Friday, December 6, 2013

Still Got the Blues....


Mendengar petikan gitar Gibson oleh Gary Moore sememangnya menyingkap seribu kenangan terutamanya time aku masih belaja kat MMU, Melaka...

Lagu yang bertajuk Still Got the Blues mampu membawa aku teringat hampir keseluruhan cerita sepanjang aku kat Melaka. Bukan teringat aku pada kisah romantis atau cinta dan seumpamanya...ehehe tapi cerita tentang aku dengan arwah Ahmad Nur Rashid Bin Kassim...

Lagu ni sebenarnya antara lagu wajib yang akan berkumandang dalam bilik aku setiap kali arwah melepak sesama ngan aku... kebiasaanya, kami akan berbual kosong, atau kadang-kadang berbual tentang masa depan dan cita cita masing-masing... selalunya, selepas waktu maghrib, kiteorg akan bertandang ke kedai kedai snuker ataupun di pusat karoake... dan kadang-kadang cuma di kedai-kedai makan... hampir semuanya kami cuma lakukan dua kepala sahaja!

Sepanjang kami berkawan berkaseh dan bersahabat, sekalipun kiteorg tak pernah tgk wayang sesama... tak kira laa berdua atau reramai... walaupun kadang-kadang ada plan tapi kesudahannya zero. Aktiviti yang kiteorg biasa buat, snuker, karaoke, main kad, pepusing ntah ke mana n makan... memang takde mende lain...kekdang g air terjun itu pun baru berapa kali... zaman muda aku memang aku banyak habiskan masa dengan dia... even zaman sebelum aku bebetul bercinta...

Then bile dia dah takde, sekarang ni, jujurnya aku takut nak dengar lelagu yang kiteorg selalu nyanyikan atau layan sesama... even channel radio yang kiteorg selalu dengar pun, aku dah tak dengar sampai sekarang... besar gak impak dia lepas dia takde...ehehe...

Baru-baru ni aku terbayang...hahaha bayangan time aku kawen sebenarnya... sikit pun aku tak terfikir nak bayangkan arwah time aku kawen, sbb aku tau dia takkan datang...ye laa dah kata urusan dia kat dunia ni dah habis kan...tapi, bayangan aku tu, aku nampak arwah berdiri depan entrance kemah kawen aku...dia cuma berdiri perhatikan gelagat aku dengan isteri sambil dia tersenyum...aku yang time tu tengah melayan tetamu yang datang, terperasan dengan kelibat acit... tanpa aku pedulikkan orang ramai aku lari kat dia n peluk sambil aku ucapkan terima kasih sebab datang kenduri aku...hahahaha dan bila aku tersedar dari bayang, rupanya kereta aku dah hampir terhimpit kat bahu jalan.....

Ya Allah, even sampai sekarang ni, dah penghujung 2013, sekalipun aku tak pergi lagi kubur arwah...hahaha...bukan aku taknak pergi tp mungkin belum sampai masa lagi kot...mungkin kat sini aku ada silap, tp aku akan datang dengan isteri aku...dan aku akan ceritakan kat isteri aku siapa kepunyaan kubur ni dan siapa dia disebalik kisah kehidupan aku sebelum aku bergelar suami....hahahahaha

* Link Gary Moore - Still Got the Blues feveret kami... (LIVE)
Read more »

Wednesday, December 4, 2013

Bulan Disember


'Heee...pasneh jgn biaq ur bloggie empty for dec lgk yerk...:)'

Assalamualaikumwarahmatullah...

Msg kat atas tu dihantar oleh seorang sahabat dan membuatkan aku terasa nak menulis pada bulan disember 2013. Aku sendiri baru perasan sepanjang penulisan blog ni, dari tahun 2008 hinggalah 2013, sememangnya bulan disember memang kosong dengan kata-kata atau penulisan aku... "mungkin" ada beberapa perkara yang aku boleh kongsikan walaupun aku sendiri taktau ada orang baca ke tak...muahahahahaha!

Sejak dua menjak ni, alhamdulillah banyak perkara yang telah dimudahkan oleh Allah yang maha esa. Bukan mahu mengungkit tapi dijadikan sebagai pengajaran, sejak tahun 2011 hingga la tahun lepas (2012), sebelum masuk bulan disember sehinggalah tamat bulan disember, banyak perkara yang tidak sememangnya menyenangkan hati aku telah berlaku... dan kemungkinan dari tu lah alasan atau sebab aku tak menulis....kot....hahahaha

Alhamdulillah, bulan disember tahun 2013, bulan kelahiran aku dan menjadikan umur kepada 28 tahun, wlwpun time aku tulis ni belum masuk lagi 28, aku bersyukur sebanyak-banyaknya kepada Allah sebab satu persatu jalan aku dimudahkan... wlwpun tetap ada perkara yang perit berlaku, tapi niat aku untuk tidak mengeluh membuahkan hasil....

Belajar dari kesilapan sebelum ni, aku memang banyak mengeluh dengan semua masalah yang berlaku... hinggalah baru baru ni pada tahun 2013, aku berniat untuk tidak mengeluh walau apapun yg terjadi...wallahualam, mungkin aku ada mengeluh tanpa aku sendiri sedar... tapi seingat aku, aku menjauhkan diri dari mengeluh... tahun 2011 banyak perkara yang telah berlaku dan bukan kata aku mengeluh, tapi jugak aku menyalahkan takdir...astaghfirullah....yang tau citer sepenuhnya cumalah sahabat rapat dan Arwah Acit yang meninggal beberapa bulan yg lepas... Allah memberi ujian bertubi-tubi pada aku hinggakan aku menjadi tersangatlah jahil hinggakan aku menyesal bila difikirkan balik...hahahaha.... takpe perkara yang lepas dijadikan pengajaran....

So.... 
Tahun 2013 ni, bulan disember sememangnya antara bulan yang aku tunggu-tunggukan...bukan sebab bulan kelahiran aku tapi bulan yang penuh ujian untuk diri aku... tahun ni, 2013, alhamdulillah sekali lagi aku bertemu beberapa orang sahabat yang mempunyai niat yang tersangatlah bersih dan suci kerana diorg bebetul nak berubah... bermula dengan puasa penuh pada Ramadhan 2013, aku percaya, beliau adalah sahabat yang Allah telah gantikan selepas seorang sahabat aku pulang ke rahmatullah... setiap manusia yang Allah jadikan memang berbeza, tetapi perjuangan dan dakwah kepada manusia lain adalah sama dan tidak berubah... 

Banyak perkara yang kami buat sesama...dan sampailah satu masa, Allah telah berikan kami ujian...

Dengan nasihat sebagai seorang sahabat, kami saling tegur menegur... berkongsi cerita dan masalah, dan melakukan perkara bangang... hahahaha... tapi aku pernah cakap kat dia... ada 2 perkara yang aku takleh buat....

1. bila ppuan seksi lalu depan aku, susah aku nak alihkan pandangan
2. bersangka baik....

kami pun mula la cuba berubah...ternyata no 1 tu memang susah gile...dah kata nama laki kan...hahahaha... tp aku tersedar lagi satu perkara yang aku lupa nak ingatkan....iaitu mengeluh....

Aku cuba untuk tak mengeluh hinggalah pada pertengahan bulan november, alhamdulillah banyak perkara yang Allah mudahkan...tersangat dipermudahkan... aku pada mulanya memang terkejut gongjeng gak sbb terlalu mudah perjalanan ni...alhamdulillah...bila aku nak berkongsikan cerita ni, aku telah diberitahu oleh sahabat yang dia sedang mengalami satu masalah yang agak berat...masalah yang aku pernah hadapi pada tahun 2011......

Atas nasihat, dan aku memperingatkan supaya dia tidak mengeluh...apa segala ujian yang Allah berikan cumalah ujian di dunia sahaja...Allah takkan bagi hamba Dia masalah yang hamba Dia takleh selesaikan...cari jalan dan jangan mengeluh...dan percaya lah, Allah itu maha berkuasa, Dia menjadikan kita, Dia menjadikan seluruh alam, Dia menjadikan semua kehidupan dan dengan kuasa Nya dia mematikan dan menghapuskan apa yang Dia kehendaki...termasuklah semua masalah dan kekusutan dalam otak kita...lebih awal lagi Dia telah berikan kita akal untuk berfikir... dan insyaAllah, masalah ko cumalah ujian kecik dibandingkan dengan ujian-ujian orang yang lain....

Mungkin tergantung citer ni sbb perkara ni masih belum selesai dan kita sama-sama berdoalah setiap masalah kita akan diselesaikan dengan cara yang baik... dan sekiranya masalah itu kita tak jumpa jalan penyelesaiannya, Allah lebih mengetahui segalanya dan Dia telah menetapkan sesuatu yang lebih baik untuk kita... insyaAllah....apapun, jauhkan dari mengeluh, dan teruskan berusaha...dengan kekuatan iman kita sebagai seorang islam, percayalah Allah sentiasa bersama dengan kita... sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang bersabar....

Read more »

Tuesday, October 22, 2013

cerita korang!




Ingatkah kalian,
Sebuah bagunan baru yang kininya usang
Yang dulunya tersergam tapi kininya suram
Menjadi sejarah pertemuan sahabat
 Tidak mengejar dunia mahupun cita
Yang ada cumalah bahagia tanpa mengenal derita
Galak ketawa tidak ada akhirnya
Apartment Bukit Beruang Lot 223

Ingatkah kalian,
Kononnya perjuangan yang cuba dibawa
Akhirnya ntah ke mana, ke laut juga
Erti sahabat disahut semua
Ceria si Iban disambut bahagia
Tidak terikat dek jalur tiga
Janji sahabat setia bersama
Kekal dahulu kini dan selamanya

Ingatlah kalian,
Masa dan rupa berubah jua
Yang dulu satu menjadi dua
Kekal bahagia bersama keluarga
Dahulunya gila kini bercinta
Menjadi 'serius' bila berkata
Tapi bersahabatlah hingga ke syurga

Ingatlah kalian,
Tak kira madu mahupun cuka
Kebaikan tetap ada bersama
Tak kira suka mahupun duka
Kenangan kita tidak dilupa
Biar berpijak landasan berbeza
Tetapi bumi tetapkan rata
Biar miskin mahupun kaya
Kita sahabat tetap bersama



Read more »

Monday, October 21, 2013

sampaikan walau sepatah kata


"kubur masing-masing...pandailah aku nak jawab nanti!"...
"pandai kau cakap...kau tu pon sama je!!!"...
"lek ahh...dosa ko,dosa kau ahh...dosa aku,aku punya pasal laaa!!!"...

Ni aku nak bagi salam ni korang nak jawab, jawab ahh...taknak jawab korang punya pasal laa...aku dah dapat pahala bagi salammm...pandai pandai ko laaa pikir nak jawab ke tak!

ASSALAMUALAIKUM!

HAHAHAHA....
Itu cuma sekadar contoh dan bukan contoh yang dibuat buat, ini adalah contoh yang memang pernah terjadi...

Macam-macam ayat yang orang lain lemparkan bila kita cuba menegur ke arah kebaikan... sama jugak dengan penulisan aku... ada jugak orang pernah cakap aku ni pandai bercakap je tapi sama je... ehehe.... pedulik apa orang nak cakap, janji kita tau apa yg kita buat tak salah... sampaikanlah kebaikan walaupun kecil dari tiada....

Tak kira la siapa yang menegur...
Jangan pandang siapa yang berkata tapi pandang apa yang dikata...

Pernah aku terdengar satu khutbah yang disampaikan oleh seorang khatib yang penuh bersemangat menyampaikan peringatan dan teguran. Tanpa teks di depan, dia menyampaikan memang dari hati dan pandangan dia sendiri... dengan nada yang tinggi, antara ucapan yang kekal dalam otak aku,

kita umat Muhammad dan satu-satunya umat yang terus diberi kepercayaan untuk berdakwah!
mana dakwah kita!?
mana dakwah seorang suami kepada isteri
mana dakwah seorang ayah kepada anak
mana dakwah seorang abang kepada adik
mana dakwah seorang pemimpin kepada rakyat
mana dakwah seorang sahabat kepada sahabat yang lain
mana dakwah seorang saudara kepada saudara yang lain
mana dakwah seorang muslim kepada orang yang bukan muslim!?

Kepada semua sahabat, saudara, musuh, jin yang baca online dan sesape je laa...
Pedulik apa orang cakap, kita sampaikanlah teguran dan nasihat walau secebis ayat sekalipun. Yang tua janganlah terlalu angkuh untuk terima teguran seorang yang lebih muda, dan yang muda janganlah terlalu malu untuk menegur sesama manusia mahupun jin.

Jangan terlalu mementingkan diri sendiri, jangan fikir tempat kat syurga tu limited. Bukan kalau sejuta orang masuk syurga, syurga dah full... 

Dan kepada yang takleh menerima teguran, renung-renungkanlah... Bak kata mak aku, sebab kubur asing asing la kita kene tegur menegur sementara kita dan kawan kita hidup. Nanti bila dah dalam kubur, kita dah takleh nak slow talk ngan malaikat supaya kurangkan azab member kita... beringat-ingatlah eh...

Ikutkan aku sendiri tau semua penulisan aku ni bukannya sejuta orang yang baca, tapi at least insyaAllah bila aku dah mati nanti, mungkin ada sorang dua yang baca dan mungkin sedikit tersedar dan mendapat kebaikan dari apa yang aku sampaikan, insyaAllah ada gak yang membantu aku nanti...

Bila kita mati, cuma 3 perkara yang menjadi bekalan kita berterusan...
1. Doa anak yang soleh
2. Sedekah jariah 
3. Ilmu yang baik dan berguna

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.




Read more »

Friday, October 18, 2013

adakah kita beriman?


Soalan : Ko ni bebetul ke beriman dengan Allah?
Jawapan : Betul la aku beriman

Soalan : Ko percaya isra' mikraj
Jawapan : Percaya laa...

Soalan : Ko percaya Allah boleh tenggelamkan manusia dengan harta harta dia dalam bumi? (kisah karun dan hartanya dalam surah kahfi)
Jawapan : Ye la aku caya laa, dalam Quran kan...

Soalan : Maksudnya ko bebetul beriman dengan Quran
Jawapan : Mestilah aku beriman dengan Quran...baru la islam

Soalan : Ko tau apa yang terkandung dalam Quran?...dan ko tau apa maksud iman???

Iman dari segi lugha (bahasa) bermaksud, percaya atau membenarkan.
Definisi iman pula adalah membenarkan dalam hati, menyatakan dan membenarkan dengan lisan dan mengerjakan dengan anggota tubuh badan.

Memang berat bila kita nak berhujah tentang iman. So kat sini aku just nak terangkan dengan ringkas apakah itu iman dan benarkah kita mengaplikasikan iman dalam diri kita?. 

Dalam Surah Al-Hujarat ayat 15 :

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah mereka yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu ragu, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang orang yang benar (pengakuan imannya)

Disebut dalam ayat suci ini, "TIDAK RAGU RAGU" bermaksud kita menerima dengan sepenuh hati dan membenarkan tanpa sedikit pun menidakkan apa yang disebut oleh Allah dan setiap perlakuan oleh RasulNya. 

Seperti yang kita lihat betapa agungnya iman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang sedikit pun tak ragu ragu dalam menunaikan perintah Allah untuk menyembelih anaknya sendiri. Sesungguhnya mereka tergolong dari orang yang sabar. Dan balasannya Allah telah menukarkan dengan binatang korban yang besar dan sihat...

Dalam situasi kita skang ni, banyak perkara kita membelakangkan kata-kata Allah dan suruhanNya atas alasan mengikut kehendak manusia dan sebagainya. Sedar atau tidak, siapakan kita kalau bukan kerana kuasa Allah s.w.t....?

Kita mengaku dan berkeras mengatakan yang kita beriman dengan rukun-rukun iman yang semua orang tau. Tapi betul ke kita beriman???

Aku akan mengelak dan menyuruh semua mengelak bercakap tentang poligami. Terutama pada kaum wanita. Mereka kata mereka beriman, mereka kata mereka percaya dengan kata-kata Allah dan RasulNya, tetapi kenapa mereka menolak hukum poligami?...ini sebagai contoh... tetapi kaum lelaki, cermin semula apakah sebab kaum wanita menolak poligami ni?... adakah kaum lelaki benar benar menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami... jangan cepat menyalahkan wanita, dan wanita jangan pula menolak hukum yang Allah telah menetapkan sebagai perkara yang halal...

Kepada kaum lelaki, poligami ni bukanlah perkara yang sewenang-wenangnya untuk kita lakukan. Aku sebagai lelaki jugak kekadang sedih dengan lelaki yang melaksanakan hukum poligami tapi mengabaikan tanggungjawab yang sebenarnya. Takyah kata poligami, monogami atau beristeri satu pun ada kaum lelaki yang masih tidak sepenuhnya menunaikan tanggungjawab mereka sebagai suami. Lihat dan nilai betapa besarnya tanggungjawab sebagai seorang suami. Mahu berkhawin lebih, tetapi isteri yang satu sudahkah kalian mendidik mereka, menjaga aurat mereka dan memenuhi keperluan mereka?...

Ini cuma sekadar contoh...

Antara contoh yang lain besar, masih ada dikalangan kita yang masih ragu-ragu dengan hukum yang Allah telah tetapkan. Undang-undang yang Allah tetapkan ditolak tepi, dan menjalankan hukum manusia yang banyak 'lub hole' dan boleh dipusing oleh manusia sendiri. Ingin menjalankan hukum Allah tapi takut dengan penerimaan masyarakat, tetapi tidak takut dengan balasan Allah diakhirat...

Yang halal diharamkan
Yang haram dihalalkan

Banyak perkara yang kita sendiri boleh fikir, cerminkan diri kita dan tepuk dada tanyalah diri sendiri...

adakah kita betul betul beriman???
adakah kita faham pengertian iman???

hidup ni kejap je beb...esok lusa kita mati...

amin...





Read more »

Tuesday, October 15, 2013

Harta ; Hanya di dunia atau...

kisah kesabaran Nabi Allah
tidak berpaling iman diuji
salam mulia aidiladha
bersyukur kita ke hadrat Ilahi

Assalamualaikum dan salam aidiladha...

Dalam kesibukan kita dok tengok atau menolong orang lain sembelih binatang korban, aku tengok dan aku bangga dengan keikhlasan sesetengah umat Islam. Tapi mengikut kebiasaan zaman kita sekarang, dalam keikhlasan yang mengerjakan ibadah korban dan juga yg membantu dalam proses menyembelih binatang korban, ada juga ura ura yang tidak sedap di dengar. Dan ura ura ini berdasarkan sumber yang sahih. 

Bukan aku nak menyebut tentang perkara yang tidak sedap untuk didengar ni. Tapi perkara yang menyeluruh. Seperti biasa, aku ni manusia yang jenis, secara automatik akan berfikir hingga ke pucuk pangkal tentang perkara yang aku perhatikan. Dalam perayaan aidiladha ni, bercampur dengan ura ura yang tidak sedap didengar ni, aku terfikir...

tentang harta......

Pada tahun 2003, aku bermula dengan mengutip kotak di malam hari dan menjual kuih dan nasi lemak di pagi hari. Bermula dengan kesusahan, yang sebenarnya tidaklah sesusah mana jika dibandingkan dengan orang lain, hinggalah kedudukan yang aku agak selesa sekarang, alhamdulillah. Dan aku percaya satu hari nanti, Allah sekali lagi akan memberi aku satu ujian yang mungkin akan membuatkan aku dalam keadaan yang mungkin lebih berat dari sebelum sebelum ni. Dan sebelum tiba ujian tu, aku yang sekarang memerhatikan keikhlasan dan kesungguhan insan lain dalam menjayakan pengorbanan aidiladha telah terfikir tentang beberapa soalan yang kita sendiri akan lalui....

KEMANAKAH HARTA KITA TELAH DIBELANJAKAN?
Aku yang kini masih bujang (2013), terfikir tentang harta dan rezeki yang telah Allah mudahkan untuk sampai kat aku. Harta dan rezeki yang sebelum dan sehingga kini, secara jujurnya telah aku habiskan ditempat-tempat yang sikit pon tak beri manfaat kat aku samada kat dunia atau akhirat. Dan ada yang aku belanjakan bukan untuk kebaikan aku, tapi untuk kemusnahan diri sendiri. Apa yang patut aku jawab bila ditanya oleh Allah nanti?...

DARI MANA SUMBER HARTA YANG AKU DAPAT?
Bila ditanya soalan camni, sememangnya hanya aku dan Allah saja yg tau. Nak dipandang dari segi halal dan haram, aku sendiri kadang-kadang taktau jawapan sebenarnya. Memang nak kata, kita semua ada yang kerja dipejabat, ada yang kerja di site dan ada jugak yang kerja sendiri. Tapi pasti ke setiap rezeki kita sikit pon tak bercampur dengan perkara yang menjerumuskan kepada perkara yang haram. Setahu aku, tidak ada dalam islam yang mengatakan,"ni haram sikit je" atau "ni haram  boleh terima lagi"...apa yang aku tau, seandainya ianya haram, maka sepenuhnya ianya jatuh haram. Kita pasti ke setiap rezeki yang kita terima takde bercampur dengan unsur riba', penipuan, rasuah dan sebagainya?....

HARTA YANG DIAMANAHAKAN?
Bila disebut perkara yang diamanahkan, mungkin ada yang tersalah faham. Bukan aku nak 'attack' mana mana individu atau organisasi. Secara jujurnya, aku menulis sebab aku terfikir time aku tgk orang dok sembelih binatang korban. Biar aku jelaskan tentang ura ura yang kurang sedap didengar. Ianya berkaitan tentang daging sembelihan korban. Mak ayah aku salah seorang AJK masjid dikawasan perumahan aku dan diaorg suruh aku tolong orang masjid untuk menyempurnakan ibadah korban ni. Alasan mereka sebab ada pihak yang tak bertanggungjawab 'mencuri' daging daging korban ni untuk kepentingan sendiri. Dan perkara ini melahirkan penulisan ni. Harta atau rezeki yang diamanahkan, tak kira harta zakat, anak yatim, rakyat, sedekah mahupun daging korban ni, sebenarnya tidak boleh digunakan untuk kepentingan sendiri. Apakah sebenarnya tujuan harta ni suma?...adakah ianya sememangnya untuk kita membelanjakan atau menggunakan sesuka hati?... apa yang akan kita jawab bila ditanya oleh Allah nanti?...sebagai contoh, bolehkah kita keluarkan report audit dan tunjukkan depan Allah di akhirat nanti?...ingatlah, Allah maha mengetahui....

APAKAH SEBENARNYA TUJUAN KITA BERSEDEKAH?
Banyak kali aku ingatkan sabahat sahabat aku, bersedekahlah dengan tangan kanan hingga tangan kiri taktau yang tangan kanan kita bersedekah. Janganlah kita bersedekah atas tujuan menunjuk-nunjuk dan riak. Teringat aku satu hadith time aku sekolah dulu, 

"Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa kalian adalah syirik kecil", Sahabat bertanya,"Apakah syirik kecil itu ya Rasulullah?". Rasulullah menjawab."Riak".
 (Hadith riwayat Imam Ahmad)

Apakah sebenarnya kita mahukan dalam bersedekah?...adakah ianya ikhlas atau hanya untuk menunjukkan yang kita mempunyai harta yang banyak ataupun mengharapkan pujian orang lain?. Ingatlah, pujian manusia tu cuma sekejap je...dan dalam pujian itu mungkin akan menyebabkan kita bangga dengan perbuatan kita sendiri hingga jatuh kepada hukum riak...nauzubillah...
Cuba korang bersedekah dan diamkan perkara ni...insyaAllah korang mungkin akan rasa keredhaanNya...

Sebenarnya banyak lagi persoalan yang dok main dalam otak aku ni... kekadang sampai aku sendiri pening dengan apa yang aku fikirkan. Tapi bila fikir balik, sepatutnya kita kene bersyukur jugak sebab kenikmatan untuk berfikir itu masih lagi aku rasai... Allah tu mampu melakukan apa apa yang Dia mahukan dan Dia mampu untuk menarik segala kenikmatan termasuk berfikir... pada aku personally, berfikir jugak merupakan satu nikmat...insyaAllah...

Papepun selamat menyambut aidiladha dan bila cukup kemampuan, sama sama la kita mengikut jejak saudara kita yang lain untuk mengorbankan binatang korban yang sihat dan cantik...aminnn...

Read more »

Monday, July 8, 2013

Permainan & Penipuan Dunia (BAB. 3)


Dengan nama Allah yang maha Pengampun dan maha Pengasih
Assalamualaikumwarahmatullah

Melihat kemajuan teknologi yang sangat pesat disamping menjadikan kehidupan kita lebih efisyen dan efektif,  kita mungkin tidak terfikir keburukan disebaliknya. Kita yang semakin alpa dan lalai dengan keseronokan teknologi ini hingga tidak menyedari kerosakan yang sangat besar di dalam kehidupan di dunia ini dan seterusnya membawa kepada dosa dan fitnah yang besar. 

Perasan atau tidak, sekiranya kita cuba memperjuangkan kebenaran yang sebenar, baik dari kesan negatif tentang isu teknologi, hiburan, ideologi politik mahupun isu yang bercanggah dengan hukum agama islam, pasti ada yang cuba menghentam dan ada yang sanggup memperjuangkan habis-habisan bagi 'menegakkan benang yang basah'. Hanya berpandukan dari sumber yang tidak diketahui, atau senang kata, cuma 'click' sahaja, mereka menjadikan sumber ini sebagai hujahan tanpa mempedulikan kebenaran yang terdapat di dalam Quran dan Hadith. 

Bagaimanakah mereka begitu mudah terpengaruh untuk menjadikan teknologi ini sebagai sumber panduan kehidupan mereka?

Kebijaksanaan 'puak pemusnah dunia' ini memang tidak boleh dinafikan. Tetapi kita sebagai umat Islam, sebenarnya mampu untuk mengatasi kebijaksanaan mereka dengan menjadikan al-Quran, hadith dan sunnah sebagai panduan dalam menjalankan kehidupan seharian kita. Kita terjamin selamat dunia dan akhirat sekiranya menjadikan ajaran agama Islam sebagai panduan sebenar dalam membentuk diri dan keluarga kita. 

'Puak pemusnah dunia' ini sebenarnya telah meracun pemikiran kita sejak kita kecil lagi. Sedar atau tidak, mereka menjadikan teknologi yang begitu hebat untuk menyampaikan 'dakwah' sesat mereka hinggakan kita terpengaruh dengan ideologi dan budaya mereka dan mempraktikkan dalam kehidupan seharian kita. Sebagai contoh, mereka menjadikan jalan cerita mereka sebagai panduan untuk kita melakukan perkara yang sama hinggakan kita menolak sunnah yang di ajar oleh pemimpin terhebat dunia, Nabi Muhammad s.a.w. Seperti yang pernah aku tuliskan di tajuk Sitcom pada tahun 2008. Bukan sahaja kita, manusia yang sudah mengenal kebaikan keburukan tetapi juga kanak-kanak yang baru sahaja ingin belajar tentang kehidupan di muka bumi ini. 

Tidak sedarkah kita, banyak cerita-cerita yang menggambarkan pengganas dunia adalah dikalangan umat Islam terutamanya di negara-negara arab yang majoritinya dihuni oleh penduduk Islam yang mengamalkan sistem perundangan Islam yang sebenar. Pelakon-pelakon yang hebat dijadikan sebagai 'hero' untuk menentang pengganas yang membawa kerosakan dimuka bumi ini. Dan pengganas-pengganas itu kebanyakannya berserban, berjanggut, berjubah dan BERAGAMA ISLAM!.

Mungkin kita yang sudah dewasa ini boleh menilai bahawa itu cuma sekadar hiburan. Tetapi bagaimanapula dengan kanak-kanak yang baru belajar tentang ilmu dunia sementara ini?. Apa pandangan mereka tentang manusia yang berserban, berjubah, berjanggut dan sebagainya?. Sedangkan berjanggut itu adalah sunnah Rasulullah s.a.w...

Janganlah kita terkejut sekiranya di masa akan datang, manusia seluruh dunia melabelkan orang yang berjanggut ini semuanya adalah orang yang jahat dan ganas. Berserban dan berjubah adalah tradisi yang kolot dan fesyen yang melabelkan kejahatan dan keganasan. Sedikit demi sedikit pemikiran manusia dikotori dengan penipuan dalam kebenaran. Dan jangan terkejut juga sekiranya ada umat Islam yang malu untuk mengaku Islam kerana takut dilabelkan sebagai pengganas dan membawa kerosakan dalam keamanan.

Subhanallah... apa sebenar yang akan terjadi sekiranya al-Quran, hadith dan sunnah itu tidak lagi dijadikan panduan kepada umat manusia terutamanya kita yang hakikatnya beragama Islam?. Dan 3 perkara ini malu untuk diperjuangkan oleh umat Muhammad sendiri?.

Walaupun baru diperingkat permulaan aku membaca buku yang bertajuk Deadly Mist ini, aku sangat terkejut dengan propaganda yang dilakukan oleh 'puak pemusnah dunia' ini. Kalian, janganlah kita terlalu mudah untuk terpengaruh dengan pujuk rayu syaitan ini semua. Dunia ini hanya sementara, jangan kita menghambakan diri kita untuk mengejar dan tunduk dengan penipuan yang kononnya membawa kita kepada keseronokan dunia. Sebaliknya akhirat adalah tempat kemenangan kita sebagai seorang muslim. Biarpun kita ditindas di dunia ini, dicaci dan dihina, diseksa dan dipandang serong oleh masyarakat, Allah adalah tempat segalanya. Allah yang menentukan di mana kita akan berada selama-lamanya. Samada di syurga atau neraka. 

Ingatlah, dunia ini sementara. Keseronokan di dunia juga hanya sementara. Yang kekal selamanya adalah di 'sana'...dan di sini aku berdoa agar sahabat aku, Ahmad Nur Rasyid bin Kassim dan saudara-saudara yang lain sedang berbahagia di 'sana'. Kadang-kadang aku merasa cemburu kerana sahabatku ini telah selamat dari fitnah dunia yang sementara ini dan telah berpindah kekal di 'sana'. Dan pastinya, kita juga akan ke 'sana' sementara terus berjuang di sini bagi mengurangkan bilangan saudara kita yang masih lagi keliru dengan permainan dan penipuan dunia kini....

Insyallah...

Read more »

Permainan & Penipuan Dunia (BAB. 2)


Dengan nama Allah yang maha mengetahui segala kebenaran yang nyata dan ghaib...
Assalamualaikumwarahmatullah...

Seperti yang dijelaskan di dalam bab 1, kita sememangnya semakin buta dengan kebenaran dan membenarkan penipuan dan permainan syaitan menjadi panduan dalam kehidupan seharian kita. Tetapi adakah kita sedar di manakah penipuan di dalam kebenaran itu?.

Ada diantara kita, dan hampir keseluruhan, telah terikat sepenuhnya dengan permainan dan penipu mereka. Dan aku, tidak terkecuali telah terikat sepenuhnya dengan permainan mereka. Pada mulanya, aku takut untuk menjelaskan tentang perkara ini, kerana 'puak pemusnah dunia' ini sanggup melakukan apa saja untuk menutup segala penipuan mereka. Tetapi, sebagai seorang yang beragama Islam di zaman baru ini, aku jadikan penulisan ini sebagai perjuangan seorang "PENGGANAS DI DUNIA BARU" mereka. Walaupun tidak besar perjuangan ini, sedikit sebanyak mampu membuka mata pembaca agar tidak terus terikat dengan tali boneka mereka.

Seperti yang dirancang oleh mereka, minda kita telah dimanupulasi oleh 'puak pemusnah dunia' ini. Ada diantara kita yang sanggup bermati-matian memperjuangkan permainan dan penipuan mereka tanpa menyedari kebenarannya. Bukan hendak menyalahkan ibu bapa atau pemimpin kita, tetapi kita yang dijadikan sebagai khalifah seharusnya sendiri mencari kebenaran yang betul-betul kebenarannya. Mungkin ada yang tidak faham dengan ayat tersebut tetapi hakikatnya, kebenaran di dunia ini juga telah ditipu kebenarannya. hahahaha...pelikkan!?...

Sebagai contoh, kita, termasuk institusi kehakiman dan undang-undang, membenarkan sistem perbankan conventional. Walaupun aku tidak faham erti sebenar sistem perbankan dunia sekarang, tetapi di dalam Islam, riba' sememangnya haram dan salah disamping membawa kemudaratan kepada umat manusia. Tetapi ianya telah menjadi panduan dan dibenarkan disetiap negara termasuk negara-negara Islam. Di dunia sekarang ianya telah di BENARKAN walaupun hakikatnya HARAM disisi hukum Islam.

Antara contoh lain, HIBURAN!. Ada diantara mereka yang begitu bangga melihat darah daging mereka sendiri dan ada juga yang sanggup mempertaruhkan harta bagi menjadikan isteri, anak atau saudara mereka ditonton oleh masyarakat dunia. Dipertontonkan dengan aurat yang dibuka, membiarkan diri mereka terbuka dengan fitnah dan ada yang sanggup menutup mata membiarkan saudara mereka bergelumang dengan dosa dan maksiat bagi menjadikan diri mereka terkenal dan dipandang oleh masyarakat lain. Gossip yang dibanggakan menjadikan mereka lebih terkenal walaupun tidak disedari keburukan yang nyata dimasa akan datang. Mereka seakan-akan mengejar populariti di dunia sementara yang dipandang oleh manusia biasa dari mengejar populariti yang akan dipandang oleh Allah di hari akhirat nanti. 

Seandainya kalian memahami penulisan sebelum ini yang bertajuk Si Baik yang Jahat, kerajaan Islam satu persatu runtuh dan diperjuangkan semula oleh 'pejuang-pejuang' atau lebih tepat boneka syaitan yang membawa kepada kerosakan yang nyata. Mereka menjadikan dunia ini sebagai syurga bagi umat manusia sedangkan sudah sedia maklum, kita mempercayai bahawa dunia di bumi ini hanyalah sementara. Kita terpesong dari tujuan kita dijadikan oleh Allah dan sebaliknya menjadikan harta dunia sebagai tempat untuk kita bersujud. Bila ditanya tentang rukun iman, pasti kalian mampu menjawab. Tetapi sekiranya ditanya, adakah kita benar-benar beriman dengan 6 perkara itu, adakah kita mampu menjawab?....

Nauzubillah!



Read more »

Permainan & Penipuan Dunia (BAB. 1)


Dengan nama Allah yang maha mengetahui segala yang benar, nyata dan ghaib...
Assalamualaikumwarahmatullah

Bagi membuka 'baca' di dalam penulisan ini, ingin dijelaskan kita sebagai manusia yang beragama Islam, mempercayai dan beriman kepada kitab yang diwahyukan kepada para Nabi, seharusnya mengerti apa yang akan terjadi di dunia yang sementara ini. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui perkara yang nyata dan ghaib, dan perkara yang lepas dan bakal berlaku, dan perkara yang benar walaupun ditutup oleh fitnah dan dusta. Aku sebagai umat Muhammad, cuma mampu menulis dan ingin menerangkan disamping meringkaskan sebahagian penulisan dan bahan bacaan yang telah membongkar segala penipuan di dunia bagi menyesatkan umat manusia, tidak mengira kepercayaan yang dipegang oleh manusia.

Adakah kita tahu apa sebenarnya tujuan kita dijadikan di muka bumi ini?.

"Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia kecuali beribadah kepada Ku"
(Az-Zariat:56)

Teringat kembali antara kata-kata seorang 'puak pemusnah dunia' yang sangat berpengaruh di dalam buku yang bertajuk "Pawns in the games (William Guy Carr)", yang menyebut, (ayat ini diolah mengikut fahaman sendiri), "kita tidak akan menang untuk memerangi mereka, tetapi kita mulakan dengan perang dalaman, iaitu pemikiran dan melemahkan pegangan mereka". Ayat ini telah disebut oleh Adam Weishaupt, salah seorang pengasas dan sangat berpengaruh bagi mempengaruhi pembentukan 'New World Order". 

Pawns in the games adalah antara buku yang terawal membuka mata aku untuk mengetahui lebih dalam tentang penipuan dan permainan dunia sekarang. Diikuti dengan buku hasil penulisan Harun Yahya atau nama sebenarnya Adnan Oktar. Buku-buku ini akan menjelaskan kita tentang kerosakan yang sengaja dibuat-buat oleh 'puak pemusnah dunia' yang cuba menyesatkan minda dan pemikiran umat manusia seluruh dunia. Dan kini, masih di dalam bacaan, sebuah buku yang bertajuk 'Deadly Mist' hasil penulisan Jerry D. Gray. Dan buku yang ditulis oleh saudara baru kita ini, telah menguatkan semangat aku untuk menulis secara ringkas tentang permainan & penipuan dunia sekarang.

Melihat keruntuhan kerajaan Islam satu persatu di dunia ini, membuatkan aku berfikir, mengapakah kita terlalu bodoh untuk menilai kebenaran disamping merujuk kembali kitab-kitab yang telah diturunkan sebelum ini. Al-Quran telah diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui Jibril a.s dan dijanjikan oleh Allah agar terpelihara kebenarannya, seharusnya dijadikan panduan untuk SETIAP umat manusia dan jin di dunia sementara ini. Seandainya jin-jin yang membaca penulisan ini, mereka akan lebih peka dengan penipuan yang dibuat-buat oleh umat manusia yang datangnya dari 'puak pemusnah dunia' ini.

Di dalam buku Deadly Mist ini, aku sangat terkejut dengan permainan dan propaganda yang dilakukan oleh 'puak pemusnah dunia'. Sememangnya aku mengerti tentang penipuan yang dibuat oleh mereka, tetapi buku ini menerangkan lebih jelas di manakah pucuk pangkal mereka bermula. Buku ini memfokuskan tentang kemusnahan manusia melalui sains dan teknologi dan buku Pawns in the games pula memfokuskan tentang kemusnahan manusia melalui pemikiran dan kehidupan seharian kita. Merujuk kepada buku hasil penulisan Harun Yahya pula, beliau memfokuskan tentang organisasi dan ideologi 'puak pemusnah dunia'. Seandainya kalian membaca buku-buku ini, kalian akan terkejut dan terasa diri kita telah ditipu disamping dijadikan boneka dalam pembentukan DUNIA BARU yang telah dirancangkan sejak beratus-ratus tahun yang lalu. 

Ideologi politik, pembentukan sistem kewangan, perang dunia, sains kesihatan dan teknologi, hiburan dan banyak lagi, telah dipelopori oleh mereka dan kita yang sedikit demi sedikit telah terikat dengan tali boneka yang dikawal oleh mereka, menolak kebenaran dan menjadikan fitnah mereka sebagai sumber rujukan dalam kehidupan seharian kita. 

Nauzubillah! 

Bangkitlah dan teruskan mencari kebenaran yang sebenar-benarnya benar...

Read more »

Friday, July 5, 2013

Si Baik Yang Jahat


Assalamualaikum...

Dalam meniti arus globalisasi yang penuh dengan kemajuan, kita sering diberitakan dengan pelbagai isu dan topik mengenai perihal negara sendiri dan juga negara luar. Tidak terkecuali untuk setiap golongan, samada yang tua, muda mahupun kanak-kanak, berita-berita ini seperti air hujan yang turun melimpah ke bumi. Berita yang disampaikan disetiap sudut, disamping bantuan teknologi internet dan media massa, ianya juga pantas merebak dan tersebar begitu sahaja. Hakikatnya, adakah berita ini adalah "berita" ataupun "fitnah"...

Seperti yang sedia maklum, fitnah merupakan satu perbuatan yang mengakibatkan kerosakan, kemusnahan dan kemudaratan kepada semua pihak. Seperti yang dijelaskan dalam ajaran Islam, fitnah merupakan satu dosa yang sangat besar dan disebut juga di dalam Quran. Antara keburukan fitnah ini, ianya mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap seseorang, sekaligus menjatuhkan maruah dan kepercayaan kepada mereka. 

Penulisan ini sebenarnya tidaklah ingin mengetengahkan tentang keburukan fitnah secara menyeluruh, tetapi ingin menerangkan dan membuka fikiran pembaca tentang apa yang terjadi kepada dunia kita sekarang, hasil dari 'berita' yang tidak pasti kebenarannya...

Bila kita melihat berita yang terpampang dimuka akhbar dan juga internet, banyak isu mengenai negara-negara islam yang sedang berkocak pentadbiran kerajaan mereka termasuklah peperangan dan keruntuhan sosioekonomi akibat berita-berita palsu yang didedahkan oleh 'puak pemusnah dunia' ini. Ancaman ini mewujudkan 'tentera sampingan' yang bukannya datang dari negara luar, tetapi lahirnya mereka dari negara sendiri. Rakyat yang bangkit dan terangsang akibat mendengar berita berita palsu dari 'puak pemusnah dunia' ini, kononnya berjuang untuk membebaskan diri mereka dari genggaman pemimpin yang sebenarnya tulus dan jujur dalam melaksanakan amanah mereka. 

'Puak pemusnah dunia' ini secara diam-diam menyerapkan ideologi kotor mereka kepada rakyat dan mencuci pemikiran rasional mereka dengan pemikiran barat yang sememangnya membawa kerosakan lebih-lebih lagi pemikiran yang menolak unsur-unsur kesucian agama Islam. Rakyat yang terpedaya ini seakan-akan dirasuk dan membiarkan diri mereka menjadi boneka 'puak pemusnah dunia' untuk meruntuhkan kerajaan Islam yang sebenar.

Bukan satu atau dua negara Islam yang telah menjadi mangsa fitnah 'puak pemusnah dunia' ini, tetapi lebih dan satu persatu negara Islam ini runtuh ditangan rakyat mereka sendiri. Sebagai contoh di sebuah negara yang dilanda krisis seperti dijelaskan, dan kini telah jatuh ditangan rakyat yang buta dan terpedaya dengan fitnah 'puak pemusnah dunia'. Mereka menolak seorang pemimpin yang beragama islam, mengamalkan sunnah Rasul dan seorang penghafaz al-Quran... pemimpin ini juga merupakan seorang hamba yang sering melakukan tahajjud, berjemaah di masjid-masjid dan juga seorang yang selalu memikirkan tentang kebaikan untuk rakyat beliau... akibat dari fitnah dan berita yang dibuat-buat oleh 'puak pemusnah dunia' ini, beliau akhirnya jatuh ditangan rakyatnya sendiri... melihat ini berlaku, aku sendiri selalu terfikir, kenapa kita (rakyat) terlalu bodoh untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk?.

Secara peribadinya, aku melihat, kita menganggapkan seseorang yang mengamalkan ajaran Islam yang sebenar akan dipandang kolot dan tidak maju dari segi ekonomi dan sosial. Sedangkan apa yang berlaku di dunia sekarang sememangnya jauh dan terpesong dari ajaran Islam yang sebenar. Kita terlalu melihat kebendaan, keseronokan dan terlalu 'open minded' sedangkan itulah sebenarnya tips-tips untuk meruntuhkan akhlak dan pegangan kita sebagai seorang manusia sebenar dan lebih tepat lagi sebagai seorang Muslim.

Dulu, sebagai contoh, pejuang-pejuang Islam di Afghanistan, dilabelkan sebagai pengganas oleh 'puak pemusnah dunia' ini, tetapi kini, pejuang-pejuang Islam diseluruh dunia masih dilabelkan pengganas dan dipersetujui oleh masyrakat Islam sendiri. Pada Julai 2008, aku pernah menulis tentang Tangis Seorang Pengganas. Penulisan yang menjelaskan perjuangan mereka dan reaksi masyarakat dunia tentang mereka. Pejuang Islam tidak semestinya seseorang yang memegang senjata, tetapi juga seseorang yang cuba menegakkan kebenaran agama Islam samada berdakwah mahupun pemimpin yang memimpin yang rakyat mereka ke jalan sebenar. Dan inilah yang terjadi kepada dunia sekarang. Pejuang islam ini cuba memimpin rakyat mereka tetapi dibalas dengan rusuhan dan provokasi yang merosakkan negara dan kerajaan Islam yang sebenar.

Malaysia juga merupakan sebuah negara Islam, dan kalian sedarlah dan buka fikiran ke arah yang berlandaskan ajaran Islam. Jangan mudah terpedaya dengan berita palsu dan jangan jadikan diri kita sebagai boneka 'puak pemusnah dunia'. Sebelum aku menamatkan penulisan ini, maksud 'puak pemusnah dunia' adalah merujuk kepada Yahudi dan sekutunya. Berjuanglah atas nama Islam, bukan 'kebebasan' yang dicipta oleh 'puak pemusnah dunia' ini. Kebebasan mereka itu membawa kerosakan kepada semua umat manusia tidak kira agama, bangsa dan peringkat umur kita. Seandainya salah seorang dari 4 khalifah Islam kita menerajui kerajaan Islam kini, adakah mereka turut dilabelkan sebagai seorang pengganas dan jahat?...buka mata dan buka minda...manusia semakin bijak tetapi jangan biarkan buta dengan kebenaran...

Wassalam!
Read more »

Thursday, June 13, 2013

aku, kita & emak


Emak...
Emak...
Emak...
Ayah...

Melihat telatah beberapa orang sahabat yang kini telah bergelar ayah dan juga emak, membuatkan aku berfikir, adakah perkara yang sama ini turut berlaku pada tanggal 12 disember 1985 dahulu?...adakah itu reaksi Yacob Mat Yim dan Ramlah Md Yaman ketika cuba menenangkan tangisan bayi yang bernama Firdaus Akbar?...adakah reaksi yang sama seperti sahabat sahabat ku yang cuba membuatkan anak mereka ketawa?...sekiranya itu reaksi yang sama, aku akan bersedih dan menyesal dengan apa yang telah aku lakukan selama ini...sememangnya aku tidak mampu untuk membalas budi dan kasih sayang mereka....

Bila berbual dengan sahabat, apa yang mereka inginkan hanyalah kebahagiaan isteri dan anak...ada yang langsung tidak berfikir tentang diri sendiri...ada yang tidak kisah dengan kehendak dan kepuasan diri sendiri, selagi ianya membuatkan isteri dan anak mereka gembira...adakah itu juga yang dilakukan oleh Yacob Mat Yim seketika dahulu?...aku yakin dan pasti, pengorbanan beliau lebih dari segalanya...

Melihat apa yang aku kecapi, merenung kembali apa yang aku lalui, semuanya atas pengorbanan seorang ayah dan emak...aku tau aku masih belum mampu untuk merasai perkara yang sama seperti mereka lagi, tetapi cukup sekadar melihat kepada para sahabat yang lain, ia membuatkan aku terkedu dengan pengorbanan mereka setelah bergelar ayah dan emak.. 

Bukan aku menilai dari harta dan apa yang telah mereka berikan pada aku, tp di mata aku, aku menilai keperitan dan kesusahan mereka yang membuatkan aku membesar dengan sihat, ketawa dan gembira, bahagia dan tidak sengsara, tidak kesunyian dan sentiasa ditemani dengan nasihat dan peringatan...

Kadang-kadang aku sendiri berfikir, di mana aku mendapat bekalan ilmu agama sebenarnya?...merenung kembali zaman kanak-kanakku, aku bersama dua kakak aku, akan berjemaah dengan ayah ketika solat maghrib...dan setiap kali selepas solat, ayah akan membuka buku kecil yang tebal berwarna merah, dan buku itu masih lagi ada hingga sekarang...buku itu adalah tafsir al quran...

Ayah akan menceritakan kepada kami tentang apa yang terkandung di dalam buku tafsir itu..ayah menceritakan dengan cara dan gaya bahasanya tersediri.. cerita-cerita yang sedikit sebanyak membuatkan aku boleh untuk menceritakan kembali kepada orang lain...ketika itu, kami, 3 beradik akan sibuk menyuruh ayah untuk menunjukkan di mana ayat al quran yang ada menyebut nama kami...ayah yang tidak pernah mengeluh dan sesekali tidak menolak permintaan kami akan menunjukkan di mana ayat yang ada menyebut nama kami...hahahaha...

Emak yang ketika itu masih berkerja di kilang Nestle, PJ tidak pernah kenal erti penat dan setiap hari akan memasakkan kami lauk pauk yang cukup enak dan bersih...ketika itu, memang jarang sekali, sangat jarang untuk kami makan di luar...biarpun emak kerja di kilang, kerja lebihan masa atau tidak, makanan yang baik untuk kami tidak akan dilupakan...adakah aku mampu untuk lakukan perkara yang sama kepada emak sekarang?...adakah kalian mampu?..tanpa sedikit keluhan?...mampukah kita?...

Secara jujurnya, aku seorang yang manja dengan emak ketika dulu, dan hingga sekarang...setiap pagi dan setiap kali aku mencium pipi emak, aku akan berfikir....adakah ciuman ini menunjukkan tanda sayang dan terima kasih aku kepada emak selama ni?...sampai bila aku dapat mencium pipi emak dan adakah aku sempat membalas semua pengorbanan dia selama ni?...seandainya ciuman ini membuatkan emak aku gembira, aku akan sentiasa menciumnya setiap masa, setiap hari dan setiap saat...tetapi apakah perasaan emak sekiranya dia tahu anak yang menciumnya setiap pagi ini sentiasa bergelumang dengan dosa?...dosa yang mampu membuatkan emak kecewa dan menangis kerana peringatan dan nasihatnya selama ini bagaikan sia-sia...nauzubillah....

Seperti yang aku terangkan disetiap penulisan aku, aku cumalah manusia yang penuh dengan kesilapan dan kesalahan...manusia yang lebih gemarkan dosa dari mengejar pahala...tetapi setiap kesalahan dan kesilapan ini, aku cuba rahsiakan dari pengetahuan emak...bukan untuk menjadi hipokrit, tetapi cukuplah dengan air mata yang emak pernah titiskan kerana kesalahan aku yang lepas...aku yang selalu membuat masalah ketika peringkat remaja, terlalu bodoh dan alpa dengan setiap perlakuan...tangisan emak membuatkan aku menyesal hanya untuk masa yang sekejap...alhamdulillah, Allah masih memberi aku peluang untuk membuatkan emak tersenyum kembali...dan insyaallah aku akan terus membuatkan emak tersenyum...

Kini, aku ada terbaca bahkan melihat sendiri kelakuan anak kepada ayah dan emak mereka...tanpa segan silu, dan ada yang bangga dengan sikap jahanam mereka kepada ayah dan emak mereka..ada yang sanggup terang-terangan mencemuh emak mereka sendiri di laman sosial...ada yang mengharapkan emak mereka terseksa,menyamakan dengan binatang dan lebih teruk lagi ada yang mendoakan emak mereka mati...adakah ini balasan mereka kepada ayah dan emak mereka?...tidakkah mereka sedar, dari mana datangnya gumpalan daging ditubuh mereka?...tidakkah mereka sedar, dari mana mereka tahu bercakap dan berjalan?...itu semua adalah dari pengorbanan ayah dan emak mereka sendiri...

Janganlah jadi terlalu bangang dan bodoh...sehina-hina babi pon, diorg tau sape emak diorg...inikan manusia yang diberi akal untuk berfikir, terlalu buta dan bodoh untuk memperlekehkan darah daging sendiri...

Penulisan ini sebenarnya bertujuan mengingatkan kita (kawan dan musuh yang sudah berkhawin), dan yang masih bujang untuk merenung kembali, keperitan hidup yang kita lalui ini sekarang turut dirasai oleh emak dan ayah kita ketika membesarkan kita...bahkan lebih teruk dari sekarang...kita kini dimanjakan dengan teknologi yang membuatkan hidup kita menjadi lebih mudah...tetapi kita tetap dan masih lagi mengeluh...bagaimana pula dengan pengorbanan ayah dan emak kita, pada zaman 90'an?...renungkan dan jangan menjadi bangang...hahahaha


Read more »

Tuesday, June 11, 2013

Untuk Dia


Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda,

" Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka"

Pertama ; golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang

Kedua ; perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayunkan bahu. Kepala mereka sanggul di atas kepala mereka bagaikan bonggol (goh) unta yang senget.

Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya'.

HR Muslim

Assalamualaikum...!
Aku seorang yang selalu menggunakan kata-kata yang agak sinis untuk dibaca. Melihat hadith di atas, kata-kata itu sebenarnya lebih keras & tegas dan juga sangat mendalam maksudnya. Nak dibandingkan kata-kata aku dan kata-kata seorang Rasul yang terulung, mmg jauh bezanya. 

Teringat balik antara post di facebook aku, ada juga yang mengecam dan ada juga yang bersetuju dengan kata-kata aku... antaranya :

Hehe terfikir balik...
Ppuan dulu cuma "seksi" bila berdepan dgn suami sahaja
Selepas tu,ppuan "seksi" bila dibayar...
Sekarang,ppuan "seksi" hanya untuk mendapat pujian lelaki kat laman sosial...gile murah...hahaha untung laki takyah beli majalah ala-ala playboy...lelaki puji pon bukan nak buat bini pon,sbb dah tau bukan dia sorang je tgk "bukit-bukit" yang tak seberapa tu...ketiak hitam,pic edit dan sbgnya...looser gile..kepada wanita,MANA SIFAT MALU & BUKALAH MATA DAN FIKIRAN bukan AURAT & PINTU NERAKA!
- maaf siapa terasa...ini kenyataan -
18hb Mei 2013

Haishhh ppuan pakai seksi ni kang kalau aku rogol raba ushaa kang marah...
Dah tu pakai seksi nak tunjuk kat sape...tp kalau pusat bulu ketiak daki takyah ahh nak seksi...lutut hitam macam kene seret kat jalan tar pon bangga nak tunjuk ke?
Hahaha...
16hb Julai 2012

Terniat aku untuk menulis tentang perkara ni bila aku tgk terlalu banyak kaum-kaum wanita yang terlalu bangga dengan kecantikan hinggakan tidak kesian dengan perasaan suami atau ayah mereka. Biarpun mereka sudah berkhawin, ada yang masih lagi berpakaian yang menampakkan susuk tubuh mereka. Dan rata-rata 'pengulas' atau 'juri' kepada gambar tersebut bukanlah dari kalangan keluarga atau suami mereka, tetapi adalah orang luar... ada yang memuji kecantikan mereka, ada yang memuji dan kagum dengan bentuk badan mereka dan ada yang mengharapkan dapat meratah tubuh mereka....

Sebagai seorang suami, apakah sebenarnya perasaan mereka?...adakah mereka tidak tahu tentang post tersebut atau mereka hanya membutakan mata mereka?...tidakkah mereka terasa diri mereka terlalu dayus hinggakan membiarkan bentuk dan susuk tubuh isteri mereka dijamah penglihatan oleh orang luar?...atau pun mereka berbangga dengan ulasan jahanam oleh serigala-serigala jadian tersebut?...

Aku seorang lelaki yang kuat cemburu. sangat kuat cemburu...ex's aku semua tau kecemburuan aku hingga ke tahap mana...hahaha...nauzubillah, sebagai contoh, seandainya aku berada ditempat mereka, aku akan bersedih dan menanges seteruk-teruknya kerana tiada beza antara aku dengan serigala-serigala jadian tersebut di mata isteri aku...mereka juga dapat seperti yang aku dapat bahkan mereka lebih untung dari aku...aku yang menjaga,memberi nafkah,mengahwini dan mungkin menanggung dosa isteri, tetapi serigala jadian tersebut masih dapat melihat bentuk tubuh isteri aku...isteri yang memperlihatkan susuk tubuh untuk mengeyangkan nafsu syahwat mereka...nauzubillah.....

Ada juga dari kalangan isteri ini, yang begitu bangga selepas dipuji...dan konon menidakkan ulasan serigala, perang puji memuji bermula...adakah ini semua ini trend atau bullshit?...sememangnya lebih dari bullshit....!
Memuji-muji kecantikan, ketampanan seseorang yang bukan suami secara terang-terangan....sedangkan suami dirumah dikeji dimalukan...apakah perasaan seorang suami sekiranya dia terbaca puji-pujian isteri kepada lelaki lain???....

Beb...!
Tak perlulah aku punya wajah seindah Nabi Yusuf a.s yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk buatkan mereka terpikat
Andainya ditetapkan di dalam Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hati kamu, jua hati aku kali pertama kita berpandangan
Itu janji Allah
9hb November 2012


Berikut merupakan salah satu post di Facebook aku pada tahun 2012. Sememangnya aku mengharapkan seorang gadis yang sangat cantik hingga memikat hati dan pandangan sejuta jantan termasuk serigala jahanam. Tetapi, pengalaman dan perjalanan hidup banyak mengajar. Kecantikan bukanlah segalanya, dan kecantikan itu juga bukanlah menu utama dalam kebahagiaan. Cukuplah sekadar sedap mata memandang, selebihnya aku berserah kepada Allah... Seandainya dialah jodoh aku, aku terima dan aku tau itulah yang Allah kurniakan pada aku..dan dibelakangnya mempunyai sejuta sebab kenapa Allah mempertemukan aku dengan dia...kalau cantik tapi bukan untuk sendiri tapi dikongsi bersama serigala tak guna jugak...hahahaha... kepada bakal isteri aku, seandainya engkau membaca, jagalah aurat dan kecantikan kau dari sekarang...dan ingat, kecantikan itu ditangan Allah...Allah dapat menarik atau memberi kecantikan itu sekelip mata sahaja...dan kukuhkan akhlak kau, kerana dari itu aku menilai kau...tentang ilmu agama, biar kita cari bersama...hahaha i'm waiting....love u! :)



Read more »

Monday, June 10, 2013

Lelaki & Fitrah kehidupan


Sebelum aku memulakan penulisan ni, aku nak mengucapkan alhamdulillah, bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi kat aku selama ni... Penulisan ni bukan nak menunjukkan tanda tidak bersyukur, tapi nak menunjukkan fitrah yang Allah bagi untuk setiap hamba Dia yang waras dan siuman.

Diingat kembali kisah Nabi Adam setelah dicipta oleh Allah, diceritakan mengenai segala kelengkapan dan kesempurnaan yang disediakan oleh Allah kepada Nabi Adam di syurga. Diberi tempat yang indah, buah-buahan yang enak, air sungai yang cantik mengalir dan sebagainya. Tetapi dilihat, Nabi Adam masih lagi tidak dilengkapi oleh sesuatu yang memenuhi hatinya, iaitu perempuan...

Lalu Allah menjadikan kepada Nabi Adam seorang perempuan iaitu ibu kepada semua umat manusia hingga sekarang, dialah Hawa, perempuan pertama yang dicipta oleh Allah dari tulang rusuk Nabi Adam sendiri. Setelah dijadikan Hawa, melihat Nabi Adam telah lengkap segalanya dan hatinya tidak lagi kosong seperti sebelum ini.

Berbalik kepada dunia skarang, aku yang dahulunya selalu terpengaruh dengan kehidupan di dalam drama-drama yang menceritakan seorang lelaki bujang yang sudah punyai kerjaya dan tidak mempunyai masalah kewangan yang teruk. Mudah untuk ke mana saja, mampu untuk beli apa yang aku impikan, makan apa yang aku idamkan, pendek kata segala kemahuan dapat aku penuhi, sekali lagi aku ucapkan alhamdulillah....

Sekiranya dilihat, ada sesetengah rakan-rakan dan musuh-musuh yang mungkin ingin berada ditempatku. Bukan untuk mengatakan aku ada segalanya, tapi aku punya masa yang terluang dan sumber kewangan yang sedikit kukuh, alhamdulillah... tapi apakah benar seandainya mereka ditempatku dan mereka akan merasa bahagia?...

Seperti kisah Nabi Adam yang aku ceritakan dipermulaan tadi, biarpun disediakan segalanya, tempat yang cantik, lengkap dengan pelbagai kemudahan tetapi ianya tetap menjadi sunyi untuk sesetengah lelaki, maaf bukan sesetengah tetapi kebanyakan. Kebanyakan lelaki yang sudah penuhi segalanya di dunia, tetap tidak akan merasa puas selagi tidak menemui pasangan yang betul-betul akan melengkapi separuh dirinya lagi. Tanyalah semua lelaki di dunia ini (kecuali lelaki songsang), sekiranya dia punya segalanya tetapi tidak seorang perempuan, apakah perasaannya?...adakah dia sudah puas dengan apa yang ada?..atau masih terasa ada yang tertinggal?...hahahahaha

Memang tidak dinafikan, ada lelaki yang menjawab, 

'bila kita punya segalanya, perempuan akan mudah datang kepada kita'....

tapi apakah jenis perempuan yang datang itu?adakah perempuan itu datang kerana harta atau benar untuk penuhi kekosongan hidup lelaki itu?...

Di awal penulisan ini, aku menegaskan bahawa ianya hanya untuk manusia yang waras dan siuman. Bila kita tidak punya pegangan agama atau kepercayaan yang kukuh, kita akan meletakkan harta dan pangkat di atas segalanya. Biarpun mereka masih berasa sunyi, dan kotor dengan dosa, mereka akan masih lagi menidakkan kesalahan yang mereka lakukan. Mereka akan terus berpegang dengan kata dan pegangan yang penuh dengan keangkuhan dan egois. Mereka masih beranggapan duit adalah segalanya, perkhawinan akan menyekat untuk bertukar-tukar pasangan dan terus melakukan dosa tanpa memikirkan masa depan yang sebenarnya tidak akan kekal melainkan di akhirat. Percayalah, satu hari nanti mereka akan menyesal dengan setiap ungkapan yang mereka lafazkan ini....

Merujuk kepada cycle of life, kita tidak akan terlepas untuk menjadi lebih dewasa, tua dan akhirnya mati. Dan di dalam setiap perubahan dalam kehidupan, terdapat juga stage yang membentuk diri kita dan juga keluarga dari benih kita sendiri. Stage ini hanya terhenti pabila kematian menemui kita. Biarpun diberi segala kesenangan, harta, pangkat mahupun wajah yang kacak atau penampilan yang macho, ianya masih lagi tidak bererti apa-apa sehinggalah kalian bertemu dengan pasangan hidup. Ini adalah kata dan pandangan dari seorang lelaki, jujurnya aku taktau apa pulak pandangan kaum perempuan. Adakah mereka tidak kisah dengan pasangan selagi mereka dapat memenuhi keinginan yang lain.

Tetapi sebagai seorang lelaki yang beragama Islam dan berpegang kepada sunnah dan hadith, aku berani mengatakan, lelaki yang waras dan siuman, dan mempunyai fitrah semulajadi yang tidak kotor dengan anasir-anasir jahat, hahahahaha akan merasa tidak lengkap kehidupan selagi tidak berpasangan dengan kaum Hawa. Sedangkan disebut di dalam hadith :

Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkhawin, maka berkhawinlah kerana dengan berkhawin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri
H.R Bukhari & Muslim

Aku juga manusia yang tak terkecuali dari melakukan dosa, jujurnya siapa yg kenali aku, betul kenali aku, maka diorg tau apa yang aku lakukan, walaupun disaat aku menulis penulisan ini. Aku sedar dan tau, segelintir musuh-musuh yang membaca penulisan aku mungkin merasa jelik dengan kata-kata aku. Tapi biarlah aku menulis, mungkin sedikit sebanyak dapat membuka pemikiran yang sebenarnya kolot dengan ikutan pengaruh yang melanggar hukum Islam. dan mungkin juga, sedikit sebanyak ilmu dan peringatan ini menjadi bekalan aku yang tak seberapa di akhirat nanti, insyaallah.....


Read more »

Friday, May 17, 2013

Solat Jumaat


Assalamualaikumwarahamtullah... (20 pahala je...kalau nak lebih kasi lagi panjang...hahaha tak sure samada sahih atau tak,cuma aku terdengar ada yang menyebut camni)

 Setelah sekian lama asyik mengarang puisi aje, kali ni aku akan kembali menulis seperti biasa...sorry laa sejak dua menjak ni selepas 'kehilangan' seorang sahabat, ada sedikit kekacauan perasaan...hahahaha... 

 Seperti yang aku post dalam facebook, aku semacam terkilan dengan sikap beberapa jemaah jumaat yang sekarang ni seakan akan menunaikan kewajipan solat jumaat hanya untuk mencukupkan syarat di hari jumaat. Hadir ke masjid dan duduk di dalam khutbah dan kemudiaan menunaikan solat jumaat berjemaah. Hanya mengikut tanpa mendalami. 

 Solat jumaat dilengkapi dengan khutbah yang menceritakan atau menerangkan, mahupun memberi maklumat tentang ilmu yang bermanfaat. Khutbah atau ceramah yang memang disediakan untuk jemaah dan sememangnya harus didengar dan diambil berat oleh kita semua. Ketika khutbah, tidak sesiapa pun yang boleh berkata-kata, berbual mahupun menegur melainkan khatib yang sedang membaca khutbah tersebut. Terdapat satu hadith yang berbunyi :

Dari Jabir bin Abdillah r.a, dia menyatakan : Sulaik al-Ghifani pernah datang pada hari jumaat ketika Rasulullah s.a.w sedang menyampaikan khutbah lalu dia terus duduk. Rasulullah pun berkata kepadanya :

"Wahai Sulaik, berdiri dan ruku'lah dua rakaat serta pendekkanlah dalam melaksanakannya." Kemudian beliau bersabda : " Jika salah seorang diantara kamu datang pada hari jumaat ketika imam sedang berkhutbah,hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat dengan seringkasnya." (Hadith riwayat al-Bukhari)

Hadith di atas merujuk kepada solat sunat tahiyattul masjid.

 Apa yang memeranjatkan lagi, jemaah kita sekarang bukan sahaja terus duduk dan tidak menunaikan solat sunat tahiyattul masjid, tapi lebih menyedihkan mereka terus duduk bersandar dan melelapkan mata. Ada juga yang mengeluarkan handphone dan tersengih-sengih hodoh sambil melayari internet atau berbalas message tanpa menghiraukan khutbah jumaat. Solat jumaat ini seakan-akan masa rehat untuk mereka!. Kepada para wanita, seandainya ada kaum lelaki yang sedang berada di dalam khutbah jumaat dan sedang ber'message' dengan korang, tegur suruh diorg dengar khutbah dan jangan layan mereka.SILA BERI KERJASAMA!hahahahaha....

 Ketika bermulanya solat, ada yang mula mencari 'port' di bawah kipas tanpa menghiraukan sekali lagi saf saf yang kosong dihadapan mereka. Aku terdengar satu cerita dari seorang sahabat, dia menceritakan ketika dia menunaikan solat jumaat, seorang khatib/imam tidak turun dari mimbarnya sehingga semua jemaah merapatkan saf. Solat jumaat dilaksanakan selepas 10 minit selepas si khatib/imam tersebut berpuas hati dengan jemaahnya. Sangat jarang ianya berlaku di Malaysia, tapi alhamdulillah kerana masih terdapat seorang yang sangat peka betapa pentingnya saf saf ketika jemaah. Terdapat sebuah hadith yang disebut :

Al-Nu'man bin Bashir terlah berkata :
"Adalah Rasulullah s.a.w selalu membetulkan saf kami seperti membetulkan anak panah, sehingga kami benar-benar faham akan kepentingan membetul dan meluruskkannya (saf). Pada suatu hari ketika baginda keluar solat bersama kami sedang baginda hampir bertakbir terlihat seorang lelaki yang kedudukan dadanya mengereng dari saf, lantaran baginda bersabda : " Wahai hamba-hamba Allah samada kamu betul dan luruskan saf-saf kamu atau Allah s.w.t memalingkan wajah-Nya daripada wajah-wajah kamu." (Hadith riwayat Muslim, Abu Daud dan al-Tarmidzi)

Kasihanilah jemaah yang terpaksa solat diatas jalan tar yang terdedah dengan keterikan mahatahari ataupun dibasahi hujan, sedangkan masih terdapat lagi kekosongan disaf-saf hadapan. Ingatlah, Siapa yang tidak mengasihani dia tidak akan dikasihani (Hadith riwayat Bukhari & Muslim).

Read more »

Thursday, May 2, 2013

Cinta Sejati - Umar Khattab

Pada suatu hari, Umar bin Khatab bertanya kepada gurunya, " Apakah cinta sejati itu? ", dan gurunya menjawab, " Berjalanlah lurus di taman bunga yang luas, petiklah satu bunga yang terindah menurutmu dan jangan pernah berbalik ke belakang ". Kemudian Umar melaksanakannya dan kembali dengan hampa dan tangan yang kosong.

Gurunya bertanya di mana bunga yang seharusnya Umar petik di taman bunga itu. Umar menjawab, " Aku tak berjaya mendapatkannya, sebenarnya aku telah menemukannya tapi aku berfikir pasti akan ada lebih baik di depan sana. Dan pabila aku sampai dihujung taman, aku tersedar bahawa yang aku temui diawal perjalanan tadi itulah yang terbaik. Tetapi aku tidak boleh berbalik ke belakang semula, bukan?".

Gurunya berkata, " Seperti itulah cinta...semakin kita mencari yang terbaik, maka tidak akan pernah sekalipun kita menemukannya. Maka jangan pernah sia-siakan cinta yang pernah tumbuh dihati kita, kerana waktu takkan pernah kembali".


terima kasih
Read more »

Wednesday, April 17, 2013

Harimau Malaya!


si biru mengangkat panji
si hijau melaung takbir
jeritan kuat seakan guruh
entah dari mana ianya hadir
melihat kelibat yang sama
menjulang jalur gemilang
tapi berperang bagaikan tiada haluan
seperti dirasuk, amok dan sawan
mereka tidak lagi menghiraukan 
warna darah dan kulit yang sama

bila pak belang mengaum!
semua tersentak
mereka bertempik
tangan digenggam erat
berpelukan dan mengejar
satu cita cita
berteriak kuat
dengan nada yang sama
sehaluan dan seiringan

kuning hitam tiada tandingan
wajah pak belang tersergam
dibalik panji gergasi
dijulang dikibar
penuh bangga
tidak lagi berperang
pak belang menyatukan
di bawah nama harimau malaya!




Read more »

Saturday, April 6, 2013

kisah terakhir aku dengan kau!


Pandanganku terhenti setelah melihat tajuk akhbar yg diselit dengan sebuah gambar berukuran pasport..ianya milik kawanku..disebelahnya kelihatan sebuah lori yang remuk teruk dan melihat beberapa anggota bomba yang seperti sedang berusaha untuk mengeluarkan sesuatu dari kepala lori tersebut...melihat tajuk,'mak..adik pergi dulu' (link keratan akhbar 5hb April 2013) membuatkan dunia aku terhenti seketika...


Fikiranku seperti video yang sedang mengulang kembali beberapa peristiwa termasuk perbualan aku dengan seorang sahabatku..Ya,sahabat yang wajahnya terpampang dimuka akhbar dihadapanku...
Tanpa mempedulikan fikiranku yang sedang berpusing laju,aku berlari kebilik dan mencapai tuala dan terus menuju ke tandas...setelah selesai mandi,aku meminta izin sekali lagi selepas emakku sendiri menyuruh aku ke Melaka untuk memastikan kenyataan akhbar itu benar...aku yang masih cuba menidakkan kenyataan akhbar terus menuju ke kereta dan menghala ke sebuah negeri yang penuh dengan kenangan aku selama hampir 5 tahun...

Di dalam perjalanan,air mataku seperti diluar kawalan mencurah curah diikuti dengan raungan yang masih tidak menerima kenyataan..

Setiba aku di Durian Tunggal,Melaka aku melihat kelibat beberapa orang yang seperti sedang menunggu sesuatu..aku yang terus berjalan menuju ke arah mereka dijeritkan dengan suara perempuan yang memanggil manggil namaku...

"Fir!...Fir ke tu!?..."

Aku terus mengiyakan pertanyaan perempuan itu..dia lantas bangkit dari tempat duduknya dan terus meluru ke arahku..aku di genggam erat oleh perempuan tersebut dan mendengar teriakan yang aku tahu perasaan tersembunyi disebaliknya..

"Acit dah takde fir!..anak aku dah takde fir!..."

Aku yang pada mulanya cuba menenangkan perasaan perempuan yang bergelar ibu itu turut menangis dan memujuknya untuk bersabar...Tidak lama selepas itu,datang 2 lelaki dah terus meluru ke arahku..abang dan ayah kepada sahabatku!...
Ayahnya yang tidak berkata apa-apa dan tidak mempedulikan salam ku terus memeluk erat dan aku dapat merasakan bahu aku yang basah dengan air mata..sekali lagi aku cuba memujuk mereka dengan kata-kata semangat...

Setelah semuanya menjadi suram..ayahnya membuka bicara...

"Pakcik dengan makcik cari nombor telefon fir..tp telefon acit hilang..juga dompetnya...yang tinggal cuma IC nya sahaja..."

"Makcik taktau mcm mane nak bgtau kamu fir..sampaikan kami cuba mencari dari sim kad lama acit tapi nombor tu tak dpt call"...sambung ibunya...

Aku yang cuba memberikan senyuman,hanya tersorok dengan kesedihan yang tersimpan dengan air mata...aku difahamkan acit telah kembali ke rahmatullah pada hari rabu petang di tempat kejadian..

Ayahnya menyambung bicara,

"Acit berkali-kali cakap nak pergi bercuti dengan kamu..dia bagaikan tidak sabar hinggakan tidur kami diganggu dengan telatah jenaka yang dia mahu tidur hotel dan berjalan-jalan dengan kamu..."

"Dia seronok sangat hinggakan susun jadualnya sebelum meminta cuti"..sambung ibunya...

Aku yang sebak mendengar cerita ibubapanya cuba menggagahkan diri untuk bersuara..

"Acit dgn sy hampir setiap minggu akan berbual...minggu lepas dia ada call dan tulah panggilan paling lama yang dibuat...kami berbual dan bercadang nak pergi bercuti..dan itu kali pertama dia jugak semangat berjanji untuk bercuti dengan sy..sy tak sangka perkara ni terjadi dan terkilan sbb tak dpt jumpa dengan dia lepas hampir setahun..."

Abangnya yang dari tadi hanya tunduk memandang ke lantai terus mendongak ke arahku..aku melihat mimik mukanya yang penuh dengan penyesalan..

"Kiteorg pelik dengan dia (acit)..selalunya dia suka bergurau..tapi seminggu sebelum kejadian ni,dia langsung tak berbual dengan aku"...sampuk abangnya yang dari tadi hanya membisu..

"Dengan pakcik ngan makcik dah tiga hari dia diam je...kami pelik dengan perangai dia tapi kami cuma diamkan je"..ayahnya menyambung bicara...

"Ya Allah fir,dia seronok sangat sampaikan ulang banyak kali dia kata nak bercuti dengan kamu!"...kata emaknya dengan nada yang penuh dengan kekecewaan...

Aku yang dari tadi cuba menahan air mata teresak esak hinggakan membasahi tanganku..aku seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku terasa hatiku dicucuk dengan sembilu penyesalan...aku kecewa dan kesal kerana tidak dapat mengangkat jenazahnya dan mengebumikan tubuhnya ke dalam bumi...

Setelah hampir dua jam aku bersama keluarganya,aku meminta izin untuk pulang...
Masih sempat juga aku melihat kawasan perumahannya,dan ternampak aku sebuah bilik yang baru dibina dibahagian tepi rumah..ibunya mengatakan inilah permintaan anaknya yg terakhir untuk menyiapkan bilik ini dan katanya ingin meletakkan penghawa dingin...sambung ibunya lagi,acit sempat bergurau mengatakan seandainya semuanya panas,semua sumbat dalam bilik tu dan disejukkan dengan penghawa dingin dibilik baru itu..

Tetapi akhirnya...

bilik itu dirasmikan dengan meletakkan jenazah sahabatku sebelum dikebumikan..

Aku terus melangkah dan meninggalkan laman yang penuh dengan kenangan bersama sahabatku...dengan suara yang terketar,aku menggagahkan diriku dengan memberi salam kepada keluarga sahabatku...dan sepanjang perjalanan pulang ke kota,aku ditemani setia dengan tangisan dan kenanganku bersamanya...

gambar tahun 2008

gambar terakhir aku jumpa kau cit!
hahahahaha!

"Ya Allah...ampunkanlah dosa sahabatku,dan kurangkan azab ke atasnya..tempatkanlah sahabatku dikalangan orang yg Kau sukai...aku bermohon kepada Mu Ya Tuhan ku..sesungguhnya Engkau maha pengasih dan penyayang..."
Read more »

Thursday, March 28, 2013

Air Mata


Allah telah menjadikan manusia dengan pelbagai nikmat dan Alhamdulillah sekiranya kita masih dapat membaca penulisan ini bermaksud kita mempunyai kenikmatan untuk melihat dan punyai fikiran yang waras untuk berfikir dan mentelaah. Antara kenikmatan yang aku sendiri rasakan adalah apabila aku dapat mengalirkan air mata untuk menterjemahkan perasaan aku samada sedih mahupun gembira. Terkadang aku terfikir, mengapakan ada sebilangan dari kita, terutamanya lelaki malu untuk mengalirkan air mata sedangkan air mata itu adalah pakej di dalam ciptaan yang maha esa. 

Air mata yang mengalir bukanlah menunjukkan bahawa kita adalah manusia yang lemah. Menangislah sekiranya kita rasa ianya perlu untuk kita lakukan, dan aku masih teringat bahawa aku pernah berkali menyatakan kepada seseorang supaya menangislah sehingga kamu puas dan setelah selesai menangis, belajarlah dari kesilapan yang lalu supaya diri kita menjadi lebih kuat.

Sekiranya kita masih menganggapkan tangisan air mata itu hanya untuk orang yang lemah, adakah seorang sahabat Rasul yang sangat tinggi darjatnya juga seorang yang lemah?. Beliau merupakan salah seorang insan yang diberi kepercayaan Nabi untuk melaungkan azan dan menyeru umat islam untuk berkumpul dan melakukan ibadah kepada Allah. Bilal yang pernah menangis sehinggakan isterinya terjaga dari tidur setelah beliau bermimpi bertemu Rasulullah. Ini antara merupakan salah satu kisah yang akan aku ingat dan mampu membuatkan air mata aku berlinang hinggakan membasahi baju dan tanganku....

 (kemungkinan kisah ini tidak sesempurna seperti yang digambarkan...aku bercerita dari memori aku bukan dari copy dari mana mana bahan bacaan)

Setelah kewafatan Nabi, Bilal berpindah ke negeri Syam kerana beliau tidak sanggup menempuh hari-hari biasa tanpa Rasulullah dan akan mengingatkan beliau bersama Baginda di kota suci itu...Syam sebuah negeri yang pernah Rasulullah doakan negeri yang penuh dengan keberkatan..dan pada suatu malam,Bilal bermimpi Rasulullah datang kepadanya dan bertanyakan,'Mengapa kamu seperti mengasingkan diri dan tidak kamu menziarahi aku'...terbangunnya Bilal dari tidur dengan tangisan dan mengejutkan isterinya...lalu isterinya bertanya kenapa beliau menangis..diceritakan kepada isterinya tentang mimpinya dan Bilal pun pulang ke Madinah...

Sesudah tibanya di Madinah, Bilal menangis tidak terhingga kerana merindukan hari-harinya ketika bersama Rasulullah. Datang kepadanya Abu Bakar As-siddiq dan menyuruh Bilal melaungkan azan seperti mana yang beliau laungkan ketika Rasulullah masih hidup. Permintaan itu ditolak kerana Bilal berkata :

'Maafkan aku Abu Bakar, aku tak mampu untuk melaungkan azan di kota madinah ini kerana ketika Rasulullah masih hidup, selepas aku melaungkan azan, aku akan pergi ke bilik Rasulullah dan mengajaknya untuk melakukan solat'


Kemudian didatangi kepada Bilal, Saidian Husan dan Husin dan mereka bersalam dan berpelukan. Bau wangian mereka sama seperti bau atuk mereka, Rasulullah. Sekali lagi Bilal dijemput oleh mereka untuk melaungkan azan. Lantas Bilal naik ke tempat di mana beliau sering melaungkan azan ketika Rasulullah masih hidup. Dan mulalah laungan azan....

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR!
terkejut seluruh penduduk di kota madinah ketika mendengar laungan itu


ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR!
penduduk madinah sekali lagi berteriak bertanyakan adakah ini laungan yang diutuskan oleh Rasulullah kerana ianya bagaikan berbalik ketika Rasulullah masih hidup

ASHADU AN LA ILAH ILLA ALLAH!
penduduk madinah semua keluar dari rumah dan kedai kedai mereka

ASHADU AN LA ILAH ILLA ALLAH!
kesemua penduduk mula keluar dan berteriak "ADAKAH INI DIUTUSKAN OLEH RASULULLAH!"

ASHADU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH!
kesedihan dan kesayuan mula terpancar hinggakan Bilal tidak mampu untuk meneruskan lagi laugan azan dan lantas turun dari tempat itu..

dan ketika itu terdapat hadith yg dirawi kan mengatakan :

'tidak ada peristiwa yang sedih selepas kewafatan Nabi di kota madinah sehinggalah laungan azan dari Bilal Bin Rabah...'

Subhanallah...
Aku sedar akan kelemahan dalam keimanan aku, dan jauh sekiranya mahu dibandingkan dengan alim ulama' yang lain. Tetapi secara jujurnya ini adalah antara kisah yang mampu membuatkan aku menangis dengan kekuatan cinta Bilal kepada penghulu sekalian manusia, Rasulullah.. Juga tidak lupa aku akan kisah sebelum kewafatan nabi...kisah yang aku akan ceritakan suatu hari nnt, insyaAllah... 

Berbalik kepada tajuk utama, kawan kawan dan musuh musuh sekalian.... 
Janganlah korang malu untuk mengalirkan air mata kerana teringat juga aku satu hadith yang menyebut tentang perpisahan sahabat dijalan Allah dengan linangan air mata. Adakah satu kesalahan untuk kita mengalirkan air mata?. Dan jangan jadikan air mata itu tanda kita putus asa dan mengakhiri perjalanan hidup kita dengan perkara yang tidak baik di jalan Allah. Air mata juga merupakan kurniaan yang Allah ciptakan sepertimana kenikmatan yang lain. Kita harus berjuang dan meneruskan kehidupan kita dengan lebih baik dan juga menjadikan linangan air mata sebagai satu check point untuk kita mengakhiri perkara yang lepas disamping memperbaiki di masa hadapan, insyaAllah....

Read more »
Powered By Blogger