Monday, July 8, 2013

Permainan & Penipuan Dunia (BAB. 3)


Dengan nama Allah yang maha Pengampun dan maha Pengasih
Assalamualaikumwarahmatullah

Melihat kemajuan teknologi yang sangat pesat disamping menjadikan kehidupan kita lebih efisyen dan efektif,  kita mungkin tidak terfikir keburukan disebaliknya. Kita yang semakin alpa dan lalai dengan keseronokan teknologi ini hingga tidak menyedari kerosakan yang sangat besar di dalam kehidupan di dunia ini dan seterusnya membawa kepada dosa dan fitnah yang besar. 

Perasan atau tidak, sekiranya kita cuba memperjuangkan kebenaran yang sebenar, baik dari kesan negatif tentang isu teknologi, hiburan, ideologi politik mahupun isu yang bercanggah dengan hukum agama islam, pasti ada yang cuba menghentam dan ada yang sanggup memperjuangkan habis-habisan bagi 'menegakkan benang yang basah'. Hanya berpandukan dari sumber yang tidak diketahui, atau senang kata, cuma 'click' sahaja, mereka menjadikan sumber ini sebagai hujahan tanpa mempedulikan kebenaran yang terdapat di dalam Quran dan Hadith. 

Bagaimanakah mereka begitu mudah terpengaruh untuk menjadikan teknologi ini sebagai sumber panduan kehidupan mereka?

Kebijaksanaan 'puak pemusnah dunia' ini memang tidak boleh dinafikan. Tetapi kita sebagai umat Islam, sebenarnya mampu untuk mengatasi kebijaksanaan mereka dengan menjadikan al-Quran, hadith dan sunnah sebagai panduan dalam menjalankan kehidupan seharian kita. Kita terjamin selamat dunia dan akhirat sekiranya menjadikan ajaran agama Islam sebagai panduan sebenar dalam membentuk diri dan keluarga kita. 

'Puak pemusnah dunia' ini sebenarnya telah meracun pemikiran kita sejak kita kecil lagi. Sedar atau tidak, mereka menjadikan teknologi yang begitu hebat untuk menyampaikan 'dakwah' sesat mereka hinggakan kita terpengaruh dengan ideologi dan budaya mereka dan mempraktikkan dalam kehidupan seharian kita. Sebagai contoh, mereka menjadikan jalan cerita mereka sebagai panduan untuk kita melakukan perkara yang sama hinggakan kita menolak sunnah yang di ajar oleh pemimpin terhebat dunia, Nabi Muhammad s.a.w. Seperti yang pernah aku tuliskan di tajuk Sitcom pada tahun 2008. Bukan sahaja kita, manusia yang sudah mengenal kebaikan keburukan tetapi juga kanak-kanak yang baru sahaja ingin belajar tentang kehidupan di muka bumi ini. 

Tidak sedarkah kita, banyak cerita-cerita yang menggambarkan pengganas dunia adalah dikalangan umat Islam terutamanya di negara-negara arab yang majoritinya dihuni oleh penduduk Islam yang mengamalkan sistem perundangan Islam yang sebenar. Pelakon-pelakon yang hebat dijadikan sebagai 'hero' untuk menentang pengganas yang membawa kerosakan dimuka bumi ini. Dan pengganas-pengganas itu kebanyakannya berserban, berjanggut, berjubah dan BERAGAMA ISLAM!.

Mungkin kita yang sudah dewasa ini boleh menilai bahawa itu cuma sekadar hiburan. Tetapi bagaimanapula dengan kanak-kanak yang baru belajar tentang ilmu dunia sementara ini?. Apa pandangan mereka tentang manusia yang berserban, berjubah, berjanggut dan sebagainya?. Sedangkan berjanggut itu adalah sunnah Rasulullah s.a.w...

Janganlah kita terkejut sekiranya di masa akan datang, manusia seluruh dunia melabelkan orang yang berjanggut ini semuanya adalah orang yang jahat dan ganas. Berserban dan berjubah adalah tradisi yang kolot dan fesyen yang melabelkan kejahatan dan keganasan. Sedikit demi sedikit pemikiran manusia dikotori dengan penipuan dalam kebenaran. Dan jangan terkejut juga sekiranya ada umat Islam yang malu untuk mengaku Islam kerana takut dilabelkan sebagai pengganas dan membawa kerosakan dalam keamanan.

Subhanallah... apa sebenar yang akan terjadi sekiranya al-Quran, hadith dan sunnah itu tidak lagi dijadikan panduan kepada umat manusia terutamanya kita yang hakikatnya beragama Islam?. Dan 3 perkara ini malu untuk diperjuangkan oleh umat Muhammad sendiri?.

Walaupun baru diperingkat permulaan aku membaca buku yang bertajuk Deadly Mist ini, aku sangat terkejut dengan propaganda yang dilakukan oleh 'puak pemusnah dunia' ini. Kalian, janganlah kita terlalu mudah untuk terpengaruh dengan pujuk rayu syaitan ini semua. Dunia ini hanya sementara, jangan kita menghambakan diri kita untuk mengejar dan tunduk dengan penipuan yang kononnya membawa kita kepada keseronokan dunia. Sebaliknya akhirat adalah tempat kemenangan kita sebagai seorang muslim. Biarpun kita ditindas di dunia ini, dicaci dan dihina, diseksa dan dipandang serong oleh masyarakat, Allah adalah tempat segalanya. Allah yang menentukan di mana kita akan berada selama-lamanya. Samada di syurga atau neraka. 

Ingatlah, dunia ini sementara. Keseronokan di dunia juga hanya sementara. Yang kekal selamanya adalah di 'sana'...dan di sini aku berdoa agar sahabat aku, Ahmad Nur Rasyid bin Kassim dan saudara-saudara yang lain sedang berbahagia di 'sana'. Kadang-kadang aku merasa cemburu kerana sahabatku ini telah selamat dari fitnah dunia yang sementara ini dan telah berpindah kekal di 'sana'. Dan pastinya, kita juga akan ke 'sana' sementara terus berjuang di sini bagi mengurangkan bilangan saudara kita yang masih lagi keliru dengan permainan dan penipuan dunia kini....

Insyallah...

Read more »

Permainan & Penipuan Dunia (BAB. 2)


Dengan nama Allah yang maha mengetahui segala kebenaran yang nyata dan ghaib...
Assalamualaikumwarahmatullah...

Seperti yang dijelaskan di dalam bab 1, kita sememangnya semakin buta dengan kebenaran dan membenarkan penipuan dan permainan syaitan menjadi panduan dalam kehidupan seharian kita. Tetapi adakah kita sedar di manakah penipuan di dalam kebenaran itu?.

Ada diantara kita, dan hampir keseluruhan, telah terikat sepenuhnya dengan permainan dan penipu mereka. Dan aku, tidak terkecuali telah terikat sepenuhnya dengan permainan mereka. Pada mulanya, aku takut untuk menjelaskan tentang perkara ini, kerana 'puak pemusnah dunia' ini sanggup melakukan apa saja untuk menutup segala penipuan mereka. Tetapi, sebagai seorang yang beragama Islam di zaman baru ini, aku jadikan penulisan ini sebagai perjuangan seorang "PENGGANAS DI DUNIA BARU" mereka. Walaupun tidak besar perjuangan ini, sedikit sebanyak mampu membuka mata pembaca agar tidak terus terikat dengan tali boneka mereka.

Seperti yang dirancang oleh mereka, minda kita telah dimanupulasi oleh 'puak pemusnah dunia' ini. Ada diantara kita yang sanggup bermati-matian memperjuangkan permainan dan penipuan mereka tanpa menyedari kebenarannya. Bukan hendak menyalahkan ibu bapa atau pemimpin kita, tetapi kita yang dijadikan sebagai khalifah seharusnya sendiri mencari kebenaran yang betul-betul kebenarannya. Mungkin ada yang tidak faham dengan ayat tersebut tetapi hakikatnya, kebenaran di dunia ini juga telah ditipu kebenarannya. hahahaha...pelikkan!?...

Sebagai contoh, kita, termasuk institusi kehakiman dan undang-undang, membenarkan sistem perbankan conventional. Walaupun aku tidak faham erti sebenar sistem perbankan dunia sekarang, tetapi di dalam Islam, riba' sememangnya haram dan salah disamping membawa kemudaratan kepada umat manusia. Tetapi ianya telah menjadi panduan dan dibenarkan disetiap negara termasuk negara-negara Islam. Di dunia sekarang ianya telah di BENARKAN walaupun hakikatnya HARAM disisi hukum Islam.

Antara contoh lain, HIBURAN!. Ada diantara mereka yang begitu bangga melihat darah daging mereka sendiri dan ada juga yang sanggup mempertaruhkan harta bagi menjadikan isteri, anak atau saudara mereka ditonton oleh masyarakat dunia. Dipertontonkan dengan aurat yang dibuka, membiarkan diri mereka terbuka dengan fitnah dan ada yang sanggup menutup mata membiarkan saudara mereka bergelumang dengan dosa dan maksiat bagi menjadikan diri mereka terkenal dan dipandang oleh masyarakat lain. Gossip yang dibanggakan menjadikan mereka lebih terkenal walaupun tidak disedari keburukan yang nyata dimasa akan datang. Mereka seakan-akan mengejar populariti di dunia sementara yang dipandang oleh manusia biasa dari mengejar populariti yang akan dipandang oleh Allah di hari akhirat nanti. 

Seandainya kalian memahami penulisan sebelum ini yang bertajuk Si Baik yang Jahat, kerajaan Islam satu persatu runtuh dan diperjuangkan semula oleh 'pejuang-pejuang' atau lebih tepat boneka syaitan yang membawa kepada kerosakan yang nyata. Mereka menjadikan dunia ini sebagai syurga bagi umat manusia sedangkan sudah sedia maklum, kita mempercayai bahawa dunia di bumi ini hanyalah sementara. Kita terpesong dari tujuan kita dijadikan oleh Allah dan sebaliknya menjadikan harta dunia sebagai tempat untuk kita bersujud. Bila ditanya tentang rukun iman, pasti kalian mampu menjawab. Tetapi sekiranya ditanya, adakah kita benar-benar beriman dengan 6 perkara itu, adakah kita mampu menjawab?....

Nauzubillah!



Read more »

Permainan & Penipuan Dunia (BAB. 1)


Dengan nama Allah yang maha mengetahui segala yang benar, nyata dan ghaib...
Assalamualaikumwarahmatullah

Bagi membuka 'baca' di dalam penulisan ini, ingin dijelaskan kita sebagai manusia yang beragama Islam, mempercayai dan beriman kepada kitab yang diwahyukan kepada para Nabi, seharusnya mengerti apa yang akan terjadi di dunia yang sementara ini. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui perkara yang nyata dan ghaib, dan perkara yang lepas dan bakal berlaku, dan perkara yang benar walaupun ditutup oleh fitnah dan dusta. Aku sebagai umat Muhammad, cuma mampu menulis dan ingin menerangkan disamping meringkaskan sebahagian penulisan dan bahan bacaan yang telah membongkar segala penipuan di dunia bagi menyesatkan umat manusia, tidak mengira kepercayaan yang dipegang oleh manusia.

Adakah kita tahu apa sebenarnya tujuan kita dijadikan di muka bumi ini?.

"Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia kecuali beribadah kepada Ku"
(Az-Zariat:56)

Teringat kembali antara kata-kata seorang 'puak pemusnah dunia' yang sangat berpengaruh di dalam buku yang bertajuk "Pawns in the games (William Guy Carr)", yang menyebut, (ayat ini diolah mengikut fahaman sendiri), "kita tidak akan menang untuk memerangi mereka, tetapi kita mulakan dengan perang dalaman, iaitu pemikiran dan melemahkan pegangan mereka". Ayat ini telah disebut oleh Adam Weishaupt, salah seorang pengasas dan sangat berpengaruh bagi mempengaruhi pembentukan 'New World Order". 

Pawns in the games adalah antara buku yang terawal membuka mata aku untuk mengetahui lebih dalam tentang penipuan dan permainan dunia sekarang. Diikuti dengan buku hasil penulisan Harun Yahya atau nama sebenarnya Adnan Oktar. Buku-buku ini akan menjelaskan kita tentang kerosakan yang sengaja dibuat-buat oleh 'puak pemusnah dunia' yang cuba menyesatkan minda dan pemikiran umat manusia seluruh dunia. Dan kini, masih di dalam bacaan, sebuah buku yang bertajuk 'Deadly Mist' hasil penulisan Jerry D. Gray. Dan buku yang ditulis oleh saudara baru kita ini, telah menguatkan semangat aku untuk menulis secara ringkas tentang permainan & penipuan dunia sekarang.

Melihat keruntuhan kerajaan Islam satu persatu di dunia ini, membuatkan aku berfikir, mengapakah kita terlalu bodoh untuk menilai kebenaran disamping merujuk kembali kitab-kitab yang telah diturunkan sebelum ini. Al-Quran telah diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui Jibril a.s dan dijanjikan oleh Allah agar terpelihara kebenarannya, seharusnya dijadikan panduan untuk SETIAP umat manusia dan jin di dunia sementara ini. Seandainya jin-jin yang membaca penulisan ini, mereka akan lebih peka dengan penipuan yang dibuat-buat oleh umat manusia yang datangnya dari 'puak pemusnah dunia' ini.

Di dalam buku Deadly Mist ini, aku sangat terkejut dengan permainan dan propaganda yang dilakukan oleh 'puak pemusnah dunia'. Sememangnya aku mengerti tentang penipuan yang dibuat oleh mereka, tetapi buku ini menerangkan lebih jelas di manakah pucuk pangkal mereka bermula. Buku ini memfokuskan tentang kemusnahan manusia melalui sains dan teknologi dan buku Pawns in the games pula memfokuskan tentang kemusnahan manusia melalui pemikiran dan kehidupan seharian kita. Merujuk kepada buku hasil penulisan Harun Yahya pula, beliau memfokuskan tentang organisasi dan ideologi 'puak pemusnah dunia'. Seandainya kalian membaca buku-buku ini, kalian akan terkejut dan terasa diri kita telah ditipu disamping dijadikan boneka dalam pembentukan DUNIA BARU yang telah dirancangkan sejak beratus-ratus tahun yang lalu. 

Ideologi politik, pembentukan sistem kewangan, perang dunia, sains kesihatan dan teknologi, hiburan dan banyak lagi, telah dipelopori oleh mereka dan kita yang sedikit demi sedikit telah terikat dengan tali boneka yang dikawal oleh mereka, menolak kebenaran dan menjadikan fitnah mereka sebagai sumber rujukan dalam kehidupan seharian kita. 

Nauzubillah! 

Bangkitlah dan teruskan mencari kebenaran yang sebenar-benarnya benar...

Read more »

Friday, July 5, 2013

Si Baik Yang Jahat


Assalamualaikum...

Dalam meniti arus globalisasi yang penuh dengan kemajuan, kita sering diberitakan dengan pelbagai isu dan topik mengenai perihal negara sendiri dan juga negara luar. Tidak terkecuali untuk setiap golongan, samada yang tua, muda mahupun kanak-kanak, berita-berita ini seperti air hujan yang turun melimpah ke bumi. Berita yang disampaikan disetiap sudut, disamping bantuan teknologi internet dan media massa, ianya juga pantas merebak dan tersebar begitu sahaja. Hakikatnya, adakah berita ini adalah "berita" ataupun "fitnah"...

Seperti yang sedia maklum, fitnah merupakan satu perbuatan yang mengakibatkan kerosakan, kemusnahan dan kemudaratan kepada semua pihak. Seperti yang dijelaskan dalam ajaran Islam, fitnah merupakan satu dosa yang sangat besar dan disebut juga di dalam Quran. Antara keburukan fitnah ini, ianya mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap seseorang, sekaligus menjatuhkan maruah dan kepercayaan kepada mereka. 

Penulisan ini sebenarnya tidaklah ingin mengetengahkan tentang keburukan fitnah secara menyeluruh, tetapi ingin menerangkan dan membuka fikiran pembaca tentang apa yang terjadi kepada dunia kita sekarang, hasil dari 'berita' yang tidak pasti kebenarannya...

Bila kita melihat berita yang terpampang dimuka akhbar dan juga internet, banyak isu mengenai negara-negara islam yang sedang berkocak pentadbiran kerajaan mereka termasuklah peperangan dan keruntuhan sosioekonomi akibat berita-berita palsu yang didedahkan oleh 'puak pemusnah dunia' ini. Ancaman ini mewujudkan 'tentera sampingan' yang bukannya datang dari negara luar, tetapi lahirnya mereka dari negara sendiri. Rakyat yang bangkit dan terangsang akibat mendengar berita berita palsu dari 'puak pemusnah dunia' ini, kononnya berjuang untuk membebaskan diri mereka dari genggaman pemimpin yang sebenarnya tulus dan jujur dalam melaksanakan amanah mereka. 

'Puak pemusnah dunia' ini secara diam-diam menyerapkan ideologi kotor mereka kepada rakyat dan mencuci pemikiran rasional mereka dengan pemikiran barat yang sememangnya membawa kerosakan lebih-lebih lagi pemikiran yang menolak unsur-unsur kesucian agama Islam. Rakyat yang terpedaya ini seakan-akan dirasuk dan membiarkan diri mereka menjadi boneka 'puak pemusnah dunia' untuk meruntuhkan kerajaan Islam yang sebenar.

Bukan satu atau dua negara Islam yang telah menjadi mangsa fitnah 'puak pemusnah dunia' ini, tetapi lebih dan satu persatu negara Islam ini runtuh ditangan rakyat mereka sendiri. Sebagai contoh di sebuah negara yang dilanda krisis seperti dijelaskan, dan kini telah jatuh ditangan rakyat yang buta dan terpedaya dengan fitnah 'puak pemusnah dunia'. Mereka menolak seorang pemimpin yang beragama islam, mengamalkan sunnah Rasul dan seorang penghafaz al-Quran... pemimpin ini juga merupakan seorang hamba yang sering melakukan tahajjud, berjemaah di masjid-masjid dan juga seorang yang selalu memikirkan tentang kebaikan untuk rakyat beliau... akibat dari fitnah dan berita yang dibuat-buat oleh 'puak pemusnah dunia' ini, beliau akhirnya jatuh ditangan rakyatnya sendiri... melihat ini berlaku, aku sendiri selalu terfikir, kenapa kita (rakyat) terlalu bodoh untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk?.

Secara peribadinya, aku melihat, kita menganggapkan seseorang yang mengamalkan ajaran Islam yang sebenar akan dipandang kolot dan tidak maju dari segi ekonomi dan sosial. Sedangkan apa yang berlaku di dunia sekarang sememangnya jauh dan terpesong dari ajaran Islam yang sebenar. Kita terlalu melihat kebendaan, keseronokan dan terlalu 'open minded' sedangkan itulah sebenarnya tips-tips untuk meruntuhkan akhlak dan pegangan kita sebagai seorang manusia sebenar dan lebih tepat lagi sebagai seorang Muslim.

Dulu, sebagai contoh, pejuang-pejuang Islam di Afghanistan, dilabelkan sebagai pengganas oleh 'puak pemusnah dunia' ini, tetapi kini, pejuang-pejuang Islam diseluruh dunia masih dilabelkan pengganas dan dipersetujui oleh masyrakat Islam sendiri. Pada Julai 2008, aku pernah menulis tentang Tangis Seorang Pengganas. Penulisan yang menjelaskan perjuangan mereka dan reaksi masyarakat dunia tentang mereka. Pejuang Islam tidak semestinya seseorang yang memegang senjata, tetapi juga seseorang yang cuba menegakkan kebenaran agama Islam samada berdakwah mahupun pemimpin yang memimpin yang rakyat mereka ke jalan sebenar. Dan inilah yang terjadi kepada dunia sekarang. Pejuang islam ini cuba memimpin rakyat mereka tetapi dibalas dengan rusuhan dan provokasi yang merosakkan negara dan kerajaan Islam yang sebenar.

Malaysia juga merupakan sebuah negara Islam, dan kalian sedarlah dan buka fikiran ke arah yang berlandaskan ajaran Islam. Jangan mudah terpedaya dengan berita palsu dan jangan jadikan diri kita sebagai boneka 'puak pemusnah dunia'. Sebelum aku menamatkan penulisan ini, maksud 'puak pemusnah dunia' adalah merujuk kepada Yahudi dan sekutunya. Berjuanglah atas nama Islam, bukan 'kebebasan' yang dicipta oleh 'puak pemusnah dunia' ini. Kebebasan mereka itu membawa kerosakan kepada semua umat manusia tidak kira agama, bangsa dan peringkat umur kita. Seandainya salah seorang dari 4 khalifah Islam kita menerajui kerajaan Islam kini, adakah mereka turut dilabelkan sebagai seorang pengganas dan jahat?...buka mata dan buka minda...manusia semakin bijak tetapi jangan biarkan buta dengan kebenaran...

Wassalam!
Read more »
Powered By Blogger