Monday, July 8, 2013

Permainan & Penipuan Dunia (BAB. 3)


Dengan nama Allah yang maha Pengampun dan maha Pengasih
Assalamualaikumwarahmatullah

Melihat kemajuan teknologi yang sangat pesat disamping menjadikan kehidupan kita lebih efisyen dan efektif,  kita mungkin tidak terfikir keburukan disebaliknya. Kita yang semakin alpa dan lalai dengan keseronokan teknologi ini hingga tidak menyedari kerosakan yang sangat besar di dalam kehidupan di dunia ini dan seterusnya membawa kepada dosa dan fitnah yang besar. 

Perasan atau tidak, sekiranya kita cuba memperjuangkan kebenaran yang sebenar, baik dari kesan negatif tentang isu teknologi, hiburan, ideologi politik mahupun isu yang bercanggah dengan hukum agama islam, pasti ada yang cuba menghentam dan ada yang sanggup memperjuangkan habis-habisan bagi 'menegakkan benang yang basah'. Hanya berpandukan dari sumber yang tidak diketahui, atau senang kata, cuma 'click' sahaja, mereka menjadikan sumber ini sebagai hujahan tanpa mempedulikan kebenaran yang terdapat di dalam Quran dan Hadith. 

Bagaimanakah mereka begitu mudah terpengaruh untuk menjadikan teknologi ini sebagai sumber panduan kehidupan mereka?

Kebijaksanaan 'puak pemusnah dunia' ini memang tidak boleh dinafikan. Tetapi kita sebagai umat Islam, sebenarnya mampu untuk mengatasi kebijaksanaan mereka dengan menjadikan al-Quran, hadith dan sunnah sebagai panduan dalam menjalankan kehidupan seharian kita. Kita terjamin selamat dunia dan akhirat sekiranya menjadikan ajaran agama Islam sebagai panduan sebenar dalam membentuk diri dan keluarga kita. 

'Puak pemusnah dunia' ini sebenarnya telah meracun pemikiran kita sejak kita kecil lagi. Sedar atau tidak, mereka menjadikan teknologi yang begitu hebat untuk menyampaikan 'dakwah' sesat mereka hinggakan kita terpengaruh dengan ideologi dan budaya mereka dan mempraktikkan dalam kehidupan seharian kita. Sebagai contoh, mereka menjadikan jalan cerita mereka sebagai panduan untuk kita melakukan perkara yang sama hinggakan kita menolak sunnah yang di ajar oleh pemimpin terhebat dunia, Nabi Muhammad s.a.w. Seperti yang pernah aku tuliskan di tajuk Sitcom pada tahun 2008. Bukan sahaja kita, manusia yang sudah mengenal kebaikan keburukan tetapi juga kanak-kanak yang baru sahaja ingin belajar tentang kehidupan di muka bumi ini. 

Tidak sedarkah kita, banyak cerita-cerita yang menggambarkan pengganas dunia adalah dikalangan umat Islam terutamanya di negara-negara arab yang majoritinya dihuni oleh penduduk Islam yang mengamalkan sistem perundangan Islam yang sebenar. Pelakon-pelakon yang hebat dijadikan sebagai 'hero' untuk menentang pengganas yang membawa kerosakan dimuka bumi ini. Dan pengganas-pengganas itu kebanyakannya berserban, berjanggut, berjubah dan BERAGAMA ISLAM!.

Mungkin kita yang sudah dewasa ini boleh menilai bahawa itu cuma sekadar hiburan. Tetapi bagaimanapula dengan kanak-kanak yang baru belajar tentang ilmu dunia sementara ini?. Apa pandangan mereka tentang manusia yang berserban, berjubah, berjanggut dan sebagainya?. Sedangkan berjanggut itu adalah sunnah Rasulullah s.a.w...

Janganlah kita terkejut sekiranya di masa akan datang, manusia seluruh dunia melabelkan orang yang berjanggut ini semuanya adalah orang yang jahat dan ganas. Berserban dan berjubah adalah tradisi yang kolot dan fesyen yang melabelkan kejahatan dan keganasan. Sedikit demi sedikit pemikiran manusia dikotori dengan penipuan dalam kebenaran. Dan jangan terkejut juga sekiranya ada umat Islam yang malu untuk mengaku Islam kerana takut dilabelkan sebagai pengganas dan membawa kerosakan dalam keamanan.

Subhanallah... apa sebenar yang akan terjadi sekiranya al-Quran, hadith dan sunnah itu tidak lagi dijadikan panduan kepada umat manusia terutamanya kita yang hakikatnya beragama Islam?. Dan 3 perkara ini malu untuk diperjuangkan oleh umat Muhammad sendiri?.

Walaupun baru diperingkat permulaan aku membaca buku yang bertajuk Deadly Mist ini, aku sangat terkejut dengan propaganda yang dilakukan oleh 'puak pemusnah dunia' ini. Kalian, janganlah kita terlalu mudah untuk terpengaruh dengan pujuk rayu syaitan ini semua. Dunia ini hanya sementara, jangan kita menghambakan diri kita untuk mengejar dan tunduk dengan penipuan yang kononnya membawa kita kepada keseronokan dunia. Sebaliknya akhirat adalah tempat kemenangan kita sebagai seorang muslim. Biarpun kita ditindas di dunia ini, dicaci dan dihina, diseksa dan dipandang serong oleh masyarakat, Allah adalah tempat segalanya. Allah yang menentukan di mana kita akan berada selama-lamanya. Samada di syurga atau neraka. 

Ingatlah, dunia ini sementara. Keseronokan di dunia juga hanya sementara. Yang kekal selamanya adalah di 'sana'...dan di sini aku berdoa agar sahabat aku, Ahmad Nur Rasyid bin Kassim dan saudara-saudara yang lain sedang berbahagia di 'sana'. Kadang-kadang aku merasa cemburu kerana sahabatku ini telah selamat dari fitnah dunia yang sementara ini dan telah berpindah kekal di 'sana'. Dan pastinya, kita juga akan ke 'sana' sementara terus berjuang di sini bagi mengurangkan bilangan saudara kita yang masih lagi keliru dengan permainan dan penipuan dunia kini....

Insyallah...

No comments:

Powered By Blogger