Monday, July 8, 2013

Permainan & Penipuan Dunia (BAB. 1)


Dengan nama Allah yang maha mengetahui segala yang benar, nyata dan ghaib...
Assalamualaikumwarahmatullah

Bagi membuka 'baca' di dalam penulisan ini, ingin dijelaskan kita sebagai manusia yang beragama Islam, mempercayai dan beriman kepada kitab yang diwahyukan kepada para Nabi, seharusnya mengerti apa yang akan terjadi di dunia yang sementara ini. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui perkara yang nyata dan ghaib, dan perkara yang lepas dan bakal berlaku, dan perkara yang benar walaupun ditutup oleh fitnah dan dusta. Aku sebagai umat Muhammad, cuma mampu menulis dan ingin menerangkan disamping meringkaskan sebahagian penulisan dan bahan bacaan yang telah membongkar segala penipuan di dunia bagi menyesatkan umat manusia, tidak mengira kepercayaan yang dipegang oleh manusia.

Adakah kita tahu apa sebenarnya tujuan kita dijadikan di muka bumi ini?.

"Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia kecuali beribadah kepada Ku"
(Az-Zariat:56)

Teringat kembali antara kata-kata seorang 'puak pemusnah dunia' yang sangat berpengaruh di dalam buku yang bertajuk "Pawns in the games (William Guy Carr)", yang menyebut, (ayat ini diolah mengikut fahaman sendiri), "kita tidak akan menang untuk memerangi mereka, tetapi kita mulakan dengan perang dalaman, iaitu pemikiran dan melemahkan pegangan mereka". Ayat ini telah disebut oleh Adam Weishaupt, salah seorang pengasas dan sangat berpengaruh bagi mempengaruhi pembentukan 'New World Order". 

Pawns in the games adalah antara buku yang terawal membuka mata aku untuk mengetahui lebih dalam tentang penipuan dan permainan dunia sekarang. Diikuti dengan buku hasil penulisan Harun Yahya atau nama sebenarnya Adnan Oktar. Buku-buku ini akan menjelaskan kita tentang kerosakan yang sengaja dibuat-buat oleh 'puak pemusnah dunia' yang cuba menyesatkan minda dan pemikiran umat manusia seluruh dunia. Dan kini, masih di dalam bacaan, sebuah buku yang bertajuk 'Deadly Mist' hasil penulisan Jerry D. Gray. Dan buku yang ditulis oleh saudara baru kita ini, telah menguatkan semangat aku untuk menulis secara ringkas tentang permainan & penipuan dunia sekarang.

Melihat keruntuhan kerajaan Islam satu persatu di dunia ini, membuatkan aku berfikir, mengapakah kita terlalu bodoh untuk menilai kebenaran disamping merujuk kembali kitab-kitab yang telah diturunkan sebelum ini. Al-Quran telah diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui Jibril a.s dan dijanjikan oleh Allah agar terpelihara kebenarannya, seharusnya dijadikan panduan untuk SETIAP umat manusia dan jin di dunia sementara ini. Seandainya jin-jin yang membaca penulisan ini, mereka akan lebih peka dengan penipuan yang dibuat-buat oleh umat manusia yang datangnya dari 'puak pemusnah dunia' ini.

Di dalam buku Deadly Mist ini, aku sangat terkejut dengan permainan dan propaganda yang dilakukan oleh 'puak pemusnah dunia'. Sememangnya aku mengerti tentang penipuan yang dibuat oleh mereka, tetapi buku ini menerangkan lebih jelas di manakah pucuk pangkal mereka bermula. Buku ini memfokuskan tentang kemusnahan manusia melalui sains dan teknologi dan buku Pawns in the games pula memfokuskan tentang kemusnahan manusia melalui pemikiran dan kehidupan seharian kita. Merujuk kepada buku hasil penulisan Harun Yahya pula, beliau memfokuskan tentang organisasi dan ideologi 'puak pemusnah dunia'. Seandainya kalian membaca buku-buku ini, kalian akan terkejut dan terasa diri kita telah ditipu disamping dijadikan boneka dalam pembentukan DUNIA BARU yang telah dirancangkan sejak beratus-ratus tahun yang lalu. 

Ideologi politik, pembentukan sistem kewangan, perang dunia, sains kesihatan dan teknologi, hiburan dan banyak lagi, telah dipelopori oleh mereka dan kita yang sedikit demi sedikit telah terikat dengan tali boneka yang dikawal oleh mereka, menolak kebenaran dan menjadikan fitnah mereka sebagai sumber rujukan dalam kehidupan seharian kita. 

Nauzubillah! 

Bangkitlah dan teruskan mencari kebenaran yang sebenar-benarnya benar...

Powered By Blogger