Dengan nama Allah yang maha mengetahui segala kebenaran yang nyata dan ghaib...
Assalamualaikumwarahmatullah...
Seperti yang dijelaskan di dalam bab 1, kita sememangnya semakin buta dengan kebenaran dan membenarkan penipuan dan permainan syaitan menjadi panduan dalam kehidupan seharian kita. Tetapi adakah kita sedar di manakah penipuan di dalam kebenaran itu?.
Ada diantara kita, dan hampir keseluruhan, telah terikat sepenuhnya dengan permainan dan penipu mereka. Dan aku, tidak terkecuali telah terikat sepenuhnya dengan permainan mereka. Pada mulanya, aku takut untuk menjelaskan tentang perkara ini, kerana 'puak pemusnah dunia' ini sanggup melakukan apa saja untuk menutup segala penipuan mereka. Tetapi, sebagai seorang yang beragama Islam di zaman baru ini, aku jadikan penulisan ini sebagai perjuangan seorang "PENGGANAS DI DUNIA BARU" mereka. Walaupun tidak besar perjuangan ini, sedikit sebanyak mampu membuka mata pembaca agar tidak terus terikat dengan tali boneka mereka.
Seperti yang dirancang oleh mereka, minda kita telah dimanupulasi oleh 'puak pemusnah dunia' ini. Ada diantara kita yang sanggup bermati-matian memperjuangkan permainan dan penipuan mereka tanpa menyedari kebenarannya. Bukan hendak menyalahkan ibu bapa atau pemimpin kita, tetapi kita yang dijadikan sebagai khalifah seharusnya sendiri mencari kebenaran yang betul-betul kebenarannya. Mungkin ada yang tidak faham dengan ayat tersebut tetapi hakikatnya, kebenaran di dunia ini juga telah ditipu kebenarannya. hahahaha...pelikkan!?...
Sebagai contoh, kita, termasuk institusi kehakiman dan undang-undang, membenarkan sistem perbankan conventional. Walaupun aku tidak faham erti sebenar sistem perbankan dunia sekarang, tetapi di dalam Islam, riba' sememangnya haram dan salah disamping membawa kemudaratan kepada umat manusia. Tetapi ianya telah menjadi panduan dan dibenarkan disetiap negara termasuk negara-negara Islam. Di dunia sekarang ianya telah di BENARKAN walaupun hakikatnya HARAM disisi hukum Islam.
Antara contoh lain, HIBURAN!. Ada diantara mereka yang begitu bangga melihat darah daging mereka sendiri dan ada juga yang sanggup mempertaruhkan harta bagi menjadikan isteri, anak atau saudara mereka ditonton oleh masyarakat dunia. Dipertontonkan dengan aurat yang dibuka, membiarkan diri mereka terbuka dengan fitnah dan ada yang sanggup menutup mata membiarkan saudara mereka bergelumang dengan dosa dan maksiat bagi menjadikan diri mereka terkenal dan dipandang oleh masyarakat lain. Gossip yang dibanggakan menjadikan mereka lebih terkenal walaupun tidak disedari keburukan yang nyata dimasa akan datang. Mereka seakan-akan mengejar populariti di dunia sementara yang dipandang oleh manusia biasa dari mengejar populariti yang akan dipandang oleh Allah di hari akhirat nanti.
Seandainya kalian memahami penulisan sebelum ini yang bertajuk Si Baik yang Jahat, kerajaan Islam satu persatu runtuh dan diperjuangkan semula oleh 'pejuang-pejuang' atau lebih tepat boneka syaitan yang membawa kepada kerosakan yang nyata. Mereka menjadikan dunia ini sebagai syurga bagi umat manusia sedangkan sudah sedia maklum, kita mempercayai bahawa dunia di bumi ini hanyalah sementara. Kita terpesong dari tujuan kita dijadikan oleh Allah dan sebaliknya menjadikan harta dunia sebagai tempat untuk kita bersujud. Bila ditanya tentang rukun iman, pasti kalian mampu menjawab. Tetapi sekiranya ditanya, adakah kita benar-benar beriman dengan 6 perkara itu, adakah kita mampu menjawab?....
Nauzubillah!
No comments:
Post a Comment