Assalamualaikum kak jah dan mak jah sekalian...dan abg jah dan pak jah sekalian...tak lupa juga dik jah dan nak jah sekalian...
Selepas selesai menunaikan solat jumaat di sebuah masjid di Shah Alam, aku terus memandu kereta ku ke pejabat setelah memaklumkan kepada seorang staff yang aku akan masuk lewat ke pejabat. Setibaku di pejabat, aku duduk termenung memikirkan suatu perkara yang telah ku berjanji dan masih belum aku tunaikan. Penulisan aku kini berdasarkan permintaan rengrakan, sanak saudara, sahabat dan memusuhku sendiri. Di atas satu permintaan yang aku sendiri cadangkan kepada seseorang, maka aku memilih tajuk ini untuk dijadikan bacaan kepada pembaca yang sedang bosan. Silakan membaca. Terima kasih.
Seperti yang kita tahu, manusia yang waras pemikirannya, mampu menyimpan dan mengingati mahupun terkenang semula memori atau peristiwa yang pernah berlaku ke atas diri mereka. Memori atau kenangan boleh disama ertikan. Ada yang manis dan ada yang pahit. Ada yang memberikan impak yang besar kepada seseorang dan ada juga yang boleh dilupakan atau diabaikan begitu sahaja.
Kita mampu menanges, ketawa ataupun tersenyum sinis bersendirian pabila memori ini bermain difikiran kita. Tidak salah untuk mengenang kembali, dengan tujuan untuk memperbaiki dan menjadikan pengajaran untuk masa hadapan. Tetapi bila kita terus meratapi perkara yang lepas, dan menangis hinggakan tidak dapat menerima sesuatu yang baru untuk diteruskan kehidupan akan datang seperti biasa, itu adalah sesuatu yang silap. Ingatlah wahai kak jah, mak jah, bang jah dan bapak jah nya....
Allah takkan bagi kita masalah yang kita sendiri takleh selesaikan.
Maksud kata aku kat atas tu ialah, apa yang jadi ke atas diri kita sudah tertulis sejak dari dulu lagi. Membezakan kita adalah cara penerimaan. Telah diberi akal kepada kita, dan nafsu yang membezakan kita dengan malaikat dan binatang. Manusia yang serba lengkap ni tak pernah mensyukuri nikmat Allah. Kita seharusnya terima apa yang telah terjadi.
Ada satu rakan yang pernah bertanyakan pada aku,"so kalau ppuan tu kene rogol,dia terima je la"...
So aku jawab, kalau dah kene rogol nak wat camne...tapi kena la tengok sebab ape..mana silap dia..mungkin sbb dia pakai terlalu seksi atau menarik perhatian laki..mungkin dia berjalan atau lepak di kawasan yang tidak sesuai untuk sorang wanita...so kita belajar atau tgk balik mana kesilapan yang kita pernah buat.
Dan satu perkara yang sangat sinonim dengan memori ini ialah cinta. Bercinta kadang kala tu memang seronok dan kadang kala menyakitkan. Kita akan berfikir ianya sakit bila kita sudah merasai kehilangannya. Tak kira la cinta kat bf ke gf ke mak ke ayah ke keluarga ke kucing ke dan sebagainya. Bukan nak menggalakkan bercinta bf gf ke ape ke... Tp ingatlah, sekiranya bercinta bagai nak rak sekalipun, dan ditentukan jodoh itu bukan milik kalian, tak guna kita melawan takdir. Kita dah usaha dan selebihnya kita berserah pada Allah. Allah tu bukan kejam dan taktau pilihan Dia. Sesungguhnya Allah tu maha mengetahui. Tak terkecuali setiap hamba Dia dapat perhatian Dia. So bila bercinta bagai nak rak, dan Allah telah menetapkan satu jalan cerita samada korang putus atau kekal, ini suma kuasa Allah. Dia tahu mana yang terbaik untuk hamba Dia. Tak kesah laki atau ppuan tu baik sekalipon, Allah mengetahui segalanya.
Teringat balik pasal kucing aku mati...hahaha... pada mulanya memang aku takleh terima. Dia menggigil dan menggelitik dalam kereta sementara aku mencari klinik haiwan yang terdekat. Dalam hening pagi, dan keadaan aku yang baru bangun tidur tanpa hiraukan pakaian dan rambut yang kusut masai, aku berkejar mencari klinik yang buka ketika itu. Tapi semua terlambat, hinggakan aku tidak mampu untuk mencangkul tanah kuburnya kerana terlalu sedih. Dalam keadaan melihat jasadnya yang kaku, aku teringat kembali kucingku inilah yang terlalu lincah gerak langkahnya, menceriakan keluarga kami dan menghiburkan kami ketika sunyi. Tapi dengan gagah aku menerima takdir bahawa kucingku kini sudah tidak bernyawa lagi dan air mata biar sebaldi pon takkan menghidupkan dia walau seminit. Biarpun hingga sekarang aku terasa kehilangannya, tp aku harus meneruskan apa yang aku lakukan dengan ceria dan gembira. Aku boleh menerima kucing-kucing lain dan melayan sama seperti kucingku sebelum ni. Kunci utamanya, kita harus menerima setiap yang datang akan pergi...samada dengan atau tanpa kerelaan mereka.
Menangis mungkin dapat meredakan kesedihan kita tapi takkan dapat mengembalikan apa yg telah pergi. Seandainya dia yang masih kita mengharapkan dan masih wujud di muka bumi, usahalah untuk mendapatkannya kembali. Tetapi sekiranya tidak ditunaikan, haruslah melangkah ke dunia yang baru. Allah maha mengetahui dan akan memberikan kita yang lebih baik dan sempurna, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment