memang pernah terjadi...

Macam-macam ayat yang orang lain lemparkan bila kita cuba menegur ke arah kebaikan... sama jugak dengan penulisan aku... ada jugak orang pernah cakap aku ni pandai bercakap je tapi sama je... ehehe.... pedulik apa orang nak cakap, janji kita tau apa yg kita buat tak salah... sampaikanlah kebaikan walaupun kecil dari tiada....

Tak kira la siapa yang menegur...
Jangan pandang siapa yang berkata tapi pandang apa yang dikata...

Pernah aku terdengar satu khutbah yang disampaikan oleh seorang khatib yang penuh bersemangat menyampaikan peringatan dan teguran. Tanpa teks di depan, dia menyampaikan memang dari hati dan pandangan dia sendiri... dengan nada yang tinggi, antara ucapan yang kekal dalam otak aku,

kita umat Muhammad dan satu-satunya umat yang terus diberi kepercayaan untuk berdakwah!
mana dakwah kita!?
mana dakwah seorang suami kepada isteri
mana dakwah seorang ayah kepada anak
mana dakwah seorang abang kepada adik
mana dakwah seorang pemimpin kepada rakyat
mana dakwah seorang sahabat kepada sahabat yang lain
mana dakwah seorang saudara kepada saudara yang lain
mana dakwah seorang muslim kepada orang yang bukan muslim!?

Kepada semua sahabat, saudara, musuh, jin yang baca online dan sesape je laa...
Pedulik apa orang cakap, kita sampaikanlah teguran dan nasihat walau secebis ayat sekalipun. Yang tua janganlah terlalu angkuh untuk terima teguran seorang yang lebih muda, dan yang muda janganlah terlalu malu untuk menegur sesama manusia mahupun jin.

Jangan terlalu mementingkan diri sendiri, jangan fikir tempat kat syurga tu limited. Bukan kalau sejuta orang masuk syurga, syurga dah full... 

Dan kepada yang takleh menerima teguran, renung-renungkanlah... Bak kata mak aku, sebab kubur asing asing la kita kene tegur menegur sementara kita dan kawan kita hidup. Nanti bila dah dalam kubur, kita dah takleh nak slow talk ngan malaikat supaya kurangkan azab member kita... beringat-ingatlah eh...

Ikutkan aku sendiri tau semua penulisan aku ni bukannya sejuta orang yang baca, tapi at least insyaAllah bila aku dah mati nanti, mungkin ada sorang dua yang baca dan mungkin sedikit tersedar dan mendapat kebaikan dari apa yang aku sampaikan, insyaAllah ada gak yang membantu aku nanti...

Bila kita mati, cuma 3 perkara yang menjadi bekalan kita berterusan...
1. Doa anak yang soleh
2. Sedekah jariah 
3. Ilmu yang baik dan berguna

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.




Read more »

Friday, October 18, 2013

adakah kita beriman?


Soalan : Ko ni bebetul ke beriman dengan Allah?
Jawapan : Betul la aku beriman

Soalan : Ko percaya isra' mikraj
Jawapan : Percaya laa...

Soalan : Ko percaya Allah boleh tenggelamkan manusia dengan harta harta dia dalam bumi? (kisah karun dan hartanya dalam surah kahfi)
Jawapan : Ye la aku caya laa, dalam Quran kan...

Soalan : Maksudnya ko bebetul beriman dengan Quran
Jawapan : Mestilah aku beriman dengan Quran...baru la islam

Soalan : Ko tau apa yang terkandung dalam Quran?...dan ko tau apa maksud iman???

Iman dari segi lugha (bahasa) bermaksud, percaya atau membenarkan.
Definisi iman pula adalah membenarkan dalam hati, menyatakan dan membenarkan dengan lisan dan mengerjakan dengan anggota tubuh badan.

Memang berat bila kita nak berhujah tentang iman. So kat sini aku just nak terangkan dengan ringkas apakah itu iman dan benarkah kita mengaplikasikan iman dalam diri kita?. 

Dalam Surah Al-Hujarat ayat 15 :

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah mereka yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu ragu, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang orang yang benar (pengakuan imannya)

Disebut dalam ayat suci ini, "TIDAK RAGU RAGU" bermaksud kita menerima dengan sepenuh hati dan membenarkan tanpa sedikit pun menidakkan apa yang disebut oleh Allah dan setiap perlakuan oleh RasulNya. 

Seperti yang kita lihat betapa agungnya iman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang sedikit pun tak ragu ragu dalam menunaikan perintah Allah untuk menyembelih anaknya sendiri. Sesungguhnya mereka tergolong dari orang yang sabar. Dan balasannya Allah telah menukarkan dengan binatang korban yang besar dan sihat...

Dalam situasi kita skang ni, banyak perkara kita membelakangkan kata-kata Allah dan suruhanNya atas alasan mengikut kehendak manusia dan sebagainya. Sedar atau tidak, siapakan kita kalau bukan kerana kuasa Allah s.w.t....?

Kita mengaku dan berkeras mengatakan yang kita beriman dengan rukun-rukun iman yang semua orang tau. Tapi betul ke kita beriman???

Aku akan mengelak dan menyuruh semua mengelak bercakap tentang poligami. Terutama pada kaum wanita. Mereka kata mereka beriman, mereka kata mereka percaya dengan kata-kata Allah dan RasulNya, tetapi kenapa mereka menolak hukum poligami?...ini sebagai contoh... tetapi kaum lelaki, cermin semula apakah sebab kaum wanita menolak poligami ni?... adakah kaum lelaki benar benar menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami... jangan cepat menyalahkan wanita, dan wanita jangan pula menolak hukum yang Allah telah menetapkan sebagai perkara yang halal...

Kepada kaum lelaki, poligami ni bukanlah perkara yang sewenang-wenangnya untuk kita lakukan. Aku sebagai lelaki jugak kekadang sedih dengan lelaki yang melaksanakan hukum poligami tapi mengabaikan tanggungjawab yang sebenarnya. Takyah kata poligami, monogami atau beristeri satu pun ada kaum lelaki yang masih tidak sepenuhnya menunaikan tanggungjawab mereka sebagai suami. Lihat dan nilai betapa besarnya tanggungjawab sebagai seorang suami. Mahu berkhawin lebih, tetapi isteri yang satu sudahkah kalian mendidik mereka, menjaga aurat mereka dan memenuhi keperluan mereka?...

Ini cuma sekadar contoh...

Antara contoh yang lain besar, masih ada dikalangan kita yang masih ragu-ragu dengan hukum yang Allah telah tetapkan. Undang-undang yang Allah tetapkan ditolak tepi, dan menjalankan hukum manusia yang banyak 'lub hole' dan boleh dipusing oleh manusia sendiri. Ingin menjalankan hukum Allah tapi takut dengan penerimaan masyarakat, tetapi tidak takut dengan balasan Allah diakhirat...

Yang halal diharamkan
Yang haram dihalalkan

Banyak perkara yang kita sendiri boleh fikir, cerminkan diri kita dan tepuk dada tanyalah diri sendiri...

adakah kita betul betul beriman???
adakah kita faham pengertian iman???

hidup ni kejap je beb...esok lusa kita mati...

amin...





Read more »
Powered By Blogger