Sunday, November 30, 2008

Yoga

Khutbah jumaat yang lalu telah menceritakan satu topik yang sangat menarik dan begitu sesuai dengan isu yang kini hangat diperkatakan di Malaysia. Siapa yang tidak tahu isu ini antara isu yang begitu banyak memberi impak dan kontroversi antara majlis agama dan sebilangan masyarakat umum terutamanya org islam di Malaysia. Sekiranya isu ini diperkatakan di dalam khutbah jumaat di mana kebanyakan muslimin yang berkumpul ternyatalah isu ini sangat penting dan mesti disampaikan kepada setiap umat islam di muka bumi ini terutamanya di Malaysia. Kita seringkali dibangkitkan dengan pelbagai isu berkaitan aqidah, syariah dan juga hukum² islam yang tidak mendapat kepastian samada shahih atau tidak. Berpandukan quran, sunnah dan hadith memberikan kita jawapan yang lengkap dan sempurna dalam pelaksanaan sesuatu hukum. Seandainya hukum yang dibincangkan tidak terdapat dimana-mana panduan ia mungkin akan berdasarkan kias atau khilaf ulamak dimana pandangan ulamak mengenai isu terbabit. Isu kini yang sedang hangat diperkatakan ialah mengenai YOGA iaitu sejenis sukan atau pergerakan yang membentuk ketenangan mental dan fizikal.

Ianya menjadi bualan didalam majlis fatwa Malaysia kerana dikhuatiri berlakunye pernyelewangan aqidah seseorang muslim. Ini kerana, Yoga datangnya dari amalan agama hindu yang juga pergerakannya menyamai dengan pergerakan tuhan² hindu (e.g Shiva). Penyelewengan aqidah boleh menyebabkan syirik dimana ialah adalah satu perlakuan yang sangat terkutuk dan dibenci oleh Allah s.w.t. Di dalam khutbah tersebut juga mengatakan sebilangan masyarakat tidak bersetuju pengharaman senaman yoga yg dikatakan meemesongkan aqidah seseorang muslim dan menjadikan syirik ke atas perlakuan senaman tersebut. Ini kerana mereka mengatakan bahawa mereka mengamalkan senaman yoga atas tujuan kesihatan fizikal dan mental bukan untuk upacara keagamaan seperti agama hindu.

Di dalam keterangan majlis fatwa Malaysia, mereka tidak mengharamkan senaman yoga selagi mereka tidak mengamalkan dengan bacaan tertentu yang dilakukan oleh agama hindu. Seperti yang dijelaskan bahawa pada asalnya senaman yoga ini adalah datangnya dari upacara agama hindu dan perlakuan oleh tuhan yoga. Mereka boleh mengamalkan senaman yoga asalkan tidak terpesong dari ajaran islam.

Tetapi….

Kenapa senaman yoga di jadikan satu isu yang sangat besar kenapa tidak sukan olimpik!?dan juga kenapa tidak adat bersanding di dalam majlis perkhawinan melayu yang masih dilakukan oleh masyarakat umum Negara ini!?

Sukan olimpik seperti yang kita tahu telah berkurun tahun lamanya dianjurkan di seluruh dunia termasuk Negara islam sendiri seperti Malaysia. Tahukah mereka asal usul sukan olimpik pada abad kurun ke berapa ntah aku pon taktau… tapi yang penting ianya bermula pada mitos Hercules, Poseidon, Zeus dan lain². Sukan olimpik adalah pertunjukan kepada tuhan Zeus pada kepercayaan Rom. Dan kini ianya menjadi satu kebanggaan dan kegemilangan kepada setiap Negara termasuk Negara islam sendiri. Tetapi mengapakah sukan olimpik tidak dijadikan sebagai isu dalam penyelewengan aqidah sedangkan ianya adalah satu pertunjukkan kepada tuhan Zeus iaitu thogut kepada masyrakat Rom!?

Begitu juga adat bersanding di dalam perkhawinan masyrakat melayu kita. Ianya berasal dari amalan hindu dan dibawa di dalam adat melayu di atas revolusi melayu pada zaman dahulu kala ketika islam tidak bertapak di tanah melayu lagi. Mengapa ianya tidak dijadikan sesuatu isu sedangkan ia adalah satu upacara di dalam masyarakat hindu?.

Mungkin isu bersanding tidak kukuh untuk diperkatakan tetapi bagaimana dengan isu olimpik yang seakan-akan isu yoga yang di propaganda kan oleh masyarakat kita sekarang? Adakah ianya berbeza sedangkan sukan olimpik bertujuan untuk dipersembahkan kepada Zeus!?

Seandainye ada tersalah kata atau kurang ilmu di dada, maaf la eh… sila la perbetulkan… terima kasih!

Read more »

Saturday, October 11, 2008

Sitcom

Seperti yang aku luahkan dalam blog kat bawah nih, sitcom adalah salah satu rancangan berbentuk video hiburan yang begitu menyerlah dalam menyerikan kehidupan seharian kite semua... memang tak boleh disangkal lagi ianya adalah satu hiburan yang diminati oleh setiap umat manusia bukan sahaja di Malaysia mahupon Asia tetapi seluruh dunia... ape yg kite lihat, sitcom kebanyakan menceritakan atau memperlihatkan sebuah kehidupan individu, keluarga dan juga keadaan sekeliling... di sini jugak lah salah satu tempat dimana budaya luar dapat diterapkan dalam budaya kite di Malaysia... Kita, seakan-akan depengaruhi oleh budaya luar dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian kite semua... sekiranye ia memberi kesan positif, adalah sangat baik ntuk kite memperbaiki kehidupan kite sendiri tetapi sekiranye ia memberi kesan sebaliknye, adakah ia dapat membantu ntuk kite terus maju dan kekal di jalan yang lurus!?.

mungkin kite sndiri sedar tak sedar yang keadaan kite smua dipengaruhi oleh budaya luar yang diterapkan dalam sitcom² tersebut.... bukan perkara asing lagi kisah² curang antara suma isteri, hasat dengki, cium dan berpelukan antara kekasih ditempat awam, kehidupan bebas remaja di tempat liar dan sebagainye... mungkin ada mengatakan itu adalah perkara yg remeh dan ada juga mengatakan tak open minded skirenye diceritakan isu ini sebagai bende yg negatif... cuba bayangkan sekiranye korang ni suma ditempat yg dicurangi, ditipu, dan mangsa keadaan dalam perkara yg disebut tadi.... mana datangnye budaya yang negatif ni suma kalo bukan dari sitcom yang menceritakan kehidupan budaya barat...

Grey's anatomy... sitcom yang menceritakan kehidupan sekumpulan doktor yang masing² mempunyai kisah hidup tersendiri... kisah cinta, kuasa dan segala-galanye cukup membuatkan para penonton begitu terhibur dan ada yang menjadikan sebagai contoh ntuk dipraktik dalam real life diaorg.... sitcom ni jugak diterapkan dengan adegan² yang boleh merosakkan budaya melayu kite... mungkin ada yang mengatakan aku kolot dengan memikirkan perkara camni tapi fikirkan lah bersama... cinta, seks dan segala²nye adalah perkara remeh bagi diaorg... tapi pada kite?? budaya kite??? adakah ni suma boleh di pandang remeh pada kite semua?? kehidupan mereka di tempat berkerja adalah kehidupan social mereka... pada kite, pada asalanye hanyalah tempat mencari rezeki dengan harapan diberkati tuhan ntuk kite dan mungkin kaum keluarga dirumah.... jangan jadikan budaya mereka sebagai contoh ntuk dipraktik dalam kehidupan seharian kite....

Gossip Girl... seperti ditempat kerja, tempat menimba ilmu juga dijadikan hiburan oleh budaya luar ntuk ditonton oleh masyarakat kite... sitcom ini menceritakan kehidupan sekumpulan pelajar ditempat elit di Manhattan... juga terdapat kisah adegan cinta, seks, kuasa dan hasat dengki yang mampu mempengaruhi dan mengubah kehidupan kite di sini... berciuman dan melakukan perkara yang kurang sedap dipandang oleh masyarakat kite di tempat awam adalah perkara biasa bagi kisah pelajar di dalam sitcom ini... memang benar sitcom ini adalah antara sitcom kegemaran aku tapi ape yg sedihnye, ada yang terikut-ikut dan dijadikan contoh dalam kehidupan kumpulan manusia yang sedang belajar ntuk mengenali dunia.... aku tak nafikan sedikit sebanyak ianya mempengaruhi dalam kehidupan social aku, tapi mungkin aku telah sedar dengan ape yg pernah aku lakukan dan aku berharap aku dapat terus berubah dan mengubah diri sndiri dan juga org lain dari terus terjebak dengan perkara yang negative ni suma...

Desperate housewives... hurmmm... sitcom yang aku sndiri tak pernah tgk dan aku tak nak tengok sbb kan aku terdengar desas desus mengatakan ia menceritakan kehidupan para isteri yang berlaku curang dan tidak melakukan tanggungjawab yang sepatut mereka lakukan... adakah perkara sebegini diimpikan dalah sesebuah keluarga!?... janganlah jadikan keluarga mahupon kehidupan kite sebagai mangsa dalam pertarungan hiburan sebegini... jadikan nye sebagai hiburan semata-mata bukan sebagai contoh ntuk dipraktikkan di dunia realiti kite...

terdapat banyak lagi sitcom² yang mampu mempengaruhi dan mengubah budaya kite disampaing mengabaikan tanggungjawab sbagai org yang bertanggungjawab ntuk melakukannye... ingatlah, ianya hanyalah hiburan bukan contoh atau sumber pengetahuan kite semua... amik perkara yang positif ntuk dicontohi dan abaikan perkara yang negative ntuk kebahagiaan kehidupan sndiri....

salam........!!!
Read more »

Kita...

Assalamualaikum!!!

lama rasanye dah tak update blog... antara reasons aku tak update :
- takde isu yang menarik ntuk di kongsi bersama
- busy ngan assignment n exam =P
- internet kat umah lembap gile!
- kalo ada isu pon takut menyinggung memane pihak
- hurmmm....
takpe la.. so aku rasa skang ni aku akan meng-update blog ni dengan menceritakan satu isu yang aku rasa dari dlu aku nak ceritakan kat org yg sudi membaca blog aku yang tak seberapa nih... isu ni sebenarnye dah lama menusuk dalam jiwa raga manusia skang especially remaja dan org muda yg mudah sangat terpengaruh... ikutkan bukan kata org muda atau remaja, pakcik makcik, bapak ibu suma laa... ape yg aku nak citer kan ni mungkin perkara remeh bagi sesetengah org tapi besar dan sangat serius kesimpulannye yang telah tejadi mahupon bakal terjadi dalam budaya dan kehidupan kite smua... aku harap ape yang aku nak ceritakan ni boleh dijadikan renungan ntuk kite dan masa depan kite suma...
sedar tak sedar kite dah melangkau ke arah teknologi siber yang sangat maju dan memberi ransangan hebat dalam kehidupan seharian kite... mana kte pergi, ape kite buat suma dipengaruhi oleh media yang memberikan kite sedikit sebanyak pengetahuan, perkembangan dan jugak isu semasa... dalam masa yang sama, hiburan juga diterapkan dalam perkembangan teknologi yang kian meluas...
ape yang aku cuba sampaikan skang ni adalah hiburan yang diterapkan oleh teknologi skang ke dalam kehidupan kite semua... hiburan sekiranye dipandang dalam scope pengetahuan islam, memang tak salah tapi seandainye berlebihan mampu memberi kesan negative pada kite suma terutama di Malaysia yang kaya dengan adat istiadat dan budaya yang sungguh murni dan lemah lembut... walaupon kite di Malaysia, hiburan dari luar negara begitu mudah tersebar sebagai sumber hiburan dalam kehidupan kite... ape yang kite lihat, banyak drama dan cerita² yang ditayangkan di Malaysia... memang begitu menarik sekirenye dibandingkan dengan cerita tempatan TETAPI selaraskah budaya yang mereka sampaikan melalui hiburan tersebut kepada kite semua!?...
mungkin ada pembaca akan mengatakan pemikiran aku agak kolot sekiranye aku teruskan isu ni dan mungkin akan tersedar ape yang telah "diaorg" serapkan dalam budaya kite suma... mungkin ada gak yang akan kata aku ni tak open minded... tapi sekiranye merosakkan budaya dan hukum hakam yang ditetapkan dalam agama, adakah tu suma tak open minded gak?... aku sedar, banyak gak dosa yang aku dah buat dan mungkin ramai gak yang kata, aku pon ada buat tu buat ni gak... tapi aku cuba ingatkan pada korang suma instead mengingatkan diri aku sndiri... so, pandang la pada kata aku jangan pandang pada aku... aku bukanlah manusia yang perfect!
aku harap korang suma paham la ape yang aku cuba sampaikan kat blog nih... FOR ME AND YOU! ntuk kite bersama selamanya...

Read more »

Saturday, September 13, 2008

Semalam Yang Hangat


Sebelum engkau ke mari
Tiada resah
Tiada khuatir

Menjelang kemesraanku
Yang di rindu
Hanya syahdu

Mengapa itu
Mahu jadi teman
Mahu jadi kekasih
Selamanya

Aku bukan lagi mainan dulu
Telah ku campakkan kau ke mana
Ke lautan hitam yang ku tahu
Pasti kita tak jumpa

Semalam
Itu semalam
Hari ini aku hidup
Dalam dunia yang aman
Kenangan
Kita lucutkan
Kita bakar sama-sama
Pengalaman hidup
Seksa....

-Wings-

* Tujuan aku postkan lirik ni supaya mengingatkan kita bahawa jangan dibiarkan kenangan yg lalu menjadi mainan dalam kehidupan kita...Jadikan sebagai pengajaran atau tauladan dalam kehidupan bukannya titik akhir dalam perjuangan...Hidup diteruskan bagai mati seribu tahun lagi dan beringatlah bagai mati sesaat nanti...Kita manusia dikurniakan akal dan nafsu tidak seperti malaikat yg hanya berakal tidak bernafsu,binatang yang bernafsu tidak berakal...Kita dikurniakan kenikmatan dan kesenangan oleh Allah dan ingatlah bukan manusia segala-galanya punca kehidupan dunia ini berjaya...
- fir -
(Saturday, 13th Sept 2008 6.28am)
Read more »

Monday, August 25, 2008

Inilah Tajuk & Isu Kita!

Assalamualaikum suma!

Ni tetibe lak rasanye aku nak menceritakan mengenai isu politik kat negara kite yg tercinta nih. Dengan beribu-ribu isu kite ditempekkan mengenai politik Malaysia! Mintak maaf awal² kepada yg terasa dan aku pon mengharapkan komen atau pandangan dari korang ataupon pembetulan dengan isu ape yang aku nak ceritakan nih.

OK! sekarang ni kite terlalu luas didedahkan dengan sumpah menyumpah nih... ape yg aku tau, org yg bersumpah kat negara kite skang ni suma pepandai... pandai kot! nak kata keje kilang ke keje am ke tak pon... bukan aku nak perlekehkan pekerja kilang atau pekerja am tapi masalahnye diaorg ni terdiri dari golongon bijak pandai taktau la dari segi menipu atau mentadbir tapi takkan taktau kot... dalam satu hadith yg aku penah blaja dlu la kan, Sesiapa yg bersumpah selain nama Allah maka jatuh KAFIR ataupon SYIRIK! so dari hadith ni kite tau isu bersumpah ni bukan perkara yg remeh tapi melibatkan akidah sesorg... memang la diaorg ni bersumpah atas nama Allah tapi kenapa dengan cara yg hampir sama dengan agama lain bersumpah cthnye meletakkan tangan di atas bible... sesikit nak bersumpah! memang kite taktau sape yg btol atau tak tapi ingatlah sumpah ni bukan perkara yg remeh... jangan jadikan sumpah ni salah satu jalan penyelesaian dalam satu perkara... Allah takkan bagi hamba dia masalah yg hamba dia takleh settle kan... maksudnye kite ada cara lain ntuk slesaikan satu masalah... dan ada cara lain ntuk membuktikan kebenaran... kepada yg terasa, "korang tu menteri,tolonglah guna otak kalo nak tunjukkan kebenaran...mende ni takleh bawak main".

OK! kite sentuh lak isu UITM yg di propagandakan oleh menteri besar selangor kalo tak silap laa... ntuk menaikkan taraf melayu, aku memang menyokong isu ni... memberi peluang kepada kaum lain dalam UITM nih... sbbnye pada aku sangat kukuh dan aku rasa boleh dikaitkan dengan isu MRSM yg penah dibentangkan oleh Tun Mahathir iaitu menteri sebelum kejatuhan moral pada politik Malaysia nih.... ape yg kite tahu skang nih, suma org boleh masuk university... tak terkecuali kaum lain.. zaman mak bapak aku dlu time university, dapat masuk ITM skang UITM memang kecoh... kecoh sensangat... bangga anak dapat masuk ITM... tapi kalo dibandingkan skang nih!? dapat masuk UITM? hurmm... ok la tuh... camtu je jawapan org skang... kalo dapat masuk UIA!? hulamak, hebat gak dapat masuk UIA... UNITEN!?MMU!? dan lain lain university yg pelajarnye terdiri dari pelbagai bangsa dan ethnic... suma org pandang... bukan aku nak mengutuk UITM tapi skang cam sekolah menengah je... kenapa aku cakap camtuh? sumanye sbb pelajar dia terdiri dari satu bangsa iaitu MELAYU... kalo kite nak menaikkan taraf pelajar melayu bukannye kite nak compete kan diaorg bersama tapi kite kene compete kan dengan yg lain... baru lah minda kite ni terbuka ngan lebih luas.... takyah kata pelajar asing, bangsa lain pon takde... so nak bersaing pon takleh la dengan skop yg lebih tinggi... nak jadikan UITM ni dengan berbilang kaum sama gak cam MRSM yg Tun Mahathir buat dlu... ntuk org melyu ni terbukak minda dia supaya membolehkan persaingan jadi lebih hebat... nanti jadi katak bawak tempurung je... bestu kalo dah jadi camtuh, sape kite sebagai generasi muda ntuk memajukan negara kite kelak! btol atau tak!? cam aku blaja kat MMU ni, bukan kata cina india je ada... hampir dari seluruh negara pelajar yg belajar kat MMU ni... so persaingan akan jadi lebih hebat.. abes blaja nanti time dah keje kite bukan keje ngan MELAYU je tapi ngan suma... kata PakLah time memula naik dlu, kerja ngan saya ntah mende ntah dia cakap malas aku nak amik tuh takkan laaa melayu je nak keje!? bangsa lain pon nak gak... nak kata Sammy Vellu dlu tuh melayu tak gak... so biarlah kite ni di didik dari persekitaran yg membolehkan pemikiran kite terbuka ngan lebih luas... biar kite bersaing demi menjadikan kite lebih cemerlang...

OK! isu lagi satu ni pasal transport... baru² kite dikejutkan dengan "ketidakpuashatiaan" dengan servis KTM dan LRT! fuhhh! cantek je dia komen... dia cakap lambat la tak ikut jadual la ape la itu la... dia baru sedar ke ape? konon nak tunjukkan yg dia pon naik menatang tuh laaa.... cuba aku bagi dia kancil Ex 850 samada manual atau auto, aku payung duit minyak n aku siap servis skali keta... kalo dia nak aku ovehol keta pon tadahal laa... janji dia sndiri bawak keta tuh kat FEDERAL HIGHWAY takpon DAMANSARA jam 7 petang...korang rasa² laa ape komen dia!? aku payung sumanye...minyak servis n kalo ada tol dengan slamber nye aku bayar tol tuh...siap kasik rebat lagi RM600 lebih...tadahal.... korang rasa ape komen dia!? kalo dia nak up skit aku kasi dia keta nasional kite, Proton Saga baru tuh...
kalo dia komen sama gak, aku nak kasi ape lagi!? nak kasi dia naik bas!? hurmmm.... bayang kan ahh sndiri...
bebaru ni gak harga minyak kat Malaysia di turun kan sebanyak RM0.15.... korang hepi tak? agak hepi gak ahh tapi korang rasa org yg baru pasang NGV tu hepi tak!? kos diaorg pasang mencecah RM6000 dan diaorg pasang disebabkan kenaikan harga minyak yg baru tak sampai 5 bulan... tetiba harga minyak turun tak seberapa tuh... korang rasa berbaloi tak dengan kos yg diaorg pasang suma tuh!?
ada menteri cakap, "kite boleh turunkan lagi harga minyak dengan cara memansuhkan rebat.... tapi saya tak terfikir nak mansuhkan rebat sbb kesian kat ORANG MISKIN!".... hurmmm.... gile baiknye menteri nih... tapi kalo dia tak terpikir macamane dia boleh cakap camtuh!? ape pandangan korang!? dalam masa yg sama gak ada menteri cakap "saya kecewa ngan rakyat Malaysia sbb duit rebat yg KERAJAAN kasi diaorg tak gunakan ntuk isi minyak!".... duit rebat yg KERAJAAN kasi tuh RM600 lebih...ntuk SETAHUN!!! aku rasa nak bayar bil air setahun pon cecukup makan je.... nak kata tak pandai, MENTERI!... haihhh... ape dah jadi nih!?
Diaorg sedar tak majority pemilik petrol station adalah MELAYU! kata nak TOLONG melayu!... camni ke cara nye? turun minyak camtuh jee... bestu kos yg diaorg beli ni camne nak kaver!? WAHAI MENTERI YG BIJAKSANA, TOLONGLAH FIKIRKAN JALAN YG MEMUDAHKAN RAKYAT JELATA BUKAN MEMUDARATKAN! terima kasih!

OK! isu memutar belit kan kenyataan... ada org kata sorang aktivis ni memutar belitkan kenyataan polis... btol ke? tapi camne lak kalo memutar belitkan kenyataan di MAHKAMAH!? memula si saiful (bukan nama sebenar) kata diliwat secara paksa, dan siap bersumpah.... dan dan ramadhan lak tetibe cakap secara sukarela... kemudiannye aktivis ni pon cakap laa, kalo suka sma suka tangkap saya dan tangkap si saiful nih... sbb suka sama suka... tetibe lak ntah camne ada sorang menteri ni cakap takleh tangkap si saiful ni sbb dia yg buat repot... hurmm... kalo camtu la kan, aku gi rogol sorang minah nih then aku PAKSA member aku sorang ni kaver line... pastu polis tangkap kiteorg then member aku cakap dia di PAKSA!.... korang rasa la kan, polis atau undang² MALAYSIA ni lepaskan tak member aku yg di PAKSA nih!? hurmm.. korang pk la sndiri ehh...
hurmmm... seorg lelaki yg lebih muda mempunyai tenaga yg lebih banyak dari lelaki yg lebih tua... btol tau tak!?
kalo btol la kan, seandainye diliwat secara paksa... si aktivis yg lebih tua dari si saiful nih kompem lebam bijik mata takpon ada la lebam memane bahagian n kemungkinan besar mesti ada kesan pergelutan antara diaorg... ye ahh kan, kata diliwat secara paksa... kompem la melawan takkan menerima je... tu dah jadi lain...huh, KALAU aku la kan, ada peluang aku melawan n bunuh mamat yg nak liwat aku tuh bunuh je... tapi masalahnye si saiful dan juga si aktivis nih takde kesan pergelutan langsung... so kesimpulan dia...hurmmm... kite pk la sesama... jangan disebabkan takde jawapan terus kata suka sama suka... kite pk sesama k janji jangan MENIPU eh takpon jangan amik RASUAH eh.... hahahaha... opss sory tergelak... nak MENIPU tu biar ahh LOGIK skit...

Read more »

Tuesday, July 29, 2008

Tangis Seorang Pengganas

Dunia memandang seorang pejuang sebagai pengganas. Mahupon kita yg tak berkompromi dengan persengketaan negara² luar ada gak yg memandang perjuangan seorang pemuda sebagai perkara yang sia² dan memburukkan lagi nama islam sebagai agama yang suci. Bayangkan lah sekiranye ibubapa kita dibunuh dengan kejam, adik beradik kite diseksa dan ada yg dirogol, harta benda diambil dan ada gak dihancurkan. Wlaupon tak berharga, tapi pada sesorg ada kenangan ataupon sentimental value dimata diaorg. Kitab agama yg dijadikan panduan dipijak pijak, ada yg ditabur dengan najis. Agama kita dicaci, dihina bagaikan satu agama yg tak pernah wujud. Nabi kita yg tak pernah melupakan kite di dalam setiap doa dijadikan sebagai mainan dan dikeji oleh 'Pengaman' dunia kononnye. Perjuangan yg sepatutnye diperjuangkan trus diperlekehkan. Siapa lagi yg berani menegakkan kepala ntuk terus mara menghapuskan segala kutukan dan tomahan ni suma? Siapa lagi yg mampu berdiri bagi meninggikan kemartabatan agama islam? Siapa lagi yg berani membuka mulut bagi menceritakan perkara sebenar? Siapa yg mampu menggerakkan lidah bagi mengajak seluruh umat islam bersama berjuang ntuk agama yg sepatutnye disanjung? Kenapa perlakuan ni suma dipandang hina dan serong oleh kuasa dunia mahupon kite sendiri?
Siapa yg merasakan keperitan ni suma? Kita atau 'Pengganas'? Bayangkan lah sekiranye ni suma terjadi pada kite. Apa yang kita akan lakukan? Diam atau berjuang seperti 'Pengganas' ni suma? Cukup berani kah kita? Cukup ke dengan propaganda semangat perjuangan melayu kita? Melayu dulu dan sekarang sangat berbeza... Erti perjuangan bukan lagi dijadikan isi bagi setiap buku perjuangan tapi dijadikan muka hadapan ntuk menutup segala 'kerja' kotor disetiap perlakuan 'mereka'. Siapa Pengganas dan Siapa pula Pejuang. Dan mungkin juga Siapa Pengecut?
Cukuplah di negara kita, banyak isu dikaitkan dengan perjuangan tahyul, ajaran sesat, perhubungan songsang dll. Kenapa kita tak jadikan perjuangan dulu dan sekarang yg ada kat negara² islam luar sana? Mungkin aku pon salah satu dari permasalahan isu tu suma. Tapi sekurang²nye aku sedar ape yg terjadi kat dunia kita dan dunia islam sekarang. Jadikan tokoh cam Nabi Muhammad, Muhammad Ali Jinnah, Salahuddin Al-Ayubi, Umar Mukhtar dan lain² sebagi contoh. Kenapa Adolf Hitler dijadikan contoh wlwpon membunuh kaum yahudi yg dibenci oleh umat islam? Kenapa ideologi Karl Marx diagungkan? Kenapa Charles Darwin dijadikan idola dalam permbuatan sains di mata dunia? Kenapa Benito Mussolini dikatakan sebagai pejuang di dalam hati manusia? Apa yg diaorg dah ubah dalam hidup kita? Ape yg diaorg dah jayakan dalam pertumbuhan populasi umat islam di dunia?
Pemuda di negara kite semua dikatakan kental dari segi fizikal dan mental. Tapi mampukah kite mengubah pandangan dunia dengan menjadikan agama kita mahupon bangsa kite di dalam kedudukan teratas? Mampukah kite dijadikan idola satu hari nanti? Bolehkah ideologi kite dijadikan sumber perjuangan di dalam hati generasi akan datang? Jangan memandang rendah akan kemampuan kite sendiri mahupon sedara islam kite tak kire beza bangsa dan budaya. Perjuangan mereka adalah perjuangan kite. Kotakan kata perjuangan melayu kite! Kotakan perjuangan agama kite. Jangan dibiarkan usang dimamah kemajuan ekonomi dunia. Kita adalah kita. Tak siapa dapat mengubah Qada' dan Qadar yg Allah tetapkan. Kite lahir sebagai islam dan kite mati sebagai pejuang islam. Sekadar mati sebagai islam, sama seperti matinya Mustafa Kamal Al-Tartuk. Mati sebagai seorg islam yg tidak bejuang sebagai seorg islam dan sebaliknye sebagai penghapus kerajaan islam. Dia dijadikan sebagai boneka yahudi ntuk menjatuhkan maruah islam dan memartabatkan kemajuan dunia yg menyelindung kesucian agama. Jadilah seorg islam yg berpendidikan bagi menaikkan martabat ilmu seorg islam. Jangan kite diperlekehkan oleh agama lain dengan tidak punyai ape².
Aku berkata sebagai seorg islam dan melayu bugis yg bebas dari perang dan kemiskinan yg sebenarnye dikawal oleh 'Pengganas' dunia. Jangan biarkan 'Pengganas' ni suma menutup mata kite dan menanam bencinye kite kepada 'Pejuang' kite sekarang. Biarlah kite tak dapat berjuang bersama diaorg, tapi biarlah doa kite temani perjuangan mereka semua.
Read more »

Tuesday, July 22, 2008

Takku duga!

Hari sabtu, 20/07/2008 seawal 9 pg aku dikejutkan oleh suara mak dari lena tidurku... Chewahh ayat nak berpuitis je kan.. hahaha... hurmm... Pas sarapan ngan family, aku bergegas bersiap-siap nak hantar along ke hospital selayang, kuala lumpur. Jam menunjukkan 9.30 pg dan along kene sampai sebelum kol 10 pg kat hospital selayang. Dengan berpakaian ala kadar, aku pon get ready dengan menghidupkan enjin keretaku. Tanpa berlengah lagi, aku meneruskan perjalanan bersama along ku ke hospital bagi mengelakkan kelewatan yg bakal menimbulkan masalah lain bagi menempatkan wad ntuk along bermalam di situ. 10 minit berlalu dan kami sampai diperkarangan hospital selayang. Along melangkah keluar dari kereta dan terus meluru ke kauter pendaftaran. Sementara menunggu along buat pendaftaran aku membakar rokok lalu mencari parking yg sesuai dikawasan yg berdekatan. Setelah selesai membuat pendaftaran, aku teman along ke katil wad yg ditetapkan. Tingkat 4, wad 4A katil 27. Bile suma dah settle aku lepak ngan along berbual-bual. Tak lama pastu sorang mak guard ni halau aku sbb kan aku lelaki dan takleh lepak wad pompuan lelama melainkan selepas kol 1pm. Aku tgk jam time baru kol 10.30 pg. Selepas mintak keizinan along, aku pon berlalu pulang. Pulang!? hurmmm... terasa berat btol nak balik pj time tuh... aku ke bandar baru selayang. Aku call kawan² kat selayang.. nak balik baik aku tggu sampai kol 1pm. tapi yg pelik nye aku call sorg pon tak dapat. Nak balik Pj memang terasa berat. Tak sedap hati pon ade. Nak call megat terasa cam menganggu. hurmm...

Tetiba along call aku, dia tanye aku katne.. Aku cakap aku still kat selayang dan terasa berat nak balik umah... aku suruh along cakap kat angah suruh call aku.. tak lama pastu angah call n cakap mak suruh aku balik ke pj... aku tgk jam time tu dalm kol 11.20pg.. hurmmm... dengan berat hatinye aku pon mengikut arahan mak aku... aku singgah petrol pam, kononnye nak isi minyak 50ringgit.. tapi aku taktau kenapa aku isi 20ringgit camtuh... pastu aku pon berlalu pulang ke PJ.... melalui jalan kuching, aku meneruskan perjalanan aku ntuk terus pulang ke pj.... aku plan nak singgah kedai gunting rambut.. aku menggunakan lane kanan dengan kelajuan 70-80km/h.... dalam keadaan aku yg tak berapa senang tuh, hati terasa cam sesuatu berlaku tetiba aku tengok kerata Gen2 depan aku membrekkan keta dia secara mengejut... penglihatan aku tetiba gelap dan aku terdengar bunyi dentuman yg sangat kuar dari hadapan kereta aku... ntah camne aku hilang kawalan dan dada aku terhentak ke steering keta aku... airbag aku meletup dan keta aku berasap dari dalam... aku terus meluru ke arah kiri jalan dan memberhentikan keta aku... aku terus kuar keta sbb kan asap putih mengerumuni dari dalam keta aku... tekak aku terasa sakit dan aku terbatuk-batuk sampaikan mata aku berair... aku tgk bahagian depan kereta aku hancur. Bumper, lampu dan radiator aku pecah. Bonet depan terangkat hinggakan hampir menutupi suku cermin hadapan.

Aku mengeluh panjang dan membakar rokok... aku tgk keadaan jalan kuching time tu tetiba sibuk... dengan pecahan kaca ditengah jalan dan sisa-sisa kereta aku yg berkecai berada di tengah jalan... huh!Aku termenung seketika... tangan dan dada aku berasa sakit. aku tgk ada 3 kereta lain turut memberhentikan kereta diaorg di hadapan keta aku... dengan suara yg agak tinggi diaorg bertelagah sesama sndiri... aku tersenyum dan terus tergelak tgk gelagat diaorg... aku taktau nape aku gelak sedangkan aku pon terlibat sama dalam kemalangan tuh... aku cuba menenangkan diaorg suma... huh!! cam aku tak accident skali je kan!? hahaha.... tak sampai 5minit pastu, beberapa biji keta sampai... callman ahh tuh! dah agak dah... aku dah makin serabut... diaorg suruh aku rilek... aku senyum je siap offer diaorg rokok lagi... cam diaorg lak accident... aku suruh diaorg rilek balik... hahaha...

Dipendekkan cerita pas suma keta dah di angkut ke balai aku pon lepak jap kat umah megat... megat datang kat tempat accident time tuh... pas mandi aku terus balik pj naik lrt... time dalam lrt tuh baru aku terpikir... aku accident ke? ape dah jadi tadi? teruk ke aku? hurmmm... Sampai umah aku baru tersedar, tangan kiri aku luka skit je... dada aku? bile aku bukak baju je aku tgk ada bekas steering kat dada aku... bekas yg kemerah-merahan tu bengkak kat dada aku... aku agak tergamam... aku bayangkan kalo takde airbag tadi! huh... mungkin aku dah takde kat dunia nih... sedangkan ade airbag boleh tinggalkan kesan camtuh ape tah lagi kalo takde airbag! aku tergamam... time tu tetiba dada aku rasa sakit yg amat sangat... hurmmm.... aku baring cuba menenangkan kepala otak aku yg makin serabut.... huh... aku terlena jap... bile aku bangun aku ingatkan suma tu mimpi, aku tgk kat luar umah.. keta aku takde... aku tgk dada aku bekas tu still membengkak lagi... Ya Allah, selamat aku idup lagi... banyak lagi dosa yg aku buat dan still tak bertobat lagi... huh... selamat aku selamat! mak ngan ayah aku ok... diaorg risaukan aku lebih dari segalanye... sian aku tgk diaorg, dah la akak aku masuk spital, aku lak xcident camni... Walaupon segalanya tak diduga, aku tetap bersyukur pada Allah sebab aku idup lagi... Alhamdulillah!
ehehe...
Read more »

Thursday, July 10, 2008

Era 2020

Hurmm...
Assalamualaikum semua...
agak lama gak aku tak meng-update kan blog nih... takde idea nak ceritakan n yg ade pon agak sensitif... so better aku tak menjadikannye satu perkara umum... skang ni dah banyak berlaku kat negara kite... antara isu yg sering hangat diperkatakan kan negara kite nih ialah minyak,jenayah dan politilk... ini antara isu yg selalu menjadi topik hangat tak kire dimana negara sekali pon... tapi yg amat menyedikan perkara yg berlaku kat negara kite ni adalah perkara yg agak memalukan... mana taknye, fitnah dan sumpah bagaikan boneka dalam pergelutan manusia yg gilakan kuasa dan tidak memikirkan ape yg akan terjadi kelak... diorg membuat tuduhan melulu dan rela bersumpah sebagai jalan penyelesaian... dan si tertuduh pon melakukan perkara yg sama bagi membersihkan nama beliau agar tak terus menjadi mangsa dalam pertuduhan tersebut... cuba la gunakan otak ntuk menyelesaikan sesuatu masalah... ikut kata Nik Aziz, itu bukan jalan penyelesaian... gunakan cara lain dlu sbelum bersumpah sbb tu adalah jalan terakhir... sumpah ni bukan perkara memain dan fitnah merupakan perkara terkutuk... korang ahli politik dan korang tau camne dan bile nak menggunakan perkara baik di tempat dan masa yg sesuai...
sbenarnye ni bukan perkara yg aku nak cakap... ehe... aku pon takde idea n cuma kali ni aku nak meluahkan ape yg dirasai oleh seorg manusia yg baru mengenali dunia yg penuh cabaran dan tanggungjawab yg sepotonye diambil sebagai ujian di dalam kehidupan...

Hurmmm...
Aku ni seorg manusia yg masih belaja tak kire la ilmu akedemik ataupon ilmu dititian kehidupan dan masih mengharapakan belaian mak bapak ntuk terus hidup sihat dan bahagia seperti skang... tapi aku membayangkan ape yg akan terjadi selepas aku kuar dari university ni... dengan kos yg makin tggi ni dapat ke aku nak menyara mak bapak aku setelah 25tahun menghabiskan duit diaorg ntuk melihat aku berjaya dan dapat membantu mereka satu ari nanti... mungkin bukan harapan diaorg nak kite membayar balik ape yg diaorg penah kasi pada kite... tapi tergamak ke kite ni sbagai seorg manusia yg berpelajaran membiarkan mak bapak kite bersendirian selepas kite berjaya memiliki sijil dan berkerja ditempat yg bagus??? bagi aku memang tak laa... tapi itu yg aku takut...

mampu ke aku nak menyara diaorg?? dengan gaji yg bakal aku terima kelak, aku nak menyara hidup aku sndiri, mak bapak aku, ngan adik beradik aku yg lain... dengan harga minyak yg kian melambung dan tak masuk akal tuh! kompem harga makanan dan yg lain naik gak... silap² gaji yg aku terima tuh cukup ntuk kos pergi balik keje aku je... kite nak salahkan sape skang nih? salahkan pemimpin? mungkin dia ada alasan dia sndiri kenapa dia naik kan harga minyak... mungkin dia pon nak menyara keluarga dia... nak belikan anak² dia banglo RM5-8juta, kereta mewah... minyak!?? diaorg nak kene bayar gak ke?? mungkin anak bini dia kene bayar.. dia?? dia kene bayar bil tepon ke? bil air ngan bil letrik dia bayar gak ke? petrol kompem kerajaan... opss silap! rakyat yg bayarkan... so dia tak perlu risau gundah gulana tak perlu suma tuh... sape yg perlu menanggung kerisauan tu suma... menantu dia? ehehe... takpe laa... lupakan laa...

so aku yg sbelum ni memang tak penah terpikir nak sebut perkara yg melibatkan isu camni terpaksa gak... sbb mende ni la aku takde idea dalam suma mende... mahupon aku masih blaja, perkara yg berlaku kat negara kite ni memang sangat aku terasa... sbelum ni memang silap aku sbb aku tak amik tau sape yg bakal jadi pemimpin, aku anggap perkara ni takde kaitan ngan aku... tapi bile dah jadi camni, aku baru sedar yg aku memang dah melakukan satu kesilapan yg takkan berputar kembali... sbb kan perkara ni aku bagaikan debu yg tak memberikan kesan kepada angin yg mahukan aku pergi kemana yg ditiupnye! kalo aku tulis surat kat pemimpin sekali pon, ntah dia baca atau tak... kalo dia baca skalipon takde kesan ape pon pada dia... nak taknak aku terpaksa ikut ape yg ditetapkan oleh dia... ehehe... aku dah start mengarut!!!

kengkawan!
meh la kite pk sesama... kite pk kan masa depan kite... mak bapak ngan keluarga kite... masa depan generasi kite... adakah mende yg aku cakap ni akan memberi kesan yg positif atau pon negatif pada kite semua??? sesama la kite menjernihkan air yg keruh... buang sikap iri hati, tikam belakang, fitnah mahupon rasuah... mende ni suma memberi kesan yg sangat buruk pada negara dan kite sndiri... aku harap nanti bile kite suma dan memulakan kehidupan sebagai seorg yg berpegang kepada tanggungjawab yg lebih sukar, sesama la kite berfikiran terbuka dan memikirkan perkara yg terbaik ntuk kite dan org lain... jangan lah bersikap busuk hati dan mementingkan kepentingan sndiri!

maaf dan terima kasih!
Read more »

Monday, June 2, 2008

Budaya

Budaya Asia Timur

Assalamualikum kengkawan,kekakak,ab-abang,ad-adik...ahaks!merosakkan bahasa btol la camni kan... tapi ok lagi la daripada merosakkan budaya sendiri... kan kan!? ehe....

Kat Malaysia ni sbenarnye terdiri dari berbilang kaum dan budaya... nak kata kitenye budaya ni memang boleh dibanggakan laa... suma org tau yg budaya kite penuh dengan kelembutan dan sopan santun... tak caya kite boleh tgk anak-anak gadis asia... walaweh!! steadyy!!! comey jer... lembut je aku tgk... sape tak geram beb! memang org kata sejuk je mata mandang... ahaks! tapi kan... tu dulu..... susah skang nak cari camtuh... kalo dapat memang bertuah ahh... mana taknye, aku rasa aku penah citer kat korang kot... aku gi Times Square aku tego budak pompuan tu elok-elok... dia boleh sound aku balik... perghh!!! BUDAK PEREMPUAN SEKOLAH tau... bukan yg dah dewasa... kalo dah besar aku taktau ahh camne dia nye kuang ajar.. aku tego ntuk dia gak... kang kalo dah jadi pape baru nak nanges! salahkan laki! tuduh sana-sini, lari umah la memcam lagi laa.. ni la punca kes-kes yg slalu terjadi kat budak sekolah skang! kene pukul skit dah repot mak bapak! ish marah lak aku!!!

OK!sambung balik pasal budaya... ape yg aku citer kat korang ni suma terjadi mungkin sbb pengaruh bebudak zaman skang ngan budaya-budaya yg tak elok... tak kire laa budaya dari barat ke timur ke selatan ke atau memane laaa... diaorg ni tgk budaya ni cm gempak suma nak jadi camtu... kalo nak ikut cara dressing ke muzik ke aku boleh terima lagi... as long as diaorg ingat tau batas dalam budaya kite... dari segi dressing tuh agak-agak gak ahh... jangan lelebih sudah ahh... yg aku tak puas ati nih, dengan ideologi-ideologi bodoh ni pon diaorg ikut! ini yg merosakkan anak bangsa kite! budaya sendiri dipijak-pijak budaya org dijulang-julang...kite tego diaorg melenting... ni pon sbb salah parents yg manje kan diaorg sangat...dah biasa tak kene marah jadi camtuh laa.. org jadi skinhead diapon nak jadi skinhead, org nak jadi punk dia pon nak jadi punk... ni yg paling baru ni goth! aduhhh...menyampah aku!

Dulu time aku zaman sekolah pon takde la cam skang ni... menggeletik je aku tgk bebudak zaman skang... diaorg ingat diaorg pakai cam punk ke skinhead ke diaorg jadi kebal... kalo dah kene ketuk ngan hammer sakit gak beb! aku tak kesah laa diaorg nak jadi skinhead ke punk ke aku memang tak kesah... yg aku kesah ni, diaorg ni menyusahkan org lain... buat org lain tak senang duduk... merosakkan budaya sendiri ngan kelakuan diaorg yg tak senonoh! tu la org kata, kerana nila setitik rosak susu sebelanga! biar la org barat nak cecium ke beromen ke kat depan org ramai, kite ni takyah ahh tiru camtuh... bukan nak galakkan tapi agak-agak ahh... jangan la sampai open sangat... kite ni org timur, diaorg tu org barat... kite buat cara kite diaorg dengan cara diaorg... contoh yg baik kite amik yg tak elok kite abaikan...

Kite amik contoh SKINHEAD la kan... aku tgk skang ni dah kurang skit skinhead... skang ni kan suma nak jadi cam my kemikel romen... dokmat yg diaorg beli 2-3 ratus tu dah ditinggalkan usang... sbb ape!? keranakan budaya tuh dah lapok... skang org layan gothic la beb! tapi time zaman skinhead tuh diaorg tak pk... org join diaorg pon nak join... nak jadi papa skin kene jadi nazi! kakak dia jongos ahh!!main petik je... skinhead ni memacam ade.. skin true laa,skin sharp laa skin nazi laaa... ntah ape jenis skin lagi laaa... aku taktau ape yg diaorg nak pejuangkan... nak ikutkan maksud SKINHEADS (Soldier Kingdom Independent Nations Harted Egoes Anti Drugs Sex!) aku pon tak sure laa... ni pon aku baca zines dia time zaman sekolah dulu... nak kata anti drug ade je aku tgk amik dadah!! senang kata memende ni suma ngarut laa...kalo btol la diaorg nak perjuangkan SKINHEAD ni dengan rules yg memang betol, sory la beb! bukan kat Malaysia la ko nak pejuangkan... tak dapat la cek! kami sudah ada budaya dan perjuangan sendiri.. ideologi anda tidak memenuhi kehendak kami... nak kata skinhead ni anti-racial pon aku taktau laa.. kan dalam maksud SHARP tuh ( Skin Head Anti Racial Hatred )… diaorg ni cakap je pandai, buat nye tidak.. bebudak skang ni lak banggakan sangat perjuangan yg tak memberi maksud sebenar dalam perjuangan diaorg sndiri…

People United Not Kingdom! tu la PUNK! lagu ni yg cek tak suka dengaq ni! ehe...kuar berita tgk diaorg makan sampah, busuk gile... agak-agak ahh beb... pegi trim rambut ade duit, takkan la roti 50sen takleh beli.. campur 1.20 dapat teh o ais bungkus satu... dokmat nak mahal..suar jeans nak branded... jaket nak bergaya... beli la perfume skit... paling kedekut pon beli la minyak atar... at least ade la bau manusia skit... ni lagi satu ideologi yg takleh terima pakai tapi still di pakai oleh org yang takde otak...aku taktau la amende diaorg nak perjuangkan... budaya ape diaorg cuba tunjukkan! kalo tgk kamus oxford tu pon, maksud PUNK tu org yg cam tak guna tau... lagi dibanggakan jadi punk nih... tak paham aku... nak kata kan tak suka dengan Negara sndiri tapi dok gak atas tanah yg dimajukan oleh sesebuah kerajaan…. Tolong la anak muda skang, aku pon anak muda gak tapi bukak la minda korang nih… jangan lah ikut sangat dengan budaya luar yg tak memberi ape² perubahan yg positif dalam diri korang nih… korang ni terlalu sangat ikut budaya tapi tak stadi dulu diaorg nye history… ideology diaorg tu lah yg merosakkan perhubungan berpuluh-puluh Negara kat dunia nih… ideology diaorg gak lah yg merosakkan pemikiran manusia yg makin bijak nih… bacalah balik ideology yg berkaitan ngan nye.. insyallah korang akan sedih.. ni salah satu propaganda yahudi ntuk merosakkan pemikiran manusia dan menghancurkan kepercayaan manusia terhadap tuhan especially org yg beragama Islam nih!

Skang ni dah start dah budaya gothic kat Negara kite… dengan lahirnye mai kemikel romen tuh, mulalah budak² zaman skang nak tiru gaya diaorg.. pernah aku jejalan kat kl aku tngk bebudak ni pakai kot hitam tetengah panas… dah la panas di bawaknye payung yg tak memberi sebarang bantuan ketika ujan… mana tak nye! Payung diaorg tuh ade bebulu… pelik aku! Yg laki siap pakai lipstick itam… serius aku cakap, memang bermasalah diaorg nih… takde yg elok aku tgk! Hensem ape tah lagi… ish ish… bukan nak kutuk tapi diaorg ni cam membodo kan diri sndiri…

Ikutkan banyak lagi budaya luar yg bagi kesan negative kat Negara kite nih… nak terangkan memang sangat banyak… yg aku tau, budaya ni suma takde satu pon yg beri kebaikan pada org muda kat Negara kite.. aku harap sbelum diaorg buat sesuatu pk la dulu n fahami la bebetol ape yg diaorg nak perjuangkan tuh…

Read more »

Friday, May 30, 2008

Bahasa Melambangkan Bangsa!?

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh n Salam Sejahtera!

So topik kite hari ini ialah bahasa melambangkan bangsa... hurmmm... btol ke bahasa ni melambangkan bangsa? kite sesama la pikirkan... time khutbah jumaat tadi dia menceritakan topik ni, tapi aku cam agak ada yg boleh kite bahaskan sedikit... so, bahasa dalam konteks kite kali ni ialah cara kite menggunakan bahasa dalam perbualan harian... ikutkan definisi bahasa ialah penggunaan kata dalam perbualan di dalam satu kelompok masyarakat... aku rasa laa kot definisi dia camtu.. sbb setiap negara dan mungkin gak dalam setiap kelompok masyarakat kengkadang menggunakan bahasa yg berbeza... so kite takleh specific kan bahasa tu pada satu jenis je... bahasa kat dunia ni banyak sangat... so ntuk fix kan dalam blog kali ni kite fokus on bahasa melayu... kalo korang perasan pon, dalam blog aku ni aku gunakan bahasa campur... so itu dah menunjukkan satu kesan yg negatif... tapi mende ni dah jadi kebiasaan dalam environment kite... so bangsa lak kite refer pada kaum dalam satu masyarakat yg akan kite ceritakan...

Dalam teks khutbah jumaat tuh, dia mengatakan penggunaan bahasa pada seorg individu menunjukkan keperibadian beliau... maksudnye sesorg yg menggunakan bahasa yg elok, dia mempunyai sifat yg elok dan juga sebaliknye... mungkin statement ni kite boleh jadikan sebagai satu perkara yg fakta tapi mungkin gak tidak! sbb cam dalam masyarakat kat Malaysia nih, diaorg banyak menggunakan loghat atau fluence yg berbeza walaupon menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa induk... so, kite takleh menilai sesorg tu dari penggunaan bahasa yg diaorg guna dalam perbualan harian diaorg... dan menjadi kebiasaan kalo ada majlis formal, org tuh ada sifat baik ke nakal ke, hasat dengki ke... suma tetap menggunakan bahasa yg sopan... dan mungkin kandungan yg berbeza maksudnye menggunakan kata kata sinis atau direct....


Refer pada statement sebelum ni, kite rakyat Malaysia memang majoriti nye menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi tapi di gunakan dalam perbualan harian dengan loghat atau fluence yg berbeza... kite boleh dengar dari loghat kelantan, terengganu, sabah dan serawak dan bahagian utara... suma berbeza dan ada yg mengatakan setiap penggunaan bahasa dalam loghat atau fluence yg berbeza agak mengelirukan... ada yg kata loghat negeri ni kasar laa, sedap di dengar laaa, tak paham langsung laaa n memcam lagi laaa... ok! berbalik pada bahasa melambangkan bangsa, kalo kite tgk negeri bahagian melaka, penggunaan bahasa diaorg memang sangat kasar tapi tidak semestinye menunjukkan atau melambangkan org melaka ni sumanya mempunyai sifat yg sama iaitu sifat tidak baik... dalam perbualan harian diaorg, mencarut tu perkara biasa... tapi kite jangan judge diaorg dari bahasa diaorg... ni yg nak mengatakan tak semestinye bahasa tu melambangkan bangsa...

Mungkin persepsi setiap individu berbeza dan mungkin setiap individu dapat menilai sesorg bukan dari segi sifat atau bahasa yg digunakan dalam perbualan harian mereka... bak kata org, tak kenal maka tak cinta.... jangan jadikan isu ni sebagai satu salur ntuk kite menilai sesorg... biarpon bahasa yg diaorg gunakan agak kasar atau kurang sopan, tidak semestinye semuanya pada individu atau bangsa tu seratus peratus tidak elok... kengkadang kite tak sengaja menggunakan bahasa yg kurang sopan dalam situasi2 tertentu... contohnye time marah dan paling sesuai lagi ketika memandu.... time tuh laa kite dengar dari mulut kite sndiri atau org lain menggunakan bahasa yg kurang sopan bahkan lebih teruk dari bahasa yg digunakan oleh org melaka... itu baru melambangkan individu tersebut... kite mungkin dapat menilai sifat mereka yg panas baran, kurang sabar dan juga tak bertolenrasi... itu bukanlah budaya kite sebagai org asia yg kaya dengan adat dan budaya yg lemah lembut... secara jujurnye, aku pon sama gak cam korang, termaki hamun gak time memandu... so harap kite suma dapat la renung-renungkan bersama... sbb tu la blog aku bertajuk 'for me and you'!...
terima kasih~~
Read more »

Thursday, May 22, 2008

Gangsters!




Election II

Gangster sangat ke korang ni!? tak puas ati bak datang la weh! ahaks! ayat nak poyo je kan... bawak geng boleh ahh weh! datang sorang tgk! ade berani ke tak!? org jadi berani kalo reramai je... cuba kalo korang sengsorng... kalo btol brani pon mesti pk banyak kali gak kan nak sound org camtuh... aku pernah terbaca satu fakta dan diakui oleh beberapa pihak selepas diaorg wat research... Malaysia merupakan negara ke-4 tergangster selepas Hong Kong, Italy ngan German... aku pon tak brape sure tapi yg aku tau Malaysia no 4 n mengalahkan Yakuza dari Jepun... memang la org kata Yakuza gempak n words dari Yakuza is "If u deal business with Japan means u deal it with Yakuza".... kire ekonomi Jepun majority nye dari sumber kongsi gelap sendiri... Mungkin la kan Malaysia ni antara top ranking sbb negara kite ni antara pusat membikin dadah dan rest stop para-para pusher dari seluruh negara... pernah terdengar pasal seorg ahli Yakuza ditangkap kat negara kite ni sbb nak mengimport dadah? banyak kes dah kite dengar kan pasal dadah dan semuanye dikawal oleh kumpulan kongsi gelap dari dalam ngan luar negara...

Sekarang ni kalo kite jejalan kat memane takleh dah nak pepandang org... pandang bebudak pon dah takleh... sbb ape!? memasing pk diri diaorg gangsters n diaorg la paling kuat kat dunia nih... penah skali aku jejalan kat Mid Valley sngsorg.. time tu dalam tahun 2006 kot... aku saje je jalan sngsorg n time tuh hari mggu laa.. so aku tgk banyak la budak sekolah tgh melepak-lepak... dressing pepelik je aku tgk.. nak tgk lama malas gak aku, kang jadi hal lain lak... so aku pandang wat bodo je laa... bile dah agak² busan jalan, aku lepak la kat satu port nih isap okok... port tuh ade 2 group, satu group laki n satu lagi pompuan... dari dressing ngan muka ingusan diaorg tu aku tau la budak sekolah... so aku pon isap la wat slamber... tgh² syok aku isap nih, aku perasan group ni pepandang aku... aku usha suma muka cam tak puas ati je... nak kata aku cari hal takde pon... dengan agak² berani aku pon usha la balik... aku nak tergelak pon ade, budak sekolah isap okok nak tunjuk samseng ngan aku... ikutkan aku nak report je kat mak diaorg... mau kene hambat ngan hanger kat situ gak... tapi masalahnye aku tak kenal lak mak dia...hurmm... then aku usha lak group pompuan nih... dressing agak² skinhead nye fashion tapi nampak sangat cam bangang... buruk gile seh! diaorg pon ade yg isap okok... yg aku pelik, ape masalah diaorg sampai nak usha panas ngan aku... pikir² balik baru aku sedar yg aku ni sorg, diorg ni ramai.... tapi ape masalahnye! bak datang ahh weh kalo brani! tapi tu aku cakap dalam ati je laa... hahaha... cuak beb! maklum laa suma kan dah gangster skang...

Dah banyak kali dah skang ni kite dengar kes gaduh besar²an bukan kata kat ibukota je, memane pon ade... kes ni membiak cam cendawan membiak pas ujan... chewahh! perumpamaan tuh... ehe... ni menunjukkan arus globalisasi negara kite sering diacuh oleh kejadian tak bermoral nih... mende ni kite boley tgk dari persepsi yg berbeza... mungkin sbb kan bebudak skang ni makin kuang ajar ataupon sbb kan kumpulan gangster yg tak seberapa nih... tak terpikir ke diaorg eh!? aku dengar citer la kan, aku tak sure sangat... nak masuk kumpulan² camni dah la nak kene bayar duit... ntuk ape? back up!? masuk² nanti ade abang jaga... kalo dia nak jadi abang kene tarik bebudak lain... pastu ade meeting ape ntah, dah la kene bayar duit tabung.. duit tabung ntuk sape? nak jamin korang kat penjara.. nak bayar duit hospital.. cukup ke beb!? sampai bile brotherhood diaorg tuh, sedangkan family sndiri tak terjaga... setiap kumpulan ade ayahanda... nak kene hormat dia.. nak kene sanjung dia... nak kene jaga dia... jaga dia? bukan korang masuk geng ni korang bayar kat dia ke? asal korang nak jaga dia lak... sedangkan ayah kandung sndiri yg kat umah tuh kerja pepenat cari duit ntuk korang, ade korang hormat dia camtuh... ade korang sanjung dia... ade korang jaga hati dia, jamin keselamatan dia... ade tak? sedangkan dia sndiri yg jaga korang tau... pepndai la pikir... nak jadi gangster ke nak jadi anak tak bertanggungjawab?

Kalo nak backup, nak geng, nakkan time bergaduh ade org datang... masuk la kumpulan² camni... tapi korang pk balik eh, kalo nak masuk sbb memende nih, camne lak ngan org lain? diaorg nak masuk sbb ape? sbb mende yg sama? kalo btol la sbb mende yg sama... time gado nanti suma kecut telo... sbb ape? sbb suma penakut² ni dah masuk dalam kumpulan yg sama nih... so sape yg berani? mungkin bile dah kumpul suma jadi berani, jadi gangster n samseng bile dah ramai... sekali time gado kene sergah skali... mau terkencing kat situ gak... so sape nak basuh kencing korang nih? abang long korang? ayahanda korang? tak dapat cek! ayahanda tu bukan amik kesah pon pasal korang.. bagi arahan korang buat, sedangkan korang yg bayar duit kat dia... korang lak jadi kuli... cuba la jadi kuli pada keluarga kandung korang... ade gak kebaikannye.. takdenye korang wat camni kat keluarga kandung,korang akan rasa seperti kuli tapi mende ni komitmen... tanggungjawab sebagai ahli keluarga sndiri... btol tak? pikirkan la balik kengkawan... ntuk korang gak...

Sorry laa kalo blog kali ni agak busan... sbenarnye aku agak kekurangan idea.. ni pon sbb aku baca paper arini, aku terbaca pasal sekumpulan gangster pukul ade pakcik nih... kumpulan ni menggunakan satu pertubuhan yg pada asalnye ditubuhkan ntuk kebajikan dakwah dan mencegah kemungkaran... aku rasa suma org tau la pertubuhan tuh... kekdang agak sedih gak bile dah salah guna memende camni... percaya laa, takde ape yg seronok dalam memende nih... ni suma cuma mainan org je, satu ari nanti bile dah terkene korang sndiri akan rasa pahit dan peritnye... pada aku, selagi kite ade pegangan dan selagi kite ade semangat ntuk berjuang pada kebenaran, tak perlu kite gunakan memende nih... kite gunakan la akal yg Allah berikan ntuk settlekan dan ingatlah yang Allah sentiasa bersama org yg berjuang kepada kebenaran... perjuangkan lah agama kite, bangsa korang dan negara kite... janganlah ada sifat perkauman lagi.. mende ni mendatangkan kerosakan... tapi kite kene gak berjaga² agar tak terus musnah kaum dan bangsa pernah diperjuangkan oleh pahlawan² kite dulu...
Read more »
Powered By Blogger